بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kawthaung; Myanmar yang serba Thailand

Kawthaung, bandar sempadan paling selatan di Myanmar
Perahu yang menyeberang Sungai Kra pada pagi itu hanya diisi tiga penumpang. Barangkali saya antara penumpang bertuah kerana dilayan seperti VIP. Ramai lagi calon penumpang yang mahu ke seberang sebelah sana, tapi cuma saya, rakan dan seorang penumpang wanita warga Kemboja saja yang diangkut. Yang lain dibiar menunggu perahu belakang yang masih belum siap. Mujurlah laluan membelah muara sungai ini tak selebar mana. Tebing seberang sana ialah Kawthaung, lokasi kembara saya di bandar paling selatan negara Myanmar. Negara yang ketika ini masih diperintah oleh junta tentera.


Kenapa saya pilih Kawthaung? Tentu ramai yang hairan kenapa dari sekian banyak lokasi mewah di seluruh Asia Tenggara, bandar kecil ini yang saya pilih. Ada apa di sana?, Tunggu.

Kawthaung dapat di akses melalui jalan air dari Ranong, Thailand. Bagi penduduk di sini, akses ke lokasi lain dalam negaranya sendiri jauh lebih sulit. Tidak ada jaringan jalanraya yang dapat hubungkan Kawthaung ke bandar-bandar di utara. Sekaligus memberi kesan pergantungan yang sangat ketara terhadap Thailand. Hal ini terbukti dengan lambakan barang-barang keluaran negara itu, dari makanan terproses, mainan kanak-kanak, perkakas rumah, hingga ke bahan-bahan binaan. Malah, warga Kawtraung sendiri berulang-alik tiap hari untuk berkerja di Ranong. Kesan sosial lain, rata-rata warga Kawthaung fasih bertutur berbahasa Thai. Suatu hal kontra yang tak kita temui di Thailand. Belum satu pun warga Thailand di Ranong ini yang saya temui boleh berbahasa bamar, bahasa rasmi Myanmar.

Ini hanya sebahagian alasan kenapa saya pilih lawat Kawthaung. Sebenarnya ada hal lain yang lebih penting dari itu.

Kawthaung ialah saksi bisu betapa luasnya sebaran wilayah Melayu yang pernah wujud. Nama Kawthaung sendiri diambil dari nama Melayu yang bermaksud 'Pulau Dua'. Tapi nama yang lekat dipakai ialah dari bahasa Thai, 'Koh Song' yang juga bermaksud Pulau Dua sebelum terpeleset jadi Kawthaung. Dalam pentadbiran Myanmar, Kawthaung diletak dibawah kuasa pemerintah Negeri Taninthary (baca: Taninsari). Bunyinya juga seperti Melayu bukan?. Bukan sekadar Kawthaung, nama negerinya juga diambil dari jajahan yang dulunya bernama Tanahseri.

Lalu apa lagi kesannya? Sebagai sebuah bekas jajahan Melayu, Kawthaung masih menyimpan khazanah berharga, khazanah itu ialah Bangsa Melayu itu sendiri. Malah orang Melayu Kawthaung masih mampu berbahasa Melayu dialek Kedah/Perlis dengan baik, lebih fasih dari jiran Melayunya di Ranong yang sudah perlahan-lahan mengaku bangsa Thai. Sebagai satu-satunya akses paling sempurna, saya mulakan kembara saya ke bandar terpencil ini melalui Ranong, dalam perjalanan ke selatan dari Bangkok.

pelancong Eropah ini hanya mahu perbarui visa mereka
Bas dari Bangkok ke Ranong berlepas jam 8.30 malam, 27 Disember 2011. Perjalanan ini menempuh jarak sejauh 470km. Masa yang ditempuh kira-kira 10 jam. Seperti biasa, lebih ramai pelancong Eropah dalam bas ekspress ini. Mungkin mereka juga mahu ke seberang. Dari catatan yang pernah saya baca, pelancong luar yang mahu tinggal lama di Thailand, suka keluar ke sempadan terdekat untuk perbarui visa. Mungkin itulah yang ingin mereka lakukan. Sepenjang perjalanan, saya amat mudah lelapkan mata. Nyenyak saya tidur hingga terus lena sampai ke destinasi. Hal ini mungkin saja kerana layanan bas ekspres yang saya naiki ini sudah menyamai layanan dalam pesawat. Ada penerangan tentang tatacara keluar masuk saat kecemasan, ruang simpan bagasi, jarak perjalanan dan jauh jarak tempuh yang tak ada bezanya seperti penerangan pramugari AsiaAsia. Hanya yang cacat, penerangan itu disampaikan krew lelaki yang sudah semestinya tak membuat saya terarik. Cuma sedikit lebih baik, bas ekspres ini turut hulurkan sehelai selimut dan sedikit hidangan selamat datang. Pendek kata, penumpang benar-benar dimanjakan. Saya tak pasti apakah semua perjalanan jarak jauh dengan bas ekspres seluruh Thailand seperti ini.

Azan subuh berkumandang sebaik kami tiba di Ranong. Di depan tempat duduk semua penumpang, sudah tersedia sebuku roti. Penumpang yang sudah bangun dari tidur yang sepanjang ini, dihidangkan secawan kopi oleh krew tadi. Satu lagi kejutan lima bintang dari syarikat bas ini. Mungkin boleh kita tiru untuk diaplikasikan di Malaysia.

Teriakan dari beberapa pengusaha bas minngui di terminal bandar Ranong memecah sunyi. Berpusu-pusu calon penumpang yang baru turun dari bas mengejar mana-mana bas berteriak nama destinasi. Ada teriakan "Myanmar, Myanmar, pier, pier" keluar dari salah satu dari kumpulan bas mini itu. Saya bersama seorang rakan yang ikut kembara ini terpancing dengan ajakan itu. Beberapa pelancong Eropah yang lain turut mengejar bas yang sama. Semuanya yakin naik bas itu tanpa rasa sangsi. Cuma saya keliru, kami berdua tak dibenarkan turun walau sudah sampai di pelabuhan, walhal semua penumpang wajah Eropah yang juga mahu ke Myanmar sudah dibebaskan. "No Worry", kata pemandu bas mini itu. "Untuk kalian, saya ada jalan lain yang lebih mudah kalau nak ke Myanmar" Jelas pemandu bas mini yang gemuk pendek itu. "tapi bukan di pelabuhan ini". Tambah pemandu itu. Sudah tentu dalam bahasa Inggerisnya yang patah-patah. 

Kini tinggal kami berdua saja dalam bas ini. Entah rancangan jahat apa yang hendak diatur si pemandu yang banyak mulut ini. Mungkin pelancong berwajah Melayu memang menaikkan nafsu untuk ditipu. Bayangan anak yatim Malaysia mangsa culik yang dikatakan sering dipaksa mengemis di Thailand segera menjelma depan mata. Tapi tentu bukan itu penghujung yang indah buat kami. Mujurlah layanan baik si gemuk pendek itu menghilangkan debar. Lucky, nama pemandu itu. Cara dia perkenalkan diri berikan sedikit keyakinan terhadapnya. Kami diajak minum di sebuah warung berdekatan bersama selingan ceritanya yang menghiburkan. Semua ceritanya tentang perempuan. Menurut dia, kalau kami tinggal lama di Ranong, dia mahu bawa kami jalan-jalan ke kebun kupu-kupu yang cantik. Malah sempat juga dia beri tips kalau ingin "pump-up" dengan kupu-kupu yang jinak itu. Begitulah istilah dia sambil tunjuk isyarat tangan bagi menerjemahkan pelakuan intim. Pertama kali saya dengar istilah itu.

Salah satu kaunter Imigresen di Ranong
Jam 8.00pagi, Lucky hantar kami ke satu lagi pelabuhan yang lebih kecil. Ada pejabat Imigresen yang dijaga seorang pegawai. Suasananya sudah mulai sibuk dengan bilangan tenaga kerja Myanmar yang berebut-rebut 'balik kampung'. Sebaik passport dicop, kami segera dibawa ke perahu. Sangat ringkas, tak seperti pemeriksaan imigersen yang biasa, segala kesenangan ini diuruskan Lucky. Baru kami sedar, pelabuhan ini hanya melayan urusan keluar masuk untuk warga Thailand dan Myanmar saja. Kami hanya bayar 100 Bhat (RM10) untuk tambang perjalanan ini. tidak termasuk upah 10 Dollar lagi kepada Lucky.

Penumpang wanita warga Kemboja yang ikut perahu kami tidak bersuara apa-apa. Dia tak tahu berbahasa Inggeris walau sepatah pun. Kami hanya teka saja apa tujuan dia ke Myanmar berdasarkan isyarat tangan yang dia lakukan. Dan dia hanya iyakan apa saja terjemahan kami. "Anda kerja di Myanmar?" "iya" angguknya. "Anda masih bujang?", Iya juga, jawabnya. "Anda sudah punya anak?" Iya lagi katanya. "Anda seorang pelacur di Kawthaung?" tetap iya, katanya. Pendek kata, apa saja yang kami tanyakan, dia akan angguk. Kesian dia, hanya jadi bahan tawa kami berdua. Namun dia tetap ramah membantu. Sanggup jadi jurupandu buat kami yang baru pertama kali datang ke negara junta ini.

tanpa disangka kami akan lakukan perjalanan ini
berlepas meninggalkan Ranong
Panduan untuk sesiapa yang ingin lakukan kembara serupa seperti kami, pastikan anda buat salinan fotokopi muka pertama passport anda terlebih dulu dan sediakan wang 10 Dollar untuk visa kedatangan. Diingatkan, hanya Myanmar satu-satunya negara ASEAN yang mengenakan visa buat warga Malaysia.

Kawthaung dilihat dari Ranong
Masuk wilayah Myanmar, perahu yang kami naiki berlabuh di sebuah pulau bernama Mwi Taw. Pulau ini menempatkan pos tentera Myanmar yang mengawasi perjalanan keluar-masuk di muara Sungai Kra. Pasport kami diserah untuk pemeriksaan tentera. Wajah kami turut diamati. Dan kami dilarang merakamkan gambar. Bila segalanya lancar, barulah kami dibenarkan berlabuh ke tanah besar.

Di Kawthaung, perahu yang kami naiki tak berlabuh di jeti. Terpaksa kami bertiga panjat tebing dan lompat pagar setinggi pinggang. Terasa begitu longgarnya kawalan sempadan negara ini. Kalau kami berniat mahu jadi pendatang gelap ke Myanmar, tentu tak ada siapa yang akan tahu. Cuma bila lihat wajah Kawthaung, mungkin kami harus fikirkan dua kali niat yang luar biasa ini. Hidup di Kawthaung seperti tinggal di zaman pra-sejarah. Siapa yang sanggup?. Penduduknya saja saban hari memandang masa depan di seberang sungai sebelah sana.

Kami hanya diturunkan di sini.
Tunggu perahu untuk ke Ranong
Visa saat kedatangan ini berharga USD10
Atas keinginan yang kuat untuk lihat pasport kami bercop, kami cari juga pejabat Imigresen. Mujur wanita Kemboja yang tadi bersama kami mahu membantu. Visa kedatangan pun diberi dan pasport kami disimpan hinggalah kami keluar dari Myanmar. Aturan yang perlu dipatuhi juga dinyatakan di situ; kami dilarang mengemudi sebarang kenderaan, kami tidak dibenar pergi sejauh 5km dari Kawthaung dan kami tidak dibenarkan tinggal lebih dari 5 hari. Begitulah aturan Myanmar untuk semua warga asing seluruh dunia kecuali warga Thailand yang diberi kelonggaran tinggal jauh lebih lama meski masih harus dengan visa.

Suasana bandar Kawthaung
Menjejakkan kaki ke Kawthaung sangat terasanya seperti berada di negara asing yang amat jauh. Padahal jaraknya tak sampai 5km dari sempadan Thailand. Kalau wajah penduduk di Ranong mirip Melayu Kecinaan, penduduk Kawthaung pula berwajah Melayu Keindiaan. Kulit mereka lebih gelap dan raut wajah lebih mirip penduduk Asia Selatan. Warganya rata-rata pakai sarong dan kunyah sirih sebagai pemanis mulut. Baik lelaki, baik perempuan. Jalan sekitar Kawthaung jadi merah hasil ludahan mereka.

Di bandar kecil ini tak banyak kenderaan lalu lalang. Tak sesak dan hampir tak terlihat kereta. Suasananya kelihatan kusam, warna bangunan tidak menarik. Catnya pudar. Lanskap juga nampak layu. Sangat kontra banding Ranong yang aktif dan kelihatan hidup. Melihat kedaifan seperti ini di beberapa negara Asia Tenggara, terasa sangat beruntung jadi warga Malaysia. Infra kita terlalu sempurna untuk ditandingi.

Inilah hotel penginapan kami
"Orang Malaysia ka? Orang Malaysia ka?" itu kejutan pertama yang kami terima. Tak pasti dari mana mereka tahu kami orang Malaysia. Dan dari setiap soalan itu, mereka tanyakan semuanya dalam Bahasa Melayu. Setiap sekali pertanyaan, sekelip mata kami dikerumuni tukang-tukang sapu bermotor yang menawarkan jasa. Kami langgan dua darinya dan minta mereka bawakan kami ke mana-mana hotel pilihan. Kami pilih Hotel Garden.

Selera Myanmar sama seperti di Malaysia
Ketika hari masih pagi, kami ambil kesempatan untuk sarapan di sebuah warung tak jauh dari hotel itu. Dapat kejutan lagi di warung ini. Kami ditanyakan menu makanan yang mahu kami pesan juga dalam bahasa Melayu, padahal mereka bertutur sama sendiri dalam bahasa Myanmar. Tak terfikir bagaimana mereka tahu kami orang Melayu. Aneh memang. Tambah aneh lagi, menu makanan yang ada di sini sama pula seperti menu makanan di Malaysia. Ada roti canai, ada teh tarik, ada nasi beryani dan juga ada kari. Sekali lagi, dengan sekelip mata kami dikerumuni. Ramai yang mengaku "saya pernah kerja di Malaysia".

Masih ada jejak warisan Melayu dapat dilihat di sini. Saya sempat upah dua orang penunggang motorsikal untuk dibawa melawat ke tempat menarik. Kami ke sebuah pulau yang dapat dihubungi melalui jambatan batu kerikil. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak satu papan tanda tapak kuburan Islam lama yang menggunakan huruf jawi.  Dan bila ditanyakan tentang nama pulau ini, mereka jawab pulau ini bernama Pulau Tuntung. Kata mereka, pada tahun 70an dulu, ramai penduduk Melayu Pulau Tuntung berpindah ke Malaysia bila ditawarkan kerakyatan. Sebahagian yang lain pindah ke Dua Batu, 20km ke utara.

Salah satu kesan tinggalan Bangsa Melayu
Sayang sekali, Pulau Tuntung waktu ini dihuni transmigran beretnik Burma beragama Buddha. "seluruh pulau-pulau yang ada di depan kita ini asalnya Tanah Melayu." Kata penunggang motorsikal yang kami upah tadi. Sambil menunjukkan pulau-pulau yang bertaburan di depan kami, dia menyebutkan satu persatu namanya dalam Bahasa Melayu. "Ini Pulau Tuntung, di sana Pulau Ular (Mwi Taw), seberang sana Rundung (Ranong), di situ Pulau Papan, sebelah sini Pulau Rhu, tak jauh di seberang sana Kampung Tengah" Begitu katanya. Saya hanya mendengar dengan penuh sayu bila melihat Tanah Melayu kini jadi milik bangsa lain.

Di Kawthaung, dapat saya katakan penghuninya terdiri dari 3 bangsa utama. Etnik India, Melayu dan transmigran Burma. Saya dengar (dan saya lihat), atas nama persamaan agama, keturunan India Muslim dan orang Melayu lokal sering berkahwin campur. Manakala Keturunan India bukan islam berkahwin dengan transmigran Burma. Perkahwinan ini telah hasilkan satu generasi baru Kawthaung. Wajah-wajah campuran separa gelap inilah yang saya temui di segenap pelosok bandar ini. Tapi ada juga kelompok kecil etnik Cina. Kini semua mereka sudah saling berinteraksi dalam satu bahasa yang sama – bahasa Burma. Tapi rata-rata penduduk boleh bertutur dalam dua bahasa yang lain, sama ada bahasa Burma dan Thai atau Burma dan Melayu.

Anak-anak etnik Burma ini fasih bahasa Melayu
Khusus penutur bahasa Burma dan Melayu, penuturnya sudah tentu dari Melayu keturunan yang berdialek Kedah/Perlis dan lain-lain penganut Islam yang rata-rata pernah kerja di Malaysia. Terbiasa mendengar bahasa Melayu, ramai penduduk Myanmar dari etnik lain juga tertarik mempelajarinya. Saya sendiri temui ramai kanak-kanak etnik Burma yang faham dan mampu tuturkan beberapa kosakata. Saya juga belajar beberapa kalimat biasa bahasa Myanmar dari mereka. Ternyata proses Burmanisasi penduduk bukan Burma tidak sekejam proses Tainisasi di Thailand.

Biarpun Melayu Myanmar kini lebih selesa berbahasa Burma, bahasa Melayu tidak dilupakan. Mereka menggunakan sepenuhnya kewujudan Malaysia untuk memperkukuh identiti keMelayuan. Sama seperti pengalaman saya melihat penduduk Cham di Vietnam dulu.

Penduduk Kawthaung banyak bercerita tentang ketidakpuasan hati pada pemerintah junta. Ramai yang tak sabar menanti demokrasi terlaksana. Sekatan demi sekataan telah memaksa penduduk bergantung sepenuhnya hidup mereka kepada Ranong. Ketika kedatangan saya itu, Kawthaung masih tidak dibekalkan liputan telefon selular. Penduduk menggunakan sim kad Thailand untuk berhubung sesama sendiri tanpa caj perayauan. Dari mereka, baru saya tahu operator selular mula diperkenalkan ke seluruh Myanmar mulai tahun 2007. Dan liputannya masih terhad. Selain itu, sistem kad kredit juga baru saja diperkenalkan. Itupun terhad di Yangoon dan Mandalay. Kalau sesiapa ingin ke sini, pastikan anda bawa wang tunai yang cukup. Selain tidak terima kad kredit, mesin ATM juga tak tersedia.

Sayang sekali luas wilayah kembara kami dibataskan oleh pemerintah Myanmar. Dengan batasan dan kemudahan yang begitu sulit, sangat membantutkan cita-cita kami untuk meneroka Myanmar dengan lebih jauh lagi. Duit kami kehabisan dan kami tidak dapat mengeluarkan wang tambahan. Tidak ada kemudahan mesin ATM, malah kad kredit tidak diterima, melihatnya pun mereka tidak pernah. Nasihat saya kepada para pengembara serupa, pastikan anda lakukan perancangan yang sangat rapi sebelum ke sini. Baik fizikal dan material.

50 ulasan:

  1. Wahhh.. perjalanan yang mengesankan pakcik..
    Jadi pingin juga :D
    anyway, boleh konvert biaya selama di Thailand dalam rupiah?
    saya ingin ke Malaysia dan Thailand.. Suatu hari nanti.. :D

    BalasPadam
  2. Boleh, tapi dalam RInggit. Btw, dibaca dulu ceritanya ya...

    Ini biaya perjalanan kami seluruhnya;
    KL - Bangkok (dgn keretapi) = RM111
    Bangkok - Ranong (naik bus) = THB550 (RM55)
    Ranong - Kawthung - Ranong (perahu) = THB200 (RM20)
    Ranong - Suratthani (naik travel) = THB450 (RM45)
    Suratthani - Koh Samoi - Suratthani (dengan feri) THB700 (RM70)
    Suratthani - Hadyai (naik travel) = THB400 (RM40)
    Hadyai - KL (naik bus) = THB450 (RM45)

    BalasPadam
  3. Sudah baca pakcik, di seri sebelumnya juga.. foto-fotonya juga..
    tapi x tahu nak komen apa.. speechless sama perjalanannya.. so fantastic hahaaa :D
    Dulu pernah kehilangan bimbit di Thailand kan pakcik? :p

    asumsikan sekarang sekitar RM 1 = 2900 rupiah..

    KL - Bangkok (dgn keretapi) = RM111 = 320.000
    Bangkok - Ranong (naik bus) = RM55 = 159.000
    Ranong - Kawthung - Ranong (perahu) = RM20 = 57.650
    Ranong - Suratthani (naik travel) = RM45 = 129.800
    Suratthani - Koh Samoi - Suratthani (dengan feri) RM70 = 201.800
    Suratthani - Hadyai (naik travel) = RM40 = 115.300
    Hadyai - KL (naik bus) = RM45 = 129.800

    ehh, ini belum termasuk cost untuk menginap ya..
    HHee, nabung dulu lah.. :D
    Pernah ke Indonesia juga pakcik?

    BalasPadam
  4. Fazli ni kalau ke Indonesia dah bolak-balik Har..
    Pernah juga nginep dirumahku di Malang sana..

    Weetje?

    BalasPadam
  5. Diitung rupiah jadi berapa ya?

    RM 1 = IDR 2800

    BalasPadam
  6. Iya, bebas visa masih belum diberlakukan di Myanmar,Laos dan Kamboja

    BalasPadam
  7. Menarik sekali, tp kesian dgn perempuan Kemboja tu...hehehehehehhehhehehhee....^_^

    BalasPadam
  8. Fazly...Kalau di Thailand, sisa-sia pengaruh Melayu hanya sebatas di selatan Thailand atau sampai di bandar-bandar lain juga??? atau semua kawasan sdh menjadi Thailandnisasi???

    BalasPadam
  9. huflepuff: Iya, dulu sempat hilang HP di Bangkok.. haha, gara2 careless.
    Ini semua kos perjalanan, saya pergi ke banyak tempat, makanya lebih banyak biaya. Kalau hanya mau di Hadyai, Biayanya iya hanya Rp129.800 x 2. Tergantung tempatnyalah.

    Ke Indonesia?, Hanya tinggal Bali, Nusa Tenggara, Sulawesi, Maluku dan Papua aja yg belum. InsyaAllah sampai juga nanti

    BalasPadam
  10. anak-anak itu tak kangenkah sama omcik?

    BalasPadam
  11. Kesan paling ketara hanya sebatas 3 wilayah paling selatan: Pattani, Yala dan Narathiwat, Bahasanya, nama penduduknya, nama tempat dan monumen masih banyak berbau Melayu. Makin ke utara, pengaruh Melayu kian hilang. Bahasa Melayu makin pupus, yang tinggal hanya monumen. Di Ranong, masih dapat dilihat perbatasan yang dibuat antara Kesultanan Melayu lokal dan Pemerintah Sukhotai bagi membahagikan batas wilayah Melayu dan Thai satu masa dulu. Sayangnya mereka ingkar dan melanggar Wilayah Melayu sampai perbatasannya jadi seperti perbatasan Malaysia dan Thailand sekarang.

    BalasPadam
  12. Saya tambah dikit ya bang...5 provinsi perbatasan Malaysia-Thailand yg masih tebal pengaruh melayunya. Narathiwat, Yala, Satun, Songkhla dan Pattani. Pattani tempat lahirnya pejuang (PULO). Paling banyak menyimpan sejarah Kesultanan Melayu dan sini juga terdapat masjid tertua di nusantara.

    Kesemua wilayah ini orangnya bisa bicara melayu tapi ikut dialek lokal. Misalnya Narathiwat & Pattani pake dialek Kelantan, Yala, Songkhla & Satun (Setoi) seakan-akan dialek Kedah hehehehe...

    BalasPadam
  13. Lewat Hadyai berarti tak mampir ke Pattani kan? rugi doong Faz, sedangkan Songkhla & Pattani saya kira paling cantik tapi agak merbahaya hahahahaha...

    BalasPadam
  14. Saya tak lewat Patani. Kalau dari Hadyai masih boleh juga ke Patani krn masih di Pantai Timur. Cuma kalau lewat Patani, bererti harus masuk ke Malaysia dari Kelantan. Makin jauh ke KL kalau gitu.

    BalasPadam
  15. Nang sroboyo sisan mas no?
    Wahh. hobi mbolang kaya' sampean :p

    BalasPadam
  16. Berarti sudah ke Jawa juga pakcik? (sudah dijawab leh Mas Nono sih.. hehee)
    Saya sekarang kuliah di Surabaya.. pernah kesana juga ya? :D

    Saya malah belum penah ke Sumatera, Kalimantan..

    BalasPadam
  17. Surabaya? sudah, sempat ke ladeng apel, Batu. Juga sempat singgah di Madura.

    BalasPadam
  18. Kalau Malaysia, semua negara di Asia Tenggara sudah bebas visa kecuali Myanmar dan Timor Leste

    BalasPadam
  19. ^_^ Fazly, rasanya teringin sgt nak melawat ke Brunei via Sabah dgn awak, tp bila tak tahu...belum cukup duit lg...^_^

    BalasPadam
  20. Jom, Karim. Kita kejar destinasi ini. Sebenarnya, sebelum saya putuskan untuk ke Thailand - Myanmar ini, inilah destinasi yang ingin saya kejar. Tapi bila mau book tiket dalam masa yang singkat, tiketnya jadi mahal. jadi saya study trip ke Indochina aja. Kalau ikutkan, ada lagi destinasi lain yang mau saya teroka. Thailand - Laos atau Vietnam - Kemboja. Nantilah... semoga tercapai satu hari nanti

    BalasPadam
  21. nah kita dulu disuguhi oleh sejarah apa saja Melaka lah pemulanya..padahal di Utara pun sudah wujud suatu peradaban civilisation...belum lagi Pahang, Gurun yang disebut dalam sumpah Palapa...

    BalasPadam
  22. Kerana sejarah Malaysia hari ini bermula dari Kerajaan Melaka. Kalau sejarah Malaysia berkait rapat dengan sejarah awal Kedah atau Kelantan dan bukan Melaka, tentunya kita tak kenal siapa Parameswara.

    BalasPadam
  23. Parameswara kad pengenalannya mykad atau KTP??? :-P

    BalasPadam
  24. sebelum pindah ke Melaka, dia pakai KTP :)

    BalasPadam
  25. ya dan sejarah harus diperbetul...

    BalasPadam
  26. Gadja Mada saja sudah kenal ring Pahang, Gurun....lebih dahulu dari kita...katanya kalo Majapahit belum bisa takluk Pahang dan Gurun dia bersumpah tak mau makan buah pala ...

    BalasPadam
  27. Oh, saya sendiri belum tahu kalau itu. Ternyata ilmu sejarah saya masih banyak kurang ya, pakdin.

    BalasPadam
  28. Patutlah dia tak mau Pak Din, rasa buah pala pedas ...dibuat manisan palapun masih terasa pedas...kwkekekkekkekkekekeke

    BalasPadam
  29. Pak din...saya tanya pakai mykad atau KTP kerana boleh jadi kad pengenalan Parameswara NRIC-S'pore, sebab dahulu dia pernah duduk kat Temasek...kwkekekekekkekekeke

    BalasPadam
  30. apa 'sekarang' dia pegang 3 kerakyatan? :-)

    BalasPadam
  31. Boleh jadi...bebas Visa kot...^_^ nak pegi kemanapun boleh...kwkekekekekekekke

    BalasPadam
  32. jangan Rim...di Temasik dibunuhnya Tamagi seorang wakil Kerajaan Siam si Parames ini kaburrrr jadi buronan ke Melaka...bahaya...

    BalasPadam
  33. Parameswara pastinya ngaku dulu KTP tapi sekarang Mykad..NRIC Spore gak mungkin karena dia udah bikin onar di sono membunuh wakil kerajaan namanya Tamagi...makanya lari dia ke Malaka...

    BalasPadam
  34. dia bunuh karena tak di bagi kad pengenalan Thailand....hahahahhaahhahahahha Maaf semua Gurau aje...^_^

    BalasPadam
  35. silakan pergi cari Sumpah Palapa...

    BalasPadam
  36. “Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukita palapa, sira Gajah Mada : Lamun huwus kalah nusantara Ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa “

    "Gajah Mada, the prime minister, said he will not taste any spice. Said Gajah Mada : If Nusantara (Nusantara= Nusa antara= external territories) are lost, I will not taste "palapa" ("fruits and or spices"). I will not if the domain of Gurun, domain of Seram, domain of Tanjungpura, domain of Haru, Pahang, Dompo, domain of Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, in which case I will never taste any spice."

    BalasPadam
  37. Tanjungpura dan Dompo dalam catatan ini sekarang ada di wilayah mana?

    BalasPadam
  38. hehe.. menarik juga sejarah versi kita ni, Karim.

    BalasPadam
  39. Tanjung Pura sana la Li Kalimantan...kerajaan Melayu..Dompo mahap tak cari lagi...

    BalasPadam
  40. oh.. hehe.. pernah dengar nama tanjung pura. (terblur kejap)

    BalasPadam
  41. Dompu ini sekarang masuk kabupaten di wilayah provinsi Nusatengara Barat (Lombok) bang...

    BalasPadam
  42. saya ingin bermotosikal ke ranong. tempat apa yang menarik di sana dan makanan halal terdapat banyak ke di sana

    BalasPadam
  43. Salam, En. Kamal.

    Soal makanan halal di Ranong, tak usah khuatir.Hampir separuh penduduk di sini beragama Islam. Jadi anda akan temui banyak masjid dan restoran muslim (sebetulnya Melayu Islam). Tempat menarik selain lintas sempadan ke Myanmar, anda boleh juga ke Ranong Canyon, tapi agak jauh dari bandar. Juga ada objek lain yang sebetulnya sama seperti di Malaysia. Pantai, air terjun, kolam air panas, gua dll. Tapi saya sarankan anda Kor Kod Kra, sebuah batu yang menandakan sempadan asal kesultanan Melayu (tercatat nama sultan , tapi tak pasti dari kerajaan mana) dan Siam. Sekarang sudah dibina tugu.

    Selamat mengembara

    BalasPadam
  44. Tahniah En Fazli atas keberanian melawat tempat2 sampai ke Burma. Bukan mudah tu. Kita tanah Semenanjung Malaysia adalah setanah dengan Thailand hingga utara, tapi rakyat Malaysia memang takut nak melancong ke sana. Mereka lebih senang ke Indonesia lagi, walaupun melintas lautan. Tkasi atas catatan cerita yg membawa pengetahuan kemanusiaan. Betullah jauh berjalan luas pandangan. Maksud satu ayat AlQuran : Berjalanlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah keindahan alam. Tahniah En Fazli

    BalasPadam
  45. Negara2 Asia Tenggara ni trbntuk skrg ni akibat penjajahan kuasa Barat, British, Belanda, Perancis n Amerika Syarikat / Sepanyol.. Trmasuk Thailand sndiri yg dianggap wilayah penampan kuasa Barat ni.. Sepatutnya ada kajian sempadan semula negara2 Asia Tenggara ni seperti sblum dijajah ye

    BalasPadam