Komik pesong akidah - Satu usaha terdesak

Belum pun sebulan kenyataan rakan saya (seorang mubaligh Kristian) terhadap ajaran dakwahnya yang dilakukan terang-terangan, kini timbul pula isu baru yang tentang perkara yang sama. Hari ini, akhbar (koran) Harian Metro melaporkan sejumlah hampir 800 naskah komik kanak-kanak ditemui di satu kawasan perumahan di Kuala Lumpur. 
Komik berjudul 'Kisah Paling Menarik yang Pernah Diceritakan' dan dicetak dengan lukisan berwarna, memaparkan kisah nabi-nabi yang bercanggah dengan fakta dalam Al-Quran. Komik tersebut antara lain menceritakan kisah 'anak tuhan'  yang kononnya disalib, kisah pengampunan dosa, kisah si bapa dan pelbagai kisah yang menyesatkan.
Dari penelitian, Komek terbitan Bibles International of Canada dengan kerjasama Lembaga Alkitab Indonesia menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dan mensasarkan kanak-kanak berbangsa Melayu. Komek setebal 30 mukasurat itu diberikan secara percuma(gratis) dan diedarkan ke kawasan petempatan Melayu oleh individu yang tidak dikenali.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, usaha untuk memesongkan akidah Orang Melayu di Malaysia sangat giat dilakukan. Antaranya dengan memberikan rantai salib percuma, gelang tangan berlambang salib peruma, pemberian VCD dakwah kristian Bahasa Melayu percuma dan sebagainya. Apa yang membimbangkan, ada kanak-kanak Islam yang menerima bahan-bahan tersebut tanpa pengetahuan Ibu bapa. Semoga diselamatkan akidah orang Islam seluruh dunia. Amien.

6 ulasan:

  1. Sering yang begitu itu....jadi lama-lama kita ngerti

    BalasPadam
  2. Dah biasa disini. Di Pulau-pulau terpencil Kep Riau banyak berdiri gereja megah, kebanyakan mereka dapat dana dari oversea. Dan banyak yang convert utamanya orang-orang laut.

    BalasPadam
  3. Inilah apa yang aku tulis dalam jurnalku sebelum ini. Selepas Hari Raya nanti, rombongan dari sebuah gereja di Malaysia akan sekali lagi ke Kepri. Sasaran mereka adalah Orang Laut. Dengan nama 'misi kemanusian' mereka sebenarnya memurtadkan. Semoga ditetapkan iman saudara-saudara Islamku disana. Amien.........

    BalasPadam
  4. Sebenarnya perkara sebegini telah lama ujud di Malaysia sendiri.... Kalau di lihat di TV sendiri, berbagai-bagai kartun (Doraemon, Pokemon, Sinchan dll) yang boleh mempengaruhi cara pemikiran dan akhlak anak-anak kita. Bagaimana kita hendak menghalang anak-anak dari menonton kartun kegemaran mereka???? Cuma kesedaran dan kepekaan kita sahaja di dalam mendidik anak bangsa kita supaya terus mendaulatkan agama kita yang mulia......

    Semoga anak bangsa kita akan terus memartabatkan ugama yang suci ini....amiiin .....

    BalasPadam
  5. amiin.... Doaku buat muslim di seluruh dunia.

    BalasPadam