بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia

Judul diatas adalah satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006. Saya rasa menarik sekali judul ini kerana bertepatan dengan jiwa saya yang meminati bidang ethnology. Lebih-lebih lagi bersangkutan dengan dunia MELAYU. Saya rasa jiwa saya sangat kental dengan semangat KeMELAYUan. Dibawah adalah sedikit dari data kajian yang diperolehi seperti disiarkan akhbar (koran) Berita Mingguan.

Kajian ini cuba membuktikan beberapa perkara iaitu: Benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang mendiami Semenanjung? Adakah orang Melayu asli berkulit sawo matang, rambut ikal, mata kecil dan mempunyai rahang yang kecil? Benarkah kerana perkahwinan campur menyebabkan tidak ada lagi Melayu asli di Semenanjung?

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.
Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda didalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Lebih menarik, kajian ini membuktikan Orang Asli di Semenanjung bukan tergolong dalam satu keluarga Austronesia dengan orang Melayu. Sebaliknya mereka menyatakan Orang Asli di Semenanjung berasal dari Afrika yang berhijrah sejak 40 ribu tahun dahulu ke Semenanjung dan seterusnya ke Papua New Guinea (pulau-pulau Polynesia) dan Australia. Bagi saya, dakwaan ini ada benarnya kerana Orang Asli di Semenanjung berambut kerinting dan berkulit gelap persis orang Negro. Bezanya rambut mereka lebih lebat. 

Sama-sama kita menanti hasil kajian ini yang dijangka selesai pada 2008.






Wajah Suku Orang Asli di Semenanjung Malaysia

40 ulasan:

  1. As'kum Wrb,

    Halo En. Fazli, lama tak nampak! sibuk ker?....entry yg menarik nih, saya juga macam awak minat ngan sejarah & budaya, terutama tentang budaya sejarah bangsa sendiri....anyway terimakasih....

    BalasPadam
  2. sibuk gak........... tapi bolehlah bermultiply wpun sekejap-sekejap. Sejiwa rupanyer kita ni ya. :-)

    BalasPadam
  3. Wah, iya...lama gk nampak nih...ber-MP sekelip-sekelip x masyalah kok...dan kesimpulannya kita nih sama-sama bangsa gado-gado (rojak) heheheh

    BalasPadam
  4. ya..........sibuk sikit. Jarang selalu di KL. Benar tuh, zaman sekarang nak cari bangsa yang betul2 asli memang susah.

    BalasPadam
  5. Oho...begizeth toh...iya, bangsa kita adalah bangsa gado-gado. Aku sendiri juga bingung asliku mana...xixixixixixiii

    BalasPadam
  6. Wah, berarti sering dinas luar dong...asik bener...hehehehe

    BalasPadam
  7. Katanya orang Kelantan menolak (refuse) disebut Orang Melayu, mereka 'Orang Kelantan' macam orang Kedayan, atau Orang Sakai...
    Saya baca artikelnya di sebuah majalah islam populer kongsian Indonesia+M'sia...

    Tentang Melayu Rawa, ini lagi ramai dibincangkan di tempat Pak Jimmy..
    Rawa=Rao= Minang+Mandailing dicampur jadi satu...hehehe...persis rujak uleg...

    Fazly sebok awak nie..dah gie serata negara ke?
    Takper..cahari pengalaman banyak2..selagi muda kan?
    dah tua macam aku ni payah plak nak gie banyok tempat kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

      Kita umat Islam sering keliru dan terpedaya dengan kajian dan tulisan KAFIRUN LAKNATULLAH terutamanya tentang MANUSIA dan KEHIDUPAN.

      Perhatikan bagimana sebilangan besar umat Islam diputarbelitkan dengan kajian mereka tentang Nabi Allah Adam AS. Menurut Al Quran Adam adalah manusia pertama dijadikan Allah dan sejak diturunkan ke dunia hingga ke hari diperkirakan hanya sekitar 10 ribu tahun. Dari pengiraan bagaimana pula mereka perkirakan terdapatnya penemuan fosil manusia berumur lebih dari 70 ribu tahun, malah beratus ribu tahun dsbnya?

      Begitu juga dengan pembohongan mereka tentang bilangan isteri-isteri Nabi Ibrahim AS, menurut Al Quran Nabi Ibrahim hanya mempunyai 2 isteri iaitu SITI SARAH dan SITI HAJJAR. Dari alam ghaib mana pula wujudnya isteri ke 3 baginda?

      Apa tah lagi bila membincangkan tentang Ismailiat dan Israeliat. Adalah amat tidak wajar sama sekali menjejak Islam dan Melayu dari Jurai Ishak AS, memandangkan Nabi-Nabi dari jurai Ishak AS hanya diutuskan buat BANI ISRAEL, yang wajarnya menjejak Islam dan Melayu harus bermula dari JURAI ISMAIL AS.

      Persoalanya apa saja berita yang bertentangan dengan Al Quran dan Islam ITULAH YANG DIPERCAYAI DAN DIPERAKUI BETUL OLEH SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM.

      Carilah kepastian dan rungkailah kebenaran...

      Padam
    2. MENJEJAK MALA-UR.

      MENJEJAK MALA-UR/MELAYU HARUS BERMULA DARI LANGKAH ISLAM.

      Muhammad Rasulallah SAW adalah pelengkap dan penutup AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM merupakan matlamat akhir kenabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Syits AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS, Ibrahim AS dan Ismail AS.

      Amat tidak wajar menjejejak Islam dan Melayu menerusi jurai Ishak AS.Nabi-Nabi yang diturunkan dari jurai Ishak AS hanya dikhusus buat Bani Israel.

      Nabi Ismail AS dikurniakan 12 putera dan 1 puteri, SAKA dan BAKA dari putera-putera serta puteri Ismail AS ramai bermukim di Pathoni, Kedah Tua dan Campa serta berhubung rapat dengan keunggulan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

      Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Sami bin Abdullah Al Makhluth, Ibnu Kathir dll berlandaskan Al Quran menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS baginda dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar HurMUS Al Haramisah, baginda diutus buat kaum Nabi Syits AS keturunan Qabil, putera Adam AS.

      Di zaman Idris AS kaum Syits AS digelar kaum HurMUS atau MU atau di kalangan kafirun laknatullah dikenali sebagai kaum LeMUria.

      Nabi Idris AS dikurniakan dengan berbagai-bagai kemahiran dan kepandaian antaranya mahir mengukir segala jenis batu permata, mengira, menulis, melukis, mengukur, menjahit, berfalsafah dan yang paling utama berpengetahuan tinggi dalam ilmu astronomi atau kebintangan.

      Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa serta telah menggambarkan 188 buah kota di atas lempeng tanah liat dan logam.

      Baginda Idris AS juga bertanggung jawab menabalkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi, setiap penjuru terdapat 4 perbezaan dataran: Dataran Bawah, Dataran Atas, Dataran Bukit dan Dataran Tinggi.

      Kaum MU penghuni dataran bawah di 4 penjuru dunia bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, mungkar dan kufur setelah diajarkan berbagai ilmu oleh baginda Idris AS berkesudahan dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nuh AS.

      Bermula dari kejadian tersebut maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua antaranya KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yang dipanggil bahasa SELATAN atau AUSTRONESIA.

      Kaum Mala menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM yang disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera yang dikatakan berhubung rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

      Bahasa campuran Austronesia, Indo-Iranian dan Indo-Aryan dijadikan bahasa rasmi kaum Mala begitu juga dengan tulisan Pallawa yang berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikam tulisan rasmi kaum Mala.

      Kaum Mala yang Menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM digelar MALA-UR (UR adalah nama negara kelahiran Nabi Allah Ibrahim AS) kemudian dikenali sebagai MELAYU.

      Di zaman keagungan Kerajaan MELAYU SRIWIJAYA yang menguasai seluruh alam Melayu yang kini bernama Indonesia, Malaysia, Selatan Siam, Seltan Filipina, Selatan Funan, Selatan Kambodia dan Selatan Campa (Austronesia brmaksud SELATAN) CINA dan INDIA layaknya cuma berdagang dengan KERAJAAN AGUNG MALA-UR.

      MELAYU, SATU BANGSA AGUNG YANG SEANGKATAN DENGAN LEMURIA, ATLANTIS, MAYAN, MAYA, SEMURIA, IRANIA, ARYA DLL.

      KEMBALIKAN KEAGUNGAN MELAYU!!!

      Padam
  8. Gambar diateh tu...
    tak nampak macam Orang Melayu hehehe...
    Macam Muhammad Ali (petinju) waktu masih muda...

    BalasPadam
  9. bicara tentang asal-usul ini, ada satu documentari terbitan TV3 yg berjudul 'Jejak Bahasa' yg disiarkan sekitar thn 2002/2003...rancangan menarik sekali, penuh dgn. informasi tentang budaya, bahasa dan kehidupan rumpun melayu diseluruh nusantara. Kabarnya skrg. udah di compile dlm.bentuk VCD. Pengambaran/shooting dilakukan diseluruh Nusantara (Malaysia, Sumatra, Borneo, Sulawesi dan sebahagian Pulau Jawa), dikategori dlm. beberapa segmen. Misalnya ketika rencana tentang Sumatra Utara (Sumut), kita dihidangkan dgn. kehidupan masyarakat disana terutama orang Aceh, berikutnya meraka ke Medan dan menyusul pula kehidupan orang melayu Medan (Melayu Deli). Begitulah seterusnya meraka menyusur ke seluruh kota di Sumatra. Segmen turut dilakukan dibeberaoa pulau2 di Kepri, kerana krew2nya ke Sumatra lewat pulau2 di Riau. Sungguh menarik 'Jejak Bahasa' ini. apalagi pembawa acaranya adalah Azizah Ariffin (wajah ayu, asli melayu hehehe)....tetapi sehingga kini belum saya ketemukan VCD nya......

    *wahhh panjang buagett nehhh!....

    BalasPadam
  10. mau..mau...kalo ada vcd-nya...swear...bener....
    btw yang aku liat di TV3 dulu waktu kuliah (lewat parabola) judulnya 'Melayu Serantau'
    yang ini bukan?
    tapi bukan "jejak bahasa' tuh..

    Azizah Ariffin? yang kutahu 'Aishah Ariffin' si camar yang pulang
    ama acara yang gue demen banget "Jangan Ketawa' plus "pi mai2 tang tu'

    BalasPadam
  11. Azizah Ariffin itu wartawan (reporter)/pengacara/pembaca berita di TV3, tetapi skrg. udah ga muncul2 di TV, ga pasti kenapa, udah berkeluarga mungkin (selalunya selebrities TV di Malaysia ga akan lama bujangan, pasti akan disunting orang, dari golongan VIP pastinya hehehe...)

    Jamannya 'Jangan Ketawa & Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu' itu sekitar penghujung 90-an, 'Jejak Bahasa' itu masih baru......saya juga masih mencari nih VCD nya, kalo ketemu akan saya kirimkan.

    BalasPadam
  12. Gambar di atas adalah lukisan wajah Orang Asli (suku anak dalam?). Menurut Kajian yang dilakukan (spt. dalam post saya di atas) Orang Asli di semenanjung memang bukan dari ras Austronesia. Maksudnya ia tidak sekeluarga dengan orang Melayu. Orang Asli katanya berasal dari suku yang berpindah dari Afrika 40 ribu tahun dahulu. Kalau bapak Hexawan biasa dengan suku-suku di Malaysia, bapak akan lihat ada wajah-wajah berkulit hitam dan berambut kerinting di pedalaman Semenanjung. Wajah persis orang Indonesia Timur (Timor Barat dan Papua)

    BalasPadam
  13. ya... begitulah nampaknya. Dan bulan depan saya bertugas di Pekan pula (sebuah daerah di Negeri Pahang)

    BalasPadam
  14. saya pun tahu tentang rancangan tu. Sangat menarik, tapi sayang saya cuma sempat tengok 2-3 episod jer. versi VCD pulak dah puas saya cari tapi masih tak jumpe.

    BalasPadam
  15. takpe.... biarlah bangsa apa pun kita. yang penting kita punya rasa bangga pada tanahair kita. Untuk kamu, banggalah jadi anak Indonesia. dan saya harus bangga jadi anak Malaysia. Ogos (Agustus) mendatang adalah bulan kemerdekaan untuk kita bersama. Ayuh laungkan semangatnya.......

    BalasPadam
  16. Kalau masih ingat, judul apa artikel yang kamu baca tu? mungkin boleh saya cari. Saya tak pernah pula dengar tentang ini. Yang sering saya dengar, mereka menggelar diri mereka sebagai Melayu Kelantan (Melayu Kelate)

    BalasPadam
  17. mungkin ada hubungan dengan masalah politik sahaja?
    tau kan...kelate = PAS, jadi tak nak disamakan dek negeri2 lain (yang UMNO?)
    atau karena mereka merasa puak yang punyai bahasa dan warisan budaya khas?
    (rada2 pengaruh siam gitu)
    saya terbaca pas lagi nunggu istri belanja di spermarket..jadi tak sempat catet...

    Jom laungkan lagu kemerdekaan...biar semangat:
    "Tujuh belas agustus tahun empat lima,
    itulah Hari Kemerdekaan kita,
    Hari merdeka, Nusa dan Bangsa,
    Hari lahirnya bangsa Indonesia,
    Merdeka....Sekali Merdeka Tetap Merdeka
    Selama hayat masih dikandung badan,
    Kita tetap setia, tetap sedia,
    Mempertahankan Indonesia,
    Kita tetap setia, tetap sedia,
    Membela negara kita."

    ps: Ask amah..tenaga kerja..siapa aja orang Indonesia kat M'sia
    pasti pada bisa lagu ini....Nge-Top Boooo!!!!

    Selamat menyambut Hari Merdeka juga buat saudara2 di Malaysia

    BalasPadam
  18. Selamat menyambut HUT kemerdekaan Indonesia 17 Agustus 1945 - 17 Agustus 2006.

    Buat Kami Di Malaysia
    " Tanggal Tiga puluh satu
    Bulan Lapan, Lima puluh tujuh
    Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
    Ia pasti menjadi sejarah

    BalasPadam
  19. Selamat HUT Kemerdekaan Indonesia: 17 Agustus 1945 - 17 Agustus 2006
    Selamat HUT Kemerdekaan Malaysia: 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2006

    Buat semua warga Malaysia:
    " Tanggal Tiga puluh satu
    Bulan Lapan, Lima puluh tujuh
    Hari yang mulia hari bahagia
    Sambut dengan jiwa yang merdeka
    Tanggal Tiga puluh satu
    Bulan lapan, Lima puluh tujuh
    Merdeka, Merdeka. Tetaplah merdeka
    Ia pasti menjadi sejarah
    Mari kita seluruh warganegara
    Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka. Merdeka
    Tiga Satu, bulan Lapan
    Lima puluh tujuh
    Hari mulia
    Negaraku Merdeka. Merdeka.

    BalasPadam
  20. saya pernah berjumpa dengan Bapak Achmad C.B (yang sekarang warga RI) pencipta lagu ini di konsulat Jenderal Malaysia Medan 1990.

    BalasPadam
  21. Saya juga pernah berjumpa dengan Bapak Ahmad CB tahun 1985 di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau berkunjung ke Majalah Variasari dan diwawancarai oleh Jalil Miran.

    Saya amat tertarik dengan kajian anda tentang etnik Melayu. Tahniah atas usaha anda ini.
    Saya juga ingin tahu kenapa ada kaum Melayu sejak mula lagi sudah bernama Melayu, seperti orang Melayu di Riau dan pesisir timur Sumtra. Kenapa pula orang yang tidak membangsakan dirinya kepada bangsa Melayu dikategorikan juga kepada Melayu?

    Orang Batak (termasuk Mandailing), Minangkabau dan lain-lain tidak menamakan diri mereka Melayu walaupun dari segi ilmiah mereka ini dikategorikan dalam rumpun Melayu.

    Menarik juga, di Malaysia "Melayu" menjadi mempunyai "term" tersendiri. Maka tidak hairanlah ada Melayu yang berwajah Arab, India dan Jawa.

    Saya pernah membaca artikel (tapi sudah lupa sumbernya) seorang penyelidik di Indonesia membuat kajian bahawa DNA orang Jawa berlainan dengan orang Melayu (?). Sayang saya kehilangan sumbernya.

    Salam,
    Syafrein Effendiuz
    (Sejak lahir memang Melayu!)
    http://sekilas.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Saya suka mempelajari bidang yang berkaitan dengan ethnology. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dunia Melayu.

    (Pandangan Peribadi saya): Dari segi linguistik: Melayu itu dikategorikan sebagai penutur bahasa-bahasa yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Oleh itu, saya rasa memang pantas penutur-penutur bahasa dalam group Melayu-Polynesia disebut sebagai Orang Melayu. bahasa Melayu Polynesia merupakan sub-group dari Kumpulan bahasa Austronesia. Ia dituturkan di Indonesia (kecuali Maluku, Timor & Papua), Malaysia (kecuali suku asli yang bertutur dalam bahasa Mon-Khmer), Brunei, Filipina, Taiwan, dan sedikit di Vietnam.

    kumpulan bahasa-bahasa lain yang termasuk dalam kumpulan bahasa Austronesia adalah, Malenesia, Micronesia & Polynesian. Bahasa-bahasa ini mempunyai pertalian yang sedikit dengan Bahasa Melayu-Polynesia sama ada dari segi tatabahasa, perkataan dan maksud perkataan.

    DNA suku Jawa mempunyai persamaan dengan DNA orang-orang India. Ini mungkin terjadi sewaktu kedatangan pengaruh India yang membawa agama Hindu hinggalah wujud Majapahit. Walaupun mempunyai DNA berbeza, Orang Jawa bertutur dalam bahasa Melayu-Polynesia.

    Pada saya, selagi kita bertutur dalam rumpun bahasa yang sama. Kita tetap satu bangsa kerana 'Bahasa Menunjukkan Bangsa'.

    BalasPadam
  23. Terima kasih atas balasannya. Ada masa kita sambung lagi.

    BalasPadam
  24. Saya amat tertarik apabila kita membicarakan tentang Melayu. Perkataan Melayu ini saya difahamkan mengikut sejarah ialah asal dari perkataan Jawa - lari ataupun pelarian. Kesahihan dan kebenaran berhubung dengan perkataan Melayu ini bolehlah para pengkaji sejarah mengkaji sejarah sebenarnya. Saya setuju indentiti harus dikekalkan menurut keturunan masing-masing, spt Jawa, Minangkabau, Mandailing,Acheh, dan lain-lain . Kerana bangsa kita di tanah Malaysia berbagai bagai etnik. wallahuaklam.

    BalasPadam
  25. setuju. mari bersama kita melestarikan budaya kita.

    BalasPadam
  26. Assalamualikum, saya Fadzly. Kebetulan dan saya juga berminat untuk mengetahui asal-usul masyarakat Melayu kita. Jika tidak keberatan, tahukah saudara akan asal-usul orang Melayu yang mendiami Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light. Sekiranya saudara mempunyai informasi berkenaan dengan perkara ini sudikah apakiranya kita berkongsi maklumat ini. saya sedang menjalankan kajian terhadap orang Melayu Pulau Pinang.
    sekian,,,, terima ksih.

    BalasPadam
  27. Assalamu'laiakum...saya perlukan bantuan rakan2 untk jejak kasih sedara mara saya berketurunan Yunan kat Batu Buruk, Kuala Terengganu...jika ada sesape yang tahu boleh emel saya di nurlin_aeisyah@yahoo.com..syukran jazilan

    BalasPadam
  28. terdapat 1 sub-etnik utama di negara ini yg x disebit dlm artikel ini iaitu......
    Melayu asli Kedah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, sebahagian Perak.
    melayu kedah tidak berasal; dari mana2, sememangnya penduduk asal kawasan ini dan sebangsa dengan masyarakat Islam di selatan Thai (kecuali di wilayah2 Patani). mereka ini yg masih blh bercakap melayu pun bercakap dalam loghat Kedah ( seperti di Songkla dan Satun)
    .......... saya berketurunan orang Kedah Perak dan orang Patani
    ....

    BalasPadam
  29. A'kum, Saya sedang menjalankan tesis mengenai masyarakat orang asli tak kira di Malaysia dan luar. Saya memerlukan maklumat2 masyarakat orang asli di seluruh dunia. Sebarang maklumat bolehlah emel pada saya di cikguhafiza@yahoo.com.my

    BalasPadam
  30. Berita Harian sedang mencari subetnik kecil di Semenanjung untuk segmen menjejak misteri etnik,.. sapa tau maklumat yang best, sila emel ke azr@bharian.com.my

    BalasPadam
  31. nusantara ni bumi melayu,sebenar nya bumi melayu ni lebih luas dari apa yg kita jangkakan,bukan setakat sampai selatan thailand saja,malah sampai ke timur india turun ke burma,thailand,cambodia,vietnam,naik seberang ke taiwan turun semula ke filipina sampai ke indonesia,ada sesetengah orang yang mengatakan malayu bukan penduduk asli nusantara,tetapi kenapa di masa dahulu,tiada negara atau kerajaan yg berurusan dengan nusantara yang mempertikaikan nya,tiada satu pun kerajaan di asia yakni siam,india,mahu pun maharaja cina sendiri tidak pernah mempertikaikan kedudukan orang melayu di nusantara,

    BalasPadam
  32. jangan lupe asl usul org melaka ade darah palembang,bugis(dari telok mas sampai merlimau kawasan pantai)minang di alor gajah(naning salah satu negeri sembilan tak jadi negeri sepuluh)kaji lagi!salam

    BalasPadam
  33. Habis kat Melaka tu melayu apa ya ?

    BalasPadam
  34. Dari mana Asal saya, Orang Terengganu..? Adakah Keturunan Megat Zainal Abidin,Tun Teja atau Bidan Di Raja ataupun dari Kepulauan SULU..sekian minta penjelasan.

    BalasPadam
  35. Sila lihat facebook saya Mohd Yazman Mohd Yusof tentang genetik Bangsa Melayu.Org Jawa lebih dekat kpd genetik Siam(H'Tin,Mon,Lawa)

    BalasPadam