KEPUTUSAN UPSR - Mari dengar apa kata mereka.

 

Ali Omar, bapa murid cemerlang:-“Tak sangka anak saya dapat 5A dalam UPSR. Macam tak percaya, tapi kira okeylah sebab di sekolahnya ada ramai murid yang dapat 5A”.

 

 

Selamah Ahmad, guru sekolah:- “Eh, saya betul-betul terkejut sebab di sekolah, prestasi budak tu lain macam,  tapi dia boleh lulus pula subjek matematik dan sains.  Bagaimanapun tahniahlah”

 

 

Affendi, blogger:- “Adakah kerana hendak menjaga maruah dan imej kerajaan yang telah mengeluarkan belanja lebih RM5 bilion untuk program sains dan matematik dalam bahasa Inggeris maka graf gred markah lulus perlu diturunkan?”

 

 

Abu Bakar, guru sekolah:- “Murid saya yang tak faham apa-apa dalam matematik pun boleh dapat markah lulus C. Saya rasa dia tembak saja masa menjawab. Saya tahulah murid saya tu…”

 

 

Aminah, guru sekolah: “kalau dapat 20% pun sudah dianggap lulus, apa akan jadi pada generasi akan datang? Memang betul ramai yang layak masuk asrama penuh, tapi mereka semua tiada kualiti. Kita mahu bangsa kita begitukah?” .

 

nota: semua pemilik testimoni bukan nama sebenar.

3 ulasan:

  1. -----> " “Murid saya yang tak faham apa-apa dalam matematik pun boleh dapat markah lulus C. Saya rasa dia tembak saja masa menjawab. Saya tahulah murid saya tu…” Abu Bakar, guru sekolah"

    kira jujur gak cikgu ni eh, cam mana ler dia ngajor sedangkan budak tu tak faham apa apa, tapi budak tu kira bertuah ler walau pun tak tau apa apa dapat gak "C" ..

    BalasPadam
  2. ye la, anak jiran saya baru baru ini mendapat 2A 2B 1C ???? budak ni setahu saya sangat lembap (bukan mengata) namanya pun LEMBAP. ( sebab mak dia yang menggelarkannya sebegitu; jadi semua kawan-kawan dan jiran panggil di Lembap lah) kenapa keputusannya agak baik? mungkin peratus kelulusan di rendahkan la

    BalasPadam