بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Catatan Perjalanan - Ho Chi Minh

Bandar Ho Chi Minh dilihat dari udara  LAGI GAMBAR


CATATAN  PERJALANAN - HO CHI MINH

Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah air.  Perjalanan ke Ho Chi Minh menjadi satu lagi perjalanan yang membekas dalam hati. Ternyata ada sesuatu yang boleh kita teroka di sana terutama kepada pencinta dunia Melayu seperti saya. Buat para pelancong Melayu dari Malaysia dan Singapura dan pelancong dari Indonesia, catatan ini mungkin berguna untuk anda, buat panduan melawat Ho Chi Minh satu hari nanti.

Tentang Ho Chi Minh
Ho Chi Minh merupakan bandar terbesar di Vietnam. Lebih besar dari ibu negaranya sendiri, Hanoi. Bandar ini menampung penduduk seramai 6 hingga 7 juta orang.  Sesuai dengan penduduk yang seramai itu, Ho Chi Minh terlihat padat dan menyebar luas tak terjangkau dari udara. Ketika pesawat Air Asia yang saya naiki berada tepat di atas bandar ini, saya tak nampak di mana hujungnya. Tiap ruang bercantum membentuk satu metropolitan yang besar. Saya pasti Kuala Lumpur kalah luas berbanding Ho Chi Minh. Cuma bandar ini mungkin kalah maju. Ini terlihat dari kemudahan pengangkutan, lalulintas dan bilangan kenderaan persendirian.

Cuaca di Ho Chi Minh, mungkin sama seperti di Malaysia. Munkin iklimnya panas dan lembap sepanjang tahun. Sebenarnya saya pun tahu tentang itu, cuma lihat pada tumbuhan di sana yang persis seperti di Malaysia, jadi saya anggap sangkaan saya itu benar. Di Ho Chi Minh, kalau anda lihat kebun getah (karet), kelapa sawit, sawah padi, pohon durian, rambutan, manggis, duku, mata kucing (kelengkeng) dan apa saja pohon-pohon lain yang ada di Malaysia, anggaplah itu hal biasa. Jumlahnya terlalu banyak. 

Trafik di Vietnam ialah dipandu sebelah kiri. Saya sering tersalah buka pintu bila naik teksi kerana dah terbiasa dengan sistem di Malaysia. Saya dengar kenderaan dari Vietnam boleh dipandu sampai ke Kemboja dan Thailand (malah boleh sampai ke Malaysia kalau ada yang sanggup). Cuma, tentulah aliran trafik jadi kacau bila sampai di Kemboja hasil pertembungan antara kenderaan Thailand yang dipandu sebelah kanan dengan kenderaan dari Vietnam yang dipandu sebelah kiri. Sayangnya saya tak dapat buktikan hipotesis itu gara-gara rancangan melawat Kemboja terbatal di saat akhir.

Kalau anda sampai ke Ho Chi Minh dan nampak ramai wajah-wajah Nusantara di sini, lalu anda sangka mereka orang Malaysia atau Indonesia yang telah berkurun menetap di situ, ubahlah fikiran anda kerana anda telah salah. Sebenarnya, mereka memang penduduk asli Ho Chi Minh. Mereka ialah orang-orang Cham.

Secara kasar penduduk bandar ini terdiri dari dua ras. Mereka ialah ras berkulit kuning langsat, merangkumi suku-suku etnik Vietnam dan Cina; dan keduanya ras Melayu yang terdiri dari beberapa sub-suku Cham. Ada 52 etnik semuanya di seluruh Vietnam. Sebagai sebuah negara yang ingin punya identiti, Warga Vietnam hanya belajar bahasa Vietnam sebagai bahasa pemersatu dan bahasa Ilmu. Pun begitu, bahasa etnik lain tak dihalang dituturkan.

Baru saya tahu kalau bahasa Vietnam tak sama dan tak dimengertikan oleh penutur-penutur bahasa Kemboja, Thailand dan Laos. Malah bahasa Vietnam juga tak difahami orang Cina. Saya sempat menghafal beberapa kerat perkataan Vietnam seperti Tern tien (berapa harganya), Kam Eng (terima kasih), Kam Co Chi (sama-sama), Em (adik), Nam (lelaki), Nü (perempuan) dan Ngay (hari). Paling bangga, saya mampu menghafal kiraan satu sampai sepuluh dalam bahasa mereka. Ini dia; Mop, Hai, Ba, Bong, Nam, Saw, Bhai, Tham, Ching, Meie. Biarpun tak difahami orang Cina, terdapat banyak pengaruh bahasa itu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer ini.

Sistem ejaan bahasa Vietnam memakai huruf latin. Lafaz ABCnya sama seperti sebutan di Indonesia - Ar Be Che. Setiap kata yang ejaannya sama, dibezakan bunyinya mengikut tanda bacaan yang mewakili bunyi nyaring, tinggi, rendah, mendatar dan sengau. Huruf, C berbunyi K, Ch dibaca seperti bunyi C dan bunyi Ph dibaca seperti bunyi F sebagaimana yang biasa dalam sistem ejaan bahasa Inggeris.

Orang Cham
Saya sangat bertuah kerana bertemu Mohammad Amin, seorang pemandu teksi berbangsa Cham. Alhamdulillah dia beragama Islam. Rasa gugup bersendirian segera hilang, lalu terbit pula rasa lega kerana sekurang-kurangnya saya tak perlu bersusah payah cari makanan halal. Lebih beruntung, Mohammad Amin fasih bahasa Melayu. Tambah untung lagi dialek Melayu yang dituturkan si Amin adalah dialek Melayu Malaysia. Rupa-rupanya dia pernah kerja selama 6 tahun di Pelabuhan Klang. Kakak dan abangnya juga masih ada di Teluk Intan dan Parit Buntar. Kini saudara kandungnya itu sudah berkeluarga dan masing-masing sudah jadi warganegara Malaysia.  

Orang Cham mendiami wilayah tengah dan selatan Vietnam, semakin dekat ke sempadan Kemboja, komuniti Cham semakin ramai. Muhammad Amin sendiri berasal dari Chedok (Chau Doc), tak jauh dari Ho Chi Minh ke arah sempadan Kemboja. Merekalah saki-baki keturunan Kerajaan Melayu Champa yang masih tinggal hingga hari ini

Melalui Mohammad Amin, serba sedikit saya dikenalkan dengan suku Cham. Walaupun tinggal terpisah dari dunia Melayu yang lain dan kini jadi minoriti di Vietnam, orang Cham tetap mengaku diri mereka Melayu. Dari perbualan saya dengan beberapa orang Cham di sini, ungkapan seperti Melayu kita, orang kita atau orang Melayu Cham sangat sering kedengaran dari bibir mereka sendiri. Malah kiraan satu sampai sepuluh dalam bahasa Cham juga tak jauh beza. Seperti ini;  sA, duA, talo, ampat, limA, anam, tuju, Lpan, Semblan, Sapulo. Hanya yang beza, kiraan sebelas sampai sembilan belas dihitung begini; pulo-sA, pulo-duA, pulo-talo dan sebagainya.

Antara kata-kata bahasa Cham lain yang sempat saya kutip adalah matai untuk mati, hatai untuk hati dan malem untuk malam. Selain itu ada sebutan bahasa Melayu standard yang mereka lafazkan dengan singkat. Contohnya, mata jadi ta, hidung jadi dung, telinga jadi ngA, ular jadi lA, dan Minum jadi Mium. Sayangnya, pengistilahan yang tak berkembang dan tiada pembelajaran bahasa secara formal menjadikan bahasa Cham banyak terima pengaruh bahasa Vietnam. Sampai saya sendiri tak tahu bezakan antara kedua bahasa itu bila mendengar mereka bicara.  Di telinga saya, kedua-dua bahasa Cham dan Vietnam itu kedengaran sama padahal masing-masing mewakili dua rumpun bahasa berbeza. Saya diberitahu, bahasa Cham di Kemboja juga telah banyak menyerap pengaruh bahasa Khmer. Sekarang, bahasa Cham di dua negara berjiran ini sudah tidak saling difahami.

Mata Wang
Panduan kepada mereka yang mahu berbelanja, jangan ghairah tukar wang anda kepada Dollar Amerika (USD). Kenyataan bahawa warga Vietnam lebih banyak memakai USD ternyata palsu. Apa yang berlaku, hanya peniaga yang menetapkan harga dalam USD kepada pengunjung luar  untuk mendapat untung yang lebih. Nasihat saya, jika sukar mendapatkan Dong di negara sendiri, tukarkan saja wang anda di Vietnam. Buat warga Malaysia, kita lebih beruntung berbanding rakan-rakan dari negara serantau yang lain kerana di setengah-setengah kawasan, Ringgit juga diterima. Seperkara lagi, harga barangan di sini rata-rata seperempat lebih murah dari harga di Malaysia. Jika anda ditawari harga yang nilainya sama atau lebih mahal dari itu, jangan  langsung beli sebelum anda mendapat diskaun hampir separuh.

Pengaruh Malaysia
Khas untuk orang Malaysia, jangan khuatir kalau anda merancang perjalanan ke Ho Chi Minh. Pengaruh Malaysia sangat menonjol. Setiap kali berbelanja, anda akan lazim mendengar kalimat seperti ini “sini kakak, abang, murah-murah”, adə-adə, takdə-takdə dan banyak lagi kalimat berbahasa Melayu dialek Malaysia yang lain. Pantang melihat perempuan bertudung (berkerudung) atau wajah-wajah Nusantara, anda pasti akan disapa seperti itu. Pendek kata, siapapun yang datang dari Nusantara akan disangka dari Malaysia. Satu hal yang lucu, kenalan saya dari Indonesia sempat merah mukanya kerana mereka turut disangka orang Malaysia. Tambah lucu lagi bila dengar mereka bicara bahasa Indonesia, mereka disangka dari Filipina pula. Inilah cerita yang terjadi kepada beberapa kenalan Indonesia yang saya temui di Ho Chi Minh. Tak tahu kenapa, tapi melalui pertanyaan dengan Muhammad Amin, intonasi bahasa Tagalog dan bahasa Indonesia sukar dibezakan di telinga orang Vietnam. Apalagi kerana Indonesia masih kurang dikenali

Selama di Ho Chi Minh, saya selalu temui banyak kumpulan pelancong Malaysia yang berlainan setiap hari. Malah di setengah-setengah kawasan, (pasar malam contohnya) bilangan pelancong Malaysia mendahului senarai pelancong-pelancong asing yang lain. Tidak sekadar itu, anda juga mudah temui pekerja-pekerja asal Malaysia yang bekerja di bandar ini.

Soal makanan juga tak usah khuatir, Saya sendiri sempat makan di empat restoran makanan halal selama di bandar ini. Antaranya VN Halal, Kedai Shamsudin, Saigon Halal dan sebuah restoran Pakistan yang saya lupa namanya. Kecuali restoran Pakistan yang menyediakan makanan India, semua restoran lain menyediakan makanan Vietnam dan Malaysia. Selain itu ada juga beberapa warung orang Cham yang didirikan di beberapa buah masjid. Di setiap restoran halal yang saya kunjungi, sekali lagi pengunjung dari Malaysia mendahului senarai pelanggan asing yang makan di sana.

Khutbah Masjid Bahasa Melayu
Dominasi Malaysia lebih ketara bila melihat Orang Cham. Walaupun bahasa Cham beza dengan mana-mana dialek Melayu dari negara kita, rata-rata orang Cham boleh bertutur dialek-dialek Malaysia dengan baik. Malah Bahasa Malaysia diajarkan tidak formal di kelas-kelas agama. Jangan terkejut, Bahasa Malaysia dan Bahasa Vietnam dijadikan bahasa bersama dalam khutbah di masjid-masjid terpilih sekitar Ho Chi Minh. Lucunya, teman saya dari Jakarta itu masih bermati-matian pertahankan kalau khutbah itu pakai bahasa Indonesia. Akhirnya dia malu sendiri bila dengar pilihan kata-kata dalam khutbah itu yang lebih mirip Melayu. "Oh, ya. Khutbah itu pakai Bahasa Indonesia campur Melayu", sambung teman saya itu yang mukanya dah mula merah padam. 

Satu lagi bukti yang menunjukkan bahasa Melayu Malaysia lebih akrab di telinga orang Vietnam, sebutan Indonesia untuk kata ular, besar, luar dan lebar tak dapat mereka faham hanya kerana ada bunyi R. Tapi mereka faham bila kata-kata itu dilafaz mengikut kebiasaan orang Malaysia tanpa bunyi R. Mahu tak mahu saya terpaksa menjadi pakar rujuk dan penerjemah kepada orang-orang Cham yang tak faham akan bicara teman saya dari Jakarta itu. Belum lagi kata-kata bahasa Indonesia yang lain seperti bisa, mobil, butuh dan sore. Saya yakin, hal ini terjadi kerana dialek Melayu pertama yang mereka dengar adalah dialek Melayu dari Malaysia, bukan Bahasa Indonesia. Yang mengherankan, teman saya orang Indonesia ini masih berkeras mahu meninggi-ninggikan negaranya walaupun dah banyak hal yang membuktikan Indonesia kurang dikenali.
Kedekatan orang Cham (termasuk Cham Kemboja) dengan Malaysia mungkin sudah berlangsung lama. Tidak sedikit dari mereka yang punya keluarga di Malaysia atau pernah belajar di Malaysia atau ada bisnes di Malaysia. Buat mereka yang berhajat ke sini, jangan khuatir untuk ke Ho Chi Minh. Selain ada orang-orang Cham yang boleh kita anggap saudara,  pengaruh Malaysia sendiri lebih dirasai - sekurang-kurangnya berbanding negara tetangga.  

Tempat-tempat Menarik
Jika anda sendirian melawat Ho Chi Minh tanpa pakej, cubalah melihat Cu Chi (baca: Kow Chi ) Tunnel. Sebuah tapak tinggalan sejarah ketika perang Vietnam melawan Amerika selama 15 tahun. Lokasinya tak jauh dari sempadan Kemboja. Di sana nanti ada penerangan tentang sejarahnya kalau ada yang mahu tahu lebih lanjut.  Untuk masuk ke sini, anda dikenakan tiket sebanyak VND 75,000 seorang.

Anda juga boleh melawat pasar sungai Mekong dan sekitarnya untuk merasai suasana hidup sehari-hari orang Vietnam. Pakej lawatan termasuklah melawat kebun buah, kilang produk kelapa dan Ladang penternakan lebah. Bayaran dikenakan sebanyak VND 175,000 seorang. Anda juga boleh memilih melihat pasar tradisional di atas sungai di delta sungai Mekong jika mengambil pakej seperti itu.

Selain dua tempat di atas, banyak lagi hal menarik yang boleh anda lakukan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Hanya tanyakan pada selera masing-masing.

67 ulasan:

  1. jounal yg menarik~ thanks for sharing~

    BalasPadam
  2. Trima kasih kerana membuka gerbang pengenalan antara kami dan bangsa ( Cham pa ) ini ..
    boleh tanya ? .. adakah memang ejaan di sana , etniknya ' Champ ' atau ' Cham ' ?

    BalasPadam
  3. Saya tak pasti tentang itu. Barangkali saya yang salah eja.

    BalasPadam
  4. VND 75,000 tu bersamaan dgn berapa RM tuan ?

    BalasPadam
  5. RM1 = VND5500. (ini tukaran semasa di Vietnam). Tukaran di Malaysia, RM1 = VND5000

    BalasPadam
  6. ada gambarnya, belum sempat upload. Tunggu ya....

    BalasPadam
  7. iya. sama-sama. sebenarnya biasa aja.

    BalasPadam
  8. tulisan yang menarik,,, muantab brother,

    BalasPadam
  9. Disini RM1= Rp 2750
    artinya
    Mata uang Vietnam lebih rendah dibanding rupiah

    BalasPadam
  10. salam Fazli, ado no phone Muhamad Amin tak?..sy berminat nak ke sana..

    BalasPadam
  11. bln 6 nnt saya sekeluarga akan ke sana... tq atas info yg sgt berguna. nak tau gak camana nak shopping kat sana? public transport n lain-lain....

    BalasPadam
  12. HCMC sangat banyak tempat Shopping, jadi tak usah Khuatir. Semuanya dengan jarak berjalan kaki. Kalau nak naik public transport, teksi sangat disarankan.

    BalasPadam
  13. ada no contact mohd amin tak sbb nak mintak tlg guide jalan2 & makan2 masa kat sana

    BalasPadam
  14. boleh sedara berikan no. telefon?, nanti boleh saya sms nombor dia.

    BalasPadam
  15. Salam Fazli boleh saya dapatkan Contact No: Dreber tu Muhammad Amin. Saya bercadang nak HCMC pada Jun 2011 ni Tolong Ya .. boleh email saya : cekalputeh@gmail.com

    BalasPadam
  16. cekalputeh@gmail.com atau boleh SMS ke +6013-8476236 ATAU +673-8780339

    BalasPadam
  17. salam en fazli.. boleh dpatkan no contact mohd amin tu tak.. pls email saye at mifa20105@yahoo.com. saye nk pegi end of june nie.. thanx..

    BalasPadam
  18. Ok, sudah saya emelkan no. telefon Mohd Amin ke alamat emel yang diberi. Terima kasih.

    BalasPadam
  19. saya juga mau no en mohd amin,tlg email ke odahpop@gmail.com...terima kasih

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum tuan...bole sms atau emailkan no En Mohd Amin?
    No. sy: 013 6282492 atau faiqahijab@gmail.com

    Terima kasih :)

    BalasPadam
  21. Info yang sangat berguna..terima kasih...plan g sna ujung taun ni...

    BalasPadam
  22. dah saya kirimkan dalam personal message

    BalasPadam
  23. Murah. tapi macam saya terangkan dalam catatan di atas, tawarlah harga sampai 70% lebih murah dari harga di Malaysia, pasti boleh dapat. Lagi sekali diingatkan, mereka lebih suka kita bayar pakai USD. Nasihat saya, tanyalah harga pakai Dong, sebab tukaran ke Dong lebih menguntungkan kita.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum tuan...bole sms atau emailkan no En Mohd Amin?
    No. sy: 012-6800296 atau mazlanalwee@yahoo.com

    BalasPadam
  25. salam~
    fazli..blh tak emailkn kite no.pon En.Amin?
    email : miszsyima@yahoo.com
    name tmpt yg bes dan murah utk shoping kat mne?
    saye ingt nk g tgh bln julai nie.InsyaAllah.tq~

    BalasPadam
  26. Boleh, dah saya emelkan no. telefon dia. Tapi takde info lain yg saya tahu selain info yang saya tulis di catatan ini. Mungkin ia juga boleh dibuat panduan.

    wah... ramai pula yang nak minta info pasal HCMC ni

    BalasPadam
  27. jek r..tgk dr penceritaan kmu tu mcm bes jek..tp mmg nk g pon.tu yg carik nie.hehehe
    mekasih fazli~

    BalasPadam
  28. fazli..hotel kat sane mahal eah?xdek hotel yg biase2 jek ke?

    BalasPadam
  29. saya nginap di Nga Hoang Hotel. Harganya USD18 sebilik.

    BalasPadam
  30. jike pegi sane waktu org bekje..klu kite xbuking hotel rasenyer ade kosong tak fazli?skitar Ben Tanh Market bnyk hotelkn?
    mekasih fazli kerne bnyk mmbntu kami semua..

    BalasPadam
  31. Banyak bajet hotel di sekitar Ben Than Market. Tak perlu risau. Hotel tempat saya nginap itu pun hanya jalan kaki dari pasar itu. Have Fun...

    BalasPadam
  32. salam, bole bagi no tepon en amin tu. emailkan kat saya. putishsy@hotmail.com. terima kasih

    BalasPadam
  33. salam tuan. sya pun nak no tepon en amin tu. saya nak kesana dalam minggu depan. ini email saya mattmiee@yahoo.com / sms - 0126510465
    tq

    BalasPadam
  34. salam,

    harap en. fazli sudi bagi nombor fon en. mohd amin tu. ni email saya :- ihsrin@gmail.com
    terima kasih

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum,
    Hotel dekat masjid di sana ada tak...saya nak pergi bulan puasa ..bulan Ogos ni..sayang nak tinggal solat terawih.

    BalasPadam
  36. Ada satu hotel taraf 4bintang di belakang sebuah Masjid (lupa apa namanya, tapi jemaahnya keturunan India muslim). Tak jauh situ, ada sebuah restoran makanan islam bernama VN Halal. Malah di dalam masjid itu juga ada kantin yang menjual makanan, gerai menjual telekong dan T-Shirt. Peniaganya boleh berbahasa Melayu.

    Saya tak pasti di daerah itu ada tidak hotel budget.

    BalasPadam
  37. Salam,
    Saya ade cuba banyak kali call En. Mohd Amin, tapi number tu tak de dlm perkhidmatan la encik...
    betol ke number die yg ni : +84908538525

    BalasPadam
  38. Saya akan ke sana hujung bulan ni..
    hope hear from u soon =)

    BalasPadam
  39. Ya, saya juga dah terputus hubungan dengan Amin. Cuba hubungi pemilik emel ini, saliemsalamad@yahoo.com

    Namanya Saliem, imam di salah sebuah masjid di bandar Ho Chi Minh. (pernah menyertai Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa di KL), Dia abang Ipar kepada Amin, tapi dia tak boleh berbahasa Melayu.

    Semoga dapat membantu.

    BalasPadam
  40. Oh..patot lah saya call banyak kali tak dapat.
    Ok, nanti saya akan hubungi En. Saliem.
    Terima kasih byk2 En. Fazli =)

    BalasPadam
  41. saya juga bminat utk mggunakan pkhdmatan En Amin. harap En Fazli dpt mbantu. emel saya aussie.hada@gmail.com . Thanks a lot..

    BalasPadam
  42. assalamualaikum en. Fazli.sy pun brminat n teringin nk ke sana nk ber shopping tp sy xde bantuan n xtau mcm mane nk g....boleh bantu sy bg no @ ape2 yg boleh sy hubungi en Mohd Amin.emailkan pd sy di nc1281@hotmail.com tq.

    BalasPadam
  43. salam fazli..boleh berikan contact number Mohd Amin tu..saya bercadang nak pergi ke sana...awak boleh email saya rihanirah@yahoo.com atau sms saya 013-2723279...Rihan

    BalasPadam
  44. boleh dapat no hp en amin tu...
    kitaorg nak pergi HCM APRIL 2012..
    EMAIL SY : soffia_lavendra@yahoo.com.sg

    BalasPadam
  45. assalamualaikum fazli, saya nak kesana dua hari lagi boleh tak bagi no en amin tu boleh sms saya 0124101696 atau email kat saya zdeputi@yahoo.com .. tq zakaria

    BalasPadam
  46. salam encik fazli, saya akan kevietnam pada 4/5/2012 ni, tolong emailkan no mohd amin kepada saya melalui email jahariah123@yahoo.com atau 0128303537. tq

    BalasPadam
  47. salam en.fazli, blh x tlg emailkan no en. mohd amin pd sy. tq. email: farahnaz_mnoor@yahoo.com

    BalasPadam
  48. Semasa sya disana amin mberi no adiknya kepada sya kerana beliau xlg bekerja bawa teksi. Adiknya yg byk membantu sya smasa disana.Ni no adiknya +84 93 3564696 husin

    BalasPadam
  49. Terima Kasih mattmiee atas infonya. Saya, sangat hargai. Setakat hari ini, tulisan saya tentang ke Ho Chi Minh dah dirujuk lebih 200 Orang. Masing-masing minta no.telefon si Amin. Sayangnya, saya hanya dapat berikan nombor telefon Imam Saliem saja kerana Amin sudah tukar nombor lain

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum... Info yg berguna... teringin juga nak ke sana... tolong emailkan saya no En Mohd Amin ke email saya rozahiaw@gmail.com ... Terima Kasih.

    BalasPadam
  51. Saya tak perasan komen mattmiee di atas... Terima Kasih mattmiee

    BalasPadam
  52. Terima kasih En Fazli atas infomasi menarik itu, kami bercadang mahu ke Vietnam selepas Hari Raya nanti.

    BalasPadam
  53. terima atas perkongsian ynag menarik, boleh tlong email no contacts muhd amin tu tak. Email saya dulijah _along@yahoo.com

    BalasPadam
  54. salam en fazli..boleh saya tau jarak hotel yg en fazli menginap kalau kita nk berjalan2 blh dgn bjln kaki ye selain nek teksi..kalau kita tidak gn kan pakej adakah ia mudah mslh komunikasi. saya ingin ke sana pd buln 12/12 ni..tq,

    BalasPadam
  55. Saya nginap di hotal Nga Hoang, hanya berjarak jalan kaki ke ben thanth market dan kedai makanan Islam Pakistan dan kira-kira 15 minit berjalan kaki ke satu kedai makanan Melayu (lupa apa namanya). Tapi agak jauh dari masjid besar Ho Chi Minh dan beberapa kedai makanan Melayu yang lain. Nga Hoang hotel terletak di tengah bandar, memang banyak teksi lalu lalang di depan jalan besar, Nga Hoang berada selapis di dalam dari jalan besar itu.

    BalasPadam
  56. Saya dah call Hussin tadi. Alhamdulillah dpt bercakap dgn dia.Siap boleh berbahasa melayu lg. Cdg saya nak ke HCM bln 10 ni.

    BalasPadam
  57. Salam . Boleh tolong email no contact person di Ho Chi Minh. ? Saya bercadang nak ke sana hujung tahun ni.

    BalasPadam
  58. Salam en fazli, ok lau dr hotel naik teksi ke tunnel brp. Takut terkena harga mahal plk sana naty.

    BalasPadam
  59. Mattmie nak tnya ya....brp lma you kt sana that day? So selama d sana dgn oerkhidmatan en husin, brp dia knakn byaran n kmana jer yg en husin bwa u ronda selama u d sana....just nk bajet duit pocket...hihihihi

    BalasPadam
  60. ye la klu bole sy pun nk tahu bape bajet sume...

    BalasPadam
  61. Salam, bila En. Hisyam pergi ke HCM? Saya ke sana 20hb Oct ni...kalau same tarikh boleh join skali...kami 1st time ke sana....

    BalasPadam