بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI JOHOR

Asal-usul nama pada sesuatu tempat boleh muncul bergantung kepada beberapa sebab. Ada tempat mendapat namanya dari nama haiwan, ada juga berpunca dari nama tumbuhan, peristiwa-peristiwa dan tak kurang yang mendapat nama sempena nama tokoh tempatan. Antara contoh nama tempat di Johor yang unik dan punya maksud tersendiri adalah seperti Gelang Patah, Kelapa Sawit, Kukup, Rengit, Sungai Mati, Layang-layang, Tongkang Pecah, Buluh Kasap, Puteri Menangis, Tenang, Lima Kedai dan banyak lagi.

Artikal kali ini, biar saya mulai dengan asal-usul nama untuk pusat-pusat pentadbiran bagi sepuluh buah daerah di seluruh Negeri Johor. 

1. Johor Bahru.
Nama ini berasal dari gabungan nama negeri ‘Johor’ dan kata ’baharu’.  Asalnya, pemerintah Johor menitahkan pembangunan sebuah kota yang baharu perlu dibangunkan di Tanjung Puteri (di muara sungai Segget) bagi menggantikan Teluk Belanga di pulau Singapura sebagai Ibu negeri Johor yang baharu memandangkan pulau itu telah diserahkan kepada British. Ibu kota yang baharu itu kemudiannya dinamakan Johor Bahru, bermaksud ibu negeri Johor yang baharu.

2. Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan berasal dari peristiwa memahat batu untuk mencari bekalan air tawar di kawasan pantai dekat dengan sebuah kuala sungai (sungai Batu Pahat sekarang). Kerja memahat batu ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (bangsa Siam bukan bermaksud Thai) di bawah pimpinan Awi Dicu pada tahun 1456  yang ketika itu hendak menyerang Melaka.
Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Batu-batu yang telah terpahat itu berbentuk perigi yang sekarang dinamakan Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat.

3. Muar
Muar lahir daripada perkataan ‘muara' bermaksud kuala sungai. Pada zaman dahulu, penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara sebatang sungai. Versi lain mengatakan, nama itu tercipta berdasarkan kata ‘muna-aru’ yang bermaksud tiga sungai dalam bahasa Tamil yang dinamakan oleh pedagang-pedagang dari India pada masa dahulu. Ketiga-tiga sungai itu merujuk kepada sungai Muar, sungai Serting dan sungai Pahang.

4. Mersing
Asal Mersing kononnya berpunca dari nama seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh bernama Amer Singh yang dihukum buang daerah ke suatu tempat terpencil kerana melakukan kesalahan berat pada zaman dahulu. Hukuman berlaku ketika kawasan Mersing waktu itu belum menjadi tumpuan ramai penduduk. Bagi merujuk tempat buangan pesuruh sultan itu, penduduk sekitar menyebutnya Amersingh hingga tempat itu kekal namanya menjadi Mersing hingga ke hari ini.

5. Segamat
Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segar amat' yang lahir dari mulut Bendahara Tun Tepok dalam pelariannya bersama Sultan Ahmad dan pengikut ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh, terpaksa diusung ke perahu. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok berhajat mandi di dalam sungai. “Segar amat rasa badan ini” kata Bendahara Tepok setelah selesai mandi. Ungkapan ‘segar amat’ ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan tempat yang mereka singgah itu sebagai Segamat pelesetan dari ungkapan segar amat.

6. Pontian
Nama Pontian dikatakan berasal dari kata ‘perhentian' bermaksud tempat berteduh dari gelora laut Selat Melaka. Dua batang sungai yang saling berdekatan kedudukannya sering digunakan oleh nelayan dan pelayar yang hendak ke Melaka atau Singapura sebagai tempat berteduh. Tempat ini juga sering digunakan sebagai tempat perhentian oleh para lanun untuk menu
nggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Kata ‘Pontian’ itu akhirnya dipakai sebagai nama untuk tempat tersebut hasil evolusi dari nama Perhentian. 


7. Kota Tinggi
Kota Tinggi mendapat namanya sempena lokasi sebuah kota yang dibina di atas kawasan tanah tinggi di tebing sungai Johor bagi menangkis serangan Portugis yang ketika itu sedang bernafsu melenyapkan saki-baki kuasa Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditundukkannya pada tahun 1511. Kota ini seterusnya berkembang menjadi ibu kota pertama bagi kerajaan Johor-Riau sebelum musnah dalam beberapa siri serangan oleh angkatan perang Aceh dan Portugis.

8. Tangkak
Nama Tangkak timbul dari gabungan dua perkataan ‘tang’ dan ‘merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak untuk naik ke tebing sebatang sungai kerana tanah sekitar kawasan itu lembut dan mudah jerlus ketika melintasinya. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.


9. Kluang
Bandar Kluang diambil namanya sempena nama seekor haiwan, keluang, sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk setempat berjaya membunuh haiwan lain seperti tupai dan sebagainya yang menceroboh dusun, tetapi mereka gagal menghalau keluang yang begitu banyak datang ke situ lebih-lebih lagi pada waktu petang. Haiwan keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit (sekarang Gunung Lambak) di belakang kampung mereka. Akhirnya khidmat dukun terpaksa dipanggil untuk mengadakan suatu upacara di bukit tersebut bagi memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung.

10. Kulai
Kulai berasal  dari perkataan Gui Lai, dari dialek Cina yang bermaksud ‘Kura-kura datang’. Menurut sejarahnya, kawasan Kulai sering menerima bencana banjir bila tibanya musim hujan. Bila banjir, berpuluh-puluh kura-kura akan muncul dari tebing sungai berdekatan dan bergerak menuju ke petempatan masyarakat Cina Hainan. Oleh masyarakat Cina, nama kawasan ini dinamakan Guilai hingga lama-kelamaan berubah menjadi Kulai.

22 ulasan:

  1. Wah...ada sejarah nama2 tempat tsb...terima kasih infonya ^_^

    BalasPadam
  2. Ingat Lagu Siti Nurhaliza bertajuk "Sri Mersing"...ini kah tempat yang di maksud dalam lagu itu???

    BalasPadam
  3. Betul... Seri Mersing dalam lagu itu merujuk kepada nama seorang perempuan. Kisahnya juga dikatakan menjadi punca kenapa tempat itu dinamakan Mersing.

    BalasPadam
  4. Oooo...begitu....kalau Sri Machap dari apa??

    BalasPadam
  5. versi sebenar aku gak tau. tapi cerita yang aku dengar setakat ini tentang asal-usul nama itu lucu nian... nanti aku ceritakan.

    BalasPadam
  6. Sekalian juga Parit Ponorogo, Parit Sri Rejosari, Parit Lapis Semarang dkknya juga....nitip, dibungkus ya...

    BalasPadam
  7. InsyaAllah... plus Parit Jawa. Parit Raja, Parit Songo, Parit Sonto dll

    BalasPadam
  8. Wis pokoke kabeh....aku njaluk sak endhog2e...

    BalasPadam
  9. heheh. asal-usul Tangkak baru dapat tau ari nih. haha.
    timekasih Fazli

    BalasPadam
  10. Wis pokoke kabeh
    (semua saja lah)
    Aku njaluk sak endhog2e
    (aku minta sampai sekecil2nya)

    Sekalian...

    BalasPadam
  11. ha ha ha...jgnkan Fazly, saya juga dak terti artinya...:))

    BalasPadam
  12. "Johor dan Jajahan Takluknya"
    : )

    BalasPadam
  13. Huehehehe, di Kelantan, distrik kan disebut jajahan...(konotasinya kalau disini gimanaaa gitu)

    BalasPadam
  14. thank you for your informations if you have time give a new informations for all your fans

    BalasPadam