Sejarah mungkin perlu ditulis semula

Salah satu perkara yang saya minati adalah berkaitan sejarah. Ketika ini salah satu akhbar (koran) di Malaysia sedang membangkitkan isu tentang orang terawal yang membuka Pulau Pinang. Mengikut catatan teks sejarah Malaysia, Pulau Pinang telah dibuka oleh seorang Inggeris bernama Francis Light pada 1786. Itulah yang diajar di sekolah-sekolah dari dulu hingga sekarang.

Mungkin ada orang yang bulat-bulat percaya Lightlah yang sememangnya membuka Pulau Pinang. Tapi mengikut logik akal, mustahil seorang Inggeris yang datang terkemudian boleh diiktiraf sebagai orang yang pertama meneroka pulau yang terletak di Kepulauan Melayu. Saya percaya ramai yang meragui catatan sejarah itu tapi tidak ada bukti untuk menafikannya.

Baru-baru ini seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Ahmad Murad Merican mendedahkan seorang kerabat raja dari Sumatera (Minangkabau), Datuk Jannaton adalah orang sebenarnya yang mengasaskan Pulau Pinang pada 1749 dan bukan Francis Light. Menurut pensyarah tersebut, ketibaan Francis Light sendiri telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.

Bagaimanapun, pendapat pensyarah UiTM itu disangkal seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mahani Musa. Dr. Mahani yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada 1795, Menurut catatan jurnal itu, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Aceh bergelar Dato Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut.

Diharap pendedahan demi pendedahan dapat dilakukan supaya kebenaran tentang ketuanan Melayu terbongkar. Saya percaya bangsa Nusantaralah sendiri yang membuka Nusantara. Bukannya bangsa lain.

10 ulasan:

  1. sebagai anak jati Penang ,versi ini lebih popular di Penang sendiri saudara Fazli...dan bernaung di bawah Kedah...

    BalasPadam
  2. Apa perlu dibuat mesin waktu ya agar jelas semuanya?

    BalasPadam
  3. kalau sudah ada teknologi seperti itu, apa salahnya.......... hehehe ;-)

    BalasPadam
  4. Kenapa ya baru sekarang isu ini timbul..? sedangkan dah tertanam dalam minda penduduk Malaysia sejak bertahun-tahun bahwa Lightlah yang buka Penang. Harap-harap kajian lanjut dapat perhatian dari pihak kerajaan.

    BalasPadam
  5. Sebab waktu tu dua orang Pensyarah nih masih sekolah rendah....belum masuk U dapat PhD...eh Kak Mahani tu orang Muor (Muar) orang Johor lah en Fazli..

    BalasPadam
  6. Ilzaf, ni perkampungan Melayu Datuk Keramat ni kat Penang ke yang kat KL? I'm doing a little research on Datuk Keramat KL. Adakah orang yang sama? Thanks.

    BalasPadam
  7. maaf baru bljar ni. harap sdra fazli boleh hubungi saya djecpng@yahoo.com.tq

    BalasPadam