Laskar Pelangi

Rating:★★★★★
Category:Movies
Genre: Other
Termakbul sudah hasratku untuk menonton filem ini. Segalanya bermula daripada hadiah berupa novel dan CD soundtracknya dari Karim, tiga novel pelengkap tetrologi Laskar Pelangi, hadiah dari Arifien dan terakhir DVD filemnya, juga hadiah dari Arifien yang dititipkan melalui Maria. Terima Kasih buat anda semua. Filem ini tersangat bagus dan mengesankan. Bahasanya mudah difahami dan lenggok bicaranya lebih enak didengar di telinga kami. Laskar Pelangi lebih dekat dengan kami berbanding filem-filem Indonesia lainnya yang menggunakan bahasa-gaul Jakarta totok. Sayangnya filem-filem lain seperti itulah yang berpusu-pusu masuk ke Malaysia seolah-olah tidak punya cukup waktu hingga kami terikut-ikut gaya bahasa di sana.

Indahnya Pulau Belitung seperti yang digambarkan dalam visual Laskar Pelangi ini membuatkan aku teruja untuk ke sana. Ditambah Belitung, semakin banyak senarai tempat-tempat indah yang harus aku lawati.

Taman Tasik Perdana

Inilah Taman Tasik Perdana.

Lokasi jogging saya hampir saban petang selepas pulang berkerja. Tidak sekadar itu, di taman inilah juga tempatnya saya melepaskan segala macam perasaan suka, duka, gembira, sedih dan marah.

Gambar-gambar ini dirakam pada hari-hari yang berlainan sekitar jam 6.00 hingga 7.00 petang.


Saksikan...















Di Tengah Kota Melaka...

Ini pemadangan di Kota Melaka yang telah saya abadikan sejak Ogos tahun lalu. telah lama tersimpan, baru kini terjumpa kembali.

Jom Saksikan.... Panorama Kota Melaka