بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KUNTILANAK - Filem seram Indonesia masuk Malaysia

Rating:★★★★
Category:Movies
Genre: Horror
Bermula 18 Januari 2007, Kuntilanak (pontianak) dari Indonesia bakal 'mengganggu' rakyat Malaysia setelah berjaya merasuk rakyat di negaranya beberapa bulan yang lalu. Kuntilanak sebenarnya merupakan judul dari sebuah filem seram Indonesia yang pernah saya tonton awal November yang lalu di Surabaya. Pada pandangan peribadi, filem ini saya sifatkan SANGAT SERAM dengan plot cerita yang mudah difahami tetapi menggunakan bahasa yang tidak mudah difahami.

Setelah sekian lama kaki wayang di Malaysia disajikan filem seram dari Thailand, Jepun, Korea, Hong Kong dan barat, kini tiba masanya kita menilai betapa seram hasil karya dari Indonesia. Bagaimanapun, filem seram ini terpaksa bersaing dengan filem seram Malaysia, Syaitan yang turut ditayangkan dalam tempoh yang sama. Buat masa ini, sebuah filem Indonesia berjudul Berbagi Suami sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Merujuk layanan istimewa Malaysia terhadap filem luar, diharap pihak luar juga memberi layanan yang sama terhadap filem dari Malaysia.

15 ulasan:

  1. ada text melayu di filem itu kan?

    BalasPadam
  2. ye ke?.....my fren (KL) called me yesterday, she said nak tengok Berbagi Suami @ pawagam.....
    mana satu lebih seram...Kuntilanak or Syaitan/"Sundal Bolong something (terlupa tajuknye")...??

    BalasPadam
  3. depend on the audiences......i think......
    harus bisa merebut hati penonton filem.....jika tidak, susah la.....

    BalasPadam
  4. Wahhhh.. pemerhati film ya. Emh.. nampaknya indonesia terkenal dengan film seram atau mistik tahayul saja ya :( . Kira2 bagaimana image perfilman indonesia di mata luar sana ya?.. im wonder about it, specially the quality cinematografy.. emhhh :-?

    BalasPadam
  5. nggak pasti.... tapi biasanya ada text Melayu dibawahnya.

    BalasPadam
  6. Sundal Bolong belum pernah saya tonton. Syaitan hanya akan disiarkan sedikit hari lagi. Jadi, saya belum dapat bandingkan. Tapi Kuntilanak memang menakutkan.....

    BalasPadam
  7. Cinematografy, saya rasa filem Indonesia lebih baik. Filem Malaysia masih di tahap bawah tapi saya rasa sedang meningkat. Penerimaan filem Indonesia di Malaysia banyak dibantu oleh jutaan rakyat Indonesia yang berkerja di Malaysia. Pengalaman ketika menonton Tentang Dia & Ungu Violet, 3/4 dari jumlah penonton merupakan orang Indonesia sendiri.

    BalasPadam
  8. kemasukan film negara serumpun sudah hal biasa di Malaysia. Kalo kisah seram, waktu kecik2 ingat film Penangkal Ilmu Teluh-Nini Towok dll......cerita negara tetangga memang meninggalkan kesan kepada penonton. Masalahnya skrg. apakah film kita diterima disana......

    BalasPadam
  9. He..he..he....malah sudah ada Hantu Jeruk Purut, Bangku Kosong dan banyak lagi film syerem lainnya

    BalasPadam
  10. aku tunggu di sini saja.................. Semoga cepat dibawa masuk ke Malaysia.

    BalasPadam
  11. sedang booming filem seram.....horor..!!!

    BalasPadam
  12. huaaa Bang Ilzaf nonton lagi gak?

    BalasPadam
  13. belum lagi nih.. tapi pingin sangaat. Errrrrr seremmm

    BalasPadam
  14. Ada banyak film kuntilanak di Indonesia. Ini film yang mana?

    BalasPadam