بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KENALI PRIBUMI SEMENANJUNG MALAYSIA

Sesetengah orang mungkin beranggapan, orang Melayu adalah satu-satunya pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia (Semenanjung). Pandangan ini mungkin berdasarkan faktor umum: Semenanjung sinonim dengan Melayu. Sebagaimana pulau-pulau berhampiran yang memiliki kepelbagaian etnik pribumi, Semenanjung juga sebenarnya memiliki keistimewaan itu. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan Semenanjung sebenarnya jauh lebih istimewa.

Ramai sedia maklum, pulau-pulau Sumatera, Borneo, Jawa dan lain-lain pulau di sekitar Nusantara memiliki kepelbagaian etnik yang masing-masing punya bahasa dan budaya tersendiri. Bagaimanapun, budaya dan bahasa yang dituturkan oleh etnik-etnik tersebut sebenarnya berkerabat antara satu sama lain. Dalam bahasa mudah, etnik-etnik itu sebenarnya mengamalkan budaya dan bertutur dalam dialek-dialek bahasa Melayu.

Berbeza dengan pribumi di Semenanjung, Sungguhpun kawasan ini memiliki kepelbagaian etnik yang terhad, namun etnik-etnik itu terpecah kepada dua budaya dan bahasa yang berbeza. Memang secara geografi, Semenanjung terletak di kawasan Nusantara (Malay Archipelago), namun ia turut dihuni oleh etnik-etnik pribumi yang lazimnya ditemui di Indochina (dari segi bahasa pertuturan). Dibawah ini saya senaraikan etnik-etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung:-

Melayu
Etnik Melayu merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar. Ia merangkumi 60% dari populasi nasional. Bagaimanapun jumlah sebenarnya mungkin tidak sebesar itu sekiranya pemerintah Malaysia menggunakan klasifikasi Melayu yang sebenar. Di Malaysia, Melayu ditafsirkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat dan budaya Melayu. Bahasa Melayu merupakan cabang dari keluarga bahasa Melayu-Polinesia.

Melayu Asli (Melayu Proto)
Kumpulan etnik ini merupakan gabungan daripada beberapa sub-etnik (suku) Melayu Tua. Penempatan mereka dapat ditemui dengan banyak di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Bahasa dan budaya mereka sedikit berbeza dengan bahasa dan budaya Melayu. Secara am, mereka mengamalkan fahaman animisme. Bagaimanapun ketika ini ramai yang sudah memeluk Islam. Etnik ini terdiri daripada suku-suku seperti Temuan, Seletar, Jakun, Kanaq dan Orang Laut. Bahasa pertuturan mereka merupakan cabang dari bahasa Melayu-Polinesia.

Senoi
Kumpulan etnik ini mendiami kawasan pergunungan di tengah Semenanjung Malaysia. Mereka terdiri daripada beberapa suku seperti Temiar, Semai, Semoq Beri, Mehmeri, Che Wong, dan Jahut. Ciri-ciri fizikal mereka hampir sama dengan wajah penduduk Melayu namun bahasa pertuturan mereka jauh berbeza. Kaum Senoi bertutur dalam kumpulan bahasa Central Aslian iaitu satu cabang dari kumpulan bahasa Mon-Khmer, satu kumpulan bahasa yang lazimnya dituturkan di Kemboja dan Vietnam. Bagaimanapun ketika ini, banyak kata pinjaman  yang berasal dari bahasa Melayu digunakan. Biarpun secara statistik, kaum Senoi dikatakan hanya mendiami Semenanjung Malaysia sahaja, namun sesetengah sarjana barat berpendapat kaum ini mungkin juga dapat ditemui di bahagian utara pantai barat Sumatera.  Kesahihannya mungkin perlu dibuktikan.


Semang (Negrito)
Kaum Semang memiliki ciri-ciri fizikal yang jauh berbeza dengan pribumi Semenanjung yang lain. Ciri-ciri utama mereka ialah berkulit yang gelap dan berambut kerinting. Kerana ciri-ciri ini, kaum ini dikelaskan sebagai suku Negrito. Ada pendapat mengatakan, suku ini berkerabat dengan suku-suku yang terdapat di Papua dan kepulauan pasifik. Di kawasan Asia Tenggara, orang Negrito dapat ditemui di Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina. Orang Negrito di Filipina bertutur dalam cabang bahasa Melayu-Polinesia. Manakala suku Negrito di Malaysia, Thailand dan Myanmar bertutur dalam cabang bahasa Northern Aslian, satu cabang bahasa dalam kumpulan bahasa Mon-Khmer. Negrito Semenanjung terpecah kepada beebrapa suku iaitu Kensui, Kintaq, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami bahagian utara semenanjung Malaysia.

23 ulasan:

  1. Setiap wilayah mempunyai keunikannya masing-masing, dan itu merupakan kekayaan yang patutnya disyukuri...

    BalasPadam
  2. mas fazli masuk kaum yang mana nh.. hehe

    BalasPadam
  3. suka mendengar Asyik FM (Radio Orang Asli Malaysia):
    http://202.190.233.9/radio7/main.htm

    BalasPadam
  4. kalau ikut klasifikasi pemerintah Malaysia, saya dikira Melayu lah..... tapi kalau dikaji dengan lebih rinci, saya suku campuran Bugis dan Jawa.

    BalasPadam
  5. hehehe...... semangat ni. ;-)
    Jom En. Jim, kita bersewang...............

    BalasPadam
  6. ya..... Ramai orang melihat yang indah ada di seberang tanpa menyedari keindahan itu juga ada ditempat sendiri.

    BalasPadam
  7. hooo....pantas mirip sama temanku yg orang suroboyo...xixixi
    kapan ke sby lagi.. ;)

    BalasPadam
  8. Kalau cukup ongkosnya... Pasti. Lia kapan ke mari?

    BalasPadam
  9. doakan saja segera ya bang..
    dah kepengen lihat dunia luar... :D

    BalasPadam
  10. Hahahahaha...semoga bisa jalan2 ke sana..
    Antar aku ke kampung Jawa aja Li ya...Amien

    BalasPadam
  11. boleh.... ;-) silalah. Ditunggu.
    Disini banyak tempat yang namanya ada perkataan Jawa ataupun ada kaitan dengan Jawa. Jadi banyak tempat yang kamu boleh pergi. Contoh: Parit Jawa, Kampung Jawa, Asam Jawa, Parit Ponorogo, Parit Sri Rejosari ... ah... banyaklah.. datang ajalah.

    BalasPadam
  12. boleh.... ;-) silalah. Ditunggu.
    Disini banyak tempat yang namanya ada perkataan Jawa ataupun ada kaitan dengan Jawa. Jadi banyak tempat yang kamu boleh pergi. Contoh: Parit Jawa, Kampung Jawa, Asam Jawa, Parit Ponorogo, Parit Sri Rejosari ... ah... banyaklah.. datang ajalah.

    BalasPadam
  13. Kenapa diberi nama Parit? apa disana banyak paritnya?

    Kalau kampungmu sendiri, mayoritas Melayu keturunan mana?

    BalasPadam
  14. Nama-nama tempat di Johor berbeza dengan nama-nama tempat yang tertera perkataan ' parit' di negeri lain di Malaysia. Geografi Johor yang berada di kawasan paling selatan dalam peta Semenanjung menjadikan permukaan negeri ini landai. Ini menyebabkan wujudnya banyak anak sungai terutama di kawasan pantai barat iaitu di daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar.

    Lebih-lebih lagi daerah-daerah tersebut memiliki struktur tanah gambut yang luas. Tanah gambut secara semulajadinya berkeadaan lembap kerana ia mudah memerangkap air. Untuk membina petempatan yang bebas dari banjir, parit-parit ini harus dibina bagi menakung air supaya air tersebut dapat dialirkan ke anak sungai. Jadi untuk membina kampung di kawasan itu, parit harus disediakan dahulu bagi mengelak banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Kerana setiap kampung di kawasan itu ada parit, maka kampung disitu dinamakan sempena nama parit yang ada di kawasan itu untuk mudah dikenali.

    Selain Johor, ada beberapa negeri lain di Semenanjung yang turut menamakan sesuatu tempat sempena nama parit. Bagaimanapun, parit-parit di tempat-tempat dalam negeri tersebut dibina untuk tujuan pertanian dan saliran. Jadi jumlahnya tidaklah banyak sebagaimana di Johor. Jadi nama parit seolah-olah sudah menjadi identiti Negeri Johor.

    Kampungku bernama Kampung Sri Macap. Berjiran dengan Kampung Parit Ghani dan Kampung Parit Haji Hashim. Semuanya di Simpang Renggam. Mongggo..... Di kawasan ini, majoriti penduduk dari suku Jawa.

    BalasPadam
  15. Matur nuwun....suatu waktu aku pengen kesana...:)

    BalasPadam
  16. tambah dikit...Parit Sonto/Parit Sikon/Parit Bareng/Parit Sulong/Parit Raja/Parit Bugis/Parit Botak...parit apa lagi yah?...pokoknya itu kampung jawa semua tuh....he he he...di Selangor juga banyak orang jawa....Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sekincan (Jawa+Banjar), Klang, Tg. Karang...majoritinya jawa juga...

    BalasPadam
  17. kalo gag salah saya 2 thn. yg lalu Wapres Pak Jusuf Kalla ada ke Pontian kan? ketemu keluarganya sambil menghadiri pesta perhimpunan bugis....

    BalasPadam
  18. sebelum ke Johor, mampir sebentar ke Negeri Sembilan....Tanah Beradat......xixixixi....

    BalasPadam
  19. Betul tu. ada saudaranya yang berhijrah ke Pontian. Kawasan Pantai Barat Johor memang menjadi tumpuan penghijrah dari Jawa dan Bugis

    BalasPadam
  20. Jadi Ingat nih...
    Di banyak daerah di Sumaterapun nama2 daerah berbau Jawapun juga lazim. Bahkan di Tanjung Pinang, Kepulauan Riaupun ada 4 kampung yang penduduknya asli Jawa...tapi lupa namanya..
    Di Sulawesipun ada daerah bernama Wonomulyo yang jadi kecamatan (district) di Polewali Mandar..
    Di Acehpun juga demikian, aku pernah dengar ada kampung namanya Wonosari di Aceh Barat, ataupun ada dua kelurahan di Kota Langsa yang memakai nama Jawa...demikian juga di Kota Medan dan sekitarnya...:)

    Malah di Papua sendiri ada kampung namanya Karang Tumaritis yang dalam pewayangan Jawa merupakan tempat tinggal para lakon punakawan..

    BalasPadam
  21. Orang jawa dimana-mana bahkan sampai ke Negara Suriname di benua Amerika, di Kampungku Palembang saja ada nama daerah macam dijawa : Ponorogo, Simpanglima, kampung jawa, karanganyar, dan di Sumatera Selatan yaitu daerah Belitang (Transmigrasi) semua penduduknya memakai bahasa jawa.

    BalasPadam
  22. Sayang sekali, Jawa di Malaysia sudah hilang Jawanya

    BalasPadam