Jantan Jadi Betina...?

Ini satu rencana yang saya kutip dari akhbar Kosmo 8 Mac 2007. Isinya agak menarik dan saya fikir sesuai untuk dikongsi bersama. Mungkin ada teman-teman diluar sana yang belum membacanya. 

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Uppsala, Sweden mendedahkan beberapa ekor katak jantan yang dijadikan bahan kajian bertukar jantina setelah terdedah dengan air semulajadi yang telah dicampur bahan pencemar estrogen. Penemuan itu merupakan jawapan kepada satu persoalan mengapa banyak spesies katak di dunia mengalami kepupusan. 

Penyelidik universiti tersebut yang bertindak sebagai pengkaji bidang toksikologi persekitaran mendedahkan, persekitaran dunia kini yang terdedah dengan toksik akibat penggunaan racun perosak dan pembuangan bahan kimia industri yang mencemari air dapat menghasilkan satu bahan seperti komponen estrogen dalam badan.  Inilah sebenarnya yang berlaku kepada katak-katak seluruh dunia yang dikatakan pupus. 

Bagaimanapun penyelidik itu menambah, biarpun katak jantan tersebut berubah menjadi katak betina, katak tersebut tidak berfungsi sebagaimana seekor katak betina yang lahir secara semulajadi.
Kata saya: Cuba fikirkan bagaimana kesan pencemaran tersebut terhadap manusia? ...

9 ulasan:

  1. hahahaha... awok ni memang best la en. Jim... ;-)

    BalasPadam
  2. Wah, jadi banci (pondan) dong..haha

    BalasPadam
  3. hm...cite katak plak ye...kesan kepada manusia??yg ptg kita tetap mcm azali,,..kan??

    BalasPadam
  4. wah, dah ada pic.... bagus. Ada perkembangan.

    BalasPadam
  5. Teman ingat kalo jadi kat manusia alamat pupus le yoep-yoep kat dunia ni...

    Assalamualaikum...tuan romah, salam kenal dari teman....

    BalasPadam
  6. kalu jadi kat manusia alamatnya habis pupuslah mat-mat rempit..hohoho

    salam perkenalan dri sya.

    BalasPadam