بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





:::::Anak Tokmacan::::: Perjuangan Bangsa Melayu Patani

http://anaktokmacan.blogdrive.com/archive/4.html
Ini satu wadah perjuangan Bangsa Melayu Patani untuk membebaskan wilayahnya dari kekuasaan Orang Thai. Mungkin sesuai untuk dikunjung oleh mereka-mereka yang menyokong perjuangan mereka

51 ulasan:

  1. Isu di Selatan Thailand bukan hanya atas alasan agama, jauh lebuh rumit dari itu.

    BalasPadam
  2. Alasan apalagi ker??? sepertinya agama lebih mendominasi perkara ini

    BalasPadam
  3. religion? it's complex... thai doesnt like if pattani will be free... anyway if thai agrees with tolerancy, then let pattani be free ...
    many countries dont agree with islam being implemented... why?

    BalasPadam
  4. Sebenarnya bukan hanya alasan agama jadi penyebab maraknya gerakan pemisah di Selatan Thai. Ia lebih dari itu. Antaranya:

    1. Sejarah - 4 negeri Melayu di Selatan Thai tidak pernah menjadi sebahagian dari Thai. Apa yang berlaku, ia sebenarnya hanya negeri Naungan Siam bersama dengan beberapa negeri Melayu lain di Malaysia (naungan tidak bermaksud sebahagian daripada wilayah). Siam, Melayu dan Thai merupakan 3 bangsa yang berbeza. Selepas pemerintahan Siam di Ayudhya dikalahkan oleh bangsa Thai, Thai terus menjajah negeri-negeri naungan siam ini dengan membunuh kesemua waris kesultanan Melayu. Ketika itu mujurlah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada British. (Tapi selepas keluar dari mulut buaya, masuk pula mulut naga).
    2. Bangsa - Menurut kajian ethnology, bangsa Melayu Patani merupakan turunan daripada kelompok Melayu-Polynesia dalam keluarga Austonesia iaitu berkerabat dengan semua bangsa yang ada disekitar kepulauan nusantara. Sementara bangsa Thai pula merupakan turunan dari kelompok Thai-kadai, iaitu berkerabat dengan penduduk di sekitar china seperti Hokkien, Hakka, Hainan dan lain-lain. Bangsa Siam pula adalah bangsa asal yang menghuni Thailand. bangsa Siam merupakan turunan dari kelompok Mon-khmer iaitu sebangsa dengan penduduk di Laos, Kamboja dan Myanmar iaitu dari keluiarga Austroasiatic. Atas alasan ini, bangsa Thai tidak ada pertalian langsung dengan orang patani. Keluarga jauh bukan, keluarga dekat pun bukan. saya rasa, perasaan kesukuan disini menjadi penyebab utama.
    3. Agama - Ini mungkin dilihat alasan utama. Sebenarnya bukan kerana ramai juga bangsa Thai-Islam yang mendiami bahagian utara Thailand. Mereka kurang menghadapi masalah atas alasan sesuku.
    4. Ekonomi - Kerana perasaan kesukuan yang menebal, Kerajaan Thai kurang memberi perhatian ekonomi pada orang-orang Melayu di Selatan. ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati
    5. Pemerintahan. Thailand mengamalkan dasar Satu Thai. oleh itu, semua warganya harus berbahasa dan berbudaya Thai. kesannya ramai dikalangan orang melayu sudah tidak faham bahasa Melayu terutama di utara Saturn dan Songkhla. Keadaan ini menyebabkan orang-orang di Selatan yang bukan berbangsa Thai tidak berpuas hati.

    BalasPadam
  5. because they don't understand islam..

    BalasPadam
  6. oh...saya kira dulu bangsa Thai dan Siam itu sama...barulah sekarang saya faham...

    BalasPadam
  7. Selatan Thailand/Selatan Philippines/Aceh (Alhamdulillah sudah aman) persoalannya sama! ketidakadilan!.....semoga aja pemerintah Thailand bisa melakukan sesuatu sebelum ianya lebih memburuk. Saya yakin penduduk Islam diselatan Thailand juga mengimpikan keaman, kemakmuran & kemajuan. Saya yakin kita mampu hidup dalam rukun & harmoni walaupun berbeda agama & budaya. Amin.

    BalasPadam
  8. bukan karim saja yang keliru. ramai lagi yang menyangka Siam dan Thai adalah sama. Kalau Karim perhalusi wajah-wajah orang Thailand, Karim akan dapat lihat wajah-wajah mereka berbeza. Kalau yang berkulit putih (mirip cina) itu adalah bangsa Thai ataupun keturunan cina, dan berkulit gelap sawo matang itu mungkin orang melayu atau Siam. Di Thailand, keturunan Cina dan Siam semuanya sudah menjadikan bahasa Thai sebagai bahasa ibunda mereka. Inilah kejayaan polisi Satu Thai di sana. Satu lagi faktor kenapa orang cina dan Siam senang bergaul dengan bangsa Thai ini ialah, mereka rata-rata beragama budha cuma bezanya mereka berlainan mazhab.

    Cuba lihat bagaimana mereka menyebut no. 1 hingga 10 dan bandingkan antara mandarin dan kantonis di China. bunyinya memang sangat mirip.

    Thai : Mandarin : Kantonis
    1 Neng : Yi : Yat
    2 Song : Er : Yi
    3 Sam : San : Sam
    4 si : se : sei
    5 ha : wo : em
    6 hok : liou : lok
    7 ched : chi : chad
    8 ped : pak : pak
    9 Kaw : siow : kaw
    10 sip : tse : sap

    BalasPadam
  9. Oh...macam tuh...Soalnya Abang Nik yang asli Kelantan itu ada darah Siamnya, tapi macam ibu Dato' Farida, Tante Kucik & Abang Nik kulitnya putih (tapi tak macam cina)...Apa orang Siam banyak beragama Budha ker??? Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ramai berdarah Melayu Siam ker???

    BalasPadam
  10. Apapun latar belakang sejarahnya, kita dukung dan bangkitkan solidarity kita sebagai sesama Muslim.
    Dukung agar mereka tidak lagi termarginalkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara di Thailand. Tapi, apapun dukungan kita sekiranya sejauh mungkin dari semangat separatisme. Karena, tak ada satu negarapun yang ingin larut dalam perpecahan atau disintegrasi.

    Yang pasti, kekerasan hanya akan mendatangkan kekerasan lainnya, Jika Muslim menjadi minority dalam suatu negara, jadilah minority yang memberikan warna menarik dari sekian banyak warna yang dominan.

    Peace is the answer

    BalasPadam
  11. Semoga keadilan akan dikecapi penduduk di Pattani dan Mindanao. tak kira apa cara sekalipun. Amin... Sekiranya kekal dibawah Thailand/Filipina, harap mereka dilayan adil sebagaimana warganegara lainnya. Sekiranya berpisah, semoga mereka berjaya membangunkan wilayah mereka dengan cara mereka tanpa dipengaruhi pihak lain 'ibarat benih yang baik menjadi pulau'

    BalasPadam
  12. Memang ramai orang melayu di utara (negeri-negeri yang pernah menjadi naungan siam) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis mempunyai darah campuran Siam. Masa zaman pemerintahan siam di Thailand, sesetengah mereka yang tinggal dari Sgenting Kra hingga ke selatan beragama islam. Semasa penaklukan bangsa Thai, orang-orang Siam Budha dari Utara dipindahkan ke wilayah selatan hingga ke negeri-negeri Tanah Melayu (Kedah, kelantan, Terengganu & perlis) Cuba lihat pautan saya di Sejarah sebenar

    BalasPadam
  13. ya... apa pun caranya, harap keamanan segera terleksana.

    BalasPadam
  14. di Mindanao rumit lagi, orang2 utara (Luzon & Visayas) yang memang 'Melayu' tapi 'kristian' dan kebanyakan telah berbudaya spanish secara besar2an telah bertahun ber-emigrasi ke Mindano hingga kini orang asli Mindanao (puak majority : Maguindanau & lanao) malah sudah menjadi 'minority' di kampung sendiri...
    Ini agak rumit karena secara sistematis puak asli dipinggirkan...
    Hanya ada 6 provinsi dari hampir 20 provinsi dimana muslim mindanau boleh berkuasa (majority) yaitu di wilayah2 ARMM (Autonomous Region for Muslim Mindanao) saja :
    1. Basilan
    2. Lanao Selatan
    3. Syarief Kabunsuan (percaya ato nggak..ini nama raja dari Johor...kata mereka-penyebar Islam)
    4. Maguindanau
    5. Tawi-tawi
    6. Kesultanan Sulu
    tuuh...enam doang!!! maka boleh dikata 70% Pulau Mindanao secara politik telah dikuasai puak utara (Melayu Tagalog)

    BalasPadam
  15. wawan, saya tak ada banyak info tentang bangsa moro (& MNLF/MILF). Kalau ada, mungkin kamu boleh kongsi (share)

    BalasPadam
  16. yahh ga usah jauh2 lah mas, dekat2 kita juga ada yg ga sebulu....

    BalasPadam
  17. yahhh... manusia jaman ini, semuanya berteriak....Keamanan...Peace to the world....tapi kerana berbeda politik tetap aja saling membunuh, biar pun mereka sebangsa,sebudaya dan seagama......

    BalasPadam
  18. ...masih bingung...jadi yang benar tuh isu 'Siamisasi' atau 'Thai-nisasi' (jika Siam dan Thai itu beza)
    jelaskan ya..masih belum ngerti...kirain Thai(land) itu terdiri puak Siam & Melayu aja..memang ada puak Thai? kalo raja Bhumipol/Sirikit itu puak Thai atau Siam...?
    apalagi itu Champa?

    ps: Kayaknya emang harus bikin diskusi ttg Mindanau...kita tak banyak tau tentang mereka ya?

    BalasPadam
  19. Champa itu Melayu. Desa melayu disana dipanggil 'kampong'. inilah sebahagian bukti tentang keMelayuan mereka. Disana pun masih ada orang yang mampu bercakap dalam dialek Melayu. Orang-orang di Kelantan kebanyakkannya berasal dari Champa. Hingga ada nama tempat di Kelantan dikenali Pengkalan Chepa sempena tempat pendaratan orang-orang Champa.

    Thai dan Siam itu ialah 2 bangsa yang berbeza. Bukti paling ketera adalah 'bahasa'. Mereka (orang thailand) tidak menuturkan bahasa dari cabang Mon-Khmer iaitu kumpulan bahasa tempatan yang berasal dari kawasan itu (dataran Asia Tenggara). sebaliknya bahasa mereka datang dari kumpulan bahasa Sino-Tibetan yang biasanya dituturkan di negara China. Bayangkan, ditengah-tengah penutur bahasa Mon-khmer, ada bangsa yang menuturkan bahasa dari kumpulan Sino-Tibetan.

    Raja Thailand dan orang-orang penting dalam kebinet Thailand sekarang adalah Bangsa Thai. Jadi yang benarnya disana adalah Thainisasi.

    Setelah beratus tahun dahulu kawasan itu menggunakan istilah 'Siam' kenapa tiba-tiba mereka menukar menjadi Thailand ?-

    BalasPadam
  20. oo..begitu...di jawa kita juga punya tradisi sejarah lisan bahwa raja jawa itu beristrikan putri dari champa (disebut 'putri chempo'), mungkin yang dimaksud putri dari Kelantan ?
    cuba paut ke sini http://http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/kelant2.htm
    ternayata sejarah awal Kelantan diwarnai perkawinan dengan fihak Jawa

    BalasPadam
  21. mungkin betul. Menurut sejarah Patani, masyarakat Jawa ramai yang datang ke Patani dan berkahwin dengan orang tempatan.

    BalasPadam
  22. saya berasal dari Kedah tapi tinggal di Kuala Lumpur.banyak saudara saya berasal dari utara Kedah dan Perlis...sesetengah mereka bercakap bahasa Siam.saya pun kadang-kadang rimas bila duduk di celah-celah mereka kalau pergi ke kenduri kahwin.sekarang saya dah boleh bercakap bahasa Siam sebab saya tinggal dengan datuk semasa sekolah mengah dahulu.Orang Siam dengar katanya asal beragama Buddha mazhab Mahayana sama seperti orang Khmer di Kemboja...agama Buddha mazhab Theravada disebarkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunjaya di tengah Thailand.Puteri Jamadevi orang Mon.

    BalasPadam
  23. Bahasa Thai banyak meminjam perkataan yang dikatakan berasal dari bahasa Khmer...di Kedah ada tahun Piama pusingan 12 yang menggunakan lambang binatang 12 bagi mewakili pusingan 12 tahun.Yang saya ingat orang tua-tua cakap nama binatang ini guna bahasa lama,saya ingat mungkin bahasa tamadun lama yang bertapak di Kedah dan Patani iaitu bahasa kerajaan Langkasuka...tahun-tahun itu adalah Chuat,Chelu,Kan,Thok,Merong,Mesing,Memih,Memia,Wok,Raka,Chor,Kun.
    maksudnya Tikus,Lembu,Harimau,Pelanduk,Naga,Ular,Kuda,Kambing,Beruk,Ayam,Anjing,dan Kura-kura.
    Kerajaan Kedah lama pun diasaskan oleh seorang lagenda Merong Mahawangsa,namanya bermaksud Naga dari Keluarga Mulia.dalam Hikayat Patani karangan Syeikh Daud Al-Fatani juga menyebut mengenai Raja ini.Kerajaan Langkasuka dilanda oleh Sriwijaya dari Palembang,menyebabkan kemasukan pengaruh Melayu ke Tanah Semenanjung pada abad ke-4 Masihi.

    BalasPadam
  24. Ada orang Siam yang menganut agama Islam,mereka berkahwin campur dengan wanita Melayu.Hasilnya wujud masyarakat yang dipanggil Melayu tatapi berbahasa Siam di beberapa kawasan di Kedah seperti di Pendang dan Kubang Pasu.Ada kawan saya berasal dari Asun Jitra bercakap bahasa Siam dengan ahli keluarganya sedangkan tiada satu pun ahli keluarganya beragama Buddha,begitu juga orang kampungnya.
    Orang Siam Kedah mungkin berasal dari Ligor atau Nakhorn Si Thammarat.Ada juga yang beragama Buddha tapi mereka tidak tinggal bersama dengan yang beragama Islam.Yang Islam dekat dengan orang Melayu.Kerajaan Ligor pada zaman dahulu sebenarnya berasal dari pecahan kerajaan Langkasuka juga,tetapi rajanya tidak mahu menganut agama Islam seperti raja-raja bersaudara yang lain iaitu Patani dan Kedah.Orang Siam Kedah kebanyakan berkulit gelap sama ada yang beragama Islam atau yang Buddha.Peringatan,yang beragama Islam lebih selesa dipanggil sebagai Melayu kerana ciri-ciri agama Islam sudah sinonim dengan istilah Melayu.

    BalasPadam
  25. menarik ni... mengkaji sejarah lama memang minat saya.... Sayang tak banyak info tentang sejarah kerajaan lama di kedah dan selatan Thai. Sekarang ni, Siam selalu dengan sengaja disamakan dengan Thai. jadi orang anggap, belajar sejarah Thai sama dengan belajar sejarah kerajaan Siam dulu-dulu. Mungkin Naim boleh tulis sedikit mengenainya...

    BalasPadam
  26. Berarti peradaban Melayu di Semenanjung besar pengaruhnya dari Sumatera (Palembang)

    BalasPadam
  27. kalau mengikut info ini, mungkinkah penduduk asal utara semenanjung (atau mungkin seluruh semenanjung) didiami suku-suku bukan Melayu?

    hmm.... mungkin betul, sebab majoriti Orang-orang Asli yang dikatakan penduduk terawal di Semenanjung bercakap dalam bahasa yang berkerabat dengan bahasa-bahasa khmer.

    BalasPadam
  28. betul..... Dan mungkin sebahagian besar orang melayu semenanjung berasal dari Sumatera....

    BalasPadam
  29. Pada pendapat saya berdasarkan teks-teks hikayat sejarah terutama karangan Syeikh Daud Al-Fathoni,orang-orang Langkasuka besar kemungkinan besar bercampur dengan orang Melayu Sriwijaya bermula abad ke-4 secara besar-besaran...penduduk Langkasuka pula kemungkinan sama bangsa dengan orang Mon di Myanmar atau Khmer di Kemboja atau campuran kedua-duanya.
    Dalam Hikayat Patani dikatakan orang Langkasuka asalnya berkulit hitam manis,tetapi ada yang berkahwin campur dengan pedagang-pedagang luar misalnya dari Tanah Arab dan Parsi,jadi wujud generasi yang segak dan berhidung mancung serta berkulit cerah,wanita Langkasuka boleh berkahwin ramai atau tidak berkahwin tapi bergaul dengan ramai lelaki dalam suatu masa.Pada zaman selepas Sriwijaya melanda,agama Islam mula meresap masuk kemungkinan sekitar abad ke-8 M.Ketika itu wujud pecahan kerajaan-kerajaan kecil,misalnya Tambralinga.Juga ada masyarakat asal yang beragama Islam dan Buddha.Yang beragama Buddha memakai rantai tangkal Buddha yang dibuat dari tanah liat atau logam seperti tembaga atau emas seperti yang saudara sekelian nampak dalam budaya Buddhism Thai kini.

    BalasPadam
  30. Raja Mahabangsa mempunyai ramai anak...anak-anaknya itu dihantar ke seluruh pelosok kawasan di bawah kuasa Langkasuka untuk memudahkan pentadbiran.Kerajaan Langkasuka asalnya dikatakan bermula di Kedah,ada orang kata di Langkawi,kajian lanjut diperlukan.Ibu kota Langkasuka mungkin ada dua, satu di Kedah atau bahagian Barat menjadi persinggahan pedagang dari Barat seperti Parsi, Arab, India serta satu lagi di Timur iaitu di Patani,berfungsi sebagai pelabuhan untuk jalan perdagangan ke Timur jauh. Langkasuka juga pernah jatuh di bawah kuasa kerajaan Khmer Funan-Chenla.

    BalasPadam
  31. Apabila Sriwijaya melanda,kerajaan Langkasuka termasuk dalam kekuasaan kerajaan Sriwijaya. Jadi berkemungkinan wujud dua kerajaan Sriwijaya pula, satu di Palembang, satu lagi di Semenanjung yang menjadi kawasan tanah jajahan. Saya ada bersembang dengan seorang kawan beragama Buddha dari Songkhla tentang kerajaan Sriwijaya. Dia mengakui ada pengaruh Sriwijaya di selatan Thailand, boleh dilihat dalam pembinaan candi dalam wat yang dipengaruhi senibina Sriwijaya. Tambahnya lagi, dalam buku teks sejarah Thai ada dicatat tentang rupa pakaian orang Sriwijaya iaitu memakai kain batik.

    BalasPadam
  32. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa rasmi kerajaan Kemboja pada pemerintahan Suryawarman, minta maaf saya tidak ingat sekitar abad ke berapa. Raja ini berasal dari Tambralinga atau Ligor, sekarang lebih dikenali dengan nama Nakorn Si Thammarat.

    BalasPadam
  33. Dalam hikayat Patani karangan Syeikh Daud, bahasa Melayu mula diterima pakai di Kedah dan Tanah Semenanjung selepas kemasukan orang Melayu Sriwijaya. Sebelum itu bahasa yang dituturkan orang Langkasuka berbeza dengan bahasa Melayu, bahasanya dipanggil bahasa Langkawi kalau saya tak salah. Agama Islam sudah masuk di utara lebih awal daripada di selatan iaitu Melaka. Parameswara berasal dari dinasti Shailendra di Sumatera selatan. Menurut Sarjana bahasa Melayu dari Malaysia, corak bahasa Melayu di Kedah, Kelantan, dan Selatan Thai adalah salah satu variasi bahasa Melayu kuno yang berkembang sendiri selepas kemasukan Sriwijaya. Bahasa seperti bahasa Jawa pula berkembang menjadi bahasa yang tersendiri dari pengaruh Sriwijaya ini akibat perubahan sebutan serta ciri-ciri lain. Saya ada membuat perbandingan sendiri walaupun bukan dengan jalan ilmiah yang rasmi, bahasa Melayu Kedah mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Thai di selatan dan juga bahasa Thai tengah. Contohnya "Ku pai kon nah", dalam bahasa Melayu Kedah terjemahannya berbunyi "Aku jalan dulu nah". Persamaannya adalah pada partikel belakang iaitu "nah" yang mungkin bermaksud mengiyakan. Saya rasa orang Thai menyerap ciri-ciri bahasa ini dalam struktur bahasa kebangsaan mereka.

    BalasPadam
  34. Ini sedikit perbendaharaan kata bahasa Siam yang dituturkan orang Melayu bercakap Siam yang saya dapat semasa bergaul dengan orang kampung saya di Perlis. Bunyinya mirip bahasa Melayu

    Lorbad (mungkin dari Allahuakbar) - Sembahyang
    Naksah (mungkin dari Madrasah, sebab madrasah ada surau) - Surau
    Mejid (ini memang perkataan Arab) - Masjid
    Kesut (ini dipinjam dari BM) - Kasut
    Saka (saya rasa ini mungkin dipinjam dari bahasa Arab) - Gula
    Bang - Abang
    Kak - kakak
    Pok - Bapa
    Mek - Emak

    Ini saya dapat hasil perbualan saya dengan kawan dari Selatan Thai

    Kasut dalam bahasa Thai dipanggil Khriaq
    Bapa dipanggil Phor
    Emak dipanggil May
    Abang dipanggil Pee Chay
    Kakak dipanggil Pee Saow
    Gula dipanggil Namthan

    Bahasa Siam di Kedah bunyinya berdekatan dengan dialek selatan Thai di Songkhla, Setul, setengahnya bercampur dengan dialek Tabal (Takbai) mengikut kawasan. Ada yang menggunakan perkataan Siam asli dan ada yang mencampurkan dengan bahasa Melayu bagi yeng Islam (orang Islam selesa dipanggil Melayu).

    Bahasa Thai moden ada banyak perkataan yang berasal dari bahasa Teochew...misalnya Gao ee maksudnya kerusi. Tock maksudnya meja.

    Saya berpendapat Siam itu nama bagi satu bangsa dan negara yang wujud pada sekitar abad ke- 12 M. Orang yang dikenali sebagai Siam itu ada yang dipanggil Siam asli, mereka ini mungkin orang Mon-Khmer. Ada orang Siam yang bercampur dengan orang luar seperti Cina, Parsi, Arab dan sebagainya.

    Dalam satu artikel suratkhabar seingat saya pada tahun 2003, surat khabar Mingguan yang keluar setiap hari Ahad, menceritakan tentang kerajaan kecil di Kedah iaitu Kuala Nerang. Raja kerajaan kecil itu bertutur dalam bahasa Siam. Sayang sekali saya tidak menyimpan artikel tersebut.

    BalasPadam
  35. Ini bagi menguraikan sedikit kekeliruan dan mempertalikan logik-logik yang ada dalam hikayat-hikayat sejarah atau epik lama yang dianggap anak-anak muda sekarang sebagai kurang logik. Saya rasa hikayat-hikayat ini mengelirukan kerana tiada kajian mengenai suku kaum apakah yang membina kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Semenanjung serta kita kurang memberi tumpuan kepada sejarah negara jiran terdekat kita iaitu Thailand berbanding dengan sejarah di Indonesia yang memang diketahui ramai. Dalam Hikayat Melayu ada menceritakan orang Siam asli ini zaman dahulu ada banyak kerajaan kecil di Thailand zaman moden dan Tanah Semenanjung kini selain tarikh tidak begitu ditekankan dalam hikayat. Ada kerajaan Gangga Nagara di Perak yang diasaskan saudara Raja Mahabangsa kemungkinan anaknya, Inderapura di Pahang, Langkasuka di Kedah, dan Temasik atau Singapura dahulu ditadbir seorang Siam bernama Temagi yang dibunuh oleh Parameswara. Inderapura dan Temasek wujud sekitar abad ke- 13 dan ke -14 M. Inderapura rajanya bernama Maharaja Dewa Sura bercakap dalam bahasa Siam asli, ketika dia lari dari dikejar bala tentera Sultan Melaka, dia berkata "Kwai-kwai" bermaksud perlahan-perlahan bila perahu mereka sampai di suatu jeram sungai. Jeram itu dikenali sebagai Jeram Kwai. Manakala Langkasuka dan Gangga Nagara pada abad-abad awal Masihi. Pendapat saya orang asli Tanah semenanjung ini mungkin sama suku kaum dengan Mon-Khmer. Di Thailand zaman dahulu ada kerajaan misalnya Hripunjaya dibangunkan orang Mon. Sekarang pun dengar kata masih ada orang Mon di Bangkok.

    Sedikit fakta yang mungkin dilupakan orang ramai, pernah kejadian tahun lepas seingatnya, berita mengenai seorang nenek yang disangka meninggal dalam satu nahas bas di Yala, Thailand ditemui tersangkut di rumah orang-orang tua di Chiangmai kerana tidak tahu bahasa Thai. Mereka di Chiangmai memanggil nenek itu sebagai nenek Mon kerana dia menyanyi dalam bahasa Melayu dialek Patani yang bunyinya mirip bahasa Mon.

    Bagi orang Thai, mereka ini berasal dari selatan China. Mereka turun ke selatan selepas dihalau oleh orang China yang bernomad dari utara. Saya fikir pendapat saudara Ilzaf itu ada benarnya. Mereka ini membentuk kerajaan di Laos dan di utara Thailand iaitu Lanna Thai. Dinasti orang Thai dikenali sebagai Sukhothai bermula pada abad ke-12 M. Selepas itu mereka dikalahkan oleh Sri Ayuttaya pada sekitar kurun ke-13 M. Dinasti raja Bhumibhol Adulyadet sekarang ini dikenali sebagai dinasti Chakri.

    Kawasan Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand memang mengelirukan para pengkaji sejarah dari segi keetnikan dan sosial kerana wujud pertindahan dalam masyarakat yang berbeza etnik kerana pengaruh sejarah zaman dahulu.

    BalasPadam
  36. Mengikut sejarah Thai moden, istilah Thai itu sama maksudnya dengan bahasa Bali-Sanskrit iksrah iaitu bebas. Mereka yang mendirikan Thai moden berbangga kerana mereka tidak pernah dijajah oleh sebarang kuasa dari Barat. Ada juga yang mengatakan Thai itu brasal dari kata-kata asli Thai sendiri bermaksud manusia. Di Yunnan China juga ada orang Thai, tapi ejaan rumi untuk nama etnik itu berlainan sedikit iaitu T'ai.

    Definisi Thai itu diberikan kepada orang yang tinggal dalam lingkungan sempadan politik Thailand. Sama juga keadaannya dengan negara bangsa Siam atau Sayam pada abad ke- 13 M, rakyat dalam negara bangsa itu dpanggil sama ada orang Siam tanpa mengira bangsa atau orang Siam asli terutamanya di selatan iaitu di Semenanjung. Nama Siam ini kekal sehingga abad ke - 18 M. Nama Thailand mula digunakan pada zaman Marsyal Phibun Songkhram yang menekan semua penduduk dalam negera Thai untuk mengamalkan dasar satu Thai. Hal ini menyebebkan orang Islam terutama di selatan tertekan.

    Dinasti Chakri dengan Rama 1 sebagai Maharaja Siam bermula pada abad ke - 16 M. Raja-raja kerajaan kecil yang dahulunya tertakluk kepada dinasti Ayuttaya jatuh menjadi naungan Dinasti Chakri pula. walau bagaimanapun, kerajaan-kerajaan kecil di selatan sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang bermula dengan Langkasuka yang terpecah-pecah kerana peperangan dan kerana agama. Contohnya apabila raja Patani iaitu salah satu pecahan Langkasuka menganut Islam, saudaranya di Ligor tidak mahu menganut Islam dan kekal dalam agama Buddha. Raja Ligor terus berpihak kepada orang Thai dari utara kerana persamaan agama. Raja Kedah yang pertama menganut Islam adalah pada abad ke - 11 M. Baginda bernama Sultan Muzaffar Syah. Gelaran sebelum Islamnya ialah Phrah Om Mahapudisat atau Prabhu Om Mahabodisatwa.


    Bahasa Thai ada dituturkan di beberapa tempat di Vietnam dikenali bahasa Thai Dam atau Thai hitam. Bahasa Thai yang dituturkan di Thailand dikelaskan sebagai bahasa Thai Kadai. Bahasa Thai di Laos pula dikenali sebagai Lao, dan Thai di Chiangmai atau Lanna dipanggil Thai Shan.

    Agak mengejutkan kerana bahasa Thai di Thailand mempunyai banyak perkataan Khmer purba yang sudah tidak digunakan lagi dalam bahasa Khmer sekarang atau sudah pupus dari perbendaharaan katanya.

    Bahasa Khmer seperti halnya bahasa Melayu pula mempunyai banyak perkataan pinjaman bahasa sanskrit hasil pengaruh agama Hindu dan Buddha. Ada juga perkataan yang mirip bahasa Melayu, misalnya frasa Anak Jatiniyam bermaksud Anak Jati. Juga perkataan Kapal.

    Saya tidak pasti pula orang Mon-Khmer sama kelasnya dengan orang Melayu-Polinesia atau tidak. Sebab saya tengok orang Mon Myanmar pun ada pakai tanjak seperti orang Melayu.

    BalasPadam
  37. wah.... sangat menarik. Saya pun ada dengar (dari satu sumber yang saya dah lupa dari mana) ramai orang-orang utara keturunan Siam. Bercakap dalam bahasa Siam dan beragama Islam. Bahasa mereka tak sama dengan bahasa Thai. Mungkin ada satu-dua perkataan yang boleh saling difahami. Ini barangkali disebabkan aktiviti meminjam kata yang giat dilakukan semasa kedatangan orang-orang Thai dari selatan China ke kerajaan Siam kuno.

    Sama halnya dengan bahasa Melayu, Kita juga banyak meminjam beberapa perkataan cina (dialek Hokkien) dalam pertuturan harian. Mungkin ramai yang tak sedar, 'cawan' ialah salah satu daripadanya.

    BalasPadam
  38. saya setuju dengan pendapat Naim.

    Saya pun tak faham, kenapa kita tak diajar lebih lanjut tentang sejarah negara di utara yang pernah ada kaitan dengan kita satu masa dahulu.

    Nampaknya Sejarah Malaysia hanya dikembangkan sejak kedatangan Parameswara dari Palembang, Sumatera. Malangnya kita lupa bahawa Tanah Semenanjung telah lebih dulu diteroka oleh orang-orang Siam (Siam bukan bangsa Thai, Saya lebih suka menganggap Siam ialah salah satu suku dalam bangsa Mon-khmer)

    Buktinya dapat dilihat jelas dengan kematian Temagi, seorang wakil kerajaan Siam di Singapura. Dan wujudnya kerajaan takluk Siam yang berpusat di Klangkiu di hulu sungai Johor juga tak banyak di ketengahkan. Bukti yang ada tidak mencukupi barangkali...

    ;-) mengkaji sejarah memang mengasyikan....

    BalasPadam
  39. Betul, sejarah negeri-negeri utara agak kurang ditekankan. Ramai kawan saya dari Kelantan tidak tahu yang orang dari Kedah dan Perlis sebenarnya boleh faham dialek Kelantan. Ada banyak juga perkataan yang saya dapati sama digunakan di Kelantan. Misalnya berderau yang bermaksud gotong-royong yang bertimbal-balas dan darai yang bermaksud pondan. Kebanyakan orang Kedah yang tinggal berhampiran laut juga kurang sedar tentang hal ini, tetapi yang berasal dari kawasan yang agak ke utara dan ke hulu sedar tentangnya.

    Selain itu ramai yang keliru dan menganggap yang Patani dan Kedah sebagai entiti yang berlainan. Sebenarnya, kedua-dua tempat ini adalah pewaris Langkasuka. Orang-orang Kedah pernah terlibat dalam peperangan antara Patani dan Thailand. Orang Kedah dikatakan membantu saudara-saudara sebangsa dan seagama mereka. Ramai juga orang dari Patani yang melarikan diri ke Kedah semasa Patani disekup Thailand. Anak cucu mereka ada di Kedah bahagian timur dan sudah melarut dalam masyarakat Kedah yang lain seperti di Sik dan Baling. Gejala dialek Patani masih kedengaran dalam bahasa Melayu Kedah yang mereka gunakan.

    BalasPadam
  40. Kemasukan pengaruh Melayu ke Tanah Semenanjung sebenarnya lebih lama daripada yang diriwayatkan. Ia bermula sejak penaklukan Sriwijaya di sini. Bukan bermula dengan Melaka. Melaka adalah kerajaan yang baru muncul sekitar abad ke-14 M. Oleh itu, masyarakat di sini sudah terdedah dengan kebudayaan Melayu, lama sebelum kedatangan Islam lagi. Kerajaan Melaka mungkin dipilih sebagai model bagi pembangunan sejarah Malaysia kerana sejarah permulaannya nampak jelas. Selain itu, politik kebangsaan Malaysia rata-ratanya dikuasai oleh orang-orang dari Selatan yang berketurunan Melayu-Indonesia yang baru tiba pada abad ke-18 atau 19. Perkara ini bukan satu masalah, ia sebaliknya merupakan salah satu kekayaan khazanah sejarah Tanah Semenanjung.

    BalasPadam
  41. Mengenai Myanmar pula, nama lama kerajaan di situ ialah Dwarawati. Kerajaan Dwarawati dibangunkan oleh orang Mon, suku kaum ini bersaudara dengan orang Khmer di Timur dan Selatan. Kerajaan ini kemudian dikalahkan oleh orang-orang Tibeto-Burma dari utara. Burma dalam bahasa Siam lama bermaksud pendatang. Negara orang Burma ini juga dipanggil Burma. Pada mulanya mereka hidup dengan aman damai bersama orang Mon, namun lama kelamaan orang Mon mula didesak turun ke selatan. Orang Burma ini menyerap banyak aspek kebudayaan Mon misalnya tulisan dan mazhab Buddhism Theravada. Tulisan Mon kelihatan hampir sama dengan huruf-huruf Pallawa yang ditulis pada batu-batu bersurat di Sumatera. Cuba anda lihat nama orang Myanmar zaman moden yang berketurunan Burma bunyi sama macam bahasa Cina sahaja, Aung San Suu Kyii. Orang Mon-Khmer berpengaruh Hindu, nama mereka sudah tentu menggunakan sistem bahasa Sanskrit.

    BalasPadam
  42. Saya cadangkan anda menonton filem epik dari Thailand bertajuk Suriyothai tentang Kerajaan Ayuttaya untuk dapat gambaran peperangan orang Burma dengan orang Siam. Kita tak dapat nafikan Thailand agak bagus dalam menghasilkan filem epik dan filem yang bercorak kebudayaan kerana mereka ada akademi diraja untuk perfileman. Belajar bahasa Thai juga bagus bagi orang Melayu untuk mengetahui tentang sejarah nenek moyang sebelum kemasukan pengaruh Sriwijaya.

    BalasPadam
  43. Satu fakta lagi salah seorang kerabat Diraja Siam Dinasti Chakri beragama Islam. Saya ingat nenek Raja Bhumibhol kalau tak silap. Ramai wanita dari Kedah diculik ke Bangkok pada masa penjajahan Siam sekitar abad ke-17 dan 18 M. Telinga mereka dicucuk dawai beramai-ramai oleh tentera Siam yang kejam dan banyak lagi kekejaman lain dilakukan. Orang-orang keturunan Patani di Sik dan orang Kedah lain mengamuk dan membunuh askar-askar Siam yang berada di tempat mereka, mereka ditanam dalam satu lubang yang digali seperti telaga. Nama Siam tidak diubah, tetapi dinasti di dalamnya beubah-ubah, dan wujud banyak kerajaan-kerajaan kecil yang bersejarah lama. Sama seperti China.

    BalasPadam
  44. majoriti Orang-orang Asli yang dikatakan penduduk terawal di Semenanjung bercakap dalam bahasa yang berkerabat dengan bahasa-bahasa khmer.

    Saya setuju pendapat saudara ini. Oleh itu kita orang Melayu di Malaysia janganlah memandang rendah kepada Orang Asli. Mereka ini sebenarnya bangsa kita juga. Cuma orang Melayu sudah bercampur dengan masyarakat luar disebabkan perhubungan dengan laut.

    BalasPadam
  45. banyak info.menarik sejarah ni kan.tapi kat sekolah tak ramai yang minat

    BalasPadam
  46. Memperingati Peristiwa Berdarah Tak Bai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

    http://tinyurl.com/c76nok

    Petikan dari salah seorang pimpinan Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara
    (Saudara Abu Ubaidah - Mujahid asal Malaysia, bekas jurutera yg telah meninggalkan segala kenikmatan dunia untuk sama-sama berjihad di Pattani Darussalam demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini)

    Ya Allah,
    Berilah kemenangan kepada Mujahidin.
    Teguhkan tapak kaki mereka.
    Tepatkan bidikan peluru mereka.
    Satukan hati-hati mereka.

    Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri.
    Hanya kepada Engkau kami kembali


    Mujahidin Pattani Darussalam mengeluarkan deklarasi perang bertarikh 4 Januari 2004 dgn matlamat untuk menubuhkan sebuah Daulah Islamiyyah yang benar-benar mengikuti acuan Al-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang terbaik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Surah As-Saff ayat 10-11)

    Dan orang-orang yang gugur di Jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. (Surah Muhammad ayat 4)

    Katakanlah, tidak ada yang kamu tunggu-tungu bagi kami, kecuali salah satu daripada dua kebaikan (menang atau syahid). (Surah At-Taubah ayat 52)

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan bergabunglah kamu dengan orang-orang yang Siddiqin. (Surah At-Taubah ayat 119)

    Orang-orang Mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan nyawanya di Jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang siddiqin (benar). (Surah Al-Hujurat ayat 15)

    Mengapa kamu tidak berperang membela orang yang lemah baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak yang berdoa, Ya tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya. Berilah kami pelindung dari sisimu, dan berilah kami penolong dari sisimu. (Surah An-Nisa’ ayat 75)

    Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat, keredaan dan syurga. Mereka memperoleh kesenangan yang kekal didalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sungguh, disisi Allah terdapat pahala yang besar. (surah At-Taubah ayat 20-22)

    BalasPadam
  47. Ketahuilah bahawa ramai beranggapan orang Melayu hanya dikaitkan dengan orang-orang Melayu di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka terkeliru dengan istilah Tanah Melayu. Sebenarnyanya orang-orang Melayu merupakan kelompok manusia yang mendiami keseluruhan Kepulauan Melayu termasuk Indonesia. Dalam hal ini, pastinya Kerajaan Srivijaya merupakan sebahagian daripada Kepulauan Melayu. Dan yang menariknya Srivijaya merupakan antara kerajaan Melayu yang terawal di Kepulauan Melayu yang mempunyai tanah jajahan melebihi Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Tambah menarikh...Raja Melaka yang pertama (mengikut sumber tertentu) iaitu Parameswara mempunyai pertalian darah dengan raja Kerajaan Srivijaya.

    BalasPadam
  48. Saya bersetuju dengan cerita saudara Naimsg.petani tu.Kami generasi siam pattani masih mengamalkan budaya, cara hidup dan bahasa pertuturan siam pattani dalam kehidupan seharian.Saya berbangga dengan sejarah nenek moyang walaupun hidup dalam penderitaan.Generasi Pattani sangat memegang teguh kepada ajaran Islam.mek.sik

    BalasPadam
  49. Salam, Fazli.
    Saya terasa terpanggil untuk melawat laman ini setelah membaca pelbagai komen tentang Melayu di selatan Thailand dari sahabat2 kita di laman ini, Walaupun saya lahir di Narathiwat tetapi tidak pernah tahu asal-usul (Siam/Thailand)Negara Gajah Putih itu apatah lagi dengan asal-usul Kesultanan Melayu di Pattani kerana kerjaan Thai telah menThaikan penduduk Melayu selatan Thai dengan satu Thai.
    Untuk pengetahuan suadara, Belia2 Melayu di selatan Thai sekarang begitu kagum dengan Negara Thai dan rajanya, malah kalau ada yang bercakap bahasa melayu di kalangan orang melayu sendiri mereka ditertawakan oleh rakan mereka kerana mereka menggangap itu bahasa kampung, kuno, Jumud dan sebagainya, kerana bahasa melayu yang ada hanya di gunakan oleh orang2 tua mereka yang tidak berpelajaran(Akedemik).
    Itu hanyalah dari segi bahasa, sebenarya banyak lagi dan tidak dapat saya terangkan semuanya, saya harap saudara dapat bayangkan sendiri keadaan sosial,ekonomi,politik di tanah Melayu Selatan Thai.

    BalasPadam
  50. Terima kasih. Saya juga tahu tentang ini. Sangat menyedihkan bagi kita orang-orang melayu. Hal ini pernah juga dijelaskan dalam satu laman blog seorang pensyarah universiti tapi sayang saya lupa akan alamatnya.

    Sebenarnya perkara ini boleh dengan mudah dilihat. Orang Melayu Selatan Thai yang berkerja di restoran2 sekitar KL kelihatan canggung menghitung 1,2,3 dalam bahasa Melayu. Mereka lebih mesra menyebut nerng, song, sam... untuk mengira bil pelanggan.

    BalasPadam