بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





KHAS PILIHANRAYA: musim bermula.....

Semalam (13 Februari 2008) rahsia yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia akhirnya terjawab bila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran perlimen menandakan musim Pilihanraya (PRU) bakal berlangsung tak lama lagi. Dan hari ini, pengerusi Suruhanraya Pilihanraya (SPR) memulakan tugasnya bila mengumumkan PRU ke-12 bakal diadakan 8 Mac depan, manakala hari penamaan calon bertanding ditetapkan pada 24 Februari ini.

Serentak dengan pengumuman itu, Negeri-negeri di Malaysia kecuali Sarawak turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan serentak dengan PRU ke-12 .

Kini bermulalah perang politik di Malaysia sebagaimana perang-perang politik di tahun-tahun sudah. Mulalah timbul fitnah dan tuduhan terhadap parti lawan sebagai salah satu kempen politik selain dari lawan bendera dan perang poster. Saya yakin, selepas ini akan bertiuplah khabar angin yang mendakwa wujud kejadian salah laku dan cerita karut kononnya ada kejadian 'selak kain', 'tunjuk kemaluan', 'bakar bendera', 'belasah petugas' dan banyak lagi cerita rekaan yang akan muncul sebagai usaha menjatuhkan kredibiliti parti lawan di mata rakyat.

Sesuatu yang baik, ketika inilah segala lopak dan lubang  di jalan-jalan raya akan segera dibaiki. Jambatan-jambatan dibina, pagar yang tumbang ditegak, bangunan usang diperbaharui dan banyak lagi kesenangan sementara.

Sebenarnya perang politik ini sudah pun bermula lebih awal di beberapa tempat terutama di Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Kunjungan saya ke Terenganu pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu menggambarkan suasana PRU semakin hampir walaupun ketika itu Dewan Parlimen belum dibubarkan lagi. Saya dapati di sepanjang laluan dari sempadan selatan di Kemaman hingga ke sempada utara di Besut penuh dipasang dengan bendera parti-parti politik.   

Apa yang diharap, PRU kali ini akan berlangsug bersih sebagaimana yang dijanjikan SPR dalam kenyataannya berulang-ulang kali. Barangkali SPR memang bersih dan telus dalam mengendali PRU cuma saya bimbang SPR tidak kebal terhadap cubaan pihak-pihak lain yang ingin menipu untuk memastikan kemenangan mereka. Peristiwa ketika saya ditawarkan kad pengenalan baru beralamat di Tanah Merah, Kelantan sebagaimana yang berlaku pada musim PRU ke-11 membuktikan wujudnya penipuan itu.

Untuk PRU-12 kali ini, Alhamdullillah, nama saya masih tersenarai sebagai pemilih di kampung halaman.

12 ulasan:

  1. hehehe tapi malaysia lebih canggih ya
    klo kita di indonesia, belum ada pemilih yg di data secara online

    selamat memilih ya bang :D

    apa kabarnya, kapan main2 ke sby lagi sama cak nono ;)

    BalasPadam
  2. ada rencananya... tapi tunggu ya....

    BalasPadam
  3. Moga Piliraya berjaya dan tak salah pilih dalam menentukan pilihan untuk masa depan negara

    BalasPadam
  4. canggih memang canggih....
    kerna terlalu canggih jadi banyak pengundi hantu!....lol

    BalasPadam
  5. ayuh kita ambil kesempatan he he he he

    BalasPadam
  6. Perbezaan Pemilihan Umum di Indonesia dan Malaysia adalah Malaysia memilih orang! Indonesia setengah milih orang, setengahnya lagi memilih parti. Jadi saya harap KPU (SPR) Indonesia bisa mencontohi PRU di M'sia.

    BalasPadam
  7. Saya malah mengharapkan PRU Malaysia mencontohi Pemilu Indonesia. Disana lebih bebas dan adil. Di Malaysia sangat banyak penipuan. Sebab penipuan itu, yang menang terus menang, yang kalah akan terkalahkan

    BalasPadam
  8. Akibatnya politik Indonesia tidak stabil

    BalasPadam
  9. Itu buktinya demokrasi bukan jalan terbaik. Dan dalam Islam pun, demokrasi bukan jalannya untuk memilih pemimpin.

    Dalam konteks Malaysia yang menganut amalan demokrasi, ini sajalah caranya untuk bertukar dari pimpinan yang sekular & menindas kepada pimpinan yang bersih lagi adil. Saya percaya, kuasa politik perlu direbut terlebih dahulu sebelum sistem Islam dapat diamalkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  10. pemilu di indonesia membuat lelah rakyat. banyak janji semasa kampanye yang tak ditepati.

    BalasPadam