بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Akibat dibawa masuk ke Malaya, peguam Malaysia saman Britain

Rating:★★★★
Category:Other
Ini adalah sebuah berita yang saya petik dari akhbar Utusan Malaysia, Isnin; 10 September 2007. Dalam laporan tersebut, seorang peguam Malaysia keturunan India telah menyaman kerajaan Britain atas dakwaan kononnya kuasa barat itu telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap komuniti India yang dibawa masuk ke Malaya (kini Malaysia) ketika era penjajahan mereka di Tanah Melayu zaman dahulu.

Peguam keturunan India itu telah menuntut agar kesemua 2 juta masyarakat keturunan India di Malaysia hari ini dibayar pampasan sejuta pound setiap seorang. Peguam itu mendakwa, masyarakat dari selatan India yang telah dibawa masuk dan kemudian dijadikan buruh kontrak di Malaya telah diabaikan kebajikannya oleh british sehingga kuasa barat itu meninggalkan Malaya pada tahun 1957. Peguam itu juga mendakwa, selepas British keluar dari Malaya, nasib masyarakat India ini telah dibiarkan tergantung tidak bertali dan hak-hak mereka tidak dipelihara sewajarnya. Menurut peguam itu lagi, apa yang komuniti India alami zaman British dahulu telah diwarisi hingga ke zaman pemerintahan Malaysia sekarang.

Kata saya: Jika benar seperti apa yang didakwa, kerajaan Britainlah yang harus bertanggungjawab kerana merekalah yang membawa masuk orang India ke Tanah Melayu. Bukan orang Melayu yang meminta orang-orang India itu datang ke mari. Britain juga yang harus bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kekacauan antara kaum kerana inilah negara yang mereka 'ciptakan' dahulu.

15 ulasan:

  1. India beranak pinak kat Semenanjung...semasa di KL serasa jalan2 ke Bombai saja kerana ramai sangat tengok orang ..., xixixixixixixixixi

    BalasPadam
  2. oppss... ayat ini tak boleh diucapkan di Malaysia kerana ia sensitif pada masyarakat India.

    BalasPadam
  3. 1 pound = RM 6.50

    1, 000, 000.00 pound x 6.50 = RM 6, 500,000.00

    waduhhhh semua warga India jadi millionaire neyy...hi hi

    BalasPadam
  4. kemuadian RM6,500,000.00 x 2 juta orang India. Wah... banyak yang harus dibayar Britain kalau tuntutan peguam itu berjaya

    BalasPadam
  5. ini bukan untuk warga India En Jim.. Ini untuk warga Malaysia keturunan India

    BalasPadam
  6. mengarut la mereka nih, so sekarang ape jawapan pihak di Britain?

    BalasPadam
  7. dulu-dulu orang melayu di tempatkan di kampung-kampung, cina di bandar/pekan dan India di estate. yang untung orang cina la,mewarisi pernigaan daripada nenek moyang. mungkin sebab itu mereka menguasai ekonomi di negara kita. -Off topic jap- teringin tengok negara Malaysia seperti Brunei semuanya orang Islam. mudah nak memerintah. ( Suatu yg mustahil) Tiada la bantahan dari kaum lain. Conth. larangan memakai skirt oleh kerajaan pas suatu ketika dulu.

    BalasPadam
  8. Yang Jawa,Minang mau saman siapa ya? gara-gara tak boleh tampilkan kesenian mereka yang berbaju Malaysia lagi, marah nanti media Indonesia he he he he

    BalasPadam
  9. kurang faham lah pak din, sory.....

    BalasPadam
  10. yg jawa,minang kena tinggalkan kesenian mereka...tak boleh diamalkan disini,nanti kalau diamalkan akan disaman...ha ha ha

    BalasPadam