بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





CUTI-CUTI MALAYSIA – Genting Highlands

Tulisan ini saya tujukan kepada semua teman-teman di Indonesia dan Singapura yang belum pernah menjejakkan kaki ke Genting Highlands dan juga kepada sesiapa saja seluruh dunia yang faham bahasa Melayu. 


Kunjungan ke Genting Highlands ini merupakan kali yang kedua. Sebelum ini saya pernah ke lokasi sama kira-kira dua tahun yang lalu tapi sekadar ‘balik hari’. Kali ini persiapan saya ringkas, sekadar menyediakan 2 helai t-shirt untuk bermalam tanpa sebarang baju khas bagi memanaskan badan . Berdasarkan pengalaman lalu, saya yakin saya tidak memerlukan sebarang jaket tebal.





Khamis. 1 Februari 2007; bertepatan dengan cuti sempena Thaipusam dan Hari Wilayah, saya bersama empat rakan sepejabat iaitu Amniza, Tora, Zaidi (bersama isteri dan 2 anak) dan Eli memulakan perjalanan pada jam 10.00 pagi menaiki bas ke lokasi yang di tuju. Sebaik tiba di Gotong Jaya (Gohtong Jaya), perubahan cuaca telah dapat saya rasakan. Hawa sejuk sudah sekejap-sekejap menyentuh pipi. Saya yang terlalu yakin cuaca akan panas menjelang tengah hari memaklumkan pada Eli agar jangan risau dengan cuaca sejuk. Saya yakin benar cuaca di Genting tidak sesejuk seperti yang digambarkan.

Dari Gotong Jaya, kami kemudian meneruskan perjalanan menaiki kereta kabel (cable car) untuk menuju ke puncak Genting. Ketika itu barulah saya sedar bahwa cuaca disini ketika ini berbeza total dengan cuaca sebelumnya sewaktu kunjungan saya kali pertama dulu. Kali ini hawanya benar-benar sejuk. Sepanjang perjalanan mendaki, kereta kabel kami membelah awan semata-mata. Pemandangan diluar hanya nampak putih kabus. Tidak terlihat apa-apa.



Kira-kira jam 11.00 pagi, kami sampai di puncak Genting. Hawanya lebih terasa sebaik turun dari kereta kabel. Kami seterusnya mendaftar masuk ke Theme Park Hotel untuk tempoh sehari semalam. Ketika itu, seorang penyambut tamu hotel memberitahu suhu diluar hotel jatuh memdadak sejak beberapa minggu dari 26 darjah celsius ke 18 darjah celsius.

Bilik-bilik hotel di sini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin (air-cond.) bagaimanpun hawanya tetap juga sejuk hingga ke tulang. Selepas kira-kira dua jam berehat dalam bilik, kami akhirnya keluar semula untuk menuju ke Taman Tema Luar (outdoor theme park). Dengan bayaran masuk RM25 seorang (termasuk 30% diskaun kepada penghuni hotel) kami bebas memilih segala jenis permainan dengan percuma (gratis). Banyak permainan yang pernah saya cuba dulu terpaksa diulang cuba demi menemani teman-teman yang pertama kali. Kepada meraka yang inginkan cabaran, pengunjung boleh mencuba Corkscrew (Rollercoaster), Flying Coaster ataupun Super Toboggan. Malah pengunjung juga boleh mencuba Space Shot kalau lebih berani.




Memandangkan pengunjung tidak berapa ramai hari ini, kami berpeluang mencuba hampir semua permainan yang tersedia. Selain itu pada masa-masa lain yang terluang kami sempat penuhkannya dengan bergambar kenangan di kawasan sekitar. Tapi sayang gambar yang terhasil kurang memuaskan kerana cuaca sejuk yang berawan meliputi segenap ruang udara Genting Highlands sampai ke petang.  Untuk pengunjung beragama Islam, terdapat surau disediakan untuk memudahkan anda beribadah.




Sebelah malam sebaik menikmati hidangan yang disediakan pihak hotel, kami mengambil keputusan untuk berehat. Biarpun ada kawasan permainan yang dibuka sebelah malam, kami lebih selesa memanaskan badan dalam bilik sahaja. Pun begitu, cuaca sejuk yang pada saya melampau menafikan hak saya untuk tidur lena hingga ke pagi.




Hari kedua, aktiviti kami tertumpu di sekitar Taman Tema Dalam (indoor theme park). Bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM22 (bayaran penuh). Permainan yang terdapat disini kebanyakannya merupakan permainan sekeluarga. Agak maembosankan, lembap dan semuanya dapat ditemui di Taman Tema Luar. Bagaimanapun, pengujung pasti tidak akan sunyi sekiranya sudi mengeluarkan sedikit wang untuk masuk ke tempat-tempat hiburan ringan yang disediakan. Banyak jenis hiburan yang boleh dipilih samada yang menyeramkan, mendebarkan mahupun yang menggembirakan.



Untuk pengunjung yang tidak pernah berpeluang merasai suasana salji di Eropah atau di Timur Asia, anda boleh rasakannya di Genting Highlands. Snow World memberikan anda pengalaman itu di dalam sebuah ruang tertutup bersuhu 6 dajah celsius dibawah paras beku. Nikmatilah pengalaman dimana anda akan berasa lebih sejuk dari ais. Anda juga boleh memilih untuk terbang di udara dengan bayaran RM18.00 seorang. Kepada pengunjung yang bukan beragama Islam, anda mendapat kelonggaran untuk berjudi di kasino yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara.  Kepada pengunjung muslim, jauhilah kasino kerana judi adalah haram di sisi agama Islam.


Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami tamatkan percutian kami di kota keriangan ini. Tidak sabar rasanya menjemur badan di bawah panas matahari yang sering kami lakukan pada kehidupan normal. Saat kami mahu pulang rupa-rupanya semakin ramai manusia yang berpusu-pusu sampai ke puncak Genting lebih-lebih lagi pelancong asing. Begitulah suasananya di hujung minggu setiap tahun.




Perjalanan pulang semakin sampai ke penghujung. Kereta kabel yang kami naiki semakin menuju Gotong Jaya pada laluan bercerun sepanjang 3.4km. Dari sana, perjalanan diteruskan dengan bas menuju ke Kuala Lumpur. Kulit terasa perit akibat perubahan cuaca sejuk dan panas yang mendadak. 

Sebagai panduan pada kepada mereka yang bercadang bercuti di Genting Highlands dan memilih Theme Park Hotel, kadar sewa di sana bernilai RM150 per bilik. Pakej itu mengandungi 1 kali makan semada pagi, tengah hari ataupun malam. Juga mengandungi  diskaun 30% sekali masuk ke Taman Tema Luar dan tiket kereta kabel pergi-balik dari/ke Gotong Jaya. Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Gotong Jaya mengambil masa setengah jam dengan tambang RM3.00

19 ulasan:

  1. genting highland.......bestnyerrrrr....!!!!!!!

    BalasPadam
  2. wow, kapan saya bisa ke genting highland ya?

    BalasPadam
  3. betul skl. En. Fazli, Genting adalah lokasi parawisata utama turis kalo ke Kuala Lumpur, cuaca/hawa nya persis di Puncak (Bogor).....hayo s'mua kita tour "Genting Hingland City Of Entertainment"

    BalasPadam
  4. semuanya dipersilakan............... kapan-kapan aja!!

    BalasPadam
  5. Asyik ya....mirip kayak di Batu dan Pujon di Malang sini

    BalasPadam
  6. lama gak dah tak gi ke genting ni..last sekali last year. masa tu, cable car close so takde peluang nak naik. day after, dengar sorang pekerja maintainance cable car tu jatuh..erk!

    BalasPadam
  7. Haaaa? nasib baik tak plan pegi last year................

    BalasPadam
  8. Oh... ye ke, bila dapat ke Malang ni.....?

    BalasPadam
  9. Kapan kesininya? hayooo..banyak tempat dingin2 disini..

    BalasPadam
  10. Lihat2 juga istilah komputer Malaysia-Indonesia dirumah eike (aku)

    BalasPadam
  11. nantikan saja.... insya Allah sampai

    BalasPadam
  12. Saya pun baru sekali pi Genting. Hanya kerana teringin sangat nak main2 di outdoor theme park. Space Shot? Sdh di cuba dua kali :)...Best lerr

    En. Fazli, napa tidak blog tentang Eyes On Malaysia? Yalah, sempena VMY 2007 ni...:)

    BalasPadam
  13. idea yang bagus..., tapi saya belum pernah lagi naik roda gergasi tu. Kalau free nanti saya tulis tentang itu.

    BalasPadam
  14. Sudah, buruan dah naik bianglalanya (roda gergasi) itu...terus ceritaken ke kitorang...

    BalasPadam
  15. tunggu ya mas.... biar aku cuba dulu. nanti barulah bisa nulis

    BalasPadam
  16. NAK PERGI HARI SABTU NIH...HHIHIHI

    BalasPadam
  17. Salam Mohd Fadzli dan rakan2 semua.
    Buat pertama kali saya di ruangan blog Fadzli.Saya dari agensi pelancongan khusus ke Genting Highland..Sekarang di sana dah byk perubahan.suhu tetap kool.. permainan baru bertambah.Jadi mereka yg merancang ke Genting bolehlah hubungi Fadzli ataupun saya sendiri.Saya menyediakan pakej2 yg menarik dan berpatutan.Harga dr Rm35.00 ke atas..bas dan kereta kabel pergi balik permainan theme park..hubungi Fadli ataupun saya di 0176677637 Yusri.Harap fadzli dpt menbantu rakan2 yg lain dan kita sama2 dpt merancangkan 1 program lawatan ke Genting. email saya visitntour@gmail.com terima kasih jumpa lagi.

    BalasPadam
  18. abg..ade blik kosong tk???untuk 4org dewasa-hari nie masuk esok keluar,pls....adik2 sye dtg dr pinang,tk tau nk bwk mereka jln2,hye genting yg paling best

    BalasPadam
  19. 1) dari kl sental ke genting highland tambang bas berapa ringgit???
    2) bilik untuk 2 org dewasa,1 mlm berape ringgit???

    BalasPadam