بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Pulau Krismas dan Cocos dalam Sejarah Malaysia.


Ada yang tahu lokasi Pulau Krismas dan Pulau Cocos, Wilayah Samudera India Australia? 

Di mana itu?

Baiklah, dalam bahasa Inggeris, wilayah ini diberi nama Australia's Indian Ocean Territory, satu wilayah kepulauan yang merangkumi Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang geografinya lebih dekat dengan alam Melayu. Penduduknya juga terdiri dari orang-orang ras Melayu dan beragama Islam. 

Wilayah luar Australia ini terletak 350KM dari pantai selatan Pulau Jawa, 1500KM dari Johor dan sejauh 3000KM dari pantai terdekat di tanah besar Australia. Melihat sisi geografi, tidakkah andai heran bagaimana wilayah yang secara fizik dan sosial lebih dekat dengan alam Melayu ini boleh terlepas ke tangan ras bukan Melayu?. Apakah gerangan sejarah yang terjadi sampai kedua pulau ini kini jadi sebahagian wilayah Australia, sebuah negara Eropah di Asia? Mari kita kaji.

Antara kedua-dua pulau ini, Pulau Cocos terletak paling jauh, lebih ke tengah di Samudera India, dan lebih dulu dihuni oleh orang Betawi dari Banten. Malah pusat pentadbiran pulau ini juga miliki nama yang hampir sama, Kampung Bantam. Dalam bahasa Melayu dialek Cocos, Pulau ini dinamai Pulau Kileng (Keeling), sayangnya tak terdapat bahan yang boleh dirujuk tentang asal-usul nama keling. Bagaimanapun orang Pulau Cocos satu masa dulu memanggil duit yang mereka gunakan sebagai rupee, jadi mungkin ada kaitan dengan India. Apakah orang Cocos yang bersusur galur dari Banten (Jawa) itu boleh dianggap Melayu? Ya. Sekarang mereka mengaku mereka adalah orang Melayu Cocos, dan bahasa mereka dipanggl bahasa Melayu Cocos. 

Dalam perlembagaan Australia, terdaftar satu kumpulan etnik yang dipanggil 'Melayu'. Mereka yang menghuni di dua pulau inilah yang melahirkan generasi Melayu Australia seperti yang ada pada hari ini, malah bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa kedua di kedua pulau ini. Lebih bangga, Malaysia miliki reputasi baik hinggakan siaran TV dari Malaysia dibenarkan bersiaran melalui satelit TV di sana.

Pulau Krismas yang terkenal dengan ketam merah pula, jauh lebih muda. Setelah berdekad Pulau Krismas dibiar terlantar di tengah lautan, terpencil dan disisihkan, barulah ia disapa kumpulan pelayar British dan Belanda pada abad ke-7. Waktu itu, pelayar dari syarikat East India Ship Company menamakan pulau tersebut sebagai Krismas sempana ketibaan beliau pada Hari Krismas, 25 Disember 1643.

Sejarah kemasukan Pulau Krismas dalam peta penjajahan British bermula bila seorang pengkaji alam dari England menyerahkan laporan kajiannya tentang kepelbagaian hasil alam yang ada di sana. Dia kemudian menggesa kerajaan Inggeris menakluk seluruh pulau seluas 135 kilometer persegi itu pada tahun 1888. Cengkaman British ke atas Pulau Krismas makin jelas setelah seorang pelombong British yang tinggal di Pulau Cocos membuka satu petempatan kecil sementara di Flying Fish Cove, untuk memudahkan memungut galian fosfat bagi keperluan perusahaannya yang makin maju di Pulau Cocos. Petempatan sementara ini menempatkan tawanan British yang berasal dari Tanah Melayu dan China. 

Pulau Cocos dan Pulau Krismas kemudiannya diletakkan dibawah pentadbiran Negeri-negeri Selat bersama-sama Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan. dan ditakbir secara bersama dengan Perusuhjaya Fosfat British sehingga tahun 1942.

Pemerintahan Negeri-negeri Selat ke atas Pulau Cocos dan Krismas berakhir selepas pendudukan Jepun. Ketika Jepun menyerah kalah, kedua pulau ini ditadbir oleh Pemerintah Junta British untuk Malaya dan Singapura. Selepas kemerdekaan Malaya pada 1957, kedaulatan kedua-dua pulau ini tergabung menjadi sebahagian dari Singapura yang ketika itu menjadi negeri naungan Ratu British. Akhirnya pada tahun 1958 barulah ia diserahkan kepada Australia atas permintaan kerajaan Australia sendiri. Australia membayar £2.9 juta kepada Singapura sebagai pampasan berdasarkan nilai pasaran mineral fosfat di sana.

Pada tahun 1968, pentadbiran kedua pulau ini dikelola oelh seorang pentadbir, namun mulai tahun 1997 Pulau Krismas dan Pulau Cocos disatukan ke dalam satu wilayah yang sama yang dipanggil Australia's Indian Ocean Territories, diketuai seorang pegawai daerah yang berpusat di Pulau Krismas.

Kedua pulau ini mula menerima kedatangan pendatang luar yang menggunakan bot tradisional dan perahu nelayan pada tahun-tahun 1980an hingga 1990an terutama dari Indonesia. Semenjak tahun 2001, pulau ini jadi sasaran pencari suaka ke Australia dari timur tengah. 


19 ulasan:

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat di sayangkan jika saja pulau pulau itu tetap bagian singapore tidaklah menjadi duri dalam daging, untuk di ketahui semuai pulau cocos dan pulau Natal ini sekarang jadi markas militer USA di ASIA. Pemerintah Indonesia pernah mengajukan keberatan, namun hal itu tak di hiraukan.

      Padam
  2. pulau krismas dekat sekali dengan pulau jawa tu

    BalasPadam
  3. Macamana nak melancong ke sana ?

    BalasPadam
  4. Tak ada cara untuk ke sana melainkan dari tanah besar Australia.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, terima kasih, sejarah tentang satu pulau yg sepatutnya dalam rumpun kita. saudara penulis blog ini mungkin boleh juga diadakan cerita tentang sejarah Singapura yang terkeluar dari Malaysia. Dari beberapa sumber yg saya dapat, singapura hanya keluar dari malaysia untuk tempoh 100 tahun saja seperti dalam perjanjian. Selebihnya saya masih belom dapat maklumat lengkap. Saya juga masih dlm proses mendapatkan maklumat dari sumber yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr, Print Jer.

      Menarik juga cadangan tu, kalau anda ada bahan, apa kata kita kongsi maklumat dan sama-sama terbitkan catatan itu bersama-sama. Tapi saya tak pernah dengar kalau Singapura hny tanah pajakan selama 100 tahun. Kalau itu benar, bererti Johor seharusnya mengambil balik Singapura mulai tahun 1924. Tapi saya itu tak berlaku. Singapura masih ditakbir dibawah negeri2 selat hingga 1942. Kalau ia benar, bererti kita dah terlepas peluang.

      Saya hanya ada info kalau perjanjian penyerahan Singapura kepada Inggeris peringkat awal hanya terbatas tanah besar Pulau Singapura itu saja. Tak tahu apakah ada perjanjian lain yang menyebabkan beberapa pulau kecil di sekitarnya jadi milik mereka.

      Padam
  6. Asalamualaikum... saya adalah orang Melayu Cocos yang lahir dan tinggal di Sabah. Pada tahun 1950 ayah da ibu saya di bawah oleh British ke Borneo dari Kepulauan Cocos Keeling. Budaya, bahasa, adat resam dan agama masih dipertahankan seperti dulu.

    BalasPadam
  7. assalamualiakum. sy basyirah. pelajar u. sedang mengkaji tentang sejarah kedatangan melayu di pulau kokos. jadi sy dah baca artikel ni . sy minta izin nak guna maklumat dalam ni. lagi satu sy nk mintak tolong abg fazli, klu boley send artikel tu dkt sy. sy nak kna ada bukti jgakk. sbb sy pon cari jugak maklumat tu dkat libry, tp xbnyak info. harap abg dapat bantu. ni emel sy. ayra_bushro94@yahoo.com . TQ.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum. sy pelajar u. sy kena mengkaji tentang sejarah melayu kokos. sy ada jugakk cari dekat libry tp xbnyak info sy dapat. sy search internet pon. bnyaknya blog. jd sy dah bca artikel yg abg fazli tulis. sy ingat nk minta izin nk guna mklumat ni. sy nk minta tolong abg fazli send artikel tu boleh x. ni emel sy ayra_bushro94@yahoo.com . TQ

    BalasPadam
  9. Money not eought?Want a part time job?Job at home? Want to earn money online?
    Now with Neo Bux you can get the world No.1 PTC to help you!!

    With~

    *Safe
    *Trust
    *Only there pay you no you pay there
    *No any fee or under fee
    *Life time no any changes
    *Only click
    *No virus or not spam
    *No personal detail need and also bank detail

    Visit and join us now ~ http://www.neobux.com/?r=leekanelong
    The money is now waiting you!!!

    BalasPadam
  10. kedua-dua pulau ini saya pernah sampai & saya masih lagi mempunyai contact dengan mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh contact kumpulan GPTD (http://gptd.blogspot.my/) yg sering ke sana utk misi khidmat masyarakat

      Padam
  11. Bagaimana Pulau Cocos boleh mendapat nama Kepulauan Cocos (Keeling)?
    Pua
    Pulau ini ditemui oleh Kapten William Keeling dari Syarikat Hindia Timur pada tahun 1609. Nama Kepulauan Coco-Keeling pula telah diberikan oleh penulis hidograf Inggeris, James Horsburgh, yang telah menyusun buku panduan terperinci tentang pelayaran di perairan ini pada tahun 1805. Pada tahun 1955 Coco-Keeling mendapat nama barunya dengan tanda kurungan Cocos(Keeling).

    BalasPadam
  12. Pembetulan:
    Pada tahun 1955 Cocos-Keeling mendapat nama barunya dengan tanda kurungan Cocos(Keeling).

    BalasPadam
  13. Pembetulan:
    Pada tahun 1955 Cocos-Keeling mendapat nama barunya dengan tanda kurungan Cocos(Keeling).

    BalasPadam
  14. Bagaimana Pulau Cocos boleh mendapat nama Kepulauan Cocos (Keeling)?
    Pua
    Pulau ini ditemui oleh Kapten William Keeling dari Syarikat Hindia Timur pada tahun 1609. Nama Kepulauan Coco-Keeling pula telah diberikan oleh penulis hidograf Inggeris, James Horsburgh, yang telah menyusun buku panduan terperinci tentang pelayaran di perairan ini pada tahun 1805. Pada tahun 1955 Coco-Keeling mendapat nama barunya dengan tanda kurungan Cocos(Keeling).

    BalasPadam
  15. Salam kenal brother
    Saya sangat tertarik dengan tulisan2 anda. Sy sangat berdiskusi lebih banyak dengan anda.
    Minta email kamu yang aktif yaaa. Ni email sy : firdausdz@rocketmail.com atau dzf83@yahoo.co.id

    BalasPadam
  16. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam