بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Pulau Batam - pulau duit

Lebih seminggu yang lalu, saya telah berkesempatan melawat Batam, salah sebuah pulau dari gugusan pulau-pulau di selatan Singapura yang pernah tercatat dalam sejarah kesultanan Melayu Johor sehingga tahun 1824. Inilah pengalaman pertama saya ke Batam, pulau yang kini menjadi ‘gudang duit’ terbaru kepada Indonesia.

Jarak perjalanan dengan feri ke Batam mengambil masa satu setengah jam dari Jeti Stulang Laut, Johor Bahru (menjadi dua jam setelah dicampur urusan imigresen di kedua-dua negara). Kepada sesiapa yang belum pernah ke sana, anda tak perlu khuatir kerana feri ke pulau ini beroperasi lebih 10 kali setiap hari. Faktor kedekatan ini mungkin menyebabkan pergerakan keluar-masuk perbatasan sangat aktif.

Batam menurut pengamatan saya adalah pulau yang menjanjikan. Seluruh manusia Indonesia, dari wajah berkulit putih kuning, sawo matang, cokelat dan sampai yang hitam pekat dari Sabang sampai Merauke ada di sini. Sayang sedikit, potensi pulau ini telah lambat diolah pemerintah Indonesia. Kalau tidak, saya pasti Batam tak akan jauh tertinggal dari jirannya di utara. Saat ini, berbondong-bondong pendatang luar telah berhasil membina hidup di Batam. Sayangnya tidak terjumpa walau satu pun pribumi Melayu selama saya di sana. Barangkali Melayu lokal di Batam masih jadi nelayan.

Mari saksikan gambar-gambar sekitar di Batam yang sempat saya ambil.
































10 ulasan:

  1. Mungkin yang Melayu asli tinggal dipesisir...dulunya Batam itu pulang sepi, tapi setelah dibuka oleh Wakil Presiden dulu Bapak BJ Habibie makanya menjadi Bandar yang ramai...

    BalasPadam
  2. duhh mo liat melayu riau jgn ke Batam dong mas ke Tg. Pinang ato Tg. Uban ajah. Kalo di Batam, Pua Chu Kang banyak lahhhh...he he he

    BalasPadam
  3. Takpe, Pua Chu Kang pun Pua Chu Kang la... Sekurang-kurangnya mereka lebih baik dari apek Jinjang..

    Mungkin lain kali saya ke Bintan pula. InsyaAllah

    BalasPadam
  4. faz. kalau ke bintan lagi best tau.itulah tempat sal berehat dan berkumpul satu keluarga dulu dulu tau...

    BalasPadam
  5. hero?? cicakman atau laba labaman ? hehehe kalau bambang tau ni..dia ketawa tergolek golek. faz tahu tak kita gelarnya Giant!!

    BalasPadam
  6. saya ada cadangan nak ke Bintan. Tapi tak ada sesiapa kat sana. Kalau ke sana nanti, saya tak tau nak buat apa. Kalau sal ada apa2 info tentang Bintan, bolehlah bagitau. Contohnya tentang hotel murah, lokasi pantai2 cantik, pengangkutan awam dan lain-lain.

    akan saya hargai bantuan sal. Terima kasih

    BalasPadam
  7. hotel kat sana tak murah.. mahal sikit.. matawang ikut mata wang singapura. sal pergi masa tu pasal kak long ( kakak ipar) sal ni kerja govermen jadi dapatlah murah sikit. insyaallah kalau share ramai ramai murah.. kalau sal rekomen .. mana mana resort seronok sebab tempatnya macam rumah sebuah gitu.. kalau bayan tree bintan dulu sal pergi sama keluarga tu best nak dekat 25 orang ada kat dalam tu..yelah keluarga sal kan keluarga besar. kalau nak tanjung pinang pun okay juga ada tempat sejarah faz. kubur badan ada kat mesjid telur. insyaallahlah nanti sal surf ke survey ke.. sebab sal ni merancang holiday sorang2 kat sana ( bintan)nanti..insyaallah kalau panjang umur murah rezeki amin.

    BalasPadam
  8. Tak sepenuhnya betul, yang saya tahu majoriti orang Melayu kepulauan Riau di Batam bekerja sebagai pekerja/kaki tangan Pemerintahan. So, kalau u tengok bangunan Kantor Pemerintah Kota, itu majoriti isi orang Melayu ....

    BalasPadam
  9. Nape tak nak try gi Palembang Darussalam kat Sumatera?
    Kat sini kan melayu juga, Islam lagi kuat xmacam jawa.
    Waliyullah banyak kalau nak perdalam Ilmu agama, tp xde la kat bandar.., psal sume yg bersih mukmin sejati terhindar drpada Aurat, Tv, pasar, xmacam jawa & malaysia..ulamak2 asik kat TV jew

    BalasPadam