بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kerana Nasionalisme?

Saya tak tahu kenapa senarai sultan yang memerintah kerajaan Kesultanan Johor dalam catatan yang diterbitkan di Indonesia (mereka tidak namakan kerajaan ini sebagai kesultanan Johor) begitu sedikit sekali.

Ada beberapa hal aneh yang saya sadar dalam catatan mereka, iaitu:
1. Sultan pertama dalam senarai mereka adalah sultan yang ke-11 dalam catatan di Johor.
2. Sultan dalam senarai mereka hanya bermula selepas ibu kota kerajaan berpindah ke wilayah yang sekarang menjadi sebahagian wilayah mereka - Mulai tahun 1699.
3. Kesultanan ini dalam catatan mereka bernama kesultanan Riau-Lingga & Jajahan Takluknya dan bermula tahun 1699. Padahal kesultanan yang mereka maksudkan ini telah diasaskan 150 tahun lebih awal di Johor. Hairan kenapa nama Johor terpadam dalam sejarah mereka (sekurang-kurangnya mengikut catatan buku yang saya rujuk ini)

Apa mungkin kerana nasionalisme? Boleh lihat catatan ini untuk perbandingan
Berikut ini adalah senarai sultan-sultan seperti di dalam catatan mereka

1. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718) - Sebetulnya sultan yang ke 11
2. Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah (1718-1722) - Sebetulnya sultan yang ke 12
3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760) - Sebetulnya sultan yang ke 13
4. Sultan Abdul Jalil Muazam Syah (1760-1761) - Sebetulnya sultan yang ke 14
5. Sultan Muhamad Syah (1761-1812) - Sebetulnya sultan yang ke 15
6. Sultan Abdul Rahman* (1812 - 1824/1832) - Sebetulnya sultan yang ke 16

Sila beri perhatian, Sultan Abdul Rahman (Sultan ke-16) baru dilantik menjadi Sultan Kerajaan Riau-Lingga yang pertama selepas gabungan Johor (dan Singapura), Riau-Lingga dan Pahang terpecah angkara perjanjian Inggeris dan Belanda.

Rujukan: Peninggalan-peninggalan sejarah Pulau Penyengat, terbitan Yayasan Kebudayaan Indera Sakti

4 ulasan:

  1. definisi sultan dalam sebuah negara adalah pertuanan ( mengikut kajian sejarah dimana sal ambil dalam sejarah khalifah) sehingga jadi pertuhanan yang diagungkan oleh rakyat jelatah. tp sal semakin ingin tahu bagaimana kehidupan raja raja dan sultan di pulau penyengat itu. sayangnya tidak banyak yang sal peroleh kecuali kalau sal sabar untuk membaca sejarah Raja Riau lingga di Lee kong Chian Referance section yang seperti hari tu sal tunjukan faz buku buku lama di situ, Library terbesar di Singapura berdekatan dengan bugis dan city hall.

    BalasPadam
  2. setahu saya, karena hal tersebut membahas tentang kerajaan/kesultanan di wilayah Indonesia, jadi yang dianggap sultan pertama adalah sultan yang memerintah riau-lingga pertama kali (bukan johor-riau walau sebenarnya masih satu kesultanan), johor tidak dimasukkan karena johor bukanlah wilayah indonesia

    CMIIW
    pendapat newbie, hehehe

    BalasPadam
  3. evinderman: Makasih komentarnya.

    Tentunya sejarah telah ditulis mengikut kepentingan pihak yang menulis. Maka itu mungkin hal ini terjadi.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya sejarah kerajaan johor-pahang-riau-lingga dimata masyarakat indonesia terasa sangat membingungkan, hal ini menyebabkan sedikit informsi sejarah yang dipelajari di sekolah, apakah kerajaan ini merupakan sejarah malaysia atau merupakan sejarah indonesia, tapi bagi saya kerajaan ni merupakan sejarah kedua negara bahkan 3 dengan negara singapura, selain kerajaan ni terletak antara wilayah 3 negara ini, tetapi kerajaan johor-pahang-riau-lingga adalah mulanya sejarah kerajaan lingga-riau setelah sultan ke 17 menjadi sultan pertama kerajaan lingga-riau, dan kerajaan singapura terbentuk setalah inggris melantik tengku husien menjadi raja singapura (kenapa saya katakan kerajaan singapura bukannya kerajaan johor! karena sultan husien hanya menjadi pemimpin di singapura sedangkan johor tetap pada temenggung yang setia pada raja di lingga, kemudian sultan ali anak dari sultan husein, pewaris selanjutnya kerajaan singapura mengakui sultan mahmud IV sultan ke IIII kerajaan lingga-riau sebagai penguasa sahnya, sehingga pada masa ini kerajaan lingga,riau,johor,pahang dan daerah takluknya kembali bersatu, tetapi disayangkan sultan mahmud IV diturunkan dari tahtanya oleh campur tangan belanda sehingga sultan pergi ke pahang dan mangkat di pahang.setelah itu kerajaan besar ni betul-betul telah tecerai-berai, belanda melantik sultan pengganti selanjutnya,pahang mula berdaulat sendiri, dan kemudian kerajaan johor bahru yang pada masa itu dipegang oleh temenggunng juga berdaulat sendiri yang berkekalan hingga sekarang ini, jika kita pelajari sejarah kenapa kerajaan dengan wilayah yang sama ini sering berubah-ubah nama kerajaannya, kadang disebut johor-riau, dan kadang riau-johor serta pada masa sultan mahmud III sultan ke 16 setelah memindahkan ibukota kerajaan ke daik, nama kerajaan ini berubah lagi menjadi kerajaan lingga-riau-johor dan pahang serta daerah taklukannya, bagi saya ini disebabkan kerajaan pada masa raja yang memerintah menjadikan ibukotanya pada wilayah tertentu sehingga dimana raja berkedudukan maka daerah tersebutlah yang harus disebut dahulu,atau mungkin pengaruh perubahan sistem kerajaan, sebagaimana pada masa raja ke 11 adalah mulanya Jabatan Yang Dipertuan Muda Riau, sehingga raja-raja selanjutnya beserta pembesar kerajaan berkekalan berada pada wilayah riau,barulah pada masa raja ke 16, sultan mahmud III memindahkan kerajaan ke daik,pada masa ni, Pembesar-pembesar kerajaan berpisah tempat, Yang Dipertuan Muda mula menempati pulau Penyengat, Bendahara ke Pahang dan wilayah johor dipimpin oleh Temenggung, sedangkan raja hanya memimpin daerah di kepulauan lingga, dan daerah lainnya oleh Orang Kaya, tetapi para pembesar-pembesar kerajaan tersebut tetap diharuskan berkunjung ke Lingga sebagai taat setianya kepada Raja, pada masa inilah kerajaan berubah nama menjadi kerajaan Lingga Riau Johor dan Pahang serta Daerah Takluknya, tidak perlu dipertikaikan antara wilayah Lingga,Riau,Johor dan Pahang, karena wilayah ini adalah wilayah asal kerajaan ni, dan diluar dari daerah ni barulah disebut sebagai daerah takluknya...

    BalasPadam