بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Selamat Pengantin Baru - Mior & Faradiana




Ini sebahagian gambar kenangan semasa persandingan dua orang sahabat saya, Mior Muhammad Yazid dan isterinya Faradiana. Kedua-dua mereka merupakan rakan sejurusan saya semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Majlis persandingan ini diserikan dangan tarian dan lagu-lagu tradisional Minang yang diadakan di rumah pengantin lelaki di Setapak, Kuala Lumpur. Agak menarik dan lain dari yang lain. Saya tertanya-tanya mengapa irama Minang menjadi pilihan. Mungkin pengantin lelaki adalah cucu-cicit keturunan Pagaruyung yang banyak tersebar di bahagian tengah Semenanjung. Apapun, tahniah buat pasangan pengantin. Selamat pengantin baru

11 ulasan:

  1. Semoga berbahagia sampai ahir hayat

    BalasPadam
  2. Kenapa menghadiri majelis perkawinan hanya memakai t-shirt nih??? he he he

    BalasPadam
  3. Nampak tak sesuai (cocok) ke? saya nak ringkas je, sebab ada rencana lain selepas majlis tu.

    BalasPadam
  4. selamat buat kedua mempelai. fazli sendiri kapan naik ke pelaminan?

    BalasPadam
  5. "Selamat Pengantin Baru. Smoga Berkekalan Ke Anak Cucu"

    BalasPadam
  6. Selamat menempuh hidup baru yaaa....

    BalasPadam
  7. comel la dey ols... abg fazly kapan??? opss

    BalasPadam
  8. Fazli bile nie...? Cantikla

    BalasPadam