بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PULAU BATU PUTIH - Keputusan ICJ Mengundang Lebih Konflik

Berakhir sudah kisah tuntutan bertindah selama 28 tahun ke atas Pulau Batu Putih. Isu ini merupakan salah satu dari sekian banyak Isu tertangguh yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia dan Singapura.  Ramai pihak mengharap keputusan yang telah disampaikan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan bertindih ini akan merungkai sedikit perselisihan faham antara kedua negara. Malangnya saya tidak beranggapan begitu.
ICJ pada petang 23 Mei yang lalu telah menolak pandangan Singapura bahawa pulau itu adalah terra nullius (tidak bermilik).  Penolakan itu sekaligus memenangkan hujah Malaysia yang menyebut, atas alasan sejarah, pulau itu adalah sebahagian dari Kesultanan Johor. Secara kasar,  Malaysia telah menang berhujah 1-0.
Malangnya ICJ memberi kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura atas alasan Malaysia pernah menyerahkan hak kedaulatan pulau tersebut sebagaimana surat yang dikeluarkan pegawai setiausaha kerajaan Johor pada 1953. Surat itu mengesahkan bahawa Johor tidak akan menuntut kembali pulau itu dari Singapura. Malaysia juga sebelum tahun 1979 telah memgeluarkan enam buah peta yang melabelkan Pulau Batu Putih sebagai Horsburgh Singapore atau Singapura. Kedua-dua bahan bukti ini dijaja Singapura bagi menyanggah hujah Malaysia.  Malaysia juga menurut ICJ tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti yang menunjukkan kekuasaannya ke atas pulau itu sebaik ia diserahkan kepada British untuk pembinaan rumah api Horsburgh dulu.  Akhirnya kesemua faktor ini berjaya menyakinkan 12 dari 16 hakim yang bersidang bahawa Pulau Batu Putih sah milik republik kecil itu.
Bagaimanapun ICJ, sebulat suara (15 hakim berbanding 1) menyatakan Batuan Tengah (Middle Rock) yang merupakan struktur batu yang lebih kecil yang berada 0.9km ke selatan Pulau Batu Putih masih menjadi milik Malaysia. ICJ mendakwa, Batuan Tengah tidak pernah terlibat dalam perjanjian antara Johor-Singapura-British satu masa dahulu, jadi statusnya kekal kepada pemilik asal. Manakala Tubir Selatan (South Ladge), struktur batuan yang paling kecil sejauh 4km ke selatan Pulau Batu Putih akan dimiliki oleh negara yang menguasai perairan di kawasan tersebut.
Saya memetik ulasan RTM ketika ia menayangkan keputusan pertikaian itu secara langsung petang Jumaat lalu: Menurut RTM, kedaulatan Tubir Selatan mungkin akan diselesaikan secara rundingan antara Malaysia dan Singaura dan mungkin akan melibatkan Indonesia memandangkan struktur batu terkecil itu mempunyai jarak yang lebih dekat dengan Pulau Bintan berbanding jarak dari daratan Johor dan Singapura. Barangkali Indonesia mungkin tanpa diminta akan turut serta dalam pertikaian ini (memang Indonesia sikapnya begitu). Bagaimanapun pada pandangan saya, atas alasan sejarah, Tubir Selatan tanpa perlu diragu memang milik Kesultanan Johor kerana seluruh Kepulauan Riau itu sendiri pernah menjadi jajahan takluk Johor sebelum dirampas Belanda – kini Indonesia.
Berbalik kepada keputusan ICJ, saya berpendapat keputusan itu sebenarnya tidak menyelesaikan masalah hubungan Malaysia - Singapura.  Sebaliknya ia hanya merungkai siapakah pemilik bentuk-bentuk maritim di kawasan itu sahaja.  Pada saya, pertikaian akan terus wujud ekoran keputusan ICJ yang saya sifatkan aneh. Mengekalkan kedaulatan Batuan Tengah yang berada di selatan kepada Malaysia dan menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih yang berada di utara kepada Singapura hanya akan menjadikan keadaan bertambah kacau.
Selain jarak keduanya yang terlalu dekat, keputusan itu juga menjadikan sempadan perairan Malaysia - Singapura menjadi bersilang. Pada saya, jika ICJ mahu melaksanakan keputusan menang-menang, secara logik, Malaysia yang berada di utara seharusnya mendapatkan hak pulau yang berada di sebelah utara dan Singapura yang di selatan seharusnya mendapat hak struktur maritim yang berada di selatan. Atau mungkin lebih baik kalau kesemua struktur itu diserahkan saja kepada sebuah negara dan negara lain yang terlepas kedaulatan harus akur dengan apa yang diputuskan. Entahlah.
Akibat dari keputusan itu, kini sesiapa pun di Malaysia yang ingin melawat sebahagian struktur maritim milik Malaysia di sebelah selatan harus melalui perairan milik Singapura di sekitar Pulau Batu Putih yang kini secara sah menjadi hak mereka.  Adakah ia sesuatu yang mudah?
Tak tahulah, ini hanya pandangan peribadi saya.

13 ulasan:

  1. makin bersilang2 hubungan malaysia dan singapura nanti

    dari penggunaan ruang udara, epf, tanah keretapi tanah melayu di singapura, icq dan air pung bersilang silang

    BalasPadam
  2. betul tu.... bikin pusing kepala

    BalasPadam
  3. Sebenarnya antara kita & 16 hakim ICJ.. kita tersangat kurang arif tentang undang2 maritim utk mengulas isu ini..

    Namun sekadar berkongsi pandangan.. selain faktor i) lokasi & ii) sejarah.. terdapat faktor2 lain yg turut dijadikan ukurtara..

    1) Misalnya lokasi kepulauan Falkland lebih dekat dgn Argentina dpd Britain.. namun undang2 maritim menanggap.. kepulauan Falkland adalah wilayah Britain yg sah (dan tiada isu sempadan yg bersilang antara Argentina & Britain yg begitu jauh!)

    2) Isu Pulau Sipadan yg turut dirujuk kpd ICJ, yg kemudiannya menyerahkan Pulau Sipadan & Pulau Ligitan kpd Malaysia pada 2003.. keputusannya berdasarkan "penguasaan berkesan ~ effective occupation" yg ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Msia sebelum ini) ke atas Pulau Sipadan (sebelum autoriti ini diwariskan kpd Msia).

    Hal yg sama juga berlaku kali ini, apabila keputusan ICJ berdasarkan "penguasaan berkesan ~ effective occupation" yg ditunjukkan oleh British (bekas pentadbir Pulau Batu Putih sejak 1847), sebelum diwariskan autoriti ini kpd Spura.

    Mempertikaikan keputusan ICJ.. samalah spt kita mempertikaikan kepulauan Falkland wilayah Britain atas dasar lokasi yg lebih dekat dgn Argentina.. atau samalah spt mempertikaikan Pulau Sipadan & Pulau Ligitan itu wilayah Msia atas dasar "penguasaan berkesan ~ effective occupation" yg lebih ditunjukkan oleh kerajaan Msia dpd pihak pemerintah Indonesia yg menuntut wilayah tersebut atas faktor sejarah Nusantara.

    Wallahu walam.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana mengulas. Anda mungkin kurang faham dengan apa yang saya utarakan di atas. Mungkin saya gagal menyampaikan maksud sempadan bersilang dengan berkesan dalam pandangan saya itu hingga menyebabkan anda keliru.

    Saya setuju bahawa, lokasi terdekat tidak boleh dijadikan bukti pemilikan. Keputusan Pulau Batu Putih - Middle Rock - South Ladge, tidak langsung boleh dikaitkan dengan kes Sipadan-Ligitan mahupun tuntutan Kepulauan Falkland.

    Dalam kes Pulau Batu Putih - Middle Rock dan South Ladge (PBP - MR - SL), ianya diputuskan berasingan antara satu sama lain. Berlainan dengan kes-kes yang anda sebutkan di atas. ICJ tidak memutuskan bahawa Sipadan diserah kepada Malaysia dan Ligitan kepada Indonesia, ICJ juga tidak membahagi-duakan kepulauan Falkland untuk dibagi-bagikan satu bahagian kepada Britain dan satu lagi kepada Argentina. Kesemua kawasan yang bertindih itu diserahkan secara mutlak kepada satu negara.

    Berlainan dalam kes PBP - MR - SL, ICJ menyerahkan PBP kepada Singapura, MR kepada Malaysia dan SL kepada mana-mana negara yang memiliki perairan di kawasan itu. Inilah yang saya tafsirkan sebagai sempadan bersilang.

    Kenapa bersilang?
    Sebab kalau dilihat pada peta, lokasi Singapura berada di sebelah selatan Negeri Johor. Bagaimanapun ICJ memutuskan Singapura diberikan kedaulatan pada PBP yang terletak di bahagian utara. sedangkan Johor yang berada di utara mendapat hak yang di bahagian selatan. Saya membayangkan tentang bagaimana nelayan Johor yang ingin menuju ke MR, suka tidak suka, mereka tentu terpaksa menempuh perairan PBP yang kini dimiliki Singapura.

    Saya berikan contoh yang lebih mudah: Bayangkan kalau anda tinggal berhampiran Changi dan ingin melawat kenalan di Tuas, mahu tidak mahu anda terpaksa menempuh wilayah tengah Singapura sebelum boleh sampai ke destinasi tujuan. Kecualilah kalau anda sanggup menaiki bot dan menempuh jalan laut yang lebih panjang. Kemudian cuba bayangkan kalau bahagian tengah Singapura itu adalah milik Johor, bukankah anda perlu melintas sempadan?

    Inilah yang saya maksudkan dengan sempadan bersilang. Mungkin anda akan lebih faham sekiranya anda kenal kedudukan ketiga-tiga bentuk maritim yang dipertikaikan itu.

    BalasPadam
  5. Saya setuju pendapat sdra, ICJ mengambil pendekatan yg berbeza dlm isu Batu Putih.. mungkin inilah yg dimaksudkan oleh "Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim regarded the judgment as a "win-win" situation & stated that the status quo remained although Spore had sovereignty over Pulau Batu Puteh & Malaysia over Middle Rocks" (sumber NST) dan "Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nevertheless accepted it, saying it was based on hard facts & evidence" (sumber NST).

    Saya juga faham gambaran sempadan bersilang yg dimaksudkan oleh sdra.. "bagaimana nelayan Johor yg ingin menuju ke MR, suka tidak suka, mereka tentu terpaksa menempuh perairan PBP yg kini dimiliki Singapura".. Sebab itu.. seawal lagi saya telah menyatakan.. "kita tersangat kurang arif tentang undang2 maritim utk mengulas isu ini"

    Izinkan saya tukil UN Convention On The Law Of The Sea (1982): "Territorial waters or territorial sea is a belt of coastal waters extending at most 12 nautical miles from the baseline of a coastal state. The territorial sea is regarded as the sovereign territory of the state, although foreign ships (both military & civilian) are allowed innocent passage through it". Jika anda faham takrifan ini.. tiada isu sebenarnya..

    Izinkan saya tukil gambaran sdra lagi: "Kemudian cuba bayangkan kalau bahagian tengah Spura itu adalah milik Johor, bukankah anda perlu melintas sempadan?". Itulah yg sebenarnya berlaku jika sdra telah pun ketahui.. kerana landasan KTM yg merentasi bahagian tengah Spura secara teknikal menjadi sebahagian sempadan Msia..

    Kerana itulah pemerintah Spura mencadangkan pemindahan stesen KTM dgn pampasan.. dari Tanjung Pagar ke Woodlands utk menyelesaikan masalah ini.. :)

    Saya harap diskusi kita ini.. membuka minda & informasi yg terbuka.. kerana kekadang isu2 spt ini digembar-gemburkan oleh pihak2 yg tertentu utk kepentingan sensasi.. salam ukhuwah

    BalasPadam
  6. Salam ukhuwah. Saya faham ulasan anda. Terima kasih.

    Merujuk takrif UN Convention on The Law of The Sea (1982) sebagaimana yang anda petik, "both milittary & civilian are allowed innocent passage through it". Jelaslah bahawa tiada pihak yang perlu merasa risau. Dan sempadan bersilang sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini tidak sepatutnya berbangkit. Alhamdullillah kalau itu yang diaplikasikan.

    Cuma apa yang dibimbangi, akan muncul persoalan serupa sebagaimana yang pernah berlaku di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia selepas penghakiman Sipadan-Ligitan. Berapa tahun selepas penghakiman itu, konflik sempadan terjadi lagi di sana kerana kedua negara saling bercanggah dalam menentukan sempadan maritim masing-masing. Masalah itu sempat memanas dan nyaris mengakibatkan konflik ketenteraan. (rujuk kes Ambalat dan Karang Unarang) Alhamdullillah kedua negara kini mengambil jalan diplomasi bagi menyelesaikannya.

    Saya yakin, masing-masing pihak mengharapkan penyelesaian secara aman. Termasuklah kes tanah KTM di Singapura dan tanah/rizab PUB Singapura di Johor

    BalasPadam
  7. dulu singapura sebelah pantai atau sekarang nih Raffles hospital.Kampung Gelam tidak termasuk Singapura he he he he kalau ikut catatan Abdullah Munsyilah...dibawah kekusaan Sultan Husin Syah

    BalasPadam
  8. jangan bakar bendera Singapura dah le....

    BalasPadam
  9. Ini bukan jamannya Soekarno Fazli....Indonesia sekarang demokrasi. Terkadang saja press mereka menghangatkan suasana

    BalasPadam
  10. apa-apa pun, semuanya sudah menjadi sejarah....

    BalasPadam
  11. saya yakin orang-orang Malaysia tidak akan bertindak begitu. Inilah kelebihan kita.

    BalasPadam
  12. Sebab itulah... Bermula dari press, terkesan kepada orang awam dan berjangkit kepada menteri.... Sudahnya jadi PANAS......

    BalasPadam
  13. sewaktu di JB sering ke Batu Putih mancing...skrg tak boleh lagi pasti kene hambat dengan Coast Guard..he he

    BalasPadam