بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KHAS PILIHANRAYA: Malaysia memegang rekod manusia tertua di dunia

Manusia tertua di dunia adalah Edna Parker yang dilahirkan pada 20 April 1893. Dia meninggal pada usia 115 tahun.

Itu sahaja?

Tidak.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telahpun membuktikan manusia tertua di dunia adalah orang Malaysia, bukannya Edna Parker. Beliau adalah Noraini B Abu Samad, berusia 128 tahun. Ketika ini beliau dipercayai masih hidup dan insyaAllah akan keluar mengundi dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac nanti. Sila Klik pada imej untuk hasil yang lebih jelas.

Kalau ditelitikan pada butir-butir dirinya seperti yang terdapat dalam daftar SPR, Noraini adalah seorang perempuan berdasarkan ruang jantina yang tertera huruf 'P'. Namun merujuk pada huruf  'B'  di atas nama penuhnya ' Noraini B Abu Samad ', beliau barangkali seorang lelaki. Ini kerana, secara lazim masyarakat Malaysia akan merujuk singkatan 'B' sebagai Bin. Fakta Noraini sebagai lelaki semakin jelas bila kad pengenalan beliau berakhir dengan angka ganjil. Dalam sistem kad pengenalan Malaysia, angka-angka ganjil iaitu 1, 3, 5, 7 dan 9 di akhir no. kad pengenalan menunjukkan pemiliknya seorang lelaki. No. terakhir dalam kad pengenalan Noraini ialah angka 1.

Jadi siapakah Noraini sebenarnya? Lelaki atau perempuan?  

Bukan sekadar Noraini, Malaysia turut memiliki hampir 9,000 manusia tertua yang masih hidup dan bakal menunaikan tanggungjawabnya dalam menentukan masa depan negara. Berikut adalah senarai No. kad pengenalan sebahagian dari manusia tertua negara yang terdapat dalam daftar SPR.

811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

2 ulasan:

  1. WOW.. ABESLAH PAKAT2 KUAR MENGUNDI

    BalasPadam
  2. SPR yang telah berulang kali berkata 'KAMI TELAH BERSEDIA PADA BILA-BILA MASA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA......' Ayat ini telah dilafazkan sejak enam bulan yang lalu.

    Nah... inilah dia bukti kesediaan SPR..

    BalasPadam