بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Ahli Majlis PBT Tak Fasih Bahasa Melayu

Professor Khoo Kay Kim semalam menempelak beberapa Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tak tahu berbahasa Melayu. Beliau melahirkan rasa kecewa bila masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sepenuhnya menjiwai nasionalisme Malaysia dengan baik.

Bukan sekadar pandangan professor Khoo Kay Kim semata-mata, dan bukan sekadar di dalam PBT, saya sendiri melihat begitu ramai ahli Parlimen dan Adun di Malaysia yang masih merangkak berbahasa kebangsaan, khasnya dikalangan ahli politik Parti Pembangkang. Sangat mengecewakan.

Mungkin SPR perlu kendalikan Ujian Lisan Bahasa Melayu kepada semua calon yang mahu bertanding dalam Pilihanraya di negara kita akan datang dan mensyaratkan sesiapa yang lulus saja layak jadi calon. Hal ini penting agar tidak ada lagi ahli parlimen yang keliru membezakan antara kata pendapat dengan pendapatan.

3 ulasan:

  1. perubahan boleh dilakukan dengan istiqomah pakcik.. hehee

    BalasPadam
  2. Soal bahasa sini tak sama seperti negeri anda : )

    BalasPadam