بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





PPSMI: Kenapa saya bantah?

Saya merupakan anak Melayu yang lahir di sebuah kampung tidak popular di satu daerah kurang maju di Negeri Johor. Di rumah, saya menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian sesama adik-beradik, saudara-mara dan rakan sekampung.  Hingga kini, saya masih menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan generasi-generasi yang lahir terkemudian selepas saya.

Alhamdullillah, saya berjaya menuntut ilmu hingga ke universiti dan mendapat segulung ijazah dengan gred yang agak baik. Terima kasih kepada guru-guru di sekolah yang tidak jemu mengajar hingga saya peroleh kejayaan seperti ini. Tanpa guru-guru, saya tidak mungkin mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah terutama untuk subjek yang melibatkan sains dan matematik.

Zaman pembelajaran saya dari peringkat tadika hingga ke universiti semuanya saya terima dalam bahasa Melayu. Termasuklah dalam subjek sains dan matematik yang sekarang ini diajarkan dalam bahasa Inggeris. Tidak tahulah apa akan jadi kepada saya, adik-beradik dan saudara mara yang lain jika kami dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris sejak kami belum mengenal huruf lagi. Kalau itu berlaku, barangkali sekarang ini saya masih di kampung meneruskan pekerjaan tradisi keluarga dengan menoreh getah, lalu menerima pendapatan tidak seberapa dan tidak menentu setiap masa. Atau mungkin sedang meniti saat-saat getir meneruskan kepayahan hidup sambil belajar menternak itik untuk dijual di pasar-pasar tani.

Syukurlah saya kini berjaya mendapat perkerjaan yang agak baik di sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur dan diberi kepercayaan mengendalikan beberapa perisian garfik berkomputer selain dalam masa sama terlibat dalam urusan pemasaran. Bukan riak, sayalah antara staf kepercayaan (biarpun terkadang rasa seperti kuda) untuk dibebankan dengan tugas yang mengguna bermacam-macam perisian yang semuanya saya belajar dalam bahasa Melayu walaupun command languagenya tersedia dalam bahasa Inggeris. Bukan juga riak, kemahiran saya selalunya melebihi ramai staf–staf lain yang berpendidikan barat. Termasuklah melebihi kemahiran mereka-mereka yang lebih gemar speaking London sehari-hari.

Kerana alasan-alasan ini, saya tidak nampak di mana logiknya PPSMI. Pandangan saya, PPSMI hanya membunuh kreativiti anak-anak kampung pedalaman yang kurang terdedah dengan bermacam-macam teknologi komunikasi hari ini. Bukankah seluruh manusia di muka bumi punya impian dan menyimpan harapan tidak kira di mana mereka berada?  Jangan lupa, di balik hutan-hutan pedalaman negara ada manusia yang sama-sama miliki keinginan untuk berjaya. Bukan hanya anak-anak datuk, datin, tan sri dan encik-encik tak sedar diri yang tinggal di bandar-bandar itu. 

Saran saya, tuntutlah ilmu dalam bahasa apapun yang kita tahu kerana kreativiti dan daya fikir manusia lebih mudah berkembang dalam bahasa yang kita gunakan sehari-hari, bahasa yang terlintas dalam hati ketika kita sedang muhasabah diri.

Bahasa apakah yang anda gunakan ketika berfikir, ketika marah atau ketika bercakap pada diri anda sendiri? Saya berfikir dalam bahasa Melayu sewaktu kali pertama belajar melukis pokok. Hingga kini saya masih berfikir dalam bahasa Melayu ketika menghasilkan animasi 3D pokok. Tidak pula timbul masalah.

Adakah kerana bahan-bahan rujukan yang berlambak di Malaysia banyak tersedia dalam bahasa Inggeris, maka kita perlu belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Bukankah kita punya pakar untuk terjemahkan semua bahan-bahan itu? Lagi pula, ilmu itu sendiri tidak seluruhnya datang dalam bahasa Inggeris semata-mata. Jepun dan Rusia sendiri mampu memajukan teknologi mereka dalam bahasa mereka.

Atau adakah kerana sebahagian kecil dari rakyat Malaysia yang sering terlibat dengan urusan antarabangsa maka keseluruhan rakyat Malaysia harus belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris? Sedarlah, tidak sedikit tokoh-tokoh di dunia ini yang tidak mampu berbahasa Inggeris tapi masih mampu menjadi pemimpin negara yang disegani.


Saya tidak nampak apa perlunya PPSMI ini diteruskan.  

15 ulasan:

  1. BM Bahasa Malaysia/ Bahasa melayu.. itu adalah lidah kita faz. lidah kita sejak lahir. Mak abah kita dah bertutur dalam bahasa itu. Kadang kadang kalau tersasur mak pasti sindir... dengan dialognya... sejak bila balik london sampai tak reti bahasa melayu? pedaskan?? tapi itu yang buat kita sedar ..dimana asal usul kita. Begitu sal bersama keluarga seboleh bolehnya memperbanyakan berbahasa melayu terutama dengan anak anak buah, jadikan contoh. bila mereka kata... Cik ni .. kita tak faham maknanya tu..(walaupun perkataan yang mudah)...? masa tu sal mula dengan "syarahan" yang kadang kadang ada diantara masuk di blog kita ni.. mereka gerun kalau kalau kita berbincang tentang BM, garang betul .. ( itu komentar mereka :~P ) itulah hakikatnya.. BM bahasa kita, tidak boleh lari, lihat kulit orang dah tahu kita orang melayu, jangan berlagak nak jadi orang puteh pulak... Betul tak faz?? Satu hal yang paling luar jangkaan bagi diri sal sendiri yang membangkitkan semangat sal dalam BM adalah sewaktu sal lulus N' dan O' level. Sal dapat Distintion dalam mata pelajaran melayu. kita sama faz, memang sejak sekolah sal memang cenderung dengan bahasa melayu kerana sal dalam aliran sastera english dan sastera melayu dan subjek lain sal tidak berapa cenderung tapi sal minat melukis. cita cita sal sejak dibangku sekolah rendah adalah hendak jadi penulis dan pelukis dalam bentuk desainer pakaian.sal usik arwah mak dan arwah abah. kalau A.samad said dah pencen nanti, sal gantilah. orang kata macam betul jer si salbiah ni, tapi itulah yang selalu kedua arwah kata.. bagus..teruskan. itulah yang buat sal bersemangat sampai sekarang. masih ingat pesan mak, Kalau buat jangan separuh jalan, jangan peduli apa kata orang, bila dah sampai ke atas jangan lupa kita asalnya dan bermula dari bawah. merendah diri .. kalau kita rasa kita pandai, ada orang lebih pandai dari kita..itulah yang pesanan arwah mak buat sal sampai sekarang tak putus dan tak berhenti belajar.

    masa sal ambil Diploma Islam di sini dari UIA. semuanya dalam bahasa english, payah sebenar untuk mengekspresi dan memberi pendapat dalam bahasa tersebut kerana sal menuntut disekolah madrasah( sal sebenarnya menuntut dua sekolah dalam satu masa dari darjah satu sehingga menengah) semuanya dalam bahasa melayu dan bahasa arab. Bila kita hendak sampaikan sesuatu dalam assigment tu, terpaksa sal sediakan kamus disebelah bagaimana sal hendak mengekspresi pendapat dalam bahasa melayu ke bahasa english.dan alhamdulillaah kali ini, diploma islam yang akan sal duduki, syariah dan usuluddin 70% dalam bahasa melayu dan insyaallah kursus yang akan sal ikuti di Pergas ( Persatuan Perguruan Islam di singapura) juga dalam bahasa melayu.

    Jangan putus semangat Faz, teruskan .. apapun sal akan sokong faz dari sini.. walaupun kita dari aliran bahasa yang berbeza.. tapi bahasa melayu tetap satu. kalau kita tidak mulakan... siapa lagi??? teruskan semangat ya faz.

    p/s..bila fikir fikir malam tadi, kadang kadang tidak salah kalau kita jadi *jebat* ;~)

    BalasPadam
  2. Kita di Indonesia dukung kok...bahasa Melayu disana sudah kian merujak dan hancur-hancuran...nanti dikhawatirkan (sama dengan disini), generasi muda kita akan kehilangan kemampuan berbahasa baku dan tidak suka berbahasa bahasa leluhurnya sendiri...
    Makanya ada yang campur begitu pasti jawabnya kita penuh bahasa Indonesia meski belum benar betul.

    Masih untung bahasa Indonesia disini tetap dapat tempat...dipapan2 iklan sudah dipenuhi bahasa Inggris, tapi itu bukan soal asal bukan BAHASA MANDARIN saja...toh orang Cina Indonesia rata2 fasih bahasa Indonesia. Ada juga penggunaan baliho berbahasa Mandarin, tapi biasanya untuk iklan politik dan itu sangat-sangat jarang, karena sekali lagi orang Cina Indo tidak semuanya paham baca tulis dan wicara Cina.

    Aku dukung kok dari sini, tenang saja...

    BalasPadam
  3. Dan syukur alhamdulillah semua buku2 ilmu apapun di Indonesia, sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia...itu yang buat kami bangga dengan bahasa sendiri. Semoga disanapun kelak demikian

    BalasPadam
  4. no comment!!...ehh maaf!...tiada komentar! : P

    BalasPadam
  5. Tak apa... sudi membaca sudah memadai

    BalasPadam
  6. Malaysia patut mencontohi negara tetangganya, Indonesia. Rata2 orang Cina di sana tidak tahu berbahasa Cina, tetapi kondisinya jauh berbeza di Malaysia di mana ramai pula orang Cina yang tidak fasih berbahasa Melayu, malah ada yg tidak tahu langsung...
    Satu perkara yg harus kita ketahui, iaitu tentang mengapa terjadinya kenaikan peratusan lulus dan jumlah pelajar yg mendapat 'A' dlm subjek Sains, Matematik dan B. Inggeris dalam keputusan UPSR dan PMR yg lalu? Kerajaan sebenarnya sedang menipu rakyat secara diam kerana markah utk lulus dan mendapat 'A' diturunkan (bukan sedikit) berbanding tahun lalu.
    PPSMI harus ditentang habis-habisan! Kenapa harus memperjudikan masa depan bahasa kebangsaan kita??? Che Det patut fikirkan masa depan negaranya sebelum melaksanakan PPSMI. Janganlah sampai ramai antara kita yg jadi 'mat saleh celup' gara2 lebih suka bertutur dlm b. Inggeris berbanding bahasa ibunda kita sendiri... renungkanlah...

    BalasPadam
  7. Iya yah, saya juga bersyukur di Indonesia bahasa Indonesia masih digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran, walau sekarang sudah mulai banyak di Jakarta saya lihat sekolah yang memakai bahasa pengantar bahasa Inggris

    BalasPadam
  8. Oh, jadi di Indonesia, penggunaan bahasa pengantar adalah pilihan sekolah masing-masing? Bukannya ditentukan oleh pemerintah?

    BalasPadam
  9. Oh, jadi di Indonesia, penggunaan bahasa pengantar adalah pilihan sekolah masing-masing? Bukannya ditentukan oleh pemerintah?

    BalasPadam
  10. Sebagian sekolah swasta di Indonesia menerapkan dwibahasa sebagai pengantar...ada segelintir yang berbahasa pengantar Inggris, dan itu biasanya sekolah2 mahal dan bertaraf internasional..jadi sih x masih agak sulit menggeser bahasa Indonesia dalam hal ini

    BalasPadam
  11. akhirnya bahasa ibunda akan masuk dlm tong sampah....

    BalasPadam