بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PASCA PILIHANRAYA: Konflik pakatan Pas - DAP / Pas - UMNO

Beberapa jam selepas pemilihan Adun Pasir Panjang dari Pas sebagai Menteri Besar Perak oleh baginda Sultan, pemimpin besar DAP, Lim Kit Siang mula menunjukkan belang kebiadapannya. Tindakan Lim Kit Siang mengarahkan pemimpin DAP Perak memulaukan majlis angkat sumpah Adun itu sebagai Menteri Besar saya lihat sebagai menghina keputusan Sultan seterusnya menghina Melayu secara keseluruhan. Ini mungkin mencerminkan sikap sebenar DAP yang seharusnya membuka mata pemimpin pembangkang Melayu dalam meneruskan kerjasama dengan mereka. 

Ketka ini saya yakin ramai dikalangan ahli UMNO yang gila kuasa tergelak besar dengan konflik tersebut, satu sikap lazim yang sering ada dalam diri pemimpin UMNO yang membuatkan ramai orang Melayu menolak perjuangan parti itu, parti yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam. Dalam hal sebegini, saya fikir ada baiknya parti politik Melayu baik pemerintah atau pembangkang berkerjasama menentang niat jahat DAP. Tak sepatutnya kita membiarkan saja rakan Melayu kita diserang sedangkan kita boleh bergelak ketawa sambil dalam hati berkata 'padan muka'.

Pada saya, perjaungan mempertahankan bangsa dan agama adalah tanggungjawab bersama. Saya menyeru pada pemimpin-pemimpin UMNO yang bersih dan sayangkan agama dan bangsa bersama-sama dalam pejuangan Pas. Untuk Islam dan Malaysia.  Di bawah adalah satu petikan tentang apa yang terjadi di Parlimen Rembau. Petikan ini mengambarkan betapa ada orang Melayu sanggup berbuat apa saja demi cita-cita politik. Silakan baca dan fikirkan:-

Badrul Hisham Shaharin
Thu | Mar 13, 08 | 9:52:20 am MYT

Malam keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) saya seolah hilang punca. Melalui kiraan pantas iaitu maklumat dari semua ajen kiraan undi saluran / peti undi KeADILan mendahului kira kira 100 undi. Namun angka yang diterima bukan angka rasmi.

Ramai ketua pusat mengundi pula menafikan hak agen kiraan undi keADILan mendapat salinan borang 14. Selepas maghrib suasana di Pusat Penjumlahan di Dewan Merdeka, Rembau agak tak tentu arah. Saya mengambil keputusan untuk terus berada di Bilik Gerakan keADILan Parlimen Rembau (lima minit dari Pusat Penjumlahan) untuk monitor keputusan yang masuk dan cuba menghubungi semula semua agen pengiraan undi untuk menghantar borang 14 ke bilik gerakan.

Saya menghantar tiga orang untuk memasuki dewan, malangnya cuma Rozmal, agen calon sahaja yang dibenarkan masuk. Bayangkan dalam keadaan ratusan penyokong Bn di dalam dewan, apa yang Rozmal seorang mampu lakukan. Sekitar jam 9.00 malam saya sudah merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Rozmal yang saya hubungi melalui telefon seperti hilang punca. Dia mengatakan kemungkinan kiraan semula (dia juga tidak pasti) tetapi semua berlaku dengan pantas. Jam 10.15 malam dua peti undi di bawa masuk, dan lima minit selepas itu terus calon BN parlimen Rembau di isytiharkan menang dengan majoriti 5,000 lebih.

Semenjak peristiwa itu saya mendapat ratusan panggilan telefon dari teman dan wartawan yang ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi. Maka semalam saya menganggil sidang media di SCAH, KL.

Saya istiharkan PRU-12 ini merupakan PRU paling kotor dan Rembau merupakan yang terkotor. Media, agensi kerajaan diperkuda secukupnya demi menjamin kemenangan BN. Di Rembau contohnya Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Rembau serta 'team'nya sendiri terpaksa tunduk kepada menantu Abdullah dan menekan lawan Bn.

Begitu banyak majlis kerajaan, peruntukan kerajaan dan premis/kawasan milik kerajaan dipergunakan oleh jentera Bn demi memastikan menantu Pm menang. Tuan Rawi, pegawai daerah Rembau ketika saya hubungi melalui telefon bertanyakan kenapa menantu Abdullah boleh menggunakan kemudahan kerajaan tetapi saya dinafikan hak untuk menyewa padang Rembau?

Beliau menyatakan meluluskan atau tidak itu kuasanya... dan dia sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan calon lawan menantu PM menggunakan padang dan dia juga punya kuasa untuk membenarkan menantu PM menggunakan padang Rembau..katanya menantu PM lain dia Bn...selepas ditanya mengenai saya juga membayar deposit pilihanraya seperti menantu Pm dan selaku pegawai yang menjalankan tugas SPR dan makan gaji yang dibayar oleh rakyat dia harus bertindak adil...dia meletakkan telefon !!!

Kejadian kedua ialah apabila banyak aduan yang saya buat seperti bahan kempen hilang, terbakar...penggunaan bendera Umno yang tidak bertanding Pilihanraya...dan banyak lagi tidak dilayan walaupun telah berkali - kali membuat aduan ke Bilik Gerakan SPR Rembau (pejabat Daerah)...saya telah menelefon ke Bilik Gerakan SPR tetapi malangnya saya ditengking oleh A.D.O Rembau dan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas saya kerana mengganggu pegawai awam.

Saya terus mencabar beliau jika anak jantan sila ambil tindakan undang undang .... dia mengatakan "dengan awak dengan Anwar Ibrahim boleh jalan.." .... saya hilang sabar dan terus mengatakan Kamu memang anjing BN dan meletakkan telefon...saya tahu penggunaan perkataan anjing itu melampau...di sini saya memohon maaf tetapi beliau juga harus mengakui tindakan beliau yang gagal memastikan pilihanraya di P131 berjalan secara adil.

Rembau telah melalui 12 kali Pilihanraya Umum. Ramai orang 'lama' di Rembau sendiri mengakui bahawa dia tidak pernah tengok pilihanraya yang sekotor ini dengan pelibatan gangster. Saya mengalami kerugian tidak kurang RM20,000 kerana banner, bendera dan poster yang hilang, dicuri, dirosakkan dan dibakar.

Kegiatan kekasaran seperti menahan atau menghalang atau mengasari petugas pilihanraya juga wujud. Seorang yang mengaku Eksekutif kempen Khairy (putih, gebu, berjanggut) yang dipercayai bukan 'budak tempatan' sering kali cuba membuat kecoh dalam kempen individu saya. Contohnya di Masjid Rembau selepas solat jumaat saya di serbu dan dituduh berkempen menggunakan masjid. Saya tidak mempedulikan 'tentera berbayar' menantu PM ini dan terus bersalaman melayan jemaah.

Mujur kawalan keselamatan calon berjaya membawa 'tentera berbayar Khairy ini jauh dari saya. Sekali lagi 'tentera berbayar yang sama' dengan kumpulanya cuba menyerbu saya di Masjid Paroi. Kali ini mengugut dengan menuding jari dan mengatakan siap kau !!! sekali lagi kumpulan pengacau upahan Khairy ini berjaya dikuis jauh dari saya.

Kejadian kedua terjadi terhadap calon keADILan DUN Rantau dalam Parlimen Rembau. sekitar 2.00 pagi 5 hari sebelum pembuangan undi, rumah beliau di Rantau telah di kelilingkan dengan bendera BN/Umno tetapi dengan keberanian wanita lebih 50 tahun ini sendiri keluar dan menanggalkan bendera BN/Umno yang menceroboh tanah beliau dan memasukkan dalam plastik hitam.

Mungkin tidak puas hati dengan keberanian Aisah Lamsah, sekumpulan besar petugas Bn telah mengepung rumah beliau dan meletakkan lebih banyak bendera, poster, flag line Bn di sekitar tanah rumah Puan Aisah. Laporan polis dibuat tetapi sehingga kini tiada tindakan.

Kejadian pendokong Parti Mahasiswa Negara yang hadir untuk bertemu orang kampung juga perlu diberikan perhatian. Anak - anak muda ini turun ke Rembau untuk merancakkan lagi kempen PRU-12. Namun ketika kira kira 10 orang dari mereka ingin memasuki kampung Gadong, meeka dihalang gangster Umno secara kasar. Polis yang dipanggil cuma mampu menasihatkan agar kami akur dengan gangster Umno itu. Malah kebetulkan ketika itu telah masuk waktu solat, kumpulan kami yang hendak solat di Surau Kampung itu juga dihalang bersolat.

Hari yang sama di kawasan Rumah Rakyat Astana Raja, saya diserbu oleh Ketua Wanita Umno kawasan itu yang menjerit - jerit seperti orang gila mengakatan saya tak boleh masuk kerana ini kawasan Umno. Ramai penduduk keluar untuk melihat apa yang berlaku...ramai antara mereka yang datang dan menyatakan sokongan kepada saya sambil berkata...biasalah itulah akibat menantu Pm datang bertanding sini...akak tu dah terbayang nak jadi setiausaha menteri kut...

Hari yang sama sekumpulan petugas kempen keADILan di Kampung Semin dihalang perjalanan kenderaannya oleh kereta waja WMJ 8327 warna kelabu, dan diugut supaya berhenti kempen atau nyawa melayang.

Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka GERAK Mahasiswa yang hadir ke Rembau kerana menyampaikan manisfesto GERAK yang berbunyi tolak calon rasuah. Manifesto ini dihantar ke semua bilik gerakan parti politik termasuk keADILan, BN dan PAS. Malangnya petugas GERAK Mahasiswa ini telah diambil kad pengenalanya dan mereka di iring keluar dari kawasan Parlimen Rembau oleh petugas BN.

Dari aspek senarai pemilih sendiri sejak dari awal sememangnya disedari kotor. Ini membuktikan SPR sudah sedia memenangkan menantu Pm. Saya sendiri telah membuat laporan polis mengenai wujudnya ratusan pengundi ragu iaitu mereka yang dibawah umur dan berumur lebih 150 tahun. Saya juga membuat laporan polis kerana 'layanan istemewa' SPR yang dengan pantas menukar status menantu PM dari pengundi di Lembah Pantai menjadi pengundi di Gadong Rembau.

Walaupun sebelum itu hanya dua hingga tiga bulan sebelum itu dia pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan berdasarkan carian SPR. Bukan itu sahaja Jabatan Pendaftaran juga begitu pantas membuatkan MyKadnya yang beralamat di Gadong.

laporan penuh hari pengundian akan disiapkan pada 13 Mac ini dan akan dihantar ke kumpulan peguam untuk meneruskan tindakan bantahan. Antara kejadian yang dilaporkan ialah pemberian wang secara terbuka, dua nama sama tetapi kad pengalan berbeza (berbeza 3bulan lahir) dalam alamat rumah yang sama didapati mengundi, pengundi dibenar mengundi tanpa membawa kad pengenalan, kejadian pukul, kejadian datang mengundi tetapi nama sudah diundikan dan banyak lagi kejadian pelanggaran undang undang berlaku.

Semalam 9.30 malam saya hadir mesyuarat bersama jentera di Pejabat Gerakan PRU keADILan Rembau. Tak sangka ramai yang hadir, semua tidak mengakui kemenangan 'tipu daya' BN, mereka mendesak tindakan lanjut diambil.

Semalam juga ramai yang berikrar untuk tetap meneruskan gerak kerja bukan seperti kebiasaan selepas pilihanraya terus senyap. Mereka meminta saya terus membuka Bilik Gerakan PRU untuk dijadikan pusat khidmat. Saya hanya mampu menyatakan InsyaAllah kerana sedang usaha berkira dan mencari perbelanjaan operasi sekurang kurangnya sehingga PRU 13.

Namun saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua. Memang rakyat belum menang kerana kemenangan kita dinafikan dengan tipu daya tetapi saya janji akan terus berjuang. Semua dijemput datang ke Kenduri Perdana Rakyat 15 Mac 2008, 8 malam di depan Pusat Gerakan PRU 12 keADILan Rembau (belakang Pej. Daerah Rembau)./wann

27 ulasan:

  1. Kah kah kah..gua tak pernah menyokong apa yang Khairi lakukan..siapa dia..? Melayu yang punya kepentingan diri..? dia umpama nyamuk jahat di petang hari..bising sangat mulutnya..dan gua tak akan menyokong PKR..sebab hanya Melayu² bangang yang tak belajar dari Sejarah sajer akan menyokong perjuangan jahanam mereka tue..gua hanya akan menyokong satu Parti yang memperjuangkan Islam dan kaum Melayu...Haillllll....

    BalasPadam
  2. Saya sendiri tidak begitu menyenangi orang ini..... tapi meletak Cikgu Bard, orang luar bertanding di Rembau rasanya bukan langkah yg bijak....."ontah mano oghang eh".....itu lah ungkapan yg keluar dari mulut rakyat setempat. Rembau diantara daerah fanatik & kuat dlm adat (selain Kuala Pilah). Orang luar pastinya sukar untuk diterima....jika PKR meletak anak tempatan! nah ini berkemungkinan....Ghombau ohhh Ghombau.....
    *kalau En. Fazli nak bo'ngubek dtang lar ko Ghombau....hi hi

    BalasPadam
  3. takut malaysia nih jadi cam singapore jerk

    BalasPadam
  4. PKR mungkin dulu memperjuangkan mangsa-mangsa yang dizalimi BN. Sekarang ni mereka mereka memperjuangkan masalah rakyat yang dibebani kenaikan minyak/harga barang yang disebabkan oleh tujuan mencari dana untuk menjayakan projek koridor sana-sini yang diilhamkan Paklah. Akan datang tak tahu apa yang diperjuangkan mereka. Pas terbukti memperjuangkan Melayu dan Islam.

    Cuma ketika ini kalau PKR ikhlas, mungkin takada masalah berkerjasama dengan mereka.

    BalasPadam
  5. PKR mungkin dulu memperjuangkan mangsa-mangsa yang dizalimi BN. Sekarang ni mereka memperjuangkan masalah rakyat yang dibebani kenaikan minyak/harga barang yang disebabkan oleh tujuan mencari dana untuk menjayakan projek koridor sana-sini yang diilhamkan Paklah. Akan datang tak tahu apa yang diperjuangkan mereka. Pas terbukti memperjuangkan Melayu dan Islam.

    Cuma ketika ini kalau PKR ikhlas, mungkin takada masalah berkerjasama dengan mereka.

    BalasPadam
  6. sori tak paham....
    bo'ngubek ...? apa tu ?

    BalasPadam
  7. takut malaysia nih jadi cam singapore jerk

    BalasPadam
  8. heh heh....PKR....
    coba ajak si Anwar kembali ke UMNO.....pasti dia mahu......hi hi....

    BalasPadam
  9. awak tue larr...memang patut bo'ngubek!...hi hi

    BalasPadam
  10. .....dan orang2 Sungai Manik mula asah parang.....
    hi hi...taklahhh...kita di M'sia nie saling menghormati....mereka yg non malay pun tak nak negara kacau bilau, ekonomi tak menentu....meraka bussines man...

    BalasPadam
  11. tulahkan..sepatutnyer melayu sama melayu bersatu nie tidak...bertelagah...yg ketawa besar bangsa lain......x faham tul lah...

    BalasPadam
  12. Berita dari Malaysiakini: Sah Pas dapat jawatan MB Perak. Alhamdullillah.. Takbir!!

    DAP terima pelantikan MB dari PAS
    Mar 13, 08 10:40am
    Salahfaham berhubung isu pelantikan menteri besar baru Perak telah selesai, kata Pengerusi DAP Perak.

    Berikutan itu, katanya, semua ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS.

    Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini pagi ini.

    Ngeh yang juga Adun Setiawan dilantik timbalan menteri besar I.

    Manakala jawatan timbalan menteri besar 11 akan dilantik dari kalangan wakil rakyat keturunan India.

    Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak.

    Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

    Bagaimanapun, semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata pelantikan Nizar tidak direstui jawatankuasa eksekutif DAP.

    Berikutan itu, beliau berkata, Adun DAP tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah menteri besar hari ini.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah selesai.....tapi setahu saya perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahwa Menteri Besar/Timbalan harus dari bangsa Melayu & beragama Islam....

    BalasPadam
  14. betul selagi tidak dinyatakan sebaliknya oleh sultan.

    BalasPadam
  15. tak berapa berguna, tapi ada juga gunanya. saya suka dengan konsep MYteam ciptaannya...

    BalasPadam
  16. Alhamdullillah..bagi gua..cuma ada 2 parti Melayu jer kat Malaysia nie..UMNO ngan PAS..tapi secara jujurnya..kalaulah 2 parti nie boleh bergabung...Alhamdullillah..sebab perbezaan ideology jer sekarang nie Malaysia jadi camnie..ada mereka² yang berkepentingan dan buta perut..bangsa jadi mangsa...sampai bila kita nak asyik memberi jer..jadi apa yang akan tinggal pada 2020 pada bangsa kita..?

    BalasPadam
  17. setuju. Harap Anwar lupakanlah dendamnya dengan UMNO. berbaik-baiklah semula....

    BalasPadam
  18. masalahnya..bukan sajer Anwar tak mau lupakan dendamnya..tapi kambing² buta perut kat UMNO tue dah awal² tak mau terima dia..sama² mangkuk hayun..yang senang hati saper..? kah kah kah..sendiri pikirlar kawan..

    BalasPadam
  19. ya... nilah masalahnya. Selagi tak dapat diselesaikan, sampai bilapun orang melayu akan berpecah. masing2 pihak mengaku dirinya betul. Orang cina pandai politik, Koh Tsu Koon kalah pun dia takde masalah serahkan Penang pada DAP sebab dorang sebangsa. Menang kalahpun dorang gak yang dapat.

    Dalam BNsendiri, orang cina letakkan dua parti, MCA dan Gerakan. Bayangkan kalau ada 20 kerusi, UMNO dapat 9, MCA diberi 5, Gerakan ambil 4, MIC dapat 1 dan PPP minta 1. Kat sini jer kita dapat lihat, orang cina (MCA dan Gerakan) dapat kerusi yang sama banyak dengan Melayu iaitu 9. Sedangkan penduduk Melayu membentuk 60% penduduk Malaysia berbanding cina hanya 22%. Inilah yang berlaku dalam kabinet Paklah sebelum ini. Sebab tulah banyak orang cina masuk kabinet jadi menteri dan timblan menteri.

    Kerana alasan inilah MCA tolak penggabungan dengan Gerakan... demi menjamin suara cina kekal besar dalam kerajaan. Mari kita fikirkan. Ini bukan soal perkauman, tapi soal kebijaksanaan.

    harap PRU12 memberi pengajaran yang banyak buat kita semua.

    BalasPadam
  20. En. Fazli ....dulu awak amik Sains Politik ker?
    : )

    BalasPadam
  21. Anwar Ibrahim tu nak jadi PM aje.. kalau orang UMNO offer dia jadi PM sure dia setuju punya..

    BalasPadam