بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Sebagai tanda dukacita saya berhubung kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, pada Jumaat 22 Januari 2010, paparan gambar muka depan di laman facebook dan Multiply saya telah ditukarkan kepada gambar bendera Negeri Johor berkibar setengah tiang mulai sabtu 23 Jan hingga 30 Jan 2010. Harap maklum

5 ulasan:

  1. Semoga Dicucuri Rahmat Keatas Rohnya.
    Al Fatiha....

    BalasPadam
  2. turut berduka cita, , smoga rakyat johor tabah dan sabar menerima kenyataan ini,

    BalasPadam