بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PASCA PILIHANRAYA: Pakatan Pas/PKR/DAP - harapan untuk bersatu

Seperti biasa, TV-TV di Malaysia akan menayangkan berita-berita provokasi agar segenap lapisan rakyat terus bimbang dengan kewujudan kerajaan-kerajaan BA di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 

Semalam, berita TV memaklumkan kegagalan pembentukan kerajaan baru di Perak kononnya kerana ketiga-tiga parti gabungan tidak mencapai kata sepakat. Dalam berita-berita itu dinyatakan (kononnya) ketiga-tiga parti menghadapi masalah besar dan gagal mencapai persetujuan. Pandangan tokoh-tokoh politik pun diambil bagi menyakinkan rakyat betapa rapuhnya kerajaan yang bakal dibentuk. Anehnya pandangan tokoh-tokoh UMNO, Gerakan dan MCA saja yang diketengahkan. Sebaliknya pandangan dari Wakil parti-parti yang mahu bergabung tidak dinyatakan. Kerana itu, sudah pastilah hasilnya negatif.  

Dan hari ini, dilaporkan pula demonstrasi membantah penghapusan DEB oleh kerajaan Pulau Pinang yang baru yang dipelopori pemimpin UMNO negeri dan penyokongnya. Sempit sungguh fikiran mereka. Disaat ahli-ahli akademik Melayu seluruh negara mengusulkan DEB perlu dirombak, pemimpin UMNO negeri yang karat itu masih lagi mahu mempertahankan DEB yang dah lapuk. Macam ada udang di sebalik batu. Mungkin mereka mahu dilihat sebagai jaguh pembela, PORAH!!!!!

Disebalik semua ini, saya berpendirian pemimpin kerajaan pusat sebenarnya sedang takut jika penggabungan Pas-PKR-DAP menjadi kenyataan. Maka itu mereka melalui media kekuasaannya sedaya upaya memomokkan rakyat dengan berita-berita yang mampu menyemarakkan emosi. Perbezaan ideologi antara kesemua parti dibesar-besarkan bagaikan tiada titik pertemuan antara ketiga-tiganya. Ideologi DAP dengan Malaysian Malaysianya dihebahkan dan Pas dengan cita-citanya disebarkan. Semuanya dengan nada yang menakutkan.

Dalam hujah-hujah negatif, mereka mungkin terlupa bahawa ketiga-tiga parti sebenarnya punya persamaan yang lebih besar berbanding perbezaan kecil yang diperbesarkan itu. Persamaan itu adalah ketiga-tiganya merupakan parti berbilang kaum. DAP memperjuangkan persamaan hak tanpa mengira Melayu ataupun Cina mahupun India.  Pas mementingkan penerapan nilai Islam tidak kira untuk Melayu ataupun Cina mahupun India dan PKR sendiri sememangnya menggalakkan penyatuan orang Melayu ataupun Cina mahupun India di dalam satu parti. Bagi saya ini lebih baik dari gabungan UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu.  

Berbalik kepada persoalan di negeri Perak, saya yakin penggabungan Pas dan DAP yang sebelum ini dilihat tidak mungkin bersatu, pasti tidak akan menghadapi masalah dengan adanya ADUN Cina Muslim yang mewakili Pas dari DUN Titi Serong. Inilah yang mungkin ditakuti oleh UMNO dan BN.

4 ulasan:

  1. fazli siapa perempuan yang bersama kita kat restoren pelita itu hari

    BalasPadam
  2. larr kite ingatkan dia kenal....hi hi....

    BalasPadam
  3. kitorang bertiga memang belum saling kenal. mujur ada Karim jadi penyatu.

    BalasPadam