بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PENDATANG ASING - Bahagiakah di Malaysia..?

Hari ini, akhbar (koran) harian Kosmo melaporkan seorang pendatang Indonesia memperoleh pendapatan RM3000 (Rp7143000) sebulan hasil usahanya berniaga makanan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur (KL). Pendapatan itu jauh lebih tinggi dari kebanyakan warga Malaysia yang berkerja makan gaji. Di saat rakyat senegaranya membanting tulang menjadi buruh binaan, tukang cuci atau pekerja ladang di Malaysia, pendatang Indonesia yang mahu dikenali sebagai Man itu hanya memerlukan warong tolak untuk menjual steamboat dari pukul 7 malam hingga 4 pagi. Nampaknya nasib Man jauh lebih beruntung berbanding pendatang-pendatang lain termasuk sebahagian besar rakyat Malaysia sendiri. 

Man hanyalah seorang dari jutaan pendatang asing yang mencari rezeki di Malaysia. Sebelum ini, media sering mendedahkan tentang nasib pendatang asing yang menerima layanan buruk ketika di Malaysia seperti didera majikan, dibuli rakyat tempatan, tidak mendapat gaji dan sebagainya. Anehnya kemasukan pendatang asing tidak pernah surut. Ditambah dengan polisi kerajaan Malaysia yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pekerja dari Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh, jumlah pendatang asing menjadi bagaikan tidak terkawal.

Baru-baru ini semasa cuti sempena Tahun Baharu Cina, saya sempat berjalan-jalan di sekitar bandaraya KL. Dari tinjauan sendiri, ke mana saja saya pergi keadaannya amat 'menakutkan'. Di satu sudut, saya terasa seperti di Ho Chi Minh. Di satu sudut lagi, KL tak ubah seperti mini Jakarta. Di sudut lain, saya bagaikan berada di Dhaka. Sebenarnya banyak lagi kota-kota lain di dunia yang ada mini-nya di Malaysia. Minggu lepas, media Malaysia melaporkan bahawa pihak berkuasa telah berjaya menggempur sebuah perkampungan haram yang didirikan ratusan pendatang Myanmar.  "Hmm.. Malaysia yang bagaimana yang dimahukan kerajaan sebenarnya??" Sekiranya semata-mata bagi memenuhi motto 'Malaysia Truly Asia' nampaknya usaha itu sangat berjaya.

Menyentuh tentang pendatang asing, saya pasti ramai rakyat Malaysia yang dengan mudah dapat mengenal mereka. Biarpun mereka mempunyai warna kulit yang hampir sama dengan penduduk tempatan, mereka tetap mudah dikenal pasti. Bagi pendatang Bangladesh dan India, wajah gelap mereka tak dapat dikelirukan dengan keturunan India warga Malaysia. Kalau pendatang Vietnam, mereka tetap gagal meniru gaya keturunan Cina warga Malaysia. Bagi pendatang Indonesia & Filipina, jangan bermimpi dapat memperdayakan pihak berkuasa Malaysia dengan mudah. Biarpun berwajah seiras bumiputera Malaysia, gaya dan cara berpakaian mereka tetap tidak sama. 

Tuilisan saya ini tidaklah bermaksud saya anti warga asing. Buat rakan-rakan di Indonesia, saya mohon maaf sekiranya tulisan ini melukakan hati kalian. Tulisan ini sekadar meluahkan pandangan sebenar rakyat Malaysia tentang masalah kebanjiran warga asing yang makin parah di Malaysia. Ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang tidak selesa untuk keluar berjalan-jalan. Manakan tidak, setiap kali keluar (terutama di hujung minggu), mereka  pasti terkepung dengan penutur bahasa-bahasa asing yang dituturkan orang sekeliling. Setiap kali berjalan, mata mereka sering terlihat aksi-aksi luar biasa yang dibawa pendatang yang mana aksi tersebut sering dilakukan di negara asal mereka. Janggal juga rasanya bila setiap kali ke bandar, penampilan diri nampak berbeza dengan penampilan para pendatang yang banyak berkeliaran di setiap ceruk jalan di Malaysia. Rakyat tempatan sendiri yang akhirnya terkeliru. Maka persoalan sebegini sering bermain difikiran  mereka: "Siapakah yang sebenarnya mengikut trend...?" 

Biarpun sebenaranya ada kebaikan yang diperolehi dari pendatang asing, Sebilangan rakyat Malaysia tetap membutakan mata. Lebih-lebih lagi bila wujudnya kes jenayah yang dilakukan beberapa kerat pendatang asing, nescaya kesemua mereka bakal menerima impak negatif. Saya teringat pada rakan-rakan saya yang berasal dari Kerinci, mereka masih tetap tinggal dalam lingkungan keturunan mereka biarpun berkongsi kampung dengan orang-orang Melayu. Lebih parah, sembahyang jemaah pun mereka lalukan secara berasingan di surau yang berlainan dengan orang-orang Melayu. Mujurlah mereka datang dari Sumatera. Mereka lebih mudah terasimilasi dengan penduduk tempatan berbanding rakan-rakan mereka yang datang dari Jawa, Lombok, Sulawesi, Maluku dan Papua. Malah seribu kali bernasib baik berbanding mereka yang datang negara-negara tetangga yang lain.

Sebenarnya semua pihak saling curiga-mencurigai. Pada saya, sekiranya penduduk tempatan dan pendatang asing saling hormat-memghormati, saya pasti kebahagian akan datang kepada semua. Sebenarnya tak kenal maka tak cinta.

27 ulasan:

  1. Memang seharusnya tidak sampai demikian, memang memprihatinkan...kecuali kalau pemerintah sini benar-benar mengembangkan daerah-daerah asal TKI, insyaallah kelak tidak akan membanjir lagi ke Malaysia..Saya kelak ingin sekali ikut memajukan daerah-daerah itu kendati lewat tulisan...
    Sebenarnya hal ini juga lazim antara pribumi dengan pendatang, misalnya antara penduduk asli Dayak dengan pendatang Madura, atau pendatang-pendatang asal Jawa di berbagai wilayah di Indonesia (yang untungnya masih bisa terbina hubungan baik), sebagaimana penduduk asli Melayu di Riau dengan pendatang asal Minangkabau, Jawa dan Tapanulipun, di Pekanbaru sendiri saja ada beberapa wilayahnya yang namanya berbau Jawa.

    Untung disini tidak ada pendatang Myanmar dan Bangladesh..biasanya mereka banyak yang jadi penjahat kalau di Jakarta..malah pendatang asal Indiapun sampai nyasar ke Sulawesi sebagai pendatang gelap...pendatang Afrikapun banyak terlibat penjualan narkoba (dadah)...aih...repot ya?

    Tak kenal maka tak sayang

    Maaf juga kalau sekiranya komentar ini kurang berkenan dihati

    BalasPadam
  2. gak ada yang kurang senang di hati.......... Perbincangan harus dilakukan secara terbuka.

    Di Malaysia juga ramai warga Afrika yang memperdagangkan dadah dan wagra China dan Thailand yang menjadi pekerja seks. Tapi kedatangan mereka tidaklah berbondong-bondong. Mereka hanya dilihat di kawasan-kawasan tertentu. Mereka juga biasanya datang dan kembali dalam masa yang singkat. Berbanding dengan pedatang dari negara-negara yang saya sebut diatas, mereka datang dalam kumpulan ramai hingga mencecah ratusan ribu orang. Mereka mudah dilihat dimana saja di seluruh Malaysia hingga ada yang membuka kampung, membuka pusat perniagaan hingga ada yang sudah berkembang menjadi pekan (small town) dan ada yang lama-kelamaan mendapat Kad Pengenalan (IC / KTP).

    Kebiasaannya mereka jarang mahu pulang ke negara asal dalam masa singkat. Mungkin menanti untuk dijadikan warga oleh pemerintah Malaysia.

    BalasPadam
  3. benar sekali En. Fazli, kemasukan warga asing ke M'sia harus dipantau dgn. lebih teliti. Setiap hari kita baca di akbar kejadian jenayah (kriminal) berat pasti melibat warga asing.

    Pagi ini saya dengar berita di radio, kerajaan M'sia mahu melihat/menyemak dahulu rekod perkerja2, sebelum dibawa masuk ke M'sia. Tentang sebanyak mana penghasilan itu rasanya itu hak meraka, mereka rajin-usaha, meraka kreatif yah pasti medapat pulangan yg setimpal. Kalo rakyat tempatan sendiri gag mampu mendapat penghasilan sedemikian rupa, salah siapa? salah sendiri bukan....kita rakyat tempatan banyak diberi peluang berniaga (berdagang) kecil-kecilan, membuka warung makan dan segala macam, tetapi apabila mendapat lesen perniagaan, di jual/dipajak/disewa sama warga asing, mau keuntungan segera; inilah sikap kita rakyat tempatan. Apabila meraka(warga asing) mendapat penghasilan lumayan, kita banyak omongan......

    *Jangan marah ahhh*

    BalasPadam
  4. Betul!

    Kalau di daerah saya, penduduk tempatan dengan sesuka hatinya menyewa/menjual tanah mereka kepada pendatang asing. Padahal, mereka (penduduk tempatan) berbuih mulut menyokong gerakan kerajaan membasmi/menghantar pulang pendatang tanpa izin. Bukan kah ini hipokrit namanya.

    Ada pendatang tanpa izin yang memang kasihan...oleh kerana faktor politik yg tidak menentu di negara sendiri memaksa mereka untuk berlayar ke Malaysia atau negara jiran yang lain walau pun tanpa dokumen yang sah. Tapi, kalau kasihankan seorang dua...ok lah. Kalau nak kasihan beribu-ribu mereka yg datang setiap hari. Bagaimana ya?

    Usaha kerajaan utk menghantar mereka kembali ke negara masing2 juga agak sukar kerana pemimpin di negara mereka sendiri tidak sanggup menerima mereka. Contohnya, negara Filipina. Beribu pendatang tanpa izin Filipina masih berada di pusat tahanan sementara menunggu dihantar kembali ke negara masing2. Ada yang dah berbulan dan tahun ditahan. Akan tetapi, utk mereka kembali ke tanah asal mereka, harus ada persetujuan daripada kerajaan di negara mereka. Haiii...nak tunggu persetujuan tu pun dah makan bertahun. Birokrasi lah kata kan.

    Kos utk menghantar mereka balik pun bukannya murah. Takkan kerajaan kita nak tanggung semuanya kan? Jadi, terpaksalah mereka yg ditahan di pusat tahanan pendatang asing menunggu dan menunggu.

    Masalah lain pula, bila mereka dah di hantar kembali. Tidak sampai sebulan...dah kembali balik. Ini pengalaman saya sendiri melihat seorang PTI yg tinggal di perkampungan saya. Di tangkap dan di hantar balik ke negaranya, tak sampai sebulan...dah nampak mukanya balik di kawasan perkampungan saya. :) Mungkinkah kita harus 'pagar' kawasan perairan negara kita???

    Pendatang tanpa izin ni, mereka rajin sebab mereka tahu betapa susahnya nak cari duit untuk meneruskan hidup. Jadi, mereka sanggup buat apa sahaja agar hidup dapat diteruskan. Itu tak masuk buat benda yg tak baik lah. Bagi mereka yg melakukan pekerjaan halal, ini menjadi satu kelemahan pula kepada penduduk tempatan kerana terlalu berharap kepada PTI utk melakukan semua kerja2 berat dan susah. Ada kalanya, menggaji PTI utk buat kerja2 rumah sedangkan diri sendiri pun tidak punya pendapatan yg lumayan hanya kerana malas nak buat kerja berat.

    Masalah pendatang tanpa izin bukan baru. Dah nak lebih 20 tahun pun dan ia bukan lagi masalah satu pihak sahaja tetapi melibatkan banyak pihak. Kalau pihak2 terbabit tidak ingin berkerjasama...inilah yang berlaku sekarang.

    -pendapat drpd insan yg sekeliling perkampungannya adalah PTI-

    BalasPadam
  5. Saya kira ini berpunca dari kelemahan pemerintah yang terdahulu. Contohnya di negeri saya sendiri, Sabah. Pernah dengar kes pendatang tanpa izin mendapat Kad Pengenalan secara cuma-cuma agar mereka boleh mengundi dalam pilihanraya? Dan pemberi tawaran itu tentulah ahli politik yg mahu mendapat undi lebih dlm pilihanraya. Oleh kerana sikap 'baik hati' inilah yg mendorong rakan-rakan pendatang yg lain utk terus disini kerana mereka yakin masih ada pemimpin atau pihak-pihak tertentu yg 'baik hati' hendak menawarkan mereka dokumen yg 'sah' utk bermastautin tetap di negara ini. Sampai sekarang pun masih hal ini mesih berleluasa...*geleng kepala*...

    BalasPadam
  6. Betul tu. Saya pun punya ramai kenalan dari negara luar. Mereka ini mulanya datang menggunakan pasport lawatan sosial, tapi akhirnya terus bermastautin di Malaysia hingga bertahun-tahun biarpun pasport mereka telah tamat tempoh. Hendak diajukan kepada pihak berkuasa, rasa simpati pula pada nasib mereka... Apa yang saya harapkan, mereka menjaga tingkah laku agar tidak menyakiti hati penduduk tempatan.

    BalasPadam
  7. Mohon maaf. Tulisan ini bukan bermaksud menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar meluahkan perasaan majoriti rakyat. Pada saya, semua bangsa di dunia dipersilakan datang ke Malaysia asal saja kita saling menghormati.

    Diharap tulisan ini berguna kepada pemimpin-pemimpin politik supaya menangani masalah ini secara serius agar tidak terjadi perkara yang lebih buruk. Kami di Malaysia tidak mahu berlaku rusuhan yang berbau SARA seperti terjadi di beberapa negara tertangga.

    BalasPadam
  8. Ya... saya setuju. rezeki mereka hak mereka. Tidak ada siapa yang berhak merasa iri.

    BalasPadam
  9. Benar! kita sangat membutuhkan (sorry slank seberang! hehehe) pekerja asing, terutamanya di sektor pembinaan. Tanpa para pekerja asing, rasanya mustahil kita dapat mencapai apa yg kita perolehi skrg. Malah skrg. seperti trend kilang2 (fabrik) mengaji perkerja asing, kemana perginya rakyat tempatan? apakah perusahaan2 semakin bertambah sehingga membutuhkan lebih ramai tenaga kerja ato rakyat tempatan sendiri yg memilih perkerjaan.

    Sebelumnya maaf buat teman2 di RI, sering kali kita dengar pergaduhan diantara pendatang asing terutamanya pendatang dari Indonesia. Pendatang Madura dengan dendam caroknya, pantang ketemu dengan orang flores, dan baru2 ini warga aceh ditangkap di Klang bersama ganja yg bernilai RM 200,00.00, nah inilah diantara contoh kriminal yg banyak melibatkan warga asing.

    Secara peribadi kemasukan warga asing ke M’sia tidak menjadi masalah buat saya, asal saja mereja akur/mematuhi undang2 (hukum) dan menyesuaikan diri/menghormati adat-budaya setempat. Saya benar2 tidak masalah, apalagi yg datang berhijrah itu sebangsa & seagama.

    sekali saya mohon maaf.

    BalasPadam
  10. Ya..begitu juga harapan saya.

    Maaf juga kalau kata2 saya menyinggung sesetengah pembaca. No harm intended :)

    BalasPadam
  11. Tenang aja Li, Jim dan Carol...saya nggak tersinggung sama sekali dengan komentar-komentar kalian semua. Karena itu hak kalian sebagai warga Malaysia untuk mengungkapkan apa yang terjadi di tanah air kamong samua...monggo-silahkan ungkapkan saja..
    Saya tidak heran kok dengan semua itu, karena ibarat lampu...negeri kalian menarik banyak pendatang, sebagaimana mungkin Pulau Jawa menarik pendatang dari berbagai wilayah...masalah-demi masalah selalu terjadi antara penduduk lokal dengan pendatang. Memang ada suku-suku tertentu yang sro'ol, tidak mengikuti peraturan sehingga terjadi peristiwa di Sambas dan Sampit beberapa tahun silam...
    Apa perlu dibuat undang-undang keimigrasian baru? Atau dengan pengetatan perbatasan?

    *sebaiknya mungkin daerah2 dikembangkan lagi agar tak lagi membanjir ke negeri kalian*...tapi entah bisa serius atau tidak pemerintah kami? Wallahualam bis sawab

    Saya sekali lagi haturkan maaf sebesar-besarnya...

    BalasPadam
  12. Nggak perlu mohon maaf donk...! kamu tak bersalah :-). Kami pun bukan benci pendatang asing, cuma bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya tidak ditangani dengan betul. Masalah disini bukan datang dari warga Indonesia saja, tapi dari Filipina, Vietnam dan Myanmar juga. Saya, bahkan lebih senang dengan pendatang Indonesia berbanding dari negara-negara lain.

    BalasPadam
  13. he he "sekilas ikan di air sudah ku tahu berapa kilo " he he he

    BalasPadam
  14. Malah sekarang minat TKI bekerja di Malaysia makin menurun, karena negara2 lain berani memberi bayaran lebih tinggi. Apalagi Singapura dan Brunei, berani bayar mahal mereka...

    BalasPadam
  15. Gak apalah... Mungkin kamu tidak tahu, sebenarnya gaji yang dibayar majikan Malaysia untuk tenaga kerja dari Indonesia jauh lebih rendah dari tenaga kerja dari negara-negara lain.

    Sebagai contoh:-
    Pembantu Rumah Indonesia mendapat gaji lebih kurang RM500 sebulan sedangkan pembantu rumah dari Filipina dibayar gaji RM800 - RM1000 sebulan. Saya pun tidak tahu kenapa manusia dibezakan mengikut bangsa.

    BalasPadam
  16. Salah satu faktor berpunca dr permintaan konsulat/agen tenaga kerja dr Filipina itu sendiri. Mungkin kerana, ramai warga Filipina yg boleh berbahasa Inggeris dgn baik dan lebih byk diambil bekerja dgn majikan golongan elit maka tercetus permintaan yg sedemikian rupa.

    Betul kata En Fazli. Sepatutnya upah dibayar mengikut kemahiran dan mutu kerja bukan dinilai dr segi bangsa atau rupa paras...tapi, sememangnya 'permainan' di dunia ini kadang2 tidak adil.

    BalasPadam
  17. SATU SAJA KOMEN SAYA DI SINI MEREKA YANG MENGURUSI TENAGA KERJA ASING ADALAH ORANG YANG OPORTUNIS ! Majoritinya bukan golongan yang prihatin terhadap kemanusiaan, sama saja dengan golongan Arab dan Kulit Putih yang mengekspot kulit hitam ke Benua Eropah dan benua Amerika.

    BalasPadam
  18. Ini semua karena pembangunan yang tidak merata dimana pembangunan tertumpu pada bandar2 besar macam Jakarta dan Negeri Jiran (Malaysia, Brunei & Spore), sehingga peluang kerja di kampung asal sangat sempit dan ditambah faktor penduduk Indonesia yang banyak sehingga tuntutan hidup untuk mencari nafkah ke kota besar macam Jakarta dan negeri seberang. Saya sangat miris ketika melancong ke Malaysia, Pembantu keluarga abang angkat saya itu orang Indonesia (Jawa Timur), kasihan sekali semestinya seusia ibu itu tak sepatutnya bekerja sampai jahu untuk mencari nafkah keluarga, tapi apalah daya karena tuntutan hidup...mestinya seusia itu da masanya rehat dan beribadah, jadi sedih dan teringat ibu dikampung. Saya berharap ini jadi pemikiran pemimpin bangsa, kedepan kalau nak mempekerjakan warganya janganlah jadi pembantu, tapi dikembangkan pendidikannya sehingga menjadi tenaga ahli yang memiliki skill dan dengan pendidikan yang tinggi dan bayaran tinggi, disamping itu jg tenaga kerja kita tak akan mengalami masalah hukum di negara jiran karena mereka telah memiliki pola pikir yang baik, dan ini mesti dipikirkan Pemerintah sebab kalau terjadi masalah ujung-ujungnya merepotkan Pemerintah itu sendiri.

    BalasPadam
  19. Karimsh, saya sudah reply dalam PM kamu. lihat ya.....

    BalasPadam
  20. Assallamualaikum dan salam sejahtera buat saudara yang memaparkan satu pendedahan tentang mereka yang bergelar Pendatang asing,siapa mereka sebenarnya?siapa yang melindungi mereka?siapa yang mengambil kesempatan atas mereka?siapa yang harus bertindak atas mereka?siapa yang buat buta terhadap mereka?sejauh mana perlaksanaan yang sedia ada?apakah rancangan Kerajaan untuk menyelesaikan semua permasaalahan yang melibatkan mereka?sejauh mana ketelusan,kejujuran dan keikhlasan bagi mereka-mereka yang yang diamanahkan untuk menangani mereka?Maaf......cuma banyak cerita,perlaksanaannya pun tidak seberapa,apalagi keberkesanannya,cuma sekadar buat tutup mata,yang pasti keadaannya tetap macam tu juga..........siapa punya kerja...?? cuba pandang betul-betul...nampak jelas ada bisnes...pendapatan Kerajaan dimana??Jawapan saya KRONISME!!!!Memang Malaysia Boleh.......apa lagi Satu Malaysia......apa yang boleh????? jelas kan? banyak yang yang pada arahan,syarat dan undang-undang tidak boleh tetapi dalam perlaksanaannya jadi boleh.........Banyak lagi saya nak cerita dan banyak yang saya bisa dedahkan,cukup utk setakat ini dulu,,,,mohon maaf...........sekian..

    Kiyard@Kijjad
    mygberkas@yahoo.com

    BalasPadam
  21. Yessstttt!!!!! kulo setuju kang!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  22. Maaf.............spean ndak liat sebenarnya apa yang sebahgian mereka setelah datang dan siapa juga yang menjadi dalangnya?ramei sing nelongso mas!!!!!

    BalasPadam
  23. Ayuh dedahkan semuanya... saya sokong. Buka akaun Multiply dan ceritakan apa yg hendak anda sampaikan. Dulu saya pun begitu.

    Terima kasih kerana sudi baca dan beri komen

    BalasPadam
  24. Asyik membaca komentar kalian yang baik. Tidak adA perang kegoan. Kata-kata yang jauh berbeda dari blog2 lain yang bikin kepala kita berpusing. Teruskan diskusi yang baik ini

    BalasPadam
  25. NURHAYATI TKW DI MALAYSIA

    ====================================

    Lewat internet ini saya mengutarakan
    ucapan terima kasih saya kepada MBAH DEWA
    yang telah membantu kehidupan keluarga saya
    dulunya saya Cuma seorang buruh kasar yang
    bekerja di salah satu kebun kelapa sawit
    milik : tuan H. BADRUN
    di daerah malaysia penghasilan saya
    perhari Cuma 55ribu rupiah,hanya pas pasan
    untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya
    Alhamdulillah sekarang Sejak saya bergabung
    jadi member_ MBAH DEWA BHARATA_
    dan ini. Kemenangan saya yg Ke 3X
    Kemarin Di kasih lagi.4D togel malaysia benar-benar tembus...
    impian saya selama ini sudah jadi kenyataan.
    Alhamdulillah Kehidupan keluarga saya pun
    jauh lebih baik dari pada sebelumnya.
    Buat saudara bapak/ibu yang ingin mendapatkan
    REJEKI melalui jalan TOGEL..atau yg sdh bosan dgn kemiskinan
    Hub: MBAH DEWA BHARATA Di:( 082 316 555 388- )
    atau Klik Situs resmi kami. di bawah ini.....

    KLIK-> BOCORAN TOGEL HARI INI


    di jamin anda akan bahagia dengan keluarga
    yang punya rumah salam jackpot & damai selalu

    BalasPadam