Cerita Lucu Politik Malaysia

Saya kadang-kadang ketawa sendiri lihat perkembangan politik Malaysia. Makin bercelaru. Si A tuduh B, si B mengata A. Kalau si B melalut, Si A pun banyak melatah. Pendek kata, 2 kali 5. Tapi tak dinafikan kata-kata kedua belah pihak itu kadang-kadang ada benarnya walaupun dalam latahan dan lalutan mereka.

Baru-baru ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyatakan pendirian melupuskan Ketuanan Melayu. Memang sudah dijangka ramai orang Melayu akan melenting (sudahpun melenting). Dan tanpa disangsikan lagi, kenyataan kontroversi itu pantas dieksploitasi pihak lawan. Dari individu, NGO sampailah datuk-datuk menteri telahpun menggunakan isu ini demi kepentingan politik mereka.

Saya peribadi, juga melenting sebaik membaca judul satu berita "Hapuskan Ketuanan Melayu" dari sebuah surat kabar. Sangkaan saya, antara lain presiden PKR itu tentu juga bermaksud hapuskan sistem beraja yang diamalkan di Malaysia. Namun setelah dibaca isinya, saya sangat setuju dengan kata-kata tuan presiden PKR itu. Menurut tuan presiden, terma itu tak ubah bagai senjata ampuh milik sebuah parti politik lawan untuk meraih sokongan orang Melayu demi melanjutkan pemerintahan mereka. Hal ini memang betul dan saya sendiri rasakan bahawa terma itu isinya kosong. Tuan presiden tidak sentuh sedikitpun tentang kekebalan Raja-raja Melayu sebagaimana kuasa yang diperuntukkan kepada baginda dalam huraiannya. Cuma barangkali tuan presiden terkilaf semasa membezakan Ketuanan Melayu, dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu.

Entahlah, atau mungkin saya yang keliru.

5 ulasan:

  1. Lawakan politik selalunya tidak lucu lah...hahahaha

    BalasPadam
  2. Melayu jd tuan ke? Bahasa Melayu pon x mampu nk didaulatkan...ini nk bising2 psl ketuanan Melayu..
    hehehe...

    BalasPadam
  3. saya sokong tuan sadik segaraga.. walaupun cakap slang arab, tp masih memakmurkan bahasa Melayu, bahasa santun budaya kita!

    BalasPadam
  4. Kerna itu dr dulu aku menyampah dgn politik..

    BalasPadam