بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KHAS PILIHANRAYA: dan fitnahpun bermula.....

Hari ini telah masuk hari ke-7 tempoh berkempen. Ketika ini, satu demi satu taktik kotor mula dilakukan bagi menjahanamkan parti politik lawan dalam pilihanraya. Dan sudah semestinya yang paling banyak menjadi mangsa adalah parti pembangkang ekoran ruang sebaran yang terhad. TV3 sebagaimana media-media pro-pemerintah di Malaysia dalam beritanya sudahpun mula berbohong bertujuan memberikan imej negatif tentang Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan parti-parti pembangkang yang lain kepada orang ramai.

Niat jahat TV3 sekali lagi terbongkar melalui Buletin Utama malam tadi. Dalam fitnahnya, TV3 melaporkan konon jurukamera mereka terserempak dengan sekumpulan petugas PAS sedang meneguk beberapa botol minuman keras di satu bilik gerakan parti itu di sebuah negeri di utara Semenanjung. Berita bohong itu menyebut,  ada petugas-petugas PAS bertempiaran lari meninggalkan bilik gerakan setelah menyedari kehadiran jurukamera TV3. Dengan berlatar belakang poster Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang, dua orang pemimpin besar dalam PAS, jurukamera itu sempat mengambil gambar beberapa tin minuman keras yang bersepah dalam bilik gerakan tersebut. Nampaknya senario pembohongan kali ini tak ubah seperti siri ulangan kepada satu peristiwa yang kononnya berlaku di Terengganu dalam Pilihanraya 2004. Sasarannya tak lain tak bukan bertujuan menggambarkan imej buruk kepada parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Saya dan beberapa orang petugas di bilik gerakan sebuah parti pembangkang di Lembah Pantai berasa lucu dengan taktik murahan TV3. Kami di sini sebagaimana petugas-petugas bilik gerakan yang lain, termasuklah dikalangan parti pemerintah sendiri tidak akan pernah sama sekali meninggalkan bilik gerakan walau apapun yang berlaku. Di saat wartawan dari luar negara kami sambut, inikan pula jurukamera TV3. Sangat memalukan.

Saya yakin pembohongan TV3 ini ditertawakan banyak pihak yang celik minda. Selepas ini, tentu ada lagi fitnah lain yang lebih hina sebagaimana yang berlaku pada musim pilihanraya lepas yang kononnya petugas lelaki PAS menunjukkan kemaluan pada salah seorang ahli pergerakan puteri parti pemerintah.

Dan mulai esok saya pasti media perdana di Malaysia berbohong lagi dengan menyiarkan berita kononnya kedatangan penyandang Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ke Pantai Dalam malam ini telah disambut meriah tanda sokongan padu penduduk Lembah Pantai khasnya di Pantai Dalam kepada beliau dan parti pimpinannya.  Apa yang sahih, kedatangan beliau itu lebih ramai disambut oleh penyokong luar yang dibawa ke Lembah Pantai menggunakan beberapa buah bas. Kebenaran yang ini tentunya disembunyikan.

7 ulasan:

  1. pening ya faz. sal teringat lagu mengundi dulu.. marilah mari pergi mengundi jangan lupa kewajiban pada negaraaaaaaaaaaaaaa...

    BalasPadam
  2. Fazly, kemarin semasa saya ke Batam selalu tengok TV3, maaf sebelumnya, semua pengacara disana cakap kalau Partai lawan Pemerintah tersebut dengan sebutan "PEMBANGKANG". Belum lagi Partai yang berkuasa terkesan sangat menyudutkan Partai lain yg mereka cakap pembangkang itu...Padahal kalau erti disini pembangkang tuh kesannya sangat Negatif, boleh dicakap sebagai Pemberontak Negara. Apa maknanya sama disana??? Saya tengok juga Partai yang berkuasa sangat gencar melakukan campaign mcm di Negeri Kelantan, tempat basisnya PAS. Maaf bukan maksud hati nak turut campur, cuma beri pandangan saja. Jadi ingat masa Pemerintahan Orde Baru di Indonesia.

    BalasPadam
  3. betul2 pening.... Eh, Sal pun tau lagu tu ya? Lagu tu masih dimainkan sampai sekarang..

    BalasPadam
  4. saatnya malaysia membuat perubahan.
    cukup buat barisan nasional.

    BalasPadam
  5. pade doh 50 taun... (dialek Kelantan) Cukuplah 50 tahun.

    BalasPadam
  6. org kelantan slalu d kata miskin kan.. ntah apa2

    BalasPadam
  7. mcm² taktik derang..blm lg psl pengundi antu....

    BalasPadam