Gunung Daik dilihat dari jauh |
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di kandung Tanah
Budi yang Baik dikenang Juga
Lihat lebih gambar di sini.
Saya yakin, buat mereka yang tak sukakan sejarah, tak siapapun tahu di mana letaknya Pulau Lingga, bukan sekadar warga Malaysia, teman warga Indonesia juga keliru di belahan mana daerah ini berada. Buat mereka yang buta, Lingga ialah salah satu pulau dalam gugusan pulau-pulau di Kepulauan Riau.
BAGAIMANA SAMPAI KE SANA
Hajat untuk ke Lingga telah tertanam lama sebelum saya ke Pulau Penyengat lagi. Malah sebelum saya obses mengkaji sejarah Johor pun, hasrat untuk ke Lingga sudah ada. Cuma bila memikirkan pulau ini termasuk sebahagian Indonesia, dan lokasinya agak jauh ke selatan, niat itu saya pendamkan dulu hinggalah saya dapat jalannya melalui seorang kenalan maya yang kebetulan anak Lingga.
Muizzuddin, namanya. Jasa insan ini tak terbalaskan. Saya tujukan bait pantun di atas buat dia yang terlalu baik meski kami belum pernah bersua muka. Dari dialah saya dapat info tentang pulau perawan itu. Tentang lokasi wajib singgah, tentang tatacara ke sana, tentang pengangkutan, penginapan, nombor kecemasan untuk dihubungi dan serba-serbi tentang Lingga yang patut saya tahu. Infonya sangat lengkap, malah lebih dari apa yang saya parlu. Dari dia terjalinlah ukhuah antara saya dengan ramai orang di sana. Sayangnya untuk mencapai Lingga ternyata tak semudah yang saya sangka. Tak ada feri langsung dari mana-mana pelabuhan di Johor. Satu-satunya cara yang ada ialah melalui Bintan, sebelum sambung perjalanan naik feri lain dua kali sehari sejauh 5 jam ke selatan. Akibat sulitnya akses ke sana, dan keadaan cuaca yang kurang mesra, Lingga hanya dapat saya jelajah dalam tempoh yang begitu singkat.
Ketika saya suarakan hasrat ingin ke Lingga, Muizzuddin sedang ada di Bandung, masih menunggu masa tamatkan kuliahnya yang tinggal setahun. Tak mahu buang waktu, saya teruskan juga niat ke Lingga biarpun harus sendiri. Alhamdulillah Muizzuddin tak lupa kirim pesan dari jauh agar saya tak tersesat.
DETIK PERTAMA
Saya siang-siang dah diterangkan kalau feri menuju Lingga akan berhenti singgah di banyak lokasi. Ini suatu pengalaman baru bagi saya, belum pernah saya lihat perkhidmatan feri yang berfungsi seperti bas awam. Apa lagi semua 'terminal singgah' itu adalah pulau-pulau cantik yang bertaburan di sepanjang laluan. Saya hayal nikmati keindahan itu. Muncullah fikiran jahat membayangkan betapa masyhurnya tempat ini kalau ia masih 'sebahagian' dari Johor, atau paling tidak dibawah kedaulatan Malaysia.
Ketika feri rapat ke Pelabuhan Tanjung Buton, saya terima satu lagi SMS dari Muizzuddin menyatakan ada orang akan jemput saya di situ. Semakin mendekati pelabuhan, semakin tak karuan memikirkan apa yang bakal saya lalui di pulau asing itu nanti. Takut kehadiran saya tidak disenangi, takut-takut sikap saya nanti salah di mata masyarakat, dan bimbang saya bakal pulang dengan misi yang gagal.
Allhamdulillah, sebaik berdiri di luar pintu feri, ada insan kecil seusia sekolah rendah menyapa. Dia memperkenalkan dirinya Uji, adik Muizzuddin. Demi melihat dia, hilang rasa risau. Malah timbul satu keyakinan kalau saya akan selesa selama tinggal di pulau comel ini. Saya dijemput ke rumahnya dengan sebuah motor skuter. Uji minta saya mengemudinya. Bertambahlah saya selesa, terasa benar-benar seperti di kampung sendiri. Tak berapa lama, kami sampai di sebuah rumah papan yang didirikan dalam rawa. Satu lagi suasana biasa yang langsung membuat saya makin serasi. Kampung seperti ini sangat lazim saya temui di pantai barat Negeri Johor, khasnya kampung-kampung di Pontian, Muar dan Batu Pahat yang nama depannya diambil sempena nama 'parit'. Seperti dejavu. Seperti pernah saya lalui suasana ini pada masa dan situasi yang tak pernah saya tahu.
Tak ada sesiapa di rumah ini. Hanya ada Uji dan saya, tamu dari seberang. Ayah dan ibunya, sudah keluar ke kebun. Saya diajak masuk sambil menunggu kedua orang tua itu pulang. Canggung rasanya jejakkan kaki kali pertama, malu-malu juga lihat Uji. Tak tahu kata apa yang paling sesuai untuk saya mulakan perbualan dengan adik kecil itu. Hampir sejam menunggu, kedua orang tua Uji pun pulang bawa seraga rambutan. Lalu kami berkenalan. Serasa seperti sudah kenal lama, padahal inilah kali pertama. Sekali lagi, terima kasih buat Muizzuddin untuk kejutan yang tak terduga. Kini saya kenal Lingga.
Tiga hari di Kampung Melukap Laut, saya begitu menyatu. Tiap hari kami 'sekeluarga' makan tengahari dan malam bersama sambil bertukar cerita tentang kisah hidup 'saudara serumpun' di dua wilayah terpisah. Juga turut kongsi emosi bilamana hubungan darah yang sudah mulai jauh ini direnggangkan lagi dengan isu-isu panas kedua negara. Tiap malam saya tonton tv dengan Uji sambil tanyakan prestasi pelajarannya. 'Adik kecil' saya ini ternyata pandai belajar. Mewarisi ketokohan abangnya Muiz, yang sedang kuliah di Bandung, dan kakaknya Tuty, yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi di Tanjung Pinang. Saban petang kami naik motor berdua keliling pekan kecil Daik dan bersilaturahmi ke rumah Pakcik Salleh, ayah kepada Wandi, rakan karib Muizzuddin. Mengikut perancangan Muiz, Wandi seharusnya menemani saya selama di Lingga. Sayangnya dia juga sedang di luar daerah. Mujur ada Hussain, anak angkat Pakcik Salleh,
Rumah Pakcik Salleh ada di Kampung Tanda Ulu. Saya sering sarapan pagi di rumah mereka sambil menjamu pelbagai juadah yang semuanya sama seperti di Johor. Melalui Hussain, langkah saya makin panjang. Kami jelajah keliling pulau, ke kaki Gunung Daik dan mandi air terjun, menuju Pantai Pasir Panjang dan melawat objek bersejarah Istana Damnah dan Bukit Cengkeh selain berkenal-kenalan dengan ramai orang di banyak lokasi.
Ternyata hidup sosial orang Lingga sama saja seperti Melayu kampung di Malaysia. Cuma mungkin keluhuran budi mereka jauh lebih murni. Sepanjang di sini, saya tak lihat remaja berpelesiran mundar-mandir merempit atau ambil bahan terlarang. Tak nampak remaja bertapa 24jam di kafe siber sambil main games. Suasana di Lingga masih jauh untuk mencapai kejahatan itu. Lingga masih pertahankan keaslian kampung Melayu tradisi.
LINGGA DALAM SEJARAH
Dalam sejarah Johor, nama Lingga muncul selepas Kerajaan Melayu Melaka jatuh di tangan Portugis. Kejatuhan Melaka beri kesempatan kepada Johor mewarisi semua legasi yang ditinggalkan. Sepanjang tempoh itu, Lingga khasnya Daik pernah dua kali jadi pusat pemerintahan, bersilih ganti bersama Kota Tinggi (sekarang di Johor), Kota Piring (sekarang di Bintan), Penyengat (sekarang di Bintan) dan Pulau Tambelan (tak jauh dari Kalimantan). Kecuali Kota Tinggi, semua lokasi yang saya sebutkan di atas sekarang ini bukan lagi sebahagian dari Malaysia. Pulau-pulau selatan ini terpisah dari taklukan Johor sejak 1824, dan mulai membentuk kesultanan sendiri dibawah naungan Belanda selepas itu. Sejarah panjang Empayar Kesultanan Johor pun berakhir. Sekarang kesemua lokasi itu harus rela bergabung bersama wilayah naungan Belanda lainnya dibawah payung Republik Indonesia.
Sebelum berpisah, Lingga ialah pusat pemerintahan terakhir Johor-Riau dibawah Sultan Mahmud Syah III. Kemangkatan baginda merupakan noktah buat empayar Johor yang berkuasa di laut selatan antara Semenanjung, Sumatera dan Borneo. Perebuatan kuasa antara putra sulung dan adindanya bagi menggantikan Sultan Mahmud III yang mangkat telah mengundang campurtangan Inggeris dan Belanda. Kedua-dua kuasa ini kemudian menggariskan sempadan naungan masing-masing. Bahagian utara Selat Singapura ditetapkan sebagai wilayah naugan Inggeris dibawah kuasa di abang. Bahagian selatan diserahkan pada si adik dibawah naungan Belanda. Hingga ke hari ini, saya diberitahu kerabat Diraja Johor sering melawat Lingga atas kapasiti peribadi.
TINGGALAN SEJARAH
Kesan peninggalan sejak zaman Melaka, hingga Lingga ditakluk Belanda, boleh ditemui di pulau ini. Terutamanya makam sultan, binaan tinggal dan kuburan kerabat. Antara yang mengesankan saya ialah sebuah masjid warna kuning yang dibina oleh Sultan Mahmud Syah III. Sekali pandang, senibinanya sama seperti Masjid Telur yang ada di Pulau Penyengat, Bintan. Kebetulan kedua-duanya dibina oleh tokoh yang sama. Baru saya ingat, senibina yang sama juga boleh ditemui di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, di Telok Blanga, Singapura, yang masih ada sampai sekarang. Kesan lain ialah reruntuhan istana Damnah, milik Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II, Sultan ke-4 dalam salasilah kesultanan Riau-Lingga selepas berpisah dari Johor. Sayang sekali nasib binaan ini sama seperti bekas istana yang ada di Pulau Penyengat. Terlantar dan terbiar sendiri. Kesan lain ialah beberapa laras mariam yang boleh dilihat di kubu Bukit Ceneng, sebuah kubu pertahanan yang dibina untuk menangkis serangan Belanda. Strukturnya juga sama seperti kubu yang pernah saya lihat di Pulau Penyengat, di Bintan dan di Kota Lukut, Negeri Sembilan. Ketiga-tiganya memang dibina bagi mengusir penjajah yang sama.
LINGGA MASIH PERAWAN
Ketika mendarat di Pelabuhan Tanjung Buton dulu, saya heran lihat suasana yang sepi. Tak seperti pelabuhan lain di banyak lokasi yang pernah saya singgah sebelum ini. Pelabuhan Tanjung Buton terasing dari kawasan mukiman penduduk. Berjalan ratusan meter ke dalam barulah kelihatan sebuah-dua rumah. Suasananya baru mula meriah bila sampai di pekan Daik, kira-kira 3km dari pelabuhan. Barulah kelihatan beberapa bangunan pemerintah, sederetan rumah kedai milik peniaga Cina dan kampung-kampung Melayu yang saling berdekatan antara satu sama lain. Saya difahamkan, Lingga baru saja 'disentuh' beberapa tahun terakhir semenjak dinaiktaraf jadi kabupaten (Malaysia: daerah). Sejak itu, barulah bermunculan beberapa dinas (Malaysia: jabatan) kementerian buka cabang, jalan-jalan diturap dan beberapa kawasan hulu terhubungkan dengan jalan-jalan baru yang telah dan sedang dibina.
Di setiap Kota/kabupaten dalam Provinsi Kepulauan Riau yang pernah saya pergi, Lingga kelihatan masih sepi, segar, aman dan mendamaikan. Masih sedikit pendatang luar bina hidup di sini melainkan beberapa petugas kementerian dan guru.
BAHASA DAN PENDUDUK
Saya berani jamin, bahasa Melayu dialek Johor-Riau yang dituturkan di Lingga paling asli berbanding penutur dialek yang sama di daerah-daerah lain termasuklah di Malaysia. Tak terdengar satupun kata pinjaman bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka. Tak kelihatan sedikitpun pertuturan mereka yang menerima pengaruh Bahasa Indonesia seperti yang terjadi di banyak daerah lain di negara itu, apalagi memakai dialek Jakarta. "Kekok kami nak ikut cakap mǝrekǝ" begitulah menurut seorang kenalan yang baru saya kenal di sana. Bahasanya 100% boleh kita faham dan 99.99% kosakatanya sama dengan bahasa Melayu Johor. Kecuali untuk kata 'ya', mereka pakai 'auk' seperti dalam dialek Sarawak dan Pontianak. Kata 'saya' mereka gantikan 'kami' dan kata 'boleh' mereka bilang 'bisǝ'. Lenggok bicaranya seperti lenggok bicara atok nenek saya di kampung. Penduduk Lingga, rata-rata keturunan Melayu. Di sini, perkahwinan dengan Melayu Malaysia tak dianggap perkahwinan dengan orang asing. Ini menurut info yang saya dapat. Pendatang luar sangat langka di sini. Malah mereka perlahan-lahan terasimilasi dengan penduduk Melayu tanpa disedari - jiwanya dan bahasanya. Banyak sebenarnya pendatang pulau luar berhijrah ke sini ratusan tahun dulu. Tapi mereka telah mengaku Melayu, sama juga seperti keturunan Jawa, Banjar, Minang, Bugis, Boyan dan Buton di Malaysia. Ayah Muizuddin sendiri berketurunan Banjar.
LOKASI WAJIB SINGGAH
Selain kesan tinggalan sejarah seperti yang saya sebutkan di atas, banyak lagi objek lain yang ditaruhkan jadi objek tumpuan pelawat. Antaranya tentulah Gunung Daik yang bercabang tiga itu. Saya difahamkan ramai pendaki Malaysia pernah ke sana. Selain itu, pantai di Lingga tak kalah indahnya dari yang lain-lain. Saya hanya sempat ke Pantai Pasir Panjang dan lihat sendiri keindahan alam di sana. Ternyata pasirnya memang panjang. Juga Air Terjun Resun yang juga tak kalah memikat. Uniknya di Lingga, segala objek tumpuan di sini tidak serabut dengan kedatangan manusia. Sangat sesuai untuk siapa yang berhajat menenangkan jiwa.
DEDIKASI
Khas buat Pak Burhanudin dan isteri serta anaknya Fakhruddin Arrazi (Uji) di Kampung Melukap Laut, juga anak mereka, Tuti di Tanjung Pinang, serta keluarga Pak Salleh serta isteri, anaknya Seri, cucu dan anak angkatnya Hussin di Kampung Tandǝ Ulu. Jutaan terima kasih atas jasa baik kalian 'menjaga' saya selama di sana. Tak tahu bagaimana membalas jasa anda semua. Harap kita dapat bertemu lagi satu hari nanti. InsyaAllah saya akan ke Lingga lagi.
Menarik sekali, sangat lengkap. Saya yang 2 kali ke Dabo tak selengkap ini. Awal 2000 memang banyak jalur feri Stulang Laut-Tg. Pinang. Kini tinggal 2, salah-salah sehari satu. Tak tahu kenapa. Dulu ada juga jalur Tg. Belungkor-Tg. Pinang. Skrg dah tak ada. Hari tue cuaca oke kah? arus agak kuat kan? lewat Tg. Uban itu yg ngeri hehehehe...
BalasPadamPernah kamu catat kosakata mereka?
BalasPadamEn. Jim ke Dabo? Singkep? Hmm... ada apa di sana?
BalasPadamWaktu saya ke sana, selatan Johor, Singapura dan Kepri sedang dilanda hujan. Ombak membadai kuat, Feri Stulang - Tanjung Pinang yang seharusnya 3 kali sehari hanya tinggal sekali sehari. Itulah sebabnya. Cuma perjalanan dari Pinang ke Lingga lebih baik. Airnya tenang. Opss, saya sempat bawak motor dari Tg.Pinang ke Tg.Uban. Jawannya wow... memngerikan. 2jam baru sampai
Tak usah dicatat. Aku masih ingat. Pokoknya, kami bisa paham. Yg ketara hanya kata 'ya' yang mereka sebut 'auk'. Dan kata 'boleh' mengikut maksud kami yang mereka bilang 'bise'.
BalasPadamMenarik...^_^
BalasPadamhmmm... tertarik
BalasPadamsgt....^_^, ...masa tuh ada kesempatan bertugas ke Pulau Anambas, tapi saya batalkan dan diganti kawasan lain karena takut cuaca di laut sekarang :-(
BalasPadamalangkah ruginya. Saya sendiri teringin hendak ke sana. Sayangnya harus ke Pinang dulu. Padahal lebih dekat kalau dari sini
BalasPadam^_^ Jauh Fazly naik kapal laut..:-( Kapal terbang dari Batam katanya tak ada...yg ada ke Natuna...
BalasPadamKalau saya sudah nekad mau ke sana, naik kapal pun sanggup. Meski berhari-hari. InsyaAllah satu masa nanti saya ke sana juga (mau ke Palembang aja masih tak jadi-jadi :p )
BalasPadamBugis apa kalo takut ke laut hahahaha...
BalasPadamdulu, saya Jawa. Sekarang JAWI. :p
BalasPadamBukan bugis pontian ker?
BalasPadamhaha.. saja je
BalasPadamTak Melayu Hilang di Bumi..kite memang bersaudare..tp sayang selain inggris n belanda yg memisahkan,,pihak media juge sering memanas2,memprovokasi hubungan yg baik ini..
BalasPadamBapak saya asli Daik(kampung masjid)..lahir/ besar di Dabo..dan kini tinggal di Karimun
terime kasih atas tulisan yg baik ini..
AZMI
Sama-sama dan salam kenal Azmi
PadamSalam, saya berminat untuk melakukan kembara ke Pulau Lingga. Namun tiada sebarang kenalan disana. Mohon sesiapa yang mempunyai kenalan untuk memberikan saya petunjuk bagi memudahkan perjalanan ke sana. 0162525848 / nkamri@gmail.com
BalasPadamGigaslave: maaf sebelumnya kerana lambat baca. ada beberapa kenalan saya di lingga, nanti saya kirimkan nombornya dalam email. Terima kasih sudi berkunjung ke laman ini.
BalasPadamboleh nayatkan kos untuk ke sana? sangat berminat utk kembara jalan.
BalasPadamOneF, Kos ke sana boleh dikira mulai perjalanan dari Jeti Stulang Laut (JB) ke Pulau Bintan. Harga perjalanan dua hala RM140. Perjalanan Bintan - Lingga Rp150,000 (RM45).
BalasPadamLingga tak banyak hotel, tapi ada beberapa penginapan yang boleh ditempah dengan harga Rp50,000
Terima kasih diatas maklumat yang anda paparkan mengenai Lingga. Sangat berguna buat saya yang akan ke sana pada 22 Dis ini ( insyallah) moga Allah permudahkan perjalanan saya ke sana.
BalasPadamBile" mase datang lugelah Kediri istana Siak
BalasPadamSaya ingin tahu lebih lanjut dengan dialek yang dituturkan di Lingga...kalau boleh En. Mohd. Fazli buat rakaman video.
BalasPadamaiiyyy.... memang same je lah.. logat bahase Melayu Kepulauan Riau (termasok Lingge) dengan Malaysie (khasnye Malaysia Selatan).... kan dari aka resam yang same takkan lah tumboh lalang....
BalasPadamSalam Satu Melayu, Takkan Melayu Hilang Di dunia !!!
sile ke singgah kat blog saye jugak, keprikita.blogspot.com
Saya mahu ke Pulau Lingga dan sekitarnya hujung Disember 2015 ini, Niat saya untuk memahami keadaan di sana kerana nenda saya Raja Mastura binti Raja Ariffin dikatakan dari sana sementara moyang Raja Ariffin bin Raja Abbas telah berpindah ke Singapura semasa kekacauan Belanda. Saya perlu info van sewa, tempat tinggal, dsb. dan mahu lihat kampung melayu lama serta peninggalan sejarah dan istana di sana.
BalasPadamSaya mahu ke Pulau Lingga dan sekitarnya hujung Disember 2015 ini, Niat saya untuk memahami keadaan di sana kerana nenda saya Raja Mastura binti Raja Ariffin dikatakan dari sana sementara moyang Raja Ariffin bin Raja Abbas telah berpindah ke Singapura semasa kekacauan Belanda. Saya perlu info van sewa, tempat tinggal, dsb. dan mahu lihat kampung melayu lama serta peninggalan sejarah dan istana di sana.
BalasPadammendengar cerita pulau lingga tergerak di hati saya untuk ke sana
Padamsebagai pelukis yang suka merakamkan keindahan alam saya rasakan pulau lingga ada paling sesuai utk beraktiviti. apa pandangan dan cadangan anda. khasnya individu yang berasal dari pulau lingga.
perkenalkan tentang Pulau Singkep (30 Minutes) dari Daik Lingga.... saya penduduk tempatan Pulau Singkep sekadar nak promoted kampung saya... kami ada sedia info tentang Singkep dan Lingga.... motto kami "come as tourist pay as locals"... sila layari situs kami www.wisatasingkep.com
BalasPadamSalam..saya teringin sangt handak ke sana..dari dulu lgi da kaji pasal bahasa sana..mmg saya nak pergi..jom?semangat ni
BalasPadamsy pernah mendaki Gunung Daik. Layanan penduduk sana sngt first class. Tahun dpn insya Allah kami akan kesana lagi bagi explore Gunung Sepinchan pula dan Snorkling.
Padamsy pernah mendaki Gunung Daik. Layanan penduduk sana sngt first class. Tahun dpn insya Allah kami akan kesana lagi bagi explore Gunung Sepinchan pula dan Snorkling.
Padamsy pernah mendaki Gunung Daik. Layanan penduduk sana sngt first class. Tahun dpn insya Allah kami akan kesana lagi bagi explore Gunung Sepinchan pula dan Snorkling.
PadamBanjar itu Melayu....Urang banjar terlalu pemalu dan pendiam ...thats y kita tak sangka mereka ada sekeliling kita...Kerabat2 bangsawan banjar ramai yg dibunuh ketika resolusi sosial 1946 di Sumatera Timur...
BalasPadamTerbaik saudara.saya juga minat pada peta..lebih2 lagi menjejak sejarah empayar melayu nusantara yg terpisah selepas perjanjian inggeris belanda.menjejak saudara serumpun di lain negara tu impian saya.
BalasPadam