Tentang Orang Kita...

Ini rentetan dari pemergian saya ke Daik, Lingga tempohari,

Teman-teman ramai yang bertanya di mana Daik dan apa ada di sana sampai saya tertarik ke situ. Bila saya sampaikan serangkap pantun Melayu lama yang berkaitan, barulah ramai buka mata dan tersedar kalau selama ini pantun yang mereka dengar itu bukanlah hayalan pengarang.

Mungkin begini sikap sebahagian orang Melayu (warga Malaysia khususnya) yang bagi saya makin hilang jatidiri, Tidak pernah tahu bahawa apa yang berlaku hari ini adalah akibat dari satu kejadian yang berlaku di masa lalu

Mari kita lihat rangkap lagu-lagu di bawah ini?

"Seri Langkat, Kuala Tungkal
padi pulut enak rasanya, sayang."

"Ulele di Kotaraja
boleh tak boleh, ikut sahaja"

"Lancang Kuning, lancang kuning
berlayar malam, hai belayar malam"

Pernah dengar bukan, lagu-lagu itu? Ada yang tahu dimana lokasi tempat di atas dan apa sejarahnya? atau kita hanya mendendangkannya tanpa tahu apa-apa?

Teringat juga saya akan beberapa filem lama kita seperti Lampung Karam dan Enam Jahanam. Apa pula sejarahnya disebalik filem itu? atau kita sangka semuanya imagenasi pengarahnya semata-mata?

Nama-nama tempat dan sejarah di sebalik semua yang di atas terjadi di seberang. Cuma kita tak pernah hiraukan atau mau tahu apa kaitannya dengan kita.

Kawan-kawan, mari kita teroka alam Melayu yang luas ini. Meski sekarang kita sudah terpisah beberapa negara, persaudaraan Melayu jangan sampai terganggu rasa nasionalisme.

Sejauh mana pun kita melangkah, ada baiknya kita kenal dunia kita dulu.

12 ulasan:

  1. Tak semua seperti yg anda katakan : )

    BalasPadam
  2. Fazly, waktu dulu sering juga dengar lagu Geylang...sipatu Geylang...geylang beramai-ramai... dan Tanjung Katung...baru tahu kalau itu ada di Singapore...

    BalasPadam
  3. bukan sipatu tapi si paku. "Geylang Si Paku Geylang"

    BalasPadam
  4. Benar, sebahagian besar kurang tau. Zaman sudah berubah Fazly.
    Mana ada lagi lagu semacam itu, kampungan sangat....hahahaha

    BalasPadam
  5. sebahagian orang, sudah menganggapnya sudah lenyap. Sebahagian orang masih mendendangkannya dan menganggap lagu-lagu itu malar segar. Terserah.

    BalasPadam
  6. Kalau Lancang Kuning ingatlah

    Kan Riau Daratan dijuluki Bumi Lancang Kuning

    BalasPadam
  7. Tapi perahu Lancang Kuning ada juga di Pontianak cak...

    BalasPadam
  8. Iya, tapi julukan Bumi Lancang kuning ngecapnya di Riau toh meski ada didaerah lain

    BalasPadam
  9. Yang jelas Lancang Kuning ngga ada di Timor leste...kwkekekekkekekekekkekekeke

    BalasPadam
  10. Ulele terletak di acheh(tanah rencong,kuala tungkal terletak di pintu masuk menuju ke kota jambi,boleh naik bot menyusuri sg batanghari menuju ke kota jambi..langkat mengingatkan kepada kesultanan langkat

    BalasPadam
  11. Salam...
    Saya tinggal ddaerah kuala tungkal kab.tanjung jabung barat jambi...
    Dikuala tungkal banyak urang banjar,saya slah satunya...

    BalasPadam