بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Saya Orang Malaysia

Semalam sewaktu bertugas di satu pamaran perumahan di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, saya didatangi seorang bakal pembeli perempuan berbangsa Cina dari Kelantan. Melalui perbualan kami, saya merasakan seperti sedang berinteraksi dengan sesama Melayu. Kalau bukan kerana warna kulitnya yang kuning langsat, saya pasti, tidak ada siapapun yang menyangka dia sebenarnya berbangsa Cina.

 

Kerana minat dengan satu projek perumahan kami, perempuan itu segera mengisi borang pendaftaran dengan lengkap sebelum berhenti dan bersungut: 

 

"ruang ni nak tulis apa?" kata perempuan itu

“tulislah keturunan kakak, Melayu ke? Cina ke?” jawab saya

“kenapa mesti tanya macam ni?, saya bukan Melayu, saya bukan Cina, saya orang Malaysia  balasnya.

 

Perempuan itu terus membantah dan mempersoalkan apa pentingnya mengetahui keturunan bagi negara yang sudah hampir 50 tahun merdeka. Katanya lagi, dia lahir di Malaysia dan ibu bapanya juga lahir di Malaysia. Atas alasan itu, dia menolak untuk mengisi ruangan tersebut.

 

Melihat keengganannya, saya menerangkan itu adalah prosedur biasa dalam apa-apa urusan di Malaysia. Kata saya lagi, keterangan itu diperlukan untuk urusan kami dangan pihak berkuasa suatu hari nanti.

 

Mendengar alasan saya, perempuan itu beralah juga. Seperti terpaksa, dia mengisi ruang KETURUNAN sebagai Keturunan Malaysia bukannya keturunan Melayu atau Cina atau India atau lain-lain. Ketika itu saya terfikir, alangkah baiknya kalau semua warga Malaysia berfikir seperti perempuan itu. Sebelum dia beredar, sempat dia menyatakan kekesalannya tentang sistem di Malaysia yang terus menerus mahu mengasingkan rakyatnya mengikut keturunan. “cara Malaysia tidak baik” Ujur perempuan itu lagi.

 

Kata-katanya benar-benar membuat saya berfikir sepanjang hari tentang cara Malaysia yang masih meneruskan dasar pecah dan perintah seperti yang diamalkan penjajah dahulu. Ketika pulang selepas bertugas, saya terlihat beberapa iklan jawatan kosong yang dipasang oleh syarikat/kedai/pemilik pusat dan lain-lain permis yang terdapat di dalam kompleks beli-pelah itu. Iklan itu tertera beberapa syarat seperti: ‘looking for Chinese Lady Only’ ‘Chinese Only’ ‘good conversation in chinese dialect preferred’ ‘able to speak mandarin’ dan lain-lain syarat yang semuanya berbau perkauman. Saya fikir, inilah hasil dari amalan pecah dan perintah yang masih diteruskan kerajaan hari ini. Entah bilalah keadaan ini akan berubah.

 

40 ulasan:

  1. tak apa... sudi baca pun sudah dikira oke....

    BalasPadam
  2. hi hi yah kalo ditanya orang mana, yah betul jawabnya orang Malaysia...tapi kalo ditanya apa keturunan jawabnya harus Melayu, Cina, India dll. Tidak bisa terjadi & tidak akan pernah terjadi......

    Keturunan : Malaysia

    BalasPadam
  3. Sama kalau ditanya..
    Untungnya dah gak ada kolom suku lagi disini...repot nanti soalnya, apalagi dah banyak kawin campur antar suku. (meski untuk keturunan Cina dulunya sering ditulis WNI Keturunan)

    Hanya ada kolom kebangsaan/nationality yang cukup diisi : Indonesia

    BalasPadam
  4. hi hi hi....masalahnya kita di Malaysia ini agak unik & rumit.

    Jika tidak ada lagi keturunan melayu, cina, india dll...hanya yg ada:

    Keturunan: Malaysia

    wah gawatt...mana itu HAK2 ISTIMEMEWA ORANG MELAYU.....mana itu TANAH REZAB MELAYU (Malay reserved lands) dan mau di antar kemana tuh Sultan Mizan....gawat benar2 gawat.....

    : )

    BalasPadam
  5. Lain lubuk lain ikannya, lain ladang lain belalangnya...
    Masalah disana dan disini berbeda-beda....

    BalasPadam
  6. betul En. Jim. Tapi keadaan ini tidak boleh selamanya begini kerana, satu kaum yang menjaga kepentingan mereka, kaum lain juga akan turut berbuat perkara yang sama.

    (maaf saya berkata) Di Malaysia ni, Tanah Rizab Melayu, hak-hak Melayu dan lain lain yang kita jaga selama ini pun tidak sepenuhnya dapat dipertahankan. contohnya; di Sabak Bernam (The Sun - minggu lepas), sebidang tanah rizab Melayu telah berjaya di jual kepada seorang berbangsa cina. Sekarang ini pun banyak tanah rizab Melayu telah ditukar menjadi rizab antarabangsa atas alasan supaya ia lebih bernilai komersil. Keadaan kita di Malaysia, hak-hak bumiputra seperti diatas masih lagi dijadikan alasan oleh orang bukan bumiputra untuk menjaga kepentingan mereka walaupun hak-hak tersebut kini hanya tinggal nama.

    saya rasa semua kaum perlu sedia berkorban (contoh) Atas nama bangsa Malaysia, Melayu mungkin terepaksa korbankan status bumiputra (maaf) dan Cina & India juga harus korbankan sekolah mereka (sekolah Jenis Kebangsaan). Cukuplah hanya agama yang memisahkan kita.

    BalasPadam
  7. Mirip dengan sekolah2 Cina dimasa lalu,dimana pasca tahun 65 semuanya dinasionalisasi, seperti di Malang, SMA 5 (sekolah menengah) dulunya adalah sekolah Cina Ma Chung, yang sekarang para alumnusnya diseluruh dunia telah membangun Universitas Ma Chung di Malang, dengan visi kewiraswastaan, tapi hebatnya, keindonesiaannya itu yang ditonjolkan

    (ini cuma sekedar bagi cerita tentang keadaan disini lho)

    BalasPadam
  8. inilah yang perlu Malaysia contohi.

    BalasPadam
  9. Secara pribadi, dalam zaman sekarang, dimana dunia yang sudah globalisasi .. tidaklah seharusnya menanyakan hal2 yang berupa privacy apalagi hal keturunan....! Hal2 beginilah yang justru bertentang dengan alur gerakan zaman... dan membuat situasi menjadi tambah rumit dan memacu untuk terpecah belah...! Jawaban lady itu 100% BENAR!

    BalasPadam
  10. untuk akulelakiitu, nuradam & Sokaradio1009: kita semua sama pendapat. Sudah sampai kita bersatu membina bangsa. bukan berjuang sendiri-sendiri untuk kepentingan kelompok kecil.

    BalasPadam
  11. Yang ini kes/kasus nya (perempuan Malaysia itu) terpencil 1 dalam 100 Li. Yang meminta diasingkan (sekolah, surat khabar, budaya) itu siapa? belum lagi persatuan yang perjuangkan adat budaya nenek moyang kami mesti dikekalkan!!!! Saya bukan racist no further comment...di Indonesia saya ucap terima kasih kepada Suharto itu ajah komentar ku untuk Nono. Hanya di Medan ku lihat jaman order baru ada Imlek.

    BalasPadam
  12. Semoga Fazli makin bertambah faham kenapa saya no comment dengan perkara ini :-)

    BalasPadam
  13. Buat saya tidak akan bisa terjadi 'Keturunan Malaysia'. Ini berarti semuanya rakyat adalah sama (equal) dan orang melayu sebagai penduduk asli TANAH MELAYU akan hilang hak keistimewaan, dan.........

    Sia2 lah perjuangan nenek-moyang kita menantang Malayan Union.

    BalasPadam
  14. acchh yang penting hidup aman,tenang,tak ada pergaduhan, gaji naik, hujung tahun dapat bonus, hidup mau rajin, cukup duit naik haji, buat amal ibadah sudah titik! KETURUNAN bukan persoalan.; )

    BalasPadam
  15. Saya juga bukan racist. Kita rakyat Malaysia yg berbagai bangsa bisa hidup aman harmoni selagi kita saling hormat-menghormati. Saya bisa mengerti apa yg coba anda ketengahkan En. Fazli, soal wanita itu. Cuma hal yg satu itu tidak mungkin bisa terjadi.

    BalasPadam
  16. hi hi hi setuju! ...maka hati2 kalo berbicara ato berkomentar krn hal2 sebegini amat sensitif di Malaysia.
    ; )

    BalasPadam
  17. ini saya tahu. sejak saya di sekolah rendah hingga kini pun saya tahu golongan mana yang paling mementingkan kaum. Sebab itulah saya cakap, kalau mereka (keseluruhan Cha Ya Nun Alif) sanggup mengubah fikiran sebegini, kita juga mungkin tidak ada masalah untuk berbuat perkara serupa.

    BalasPadam
  18. Malayan Union?

    saya harap saya dapat beri komen panjang lebar tentang perkara ini. Mungkin satu hari nanti (itupun kalau tak dianggap sensitif)

    BalasPadam
  19. kenapa penting sekali ya bagi Malaysia untuk merunut keturunan, apakah nanti ada diskriminasi?
    kalo tidak ada, baiknya cukup tulis warga malaysia saja ya..

    BalasPadam
  20. saya rasa, pakdin sendiri dapat lihat tentang hubungan kaum di Malaysia yang tidak sebaik zaman dulu. saya rasa sekarang semakin jelas berlaku pengasingan. Contoh mudah, kalau dulu di TV, apa saja rancangan berbahasa Melayu baik berbentuk kuiz, hiburan dan lain-lain sering ditonton (dan turut serta) oleh rakyat berbilang kaum. tapi kini, rancangan berbahasa Malaysia seolah-olah untuk Melayu. kaum lain kini berlumba-lumba menerbitkan rancangan berbahasa ibunda mereka untuk golongan mereka. Di TV sekarang ini pun sudah ada pengkelasan khusus untuk kaum-kaum tertentu. TV(a) untuk orang Melayu, dan TV(b) untuk orang Cina. Adakah ini sesuatu yang bagus?

    Dalam dunia perfileman pun begitu, kalau dulu Filem Malaysia dinyatakan sebagai filem berbahasa Melayu (sekarang Bahasa Melaysia), kini istilah Filem Malaysia terpaksa dirombak. Apa saja filem yang dikeluarkan di Malaysia dianggap Filem Malaysia tak kira berbahasa Malaysia atau bahasa Mandarin atau kantonis atau Tamil sekalipun. Bayangkan satu hari nanti filem Kantonis dari Malaysia mewakili negara di peringkat antarabangsa. Tidakkah orang Melayu rasa tercabar? apakah fungsi bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini?

    Dalam dunia penulisan, kini mereka menuntut pula 'title' Sastera Malaysia untuk apa saja karya sastera yang dihasilkan penulis Malaysia. Mungkin satu hari nanti kita boleh dengar nama Tong Sam Pah (contoh) diangkat menjadi Sasterawan Negara kerana usahanya menulis beratus puisi/cerpen/novel dalam bahasa Mandarin.

    Adakah kita ingin melihat semua perkara ini berlaku? kini sudah sampai masanya kita berubah. Saya impikan Satu Malaysia.

    BalasPadam
  21. i pulak IRISH. tapi cam mana leh kulit gelap tatau... *hehehehe...

    BalasPadam
  22. inilah yang saya cuba ketengahkan...

    BalasPadam
  23. oo... ye ke? aku fikirkan Siamese tadi...

    BalasPadam
  24. Hmm ajak debat yea he he he.Ok Cita-cita murni. Nampak idealistik saya sokong penuh. Tapi saya orang yang realistik. Kalau mahu buat begitu mari kita pinjam pola pemerintahan Indonesia waktu Pak Harto! Contoh lain Peru bekas presiden orang Jepun lah pulak yea? tapi sampai bila ia bertahan apabila merayakan hari ulang tahun Maharaja Jepun ? apa hubungannya dengan Peru? Saya setuju menjadikan "mereka" Malaysia 100% dan saya tiada masalah kerana sudah automatis "Malay" + sia saja.

    BalasPadam
  25. Pening argghh Faz....apa yg awak maksudkan dgn 'Satu Malaysia'...

    BalasPadam
  26. Mungkin berbangsa satu bangsa Malaysia, bertanah air satu tanah air Malaysia, berbahasa satu bahasa Malaysia, macam Sumpah Pemuda di Indonesia, he he he...

    BalasPadam
  27. Bahaya! cukup merbahaya!!.....
    : P

    BalasPadam
  28. Bahaya!! cukup merbahaya!! he he he....

    BalasPadam
  29. maaf ini memang agak sensitif..tapi kalo tidak dibicarakan (dimusyawarahkan) boleh jadi meletup belakangan...
    mungkin kaum cina/india/orang asli merasa sebagai second class citizen...ini seperti yang dirasakan orang Arab palestina yang mukim di Negara Israel (diluar Tepi Barat & Jalur Ghazah), dimana hak2 mereka banyak yang ditiadakan karena kata pendiri Israel : this nation is only for jews, this land is for jews. Meskipun hukum negara itu bilang 'everyone's equal before the law' makanya Abu Mazen ingin 2 negara berdampingan dengan warga baik Arab maupun Yahudi tetapi MEMPUNYAI HAK YANG SAMA...
    Idea ini ditolak mentah2 karena Yahudi merasa yakin Palestina adalah tanah rizab Yahudi, sebaliknya Arab palestin juga mengatakan Palestina itu tanah rizab Arab & Islam
    Nah...susah kan..
    Memang isu ini agak pelik karena menyangkut heritage dan privilege

    ps: Kalo di Indonesia saya agak khawatir sifat asubiah sukuisme, macam Aceh hanya untuk Aceh...orang luar Aceh (mo Jawa kek, Melayu kek, Minang kek) kalo mo kerja di tanah Aceh harus mendaftar dulu (kan aneh.. kayak mo masuk negara lain aja), padahal orang Aceh mo kerja di Plembang kek, Bandung kek, Ponorogo kek silakan aja tuh..tiada sekatan.. moga2 tidak merembet ke propinsi lain

    BalasPadam
  30. ini memang betul. Adalah tidak benar menyatakan kaum bukan Melayu di Malaysia dilayan sebagai warga kelas-2. pada saya, kaum bukan melayu saat ini bukan saja telah dilayan adil oleh pemerintah. Malah berani saya katakan mereka sebenarnya telah mendapat lebih daripada apa yang sepetutnya mereka dapat. .

    bagaimanapun, mereka tetap menggunakan isu hak-hak keistimewaan bumiputera sebagai senjata untuk mendapat lebih lagi atau untuk turut sama menjaga kepentingan mereka. contohnya seperti syarat-syarat jawatan kosong seperti yang saya nyatakan dalam entri di atas.

    BalasPadam
  31. baca aje lah.. kalo aku komen, confirm kena ban.. :)

    BalasPadam
  32. no prob. semua digalak bagi pendapat... kita bincang secara terbuka.

    BalasPadam
  33. kalo tempat terbuka kena apply permit Faz....hi hi

    BalasPadam
  34. ala... secara terbuka menerusi maya jer... takkan nak mintak permit kot?

    BalasPadam
  35. ehhh kene jugakk...jika tidak boleh di dakwa atas Akta Cetak & Penerbitan 1984 atau Akta Hasutan 1948.....hi hi...

    BalasPadam