بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Melayu Malaysia Telah Sakit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di atas adalah gambar-gambar untuk beberapa buah risalah yang telah saya kutip semasa berlangsung pameran pelancongan Matta Fair di PWTC minggu lepas. 

 

Apa agaknya yang ingin saya komen kali ini?

 

Perhatikan:

Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan risalah yang dikeluarkan oleh syarikat pelancongan milik bukan bumiputra (barangkali milik pengusaha keturunan Cina berdasarkan bahasa yang digunakan). Manakala gambar ke-4 adalah risalah dari syarikat pelancongan milik bumiputra Melayu.

 

Contoh ini menceritakan apa sebenarnya yang sedang berlaku pada nasib bahasa Melayu di Malaysia. Tidak ada satupun keterangan berbahasa Melayu dalam risalah ke-4 itu. Jelas bukan, Syarikat milik orang Melayu sendirilah sebenarnya yang secara senyap telah mengetepikan bahasa Melayu,  Tetapi tidak bagi pengusaha Cina, mereka dengan bangganya menyediakan penerangan dalam bahasa mereka selain bahasa Inggeris.

 

Ini hanya contoh kecil bagi membayangkan betapa seriusnya penyakit rendah diri yang dialami sebilangan besar orang Melayu di Malaysia. Keadaan seperti ini telah berlaku dengan sangat luas di banyak bidang.

 

Di sisi yang lain, berkat usaha para pengusaha Cina yang lebih percaya diri, yakin dan hormat atas keberadaan bangsanya, bahasa Cina kini sangat dominan dan dapat dilihat di setiap ceruk di seluruh pelusuk negara.  Sekaligus menenggelamkan penampilan bahasa Melayu, sebuah bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal negara - bahasa yang kini melukut di tepi gantang.  Jadi salah siapa?

 

Saat ini penutur aslinya mula menghadapi krisis keyakinan yang maha kronik. Mereka melihat sesuatu yang menjadi milik bangsa lain lebih indah, berdaya maju, moden dan penuh gaya.  Mereka rasa tertinggal kalau tidak bercakap Inggeris. Mereka terasa bodoh bila berbahasa Melayu. Jadi mereka gadaikan apa yang mereka warisi selama ini.

 

Apa sudah jadi, Melayu Malaysia kini telah sakit.

21 ulasan:

  1. Yang kayak gini juga banyak disini..hanya saja bahasa Inggris yang dominan, bukan Mandarin

    BalasPadam
  2. Sebab mereka rasa terlalu gah dgn bahasa english.

    BalasPadam
  3. Sebab mereka rasa terlalu gah dgn bahasa english.

    BalasPadam
  4. bahasa rojak ni faz. hmm ntahlah sekrang ni ... maaflah.. sampai sal pun terikut2...nak kena jotos si sal ni eh faz... :~P

    BalasPadam
  5. pakej umrah dan ziarah.. konfem 100% bahasa melayu..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Yang ini saya perasan. Cuma yang lebih baik, kenapa kita tak seperti 'mereka' yang sanggup berbahasa tanpa batas.

    Kalau kita kekang bahasa Melayu setakat urusan haji dan umrah, sampai bilapun BM tak akan ke mana.

    BalasPadam
  7. Matta Fair di PWTC>>>>Jumpa Abang Nik tak Fazly kat gerai Fireflyz???

    BalasPadam
  8. Tak jumpalah... dia kerja di sanakah?

    BalasPadam
  9. takda salahnya, jika objektif risalah adalah untuk umum..lagipun,bukan kaum melayu sahaja yang pergi ke pameran tersebut...
    tetapi,memandangkan majoriti rakyat di malaysia adalah orang melayu, (lain klu di negara jiran..ehem ehem) siapkanlah risalah yang dwibahasa...adakan penterjemahan dlm bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu..ini bukan sahaja dapat memelihara bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, tetapi juga meningkatkan ilmu berbahasa Inggeris di kalangan orang melayu kita.

    BalasPadam
  10. Saya bukan sentuh tentang salah-benarnya risalah itu. Yang saya sentuh adalah tentang betapa orang Melayu kini kian jauh pada bahasanya berbanding orang Cina yang hanya penduduk minoriti. Risalah pelancongan ini hanya contoh kecil: Hal yang sama juga berlaku dalam banyak bidang di Malaysia.

    Cuba perhatikan pada iklan perumahan, iklan produk telefon, iklan bank, iklan komputer, iklan barangan runcit, iklan perabut, buku-buku ilmiah, peta-peta dan lain-lain barangan yang punya aksara. Oleh pelancong asing, mereka tentu bertanya; Bahasa apakah yang menjadi 'bahasa Malaysia'?.

    Apakah ertinya jadi bahasa kebangsaan kalau keadaan sebenar tidak langsung mencerminkan darjatnya?

    Anda mungkin kurang menyelami maksud saya kerana anda membesar di Singapura - sebuah negara yang dibentuk tanpa identiti bangsa/bahasa.

    BalasPadam
  11. Tue lar Fazli, orang ajak gie Perhimpunan UMNO x nak! depa guna 100% melayu...kah kah kah..

    BalasPadam
  12. nandri itu apa ya artinya? kok mumet (pening) aku kalau ketemu bahasa Tamil..hahahaha

    BalasPadam
  13. hmmm ...lama tak menyampuk... (silent reader je..) walau dekat sangat PWTC dgan tempat kerja, tak berkesempatan nak pergi.....Fazli...kadang2 org melayu-melayu pun (tak kenal nak bertanya sesuatu ) bercakap english..macam mane?

    BalasPadam
  14. saya jadi teringat ketika Tun razak mula mula menjadi pm menggantikan tunku,antara ayat popularnya ketika itu ialah orang cina yang tidak boleh menguasai bahasa melayu pergi balik peking( sekarang beijing). walaupun ketika itu golongan english medium lebih terpandang ketika itu( masa saya sekolah dulu terdapat 2 aliran iaitu english dan malay medium) namun semangat kebangsaan kami ketika itu sangat kuat untuk mendaulatkan bahasa malaysia dan kelangsungan ketuanan melayu maklum saja kerana 13 mei baru saja berlalu.Hasilnya orang orang cina ketika itu tidak berani berbahasa inggeris dengan pegawai pegawai kerajaan didalam urusan rasmi walau pun pegawai2 kerajaan ketika itu adalah majoritinya belatar belakangkan pendidikan inggeris.sebagai orang yang pernah berada dibawah tunku,tun razak dan juga tun hussein on, mereka mereka ini jelas mejadi tunjang kepada kekuatan bangsa melayu ketika itu .namun apabila mahathir mengambil alih maka bermula lah episode suram bagi bangsa melayu dan ini saya rasa mungkin fazli menyedarinya..sudah menjadi lumrah pula bagi bangsa melayu ni bahawa golongan dibawah akan menjadi lebih sudu dari kuah pula jika golongan tonggak diatas bersikap sambil lewa terhadap mempertahan kan bahasa melayu mau pun kelangsungan ketuanan melayu itu sendiri.mungkin antara hikmahnya allah memanjangkan usia mahathir adalah supaya dia dapat melihat hasil 2 dari perbuatannya.wallahualam

    BalasPadam
  15. Betul... tapi saya tak dapat lihat suasana di zaman pemerintahan Tun Razak dan Tun Hussein. Kalau betullah seperti itu corak pemerintahan mereka, ternyata betullah Tun Mahathir pemula angkara dan Tun Abdullah tak berbuat apa2. Sayang...

    Tentunya kita tak mahu melihat 13 Mei yang kedua.

    Eh... kembali ke Multiply!!

    BalasPadam
  16. eh...sibuk je la si jimmy ni...
    ...kelam kabut dial nombor kecemasan masa tu tau....haha


    BalasPadam
  17. thank u
    xie xie ni
    terima kasih
    ye olde
    *jeling*

    BalasPadam
  18. Dh,,, dari bahasan diatas, dapat diambil kesimpulan, kalau identity malaysia akan terus terkikis karena dipimpin seorang tak berjiwa nasionalis yg tinggi, tak mencintai status.kemalaysiaannya dan lebih berorientasi pada luar negri

    BalasPadam