بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Suku Jahai : Negro Asia Tenggara

Beberapa hari yang lalu, Akhbar Berita Harian dalam sisipannya melaporkan sebuah rencana tentang suku Jahai di bahagian tengah, utara Semenanjung Malaysia (Semenanjung), lokasinya di Hulu Perak dan Hulu Kelantan. Klik sini.

Jahai adalah salah satu dari enam suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung. Mereka dipercayai telah berhijrah ke Asia Tenggara sejak 60,000 tahun dahulu. Jahai, bersama dengan 5 lagi suku Negrito di Malaysia mempunyai ciri-ciri fizikal yang berlainan dari bumiputera Malaysia yang lain. Bukan setakat paras rupa, budaya, pakaian dan warna kulit, malah mereka bertutur dalam bahasa yang jauh berbeza. Bukan bahasa rumpun Melayu.

Selain Jahai sebagai salah satu suku Negrito di Malaysia,  Aeta mewakili suku Negrito di Filipina.

Ciri-ciri khas mereka dapat dikenal pasti melalui rambut yang kerinting, berkulit coklat gelap, mata coklat gelap, hidung kecil, dan ketinggian reletif rendah sekitar 150 meter - satu ciri khas yang sama dengan bangsa Negro di Afrika Tengah. Suku Jahai meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan berburu binatang dan menuai hasil hutan.

Selain Negrito, Malaysia menamakan dua lagi suku nomad yang mendiami Semenanjung ini sebagai Orang Asli iaitu Senoi dan Melayu-Proto. Mereka diiktiraf sebagai penduduk asal Semenanjung sebagaimana Melayu-Deutro, bangsa Melayu moden yang terdapat pada hari ini.

Kata Negrito’ mula diperkenalkan oleh pelayar Sepanyol merujuk kepada satu bangsa yang ditemui di Pulau Andaman, di pantai barat Myanmar selatan. Istilah Negrito diperkenalkan bagi membezakan bangsa Negro yang tinggal di luar Afrika. Pakar-pakar pengkaji ilmu manusiawi berpendapat,  Negro di Asia Tenggara hanya ditemui di Pulau Andaman, Semenanjung Malaysia dan Filipina. Tidak ada data yang menunjukkan keberadaan suku Negrito di Indonesia.

Kajian yang dilakukan seorang pengkaji, Alfred Russel Wallace yang mengemukakan hipotesis tentang hubungan antara penduduk asal Papua dengan orang Negrito mendapati, mereka hanya memiliki pertalian yang sangat sedikit. (Malay Archipelago, 1883 ed., p. 602). Bagaimanapun para pengkaji berpendapat, suku-suku asli yang berkulit gelap dan berambut kerinting yang menghuni Irian Jaya, Papua New Guinea dan pulau-pulau Melanesia yang lain barangkali bersusur-galur dari bangsa-bangsa di Afrika juga.

Biarpun orang Negrito di Pulau Andaman, Semenanjung dan Filipina, merupakan bangsa serumpun, hanya Negrito di Pulau Andaman saja yang berjaya mengekalkan bahasa asal. Bahasa orang Negrito di Semenanjung dan Filipina dipengaruhi bahasa-bahasa yang lebih dominan di kawasan persekitaran mereka. Hal ini mungkin kerana kedudukan geografi Pulau Andaman yang merupakan satu gugusan pulau yang terasing dari dunia luar, sedangkan kedudukkan Semananjung dan Filipina lebih mudah dijangkau manusia.  Agak menghairankan, gugusan pulau Nicobar yang terletak ke selatan sedikit Pulau Andaman di dapati tidak menjadi habitat orang Negrito.

Pulau Nicobar di diami suku laut (sea gypsy) yang bertutur dalam bahasa rumpun Melayu.

Akibat tinggal berjiran dengan suku-suku lain yang dominan di habitat baru mereka, orang Negrito Malaysia memakai bahasa-bahasa Mon-Khmer, satu keluarga bahasa yang menurunkan bahasa di Kemboja dan Vietnam; manakala Negrito di Filipina menerima pengaruh bahasa-bahasa Austronesia, keluarga bahasa yang menurunkan bahasa-bahasa Melayu. Bagaimanapun, seorang pengkaji bahasa, Timothy Usher mendapati terdapat beberapa perkataan dalam dialek Negrito di Malaysia yang sama dengan dialek bahasa Negrito di Pulau Andaman.

Kata saya: Siapa sebenarnya penduduk asal Semenanjung?

 

16 ulasan:

  1. secara kasarnya sama, tapi ada bezanya. Orang papua bersaiz tubuh besar dan tinggi. Orang Negrito bertubuh kecil dan rendah. ketinggian maksima orang negrito hanya 150 meter bagi lelaki. Kulit orang Papua berwarna hitam, orang Negrito berkulit coklat (koko) gelap.

    BalasPadam
  2. Kata saya: Siapa sebenarnya penduduk asal Semenanjung?

    Mengikut Journey of Man, Orang Asli ni migrasi pertama ke Semenanjung dari Afrika pada Zaman Air Batu dulu. Mereka migrasi kerana Afrika kering kontang pada zaman tu. Zaman tu Semenanjung, Sumatra dan Jawa bercantum. Orang Negrito migrasi hingga ke Filipina dan Australia dan menjadi "aborigines" di sana. Mereka ini termasuk dalam kumpulan Austroasiatik. Letupan Gunung Toba dan kemudian tamatnya Zaman Air Batu telah mengubah bentuk muka bumi di persekitaran kita seperti yang kita kenali sekarang. Tamatnya Zaman Air Batu telah mewujudkan sistem pertanian. Kemudian datang lagi satu migrasi dari utara ke selatan iaitu dari Yunan dan Vietnam melalui Burma, Kamboja, Thailand, Semenanjung, Sumatra dan Jawa. Mereka ini yang dari manusia neolitik ala Dong Son dan HoaBinh yang sudah mengguna sedikit alat logam, mengamalkan pertanian nomad dan bertenun kain. Kelompok manusia ini kemudiannya menjadi suku Jakun di Semenanjung, Orang Rimba, Talang Samak dan Batak di Sumatra, Champa di Kamboja dan orang asli Taiwan dan Borneo. Mereka ini termasuk dalam kelompok Austronesia. Kemudian datang pengaruh dari tamadun yang lebih besar iaitu dari Kerajaan Hindu dan Funan. Ada percampuran antara Jakun dan Orang Negrito. Banyak Orang Asli dan Jakun lari ke hutan kerana konflik dan ada yang mengubah cara hidup dengan hanya hidup di laut maka muncul lah suku Orang Laut. Jakun yang tidak lari atau tidak sempat lari telah terasimilasi dengan tamadun yang lebih besar dari Kerajaan Hindu atau Funan tadi, maka muncul bangsa muda yang dipanggil "Melayu". "Malaiyur" bermaksud bukit dalam bahasa sanskerta Pallava. Bukit di sini dimaksudkan Bukit Seguntang di Palembang atau Gunung Jerai di Kedah saya sendiri pun tak tau. Tetapi ada tercatat bahawa tamadun Melayu-Hindu di utara Semenanjung 600 tahun lebih awal dari Sriwijaya. Kedah adalah antara negeri tertua dan Kesultanan Kedah adalah susur galur takhta kerajaan Melayu yang tertua dan paling lama buat masa ini. Tetapi mungkin juga bukit Seguntang kerana ada nama Kerajaan Melayu di sana. "Melayu" juga bermaksud lari dalam bahasa Jawa. Budaya Melayu semakin terpacu deras dalam empayar Sriwijaya. Malah manusia Semenanjung dan Sumatra sentiasa bercampur sehingga sekarang yang mejadikan Semenanjung dan Sumatra adalah saudara kembar, manakala Tanah Jawa dan Borneo pula saudara serumpunnya. Percampuran antara orang Melayu dan Jakun terus berlaku hingga sekarang. Ada suku "Biduanda" atau "Biduanda Waris" dalam masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan. Suku ini adalah percampuran antara Melayu dan suku Jakun. Antara tokoh yang terkenal dari suku Biduanda ini adalah Hishamuddin Rais, seorang aktivis politik, sosial dan budaya.

    BalasPadam
  3. Komen yang panjang lebar. Terima kasih.

    Jadi, kalau semuanya pendatang, siapa sebenarnya orang asal semenanjung? Soalan ini masih belum terjawab.

    Adakah Semenanjung (dan mungkin termasuk Jawa dan Borneo) memang kawasan tidak berpenghuni sejak azali? Adakah tanah luas nusantara ini memang kosong sejak bumi tercipta dan kemudian baru dihuni manusia apabila berlaku mirgasi besar-besaran suku-suku dari Afrika dan dari Yunnan, China?

    Pandangan sarjana Barat memang cenderung menyatakan penduduk nusantara ini adalah golongan pendatang. Bagi saya, mereka sengaja mencipta bukti untuk menafikan status pribumi kita. Sebenarnya, telah ada pandangan lain dari sarjana tempatan (saya lupa siapa) yang menyatakan, orang-orang di nusantara tidak datang dari mana-mana sebaliknya merekalah yang sebenarnya menyebarkan keturunan ke benua-benua lain.

    Menurut pandangan saya sendiri yang baru belajar ini, tanpa melakukan kajian lapangan, hanya merujuk bahan-bahan bacaan yang saya kumpul, saya jumpa, saya selidik, saya berpendapat, barangkali penghuni terawal di Semenanjung adalah terdiri dari bangsa-bangsa Indochina, manakala pulau-pulau lain yang berjiran dengan Semenanjung dihuni orang-orang rumpun Melayu. Tak tahulah, ini hanya pandangan pribadi saya.

    Mungkin penduduk terawal Semenanjung adalah sebangsa dengan orang Siam dan mereka berbahasa Mon-khmer. (saya beranggapan bangsa Siam dan bangsa Thai adalah dua bangsa yang berbeza.) Alasan saya, secara geografi tanah Semenanjung memang bercantum dengan Indochina. Maka itu, tentulah penyebaran penduduk mudah berlaku. Tak tahulah, ini hanya pandangan pribadi saya.

    Kemudian, berlaku penghijrahan orang-orang rumpun Melayu dari Sumatera secara besar-besaran hingga mengubah komposisi penduduk di Semenanjung. Mungkin penghijrahan itu berlaku ketika kemashuran kerajaan yang bernama 'Melayu' zaman dahulu, provensi Jambi sekarang ini. Pandangan; 'melayu' sebenarnya merujuk kata 'malaiyur' barangkali ada benarnya. Tak tahulah, ini hanya pandangan pribadi saya.

    BalasPadam
  4. Dari teori antropologi manusia Homo Sapien berasal dari Afrika. Orang Eropah pun asal Afrika juga, cuma fizikal mereka berevolusi mengikut iklim (baca: manusia crog-magnon). Manusia Neanderthal di Eropah telah pupus. Genetik semua manusia boleh dikesan berasal dari genetik Afrika, manakala manusia Afrika tidak dapat dikesan dari mana genetik sebelumnya. PENDUDUK EROPAH ADALAH PENDATANG DARI AFRIKA.

    Orang Asli Negrito Semenanjung pun berasal dari Afrika juga. Orang Asli manusia Austroasiatik yang dikatakan penduduk asal Semenanjung juga adalah PENDATANG DARI AFRIKA yang datang ke Semenanjung 85000 tahun dahulu.

    Jakun berasal Melayu-Proto. Melayu berasal Melayu-Deutero. Manusia Austronesia ini samada Proto atau Deutero akarnya sama kerana berasal dari selatan Yunan, cuma Melayu-Deutero berhijrah ke Semenanjung dan Sumatra kemudian selepas Melayu-Proto. Penghijrahan melalui Sg. Mekong ini berlaku 8000 tahun dahulu. Asal muasal manusia pra-Melayu Semenanjung dan Sumatra adalah sama. Nenek moyang orang Melayu adalah PENDATANG DARI YUNAN.

    Melayu atau tidak seseorang itu adalah budaya, bahasa yang ditutur dan sedikit rupa paras. Ia muncul selepas asimilasi dengan tamadun luar yang lebih tinggi. Kenapa orang Batak dan Orang Rimba di Sumatra tidak menjadi Melayu? Ia kerana mereka tidak terasimilasi dengan tamadan luar yang lebih tinggi pada ketika itu (penjajahan?) kerana mereka terpisah di gunung-gunung dan hutan-hutan tebal. Sama juga dengan Orang Asli dan Jakun di Semenanjung. Kebudayaan Melayu memang berevolusi di Semenanjung dan Sumatra tetapi menjadi kukuh di Sumatra kerana adanya empayar Sriwijaya. Kewujudan budaya ini membuat orang Melayu berbeza dengan leluhur mereka sebelumnya yang dapat dikesan lagi di Madagaskar, Orang Asli Taiwan, Orang Asli Okinawa dsb. Perbezaan kebudayaan ini sama juga juga di antara orang Cina dengan Jepun, Korea dan Mongol. Fizikal hampir sama kerana nenek moyangnya sama tapi budaya dan bahasanya berbeza. Contoh jelas asimilasi tamadun luar; kuda kepang budaya Jawa pada hal kuda bukan binatang asli nusantara kita, ia dibawa dari budaya Hindu kerana budaya berkuda ini adalah budaya Aryan. Ada pula tarian singa dalam budaya Cina tapi di China tidak ada singa. Budaya itu dibawa dari India yang mana singa asiatik adalah binatang asli India Gujerat yang dibawa masuk melalui Laluan Sutera.

    Bila bercerita tentang Semenanjung pasti kita tidak lepas dari Sumatra kerana ramai Melayu di Semenanjung berasal dari Sumatra. Tapi kita selalu terlepas pandang yang orang Semenanjung juga berhijrah ke Sumatra dan tempat-tempat lain di Indonesia. Di Perlak ada tempat nama Perlis dan orang-orang Melayu di situ masih bertutur dalam loghat Melayu utara Semenanjung. Di Bali ada Kampung Loloan dan orang-orang Melayu di situ ada yang masih bertutur dalam loghat Terengganu. Mereka bercampur dengan Melayu Peranakan Bugis di situ. Melaka-Johor-Riau pula tak perlu diceritakan lagi.

    Kalau kita lihat, binatang pun berevolusi, cuba lihat gajah di sini lebih kecil berbanding gajah Afrika, harimau belang di sini lebih gelap berbanding harimau belang di India. Ini berbeza dengan orang Eropah yang terang-terang bukan asli Asia kerana mereka fizikal mereka belum berevolusi mengikut iklim. Cuma perlu beberapa ribu tahun untuk berevolusi. Kalau kita lihat, jenis darah AB hanya muncul 1000 tahun yang lalu. Walaupun Melayu sudah kacuk dengan pelbagai bangsa lain seperti India, Cina atau Arab, budaya dan bahasa mereka tetap sama. Manusia Melayu dan Orang Asli Negrito masih penduduk asal Semenanjung dan Sumatra kerana fizikal mereka sudah berevolusi ribuan tahun mengikut iklim dan pemakanan. Kalau dihitung, Orang Asli Negrito adalah saudara tua orang Melayu yang 77000 tahun lebih tua!

    BalasPadam
  5. Tentang teori Homo Sapien BERASAL DARI AFRIKA saya akui benar. Tentang teori Negrito BERASAL DARI AFRIKA juga saya akui benar.

    Orang Asli Austroasiatik (Bangsa Senoi) di Malaysia ataupun dipanggil Veddiod JUGA BERASAL DARI AFRIKA, mungkin juga benar.

    Melayu-Proto dan Melayu-Deutro yang dikatakan berasal dari Yunan, China, saya susah nak terima.

    Kenapa?

    TEORI SAYA (secara peribadi): 1. Adalah mustahil seluruh kaum berhijrah keseluruhannya tanpa meninggalkan bahasanya walUupun sisa. Mustahil orang Yunan dahulu-kala keluar semuanya ke Nusantara tanpa meninggalkan sedikitpun bahasa-bahasa mereka di sana.

    Kalau benar Melayu-Proto & Melayu Deutro berasal dari Yunan, pastilah orang Yunan sekarang ini masih bercakap dalam bahasa Austronesia (Melayu-Polynesia) ataupun bahasa-bahasa lain yang berkerabat kerana tempat itu memang tampat lahirnya. Apa yang kita lihat sekarang ini, orang Yunan bercakap bahasa Sino-Tibetan.

    2. Penduduk Nusantara berbahasa Austronesia (Melayu-Polynesia). Ini bermakna bahasa Austronesia berasal dari Nusantara. Maka itu, orang-orang yang bertutur dalam bahasa itu sudah tentu berasal dari Nusantara. Selain itu, bahasa Austronesia juga tidak ada kaitan langsung dengan bahasa Sino-Tibetan. Kalau benar kita berasal dari sana, tentulah bahasa kita berkerabat.

    Saya masih beranggapan, orang Nusantara tidak berasal dari Yunan. Sebaliknya orang Nusantaralah yang menyebarkan keturunannya hingga ke benua-benua lain. Penutur bahasa Austronesia tersebar dari Formosa (sekarang Taiwan) di sebelah utara, Hawaii di sebelah timur dan Madagascar di sebelah Barat.

    Dengan itu saya menyokong pendapat seorang sarjana tempatan (saya lupa siapa) yang mendakwa Melayu-Proto dan Melayu Deutro bukan berasal dari Yunan.

    BalasPadam
  6. Hmmm menarik untuk diulas lebih lanjut....^_^

    BalasPadam
  7. Kesemua bangsa-bangsa diatas, walaupun bahasa mereka berbaza kerana kedudukan geografi, mereka masih bercakap dalam satu stok bahasa yang sama. Paling tidak pun, stok bahasa yang berjiran.

    Beza bahasa mereka sama dengan baza antara bahasa Melayu dan Jawa. Masih serumpun. Dan umpama bahasa Melayu dengan bahasa orang-orang Melanesia, Masih dalam rumpun bahasa yang berjiran.

    Pada saya, kaitan antara orang Cina dengan orang Korea atau Jepun atau Monggollia tidak boleh dijadikan contoh.

    BalasPadam
  8. sebenarnya kita berasal dari kacukan india dan cina itulah sebabnya sebahagian besar dari benua asia disebut indochina.kalau kita jajaran peta malaysia kita ada hampir sejajar dengan sumatra dan filipina diatas kita adalah thailand atau siam yang berasal dari xiamen( sebutannya siamen)yang terletak diselatan china itu sebabnya disiam majoritinya diwakili oleh 2 ras yang kuat gen cinanya mirip cina dan kuat gen india mirip melayu.makna disini thailand adalah penapis yang pertama dan kita adalah penapis yang kedua.namun teori 60 ribu tahun tu saya kurang percaya kerana umur nabi adam manusia pertama dunia pun sekitar 25 ke 30 ribu tahun je.

    BalasPadam
  9. Di kampong saya sebut ini sangatlah tabu...^_^

    BalasPadam
  10. Kerana ini cakap lucah...Kacukan sama saja "berhubungan sex" tapi untuk ucapan yang negatif (kasar sangat maknanya)...jadi jangan cakap Kacukan kat Palembang yah, he he he...

    BalasPadam
  11. menarik. seronok baca artikel dan komen-komen ni. bahasa melayu lama lain dr bahasa sekarang, mungkin kah bahasa melayu lama lebih berunsurkan mon khmer atau sino tibetan? itupun masyarakat melayu bukannya rumpun melayu bukanlah masyarakat yang berbilangan besar dahulu. ianya hanya lingua franca yang digunakan oleh orang-orang jawa, bugis, dll. evolusi bahasa sehingga hari ini membuatkan kita lupa bahasa melayu yang digunakan dahulu berbeza berbanding bahasa melayu yang kita gunakan sekarang sehinggalah ianya dipengaruhi bahasa arab, india, china dll.

    BalasPadam
  12. Suku Jahai bukan dari ras Melayu, triplex8503. Bahasa Jahai pun bukan rumpun bahasa Melayu. Apa yang berlaku pada bahasa Jahai sekarang ialah, bahasa itu telah terasimilasi dengan bahasa majoriti orang Melayu melalui pendidikan dan hubungan luar. Bahasa Jahai sekarang telah terMelayukan.

    Dipercayai, orang Negrito dan Senoilah orang terawal mendiami Semenanjung sebelum berlaku penghijrahan beramai-ramai orang-orang Melayu dari Sumatera secara berperingkat-peringkat. Wallahualam.

    BalasPadam
  13. 85,000 pecahan bangsa datang ke nusantara dan membentuk orang-orang melayu,Di China,India dan lain-lain dari bangsa mana mereka berasal??????

    BalasPadam