KHAS PILIHANRAYA: sekitar penamaan calon




Alhamdullillah. Hari penamaan calon telah berlangsung dalam suasana aman di seluruh negara. Saya sendiri sempat menyaksikan proses itu di Kompleks Sukan Bangsar bagi Parlimen Lembah Pantai. Parlimen ini mengandungi 54% pengundi Melayu, 27% Cina dan 18% India.

Terdengar tempik sorak sambil diselang-seli dengan adegan kutuk-mengutuk yang tidak berapa jelas kedengaran. Masing-masing saling menjulang bendera ketika lagu-lagu pencetus semangat didendangkan. Penyokong parti pemerintah lebih banyak di-boo apabila tindakan kering idea mereka jelas ketika hanya mendendangkan lagu Barisan Kita. Sedang di pihak lawan lebih kreatif dengan dendangan lagu ciptaan sendiri. Umpama satu pertandingan sukan layaknya

Kali ini Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan 3 penjuru apabila calon ‘bebas’, N.Periasamy, seorang veteran keturunan India mengemukakan kertas pencalonan di saat-saat akhir. Dua calon terdahulu datangnya dari Nurul Izzah Anwar (anak Datuk Seri Anwar Ibrahim) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dari Barisan Nasional (BN).

Suasana sekitar tempat pencalonan sangat panas tapi terkawal. Penyokong parti-parti yang bertanding ditempatkan jauh antara satu sama lain kira-kira 200 meter. Yang jelas, hanya kelihatan penyokong PKR dan BN yangmana jumlahnya dilihat seimbang manakala calon bebas tidak diiringi penyokong.

Dari risik-risik yang dijalankan, calon bebas itu barangkali merupakan calon pengacau yang ditaja parti penyandang yang memenangi Parlimen Lembah Pantai pada musim pilihanraya yang lalu. Rumus mengatakan calon itu, N.Periasamy, mungkin sengaja ditaja bagi mengaut sokongan pengundi India supaya golongan minoriti itu tidak mengundi PKR kali ini. Sejak akhir-akhir ini, sokongan kaum minoriti India kepada kerajaan dikatakan susut mendadak. Ini mungkin strategi bagi menjamin kemenangan bekas ahli Parlimen Lembah Pantai untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya empat tahun lalu.

Dakwaan ini barangkali tepat apabila diberitakan calon bebas itu didakwa merupakan bekas orang kuat MIC yang kini berpindah ke PPP. Kedua-dua parti itu merupakan parti komponen BN. Kebenarannya, hanya Allah maha mengetahui. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Perliman Hulu Langat mungkin boleh dijadikan petunjuk bahawa rumus-rumus yang dikatakan oleh pengundi di Lembah Pantai ada benarnya.

Di Hulu Langat, Seorang lelaki cina dengan kelakuan mencurigakan telah dihalang masuk ke bilik penamaan calon oleh polis kerana bimbang dia mengganggu proses yang berlangsung. Hasil siasatan, lelaki itu mendakwa dia dijanjikan akan turut bertanding di kawasan itu oleh seorang agen MCA satu lagi parti komponen BN. Sebelum kejadian itu, Parlimen Hulu Langat telahpun menerima pencalonan dari dua calon Melayu yang mewakili BN dan PKR.

8 ulasan:

  1. Tak dibenarkan budak kecik mcm nih kalau disini ikut menyokong kegiatan Partai...walau disini jg sering terjadi pelanggaran serupa yg melibatkan budak dlm kampaye partai...

    BalasPadam
  2. Lembah Pantai...diantara Parlimen yg menarik....si Nurul Izzah yg manis Vs Sharizat The Iron Lady....
    secara peribadi saya rasa Sharizat akan menang besar Faz....

    BalasPadam
  3. tunggu dan lihat. Makkal Sakti akan membuktikannya....

    BalasPadam
  4. Sharizat terlalu ampuh Faz...Nurul Izzah??? mungkin hanya simpati terhadap ayahnya! ...bondanya di Permatang Pauh tue pun 50/50....

    BalasPadam
  5. 50/50? ni berdasarkan undian yang dulu ke? Harap SPR dan En. Jim dapat merujuk sumber yang lebih sahih...

    BalasPadam
  6. budak ni mungkin tak faham apa2. Tapi lebih baik baik dia didedahkan dengan senario berpolitik dari awal agar kukuh pegangannya kelak.

    BalasPadam
  7. Undi mana? BN? I think BN masih akan berjaya di PRU ini

    BalasPadam
  8. Kalau berjaya dengan kekuatan sendiri gak papa.. Jangan berjaya dengan hasil penipuan, itu yang kita tak mahu.

    BalasPadam