بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





CATATAN ASAL JADI - Pemilikan rumah di Asia Tengara

Sebagai kakitangan di sebuah syarikat pemaju perumahan, saya sering sangat obses mengetahui segala sesuatu tentang pemajuan hartanah. Tentang lokasinya, tentang rekabentuknya dan tentang cara pemilikannya. Oleh itu, saya sering tertanya-tanya seperti apa caranya memiliki hartanah di negara-negara lain. Dan pada setiap kesempatan mengunjungi beberapa negara sahabat, saya selalu mencari tahu akan hal itu. Di sini saya bandingkan cara pemilikan rumah di beberapa negara di Asia Tengara dari perbualan dengan beberapa rakan di setiap negara tersebut.

Mohon diperbetulkan pada mana-mana kenyataan yang salah, jika ada.

Myanmar - Pemilikan hartanah tidak dibantu dengan kemudahan kredit oleh mana-mana bank. Pembeli harus membayar sepenuhnya harga jualan di awal transaksi. 

Vietnam - Sama seperti Myanmar, Tidak ada kemudahan kredit, pembeli juga harus membayar sepenuhnya harga jualan di awal transaksi

Indonesia - Pembeli diberi kemudahan kredit oleh mana-mana bank pada kadar faedah yang tinggi melebihi 10% dan tempoh bayaran balik yang singkat, paling lama 25 tahun. Harga hartanah sebanding dengan di Malaysia di banyak kawasan.

Singapura - Saya kurang info tentang ini, hanya dari kenyataan sahabat saya di sana, banyak kemudahan kredit, bayaran balik yang lebih lama dan lebih mudah berbanding Indonesia. Sayangnya, harga hartanah di pulau itu super mahal.

Malaysia - Pembeli diberi kemudahan kredit oleh mana-mana bank pada kadar faedah antara 4% - 7% pada tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 40 tahun tergantung umur.

Dari sisi ini, timbul sedikit rasa lebih beruntung tinggal di negara Ini

12 ulasan:

  1. tinggal lagi .. negara kita terlalu obses untuk melibatkan rakyatnya dengan hutang kredit ( bank ) ...
    sebagai contoh , teman saya punya tunai RM 35,000 ...mahu membeli kereta model Unser terpakai dengan harga RM 35,000 tetapi dihalang oleh ' used car ' terbabit kerana mengatakan ia polisi bank negara tidak membenarkan pembelian tunai tetapi perlu kredit melalui bank .
    Akhirnya terpaksa berpakat dengan ' used car dealer ' utk berurusan dgn bank , pembayaran dibuat 3 kali dan selepas dikira ' interest ' ....kena bayar lebih sedikit RM35,000 atas sebab dividen bank .

    Pengalaman sdr ... sekiranya saya nak membeli rumah bernilai RM 200,000 dan ada tunai sebanyak itu , bolehkah saya beli secara tunai atau akan di desak utk melalui amalan kredit ?

    BalasPadam
  2. Jika beli langsung dari pemaju, tidak ada halangannya berbuat begitu. Bayar saja mengikut kaedah bayaran yang ditetapkan. Jika rumah siap dihuni, bolehlah bayar sepenuhnya harga jualan. Jika rumah separa siap, bayarlah mengikut progres kemajuan. Tidak perlu berhutang dengan mana-mana bank.

    Harap dapat membantu.

    BalasPadam
  3. Tak perlu. Langsung saja dengan pemaju (atau wakilnya kalau ada - alias peguam)

    BalasPadam
  4. Pemilikan rumah/Pemilikan tanah sesuatu yg berbeda di republik itu.
    Rumah semuanya diatur sama HDB : )

    BalasPadam
  5. salam bro..saya arip..rumah yang dihuni saya ni tuannya bercadang nk jualkan pada saya..tetapi tuan masih terikat
    bayaran bulanan dgn bank..so saya ni plak bekerja freelance..kekadang rezki ada & xde...slip gaji takde,ssm xde..boleh dikatakan saya ni mcm tkde kerja atau status berniaga...cuma skarang ni simpanan saya ada dlm 100k
    buat masa ini...saya bercadang ingin membeli rumah ini secara tunai rm70k...boleh ke?macam komen cik razakrao diatas tadi kawannyer nk beli kereta second hand rm35k pun xboleh....kita ada duit knape xleh nk beli cash?lagi2 mcm saya dahlah xde slip gaji atau pendaftaran syarikat@statement bank....statement saving jer ada....apa nak buat pun tk tau la sya...tlg bagi idea yang boleh saya cuba...salam

    BalasPadam
  6. Secara dasarnya boleh, Hanya perlu cari lawyer untuk selesaikan Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) antara En.Arip dengan Tuan Punya. Ketika Lawyer lantikan En.Arip sedang sediakan S&P, mereka akan buat beberapa selidikan dengan pejabat tanah, bank bagi pemiutang tuan punya dan lawyer mereka. Ketika proses inilah En.Arip dapat tau apa keperluan pihak-pihak yang terlibat mewakili si penjual.

    Sebelum itu, minta Tuan Punya nyatakan berapa amaun berbaki yang belum dilunaskan dengan bank.

    BalasPadam
  7. Keperluan pihak2 terbabit & si penjual?boleh cik fazli terangkan sedikit perkara yg akan
    Timbul?saya kurang faham dgn
    ayat yg terakhir tadi....bunyinya mcm ada masalah jer...ataupun mmg sya yg tk bijak
    dlm urusan jual beli ini...?

    BalasPadam
  8. Waktu, En Arif dan Tuan Punya lantik peguam S&P nanti, mereka akan buat semakan di pejabat tanah, pihak pemaju & bank tentang banyak perkara. Contohnya tentang sekatan samaada boleh dipindah milik atau tidak (biasanya boleh), statement terkini baki hutang belum lunas & Geran masih dibawah nama pemaju atau sudah ditukar ke atas nama Tuan Punya. Ini tak susah, semuanya kerja lawyer. En. Arif hanya perlu bayar legal fee & downpayment 10% saja. Bayaran selebihnya dibuat ikut tempoh yang pihak Tuan Punya tetapkan. Ada bayaran lain yg mungkin en. Arif perlu bayar bila semua urusan S&P dah selesai iaitu Bayaran Pindah Milik,

    Berapa baki hutang Tuan Punya yang belum lunas dan bila akan dijelaskan itu urusan dia dngan bank. En. Arif tak perlu ambil tahu.

    Senang saja. Bila kaki dah mula melangkah, En. Arif akan tahu apa yg akan dibuat.

    BalasPadam
  9. Keperluan pihak2 terbabit & si penjual?boleh cik fazli terangkan sedikit perkara yg akan
    Timbul?saya kurang faham dgn
    ayat yg terakhir tadi....bunyinya mcm ada masalah jer...ataupun mmg sya yg tk bijak
    dlm urusan jual beli ini...?

    BalasPadam
  10. Keperluan pihak2 yang mewakili penjual dah saya terangkan dalam jawapan saya di atas.

    Apa maksud En.Arif ulangi soalan yg sama seperti ini?

    BalasPadam