Bangladeshi Pun Dah Dapat Status Warganegara

Baru-baru ini terbocor satu berita dalam Portal Pejabat Perdana Menteri Bangladesh satu dakwaan ada warga Bangladesh dianugerahi kewarganegaraan Malaysia untuk membantu menambahkan suara kepada parti pemerintah. Sepantas kilat hal ini dinafikan Timbalan Perdana Menteri.

Dan baru sebentar tadi Astro Awani dalam laporan beritanya memberitahu "Hanya 37 Bangladesh diberikan kerakyataan Malaysia". Pendedahan itu walaupun mendepankan kata 'HANYA' tetap memberi maksud hal ini memang terjadi, tak kira berapapun jumlahnya.

Saya pun terfikir atas kategori bangsa apa warga 'baru' keturunan Bangladesh itu terdaftar? Mungkinkah termasuk kategori Melayu atau dicampurkan dibawah India? Tak mungkin terletak di bawah bangsa Cina kerana faktor, agama dan bentuk namanya sangat tidak memungkinkan. Di sisi lain, saya juga terfikir jika hal ini ada, tak mustahil kerja yang sama dilakukan ke atas warga Nepal, China, Thailand dan India. Apatah lagi dari Indonesia.

Hal ini mengingatkan saya akan satu perbualan tanpa sengaja dengan seorang warga Indonesia keturunan Kerinci, "Pakcik saya sekarang dah dapat IC, dah jadi warga Malaysia untuk sokong ameno, dia baru sebulan memohon"

Jadi semua ini ertinya apa?

9 ulasan:

  1. Jom pilih UMNO. eh?
    Semua dilakukan untuk mempertahankan kekuasaan BN pakcik. IMHO

    BalasPadam
  2. tak lama lagi bertambahlah anak2 kacuk rupa ala shah rukh khan.....hmmm...poning den

    BalasPadam
  3. Kes paling banyak terjadi di Sabah setelah UMNO bertapak di Sabah sehinggakan golongan majoriti di sana telah menjadi minoriti...

    BalasPadam
  4. Ada sesetengah kebajikan yang seperti ini membawa kebaikan, tapi ada sesetengahnya mendatangkan keburukan. Kalau masih berstatus pribumi tak masalah, (pribumi ertinya siapapun penduduk asli dari seluruh rantau Malay Archipelago). Tapi kalau dah sampai sejauh rantau asing, itulah yang menggusarkan. - mungkin inilah Truly Asia yang sebenar.

    BalasPadam
  5. UMNO= United Myanmar & Nepal Organization

    BalasPadam
  6. ada yang kata Banglasia, ada yang bilang Chinesia, ada yang panggil Indiasia, sekarang dah bertambah jadi Myanmasia, Nepalisia, Vietsia. Huhu... benar2 Truly Asia :(

    BalasPadam