Tentera Malaysia diserang..?

Rabu, 10 Januari 2007: Laporan awal Buliten Utama, TV3 menyebut sepasukan tentera darat Malaysia yang bertugas mengawal pos sempadan diserang di perbatasan Malaysia - Thailand dekat Gubir, Kedah hari ini. 4 orang tentera pelbagai pangkat cedera dalam serangan bom yang dilakukan 'tentera musuh' yang belum dikenalpasti. Jurucakap tentera Thailand menolak pihaknya terlibat dan berjanji menjalankan siasatan keatas insiden itu. Bercakap dalam nada membela pihaknya, beliau menyifatkan insiden itu sebagai kemalangan bukannya serangan.

Semoga tentera Malaysia sentiasa bersedia diatas segala kemungkinan tanpa terpancing sedikitpun dengan dalih 'musuh'

3 ulasan: