بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PEMIMPIN WAJA - Lirik lagu Motivasi

Pemimpin Waja

 

Tiada gunung terlalu tinggi

Buat kami daki di siang hari

Tiada jurang terlalu dalam

Buat kamu turun

Di malam kelam, malam kelam

Hutan rimba, hutan rimba

Padang lalang, padang lalang

 

Dusun sunyi jalannya jauh

Panas terik, hujan gerimis

Ayuhlah ayuh maju bangsa ku

Haram patah, haram patah

Hati kami, hati kami

Kerana terlatihnya

Kamilah pemimpin waja

Ayuh lawan semua

Ayuh lawan semua

 

Bumi luas terbentang

Di seluruh Nusantara

Deburan ombak ku kayuh

Cuaca gelap ku tempuh

Kamilah pemimpin waja

Waja

.............................................................................................................................................

Mungkin ada dikalangan rakan multiply yang biasa mendengar lagu ini. Sengaja saya siarkan liriknya agar ia tidak mudah dilupa. Sekurang-kurangnya pada diri saya sendiri. Kali pertama saya dengar lagu ini ialah pada tahun 1992. Waktu itu saya terlalu mentah untuk mengerti / memperhalusi bait-bait puisinya.  Saya masih jakun meneroka alam remaja yang baru saya lewati.

Kadang-kadang, sia-sia rasanya kerana dalam usia semuda itu saya telah dimotivasikan di UiTM Segamat (ITM ketika itu).  Apalah yang dapat saya faham ketika umur baru melangkah usia sekolah menengah? Entahlah... Apapun, terima kasih kepada siswa-siswi UiTM Segamat 1992 kerana memotivasikan anak-anak baru remaja waktu itu.

Apapun kini saya mula belajar untuk mengerti isinya. Kerana itu saya abadikan semula lirik lagu ini. Mungkin ianya berguna sekurang-kurangnya kepada saya.

Mohon jasa baik kepada sesiapa yang ada menyimpan lagu ini supaya sudi menghadiahkannya kepada saya.

 

3 ulasan:

  1. Jadi ingat semboyan kalimantan selatan 'Waja sampai kaputing'

    BalasPadam
  2. Berjuang sampai titik darah penghabisan

    BalasPadam