بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PASCA PILIHANRAYA: Perpecahan Membawa Padah

Semua sedia maklum akan keputusan Piliharaya Umum ke-12 (PRU12) yang berlangsung baru-baru ini. Sekali lagi parti Barisan Nasional (BN) diberi mendat membentuk Kerajaan Malaysia dengan majoriti yang sedikit. Biarpun diistiharkan menang, ramai pihak beranggapan BN kalah. Ini mungkin setelah dibandingkan dengan sejarah beberapa PRU yang lalu. 

Jika diteliti, BN hanya membentuk kerajaan dengan bantuan kawasan parlimen dari Malaysia Timur yang mereka menang lebih 95% kerusi. Bagaimanapun jika diambil kira kawasan dari Malaysia Barat (Semenanjung), kekuatan BN dilihat tergugat setelah pembangkang berjaya menguasai 6 negeri termasuk Kuala Lumpur. 

Apa boleh buat, sejarah telah tercipta. BN tewas di Semenanjung. Dan Johor, pertama kali gagal mengekal rekod bersih sebagai kubu kuat BN 100%. Saya, biarpun gembira dengan keputusan yang diumumkan turut termenung memikirkan nasib beberapa negeri yang dimenangi pembangkang. Bukan kerana bimbang akan masa depan pembangunan, tapi bimbang dengan nasib bangsa Melayu di sana. Kini suara bukan Melayu mendominasi kerusi-kerusi negeri di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Seperti biasa, akhbar arus perdana di Malaysia terus menyalahkan pembangkang Melayu tentang masalah ini. Saya sendiri sering dicemuh rakan-rakan penyokong BN (UMNO) kononnya dituduh bersekongkol hingga bakal tergadai hak dan masa depan kaum bumiputera di negeri-negeri itu. Anehnya mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Hingga ke hari ini, mereka terus angkuh menyatakan perjuangan mereka perjuangan bangsa dan agama. Takbur kononnya merekalah satu-satunya parti yang mengangkat martabat Melayu  yang cemerlang gemilang dan terbilang. Dan ketika ini, parti pembangkang Melayu terutamanya PAS mula diseru menyertai mereka atas alasan untuk membela nasib Melayu di tiga negeri tersebut.  

Hairan saya memikirkan kenapa harus PAS menyertai mereka. Saya tertanya-tanya di mana kebaikan mereka kepada bangsa Melayu setelah 50 tahun mengepalai pemerintahan negara. Saya lihat, rekod perjuangan mereka tidak semakin baik tapi memburuk dari semasa ke samasa. Setelah 50 tahun, tidak sedikit bangsa Melayu yang sesat dan terus menjuarai gejala negatif dalam negara. Tidak sedikit hak keistimewaan tergadaikan termasuklah dalam aspek bahasa. Tidak sedikit tanah-tanah Melayu dirampas atas alasan pembangunan yang sebenarnya muslihat untuk memenuhkan kantong peribadi. Saya sendiri benci dengan perbuatan pemimpin UMNO di kawasan saya yang lebih mementingkan kekayaan sendiri. Inikah yang dikatakan pejuang?

Seketika tadi saya terlihat gambar seorang pemimpin puteri UMNO yang menang PRU lalu. Kali ini dia tampil bertudung. Alhamdullillah kata saya kalau itu hidayah yang baru diperolehi setelah insaf akan kekalahan rakan-rakannya yang lain.  Tapi sudahlah, kalau itu hanya taktik murahan yang bersifat sementara. Demi agama, bangsa dan negara, berjuanglah bersama kami. Pas untuk Islam dan Malaysia. Pas untuk Semua.  

18 ulasan:

  1. Ya... tapi dalam PRU yang lalu, Pas berkerjasama dengan PKR & PKR berkerjasama dengan DAP untuk menentang BN. Saat itu, Calon Pas aku sokong, Calon PKR juga aku sokong.

    BalasPadam
  2. :) En. Jim sedang cuba memancing.......

    Pada dasarnya saya tak sokong perjuangan DAP. Dalam konteks di Perak dan Selangor, saya setuju dengan pakatan Pas, PKR dan DAP untuk menidakkan kekuasaan BN di negeri-negeri tersebut. Berkerjasama dengan orang cina yang jujur bagi saya lebih baik dari mengikut kata-kata pemimpin melayu yang pentingkan periuk nasi diri sendiri.

    BalasPadam
  3. dua-duanya kau pilih? di malaysia bisa pilih dua kandidat?

    BalasPadam
  4. tidak. Kerjasama ini berkehendakkan kesepakatan. Kalau pas mahu meletakkan calon, PKR harus beralah dan menyokong calon itu. Dan sebaliknya.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar....dalam politik kena "cerdik"..... :))

    BalasPadam
  6. mane tau org cina jujur?
    klu u kt atas pon u akan utamakan diri u, keluarga n kroni2 u..
    bukan semua manusia mcm tok guru..

    BalasPadam
  7. Kesepakatan hi hi...lucu...
    Kenyataannya DAP & PAS tidak akan pernah ada kesepakatan....1 Utara & 1 Selatan....hi hi...
    Lihat lah Perak 'Coalition Government' belum nampak bayangnya...hingga kini Raja Nazrin sakit kepala memilih Menteri Besar....'Perpecahan Membawa Padah' tepat skale..... : )

    BalasPadam
  8. Sayangnya En Jim tidak melihat realiti....
    Saya sendiri dah katakan, Pas dan DAP tak berkerjasama dalam PRU kali ini.

    Tapi dalam keadaan di Perak, keadaan sangat kritikal. Majoriti rakyat telah menolak BN. Sayangnya DAP yang semakin berkuasa. Ini mungkin disebabkan komposisi penduduk di sana hanya 49% Melayu, Cina 41% dan selebihnya india.

    Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesedaran politik melayu yang terlalu rendah. puluhan ribu yang tak mendaftar dengan SPR. ini menyebabkan pengundi melayu jadi minoriti.

    Dalam keadaan ini, saya yakin ramai orang Melayu yang tak rela berketuakan MB dari DAP. tapi dalam masa yang sama mereka menolak BN. jadi apakah penyelesaiannya? Jalan terbaik ialah berkerjasama dengan mana-mana parti pembangkang untuk menidakkan penguasaan BN di Perak asalkan masing-masing saling mempercayai dan ada sifat toleransi. Biarpun payah, saya yakin mereka akan tetap mencuba kerana BN sendiri sudah tak bolah dipercayaai.

    saya yakin kalau BN sanggup mengubah dasar, tolak kepimpinan yang mementingkan keluarga, tidak bongkak dan tidak mengumpul kekayaan peribadi, tak ada masalah untuk rakyat mendekati BN semula. Termasuklah saya.

    BalasPadam
  9. tak siapa pun tau. saya tak tau, awak tak tau, dan pemimpin-pemimpin pembangkang melayu pun takkan tau selagi belum ada bukti.

    Isunya disini: mencuba untuk berubah.... dengan harapan.

    BalasPadam
  10. Pada dasarnya saya tak sokong perjuangan DAP. Dalam konteks di Perak dan Selangor, saya setuju dengan pakatan Pas, PKR dan DAP untuk menidakkan kekuasaan BN di negeri-negeri tersebut. "Berkerjasama dengan orang cina yang jujur bagi saya lebih baik dari mengikut kata-kata pemimpin melayu yang pentingkan periuk nasi diri sendiri." <<-- u kate x siapa pon tahu selagi xde bukti tp u bole ckp mcm ni????huh!!

    BalasPadam
  11. Setuju!.....seharusnya BN mengambil iktibar dari PRU ke-12 ini....

    BalasPadam
  12. Puan/cik nazamani:- Awak ni sungguh pandai memutar-belitkan fakta, menjadikan kesusutan semakin berserabut.

    Kerjasama Pas/PKR/DAP hanya satu percubaan di Perak dan Selangor. Masing-masing cuba untuk bersama kerana masing-masing belum tahu belang pihak lain. W/pun saya tak setuju dengan kerjasama dengan DAP, tapi kalau niat mereka baik, jujur, tiada muslihat, apa salahnya mencari titik persamaan. demi untuk menolak BN yang dah terbukti mementingkan kroni.

    Ketika zaman Mahathir, tak ada satupun ahli keluarganya yang diketengahkan dalam politik dan pegang jawatan penting dalam parti w/pun dia jadi PM berpuluh tahun. Semua anak/menantunya hanya aktif diperingat bawah. Paklah, terang-terang dia cuba mengetengahkan KJ dan terpengaruh dengan kata-kata KJ yang banyak cakap itu.

    Nak tanya... awak tau tak siapa yang dapat dalam koridor2 pembangunan yang dicetuskan Paklah... ? carilah sendiri....

    BalasPadam
  13. Bertenang YB....bertenangggg....silakan duduk.....
    : )

    BalasPadam
  14. hehehe... nampak macam emo ke? sorila... saya memang panas bab politik... berkat mewarisi gen bapak saya.

    BalasPadam
  15. bagi akak.. PKR tu lebih kurang sama dengan UMNO jugak. tak banyak beza cuma lain kepala aje :)

    BalasPadam