AiR TorJuN soJUk SoKaLi

Dalam rangka percutian ke PD dulu, kami juga sempat singgah ke Air Terjun ini. Ianya terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Kira-kira 7km dari bandar Kuala Klawang. Selepas puas berendam air masin, kini masanya membilas badan dengan air tawar. keseronokannya boleh dilihat dari gambar-gambar kami.

Jom...















Kementerian Pelajaran Akhirnya Tunduk

Sekadar Pandangan.

Saya merujuk laporan sebuah akhbar hari yang melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mangambil lepasan Sekolah Swasta Cina untuk ditempatkan di sekolah-sekolah kebangsaan bagi mengajar Bahasa Mandarin. Menurut menterinya, keputusan itu diambil ekoran bantahan pelbagai pihak termasuk dari parti politik dan NGO kaum Cina yang memprotes cadangan asal kerajaan iaitu mengisi kekosongan dengan mengambil sebahagian guru dari SRJKC dan guru-guru dari China.

Kata saya: Ketika negara dikejutkan dengan tindakan biadap bekas pelajar sekolah swasta itu yang menghina Melayu dan Islam dalam lagu rap ciptaannya, dan mendakwa kerajaan tidak mengiktiraf  lepasan sekolah swasta hingga menyebabkan beliau terpaksa manyambung belajar di Taiwan, kini keputusan Kementerian Pelajaran (seperti di atas) seolah-olah  diambil kerana takut dengan pengaruh kaum minoriti yang menguasai ekonomi itu hingga kerajaan terpaksa mengubah dasar. 

Pada saya, kelulusan itu menggambarkan bahawa kerajaan sudah mula mengiktiraf Pendidikan Swasta Cina termasuk peperiksaan UPC yang dikendalikan mereka hingga lepasannya boleh diterima menjadi kakitangan kerajaan tanpa melalui peperiksaan kebangsaan seperti SPM dan STPM. Saya bimbang, niat awal untuk memperkasakan sekolah kebangsaan bukan sekadar tidak berjaya sebaliknya semakin banyak sekolah swasta cina yang bakal muncul ekoran pengiktirafan itu.

Moh Poie PD

10hb Ogos yang lalu, saya bersama 3 orang rakan iaatu Izat, Nazreen dan Ajip telah berkesempatan menghabiskah cuti hujung minggu di port Dickson, Negeri Sembilan. Mujurlah syarikat tempat saya berkerja ada menyediakan beberapa unit apartmen di sana untuk kegunaan staff secara percuma. Peluang itu kami gunakan untuk menginap selama 3 hari 2 malam di sekitar PD dan beberapa tempat lain yang berdekatan. Saksikan gelagat kami.....
 













 

KL Rat Race 2007




Ini adalah acara larian tahunan yang dianjurkan oleh sebuah akhbar ekonomi terkemuka di Malaysia. Larian ini terbuka untuk kakitangan syarikat korporat sahaja dan dipecahkan dalam 2 kategori; CEO dan pekerja. Saya bersama 4 lagi rakan telah dipilih mewakili syarikat kami. Syarat pertandingan, semua peserta hendaklah berlari sejauh 5KM dalam keadaan berpakaian pejabat yang lengkap. Selain untuk memperkenalkan syarikat, ia juga simbolik kepada maksud pentingnya menjaga kesihatan biarpun ketika sibuk berkerja.