بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Malam-malam Putrajaya

Siapa sangka kawasan yang tidak berapa lama dulu merupakan sebuah ladang kelapa sawit, dihuni oleh burung-burung hantu dan tikus kini berubah wajah menjadi bandar moden yang sungguh artistik. Putrajaya yang tersergam indah kini menjadi pusat pentadbiran baru negara Malaysia. Saksikan keindahan Putrajaya di malam hari yang sempat saya abadikan mengguna kamera murah dan berbekal kemahiran seni fotografi yang terhad.

Jom!!!



















10 ulasan:

  1. Bagus juga, pas malam2 gini...kalau punyaku yang siang2

    BalasPadam
  2. Sempat makan siang/tengah hari di Putrajaya Shangri-la...memang cantik kawasan ini tengah hari maupun malam

    BalasPadam
  3. dah nampak..cuma lalu dalam bas atau keretapi jer hehehe.

    BalasPadam
  4. Kalau naik keretapi ke KL, tak lalu Putrajaya. Mungkin Sal naik bas khas atau kereta, sebab bas express yang ke KL pun tak lalu sini. .

    Takpe, kalau sal ke KL lagi, saya bawak jalan-jalan ke sini.

    BalasPadam
  5. okay...insyaallah... cantik sangat tempatnya..pandai awak ambil gambar... awak ni suka sangat merendah diri... camera awak tu banyak berjasa sampai ke singapura tau.... dari sal yang suka abadikan foto dari camera hp sal saja..kan kita sama paling malas nak beratkan beg hehehehe jadi bawak 3 in one :~))

    BalasPadam
  6. klu nak dtg sini...jgn lupa charge batt camera...hehehe..
    sia-sia! grrr

    BalasPadam
  7. Ya la. ada kamera mahal pun tak guna kalau takde batteri

    BalasPadam
  8. M.Fazli bole improve kan gambor nie dgn guna photoshop :P

    BalasPadam
  9. Oh ya? effect yang mana contohnya?

    BalasPadam