بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Survival Bahasa Melayu

Seorang lelaki kulit keruh dari ras dravida menceritakan keluh-kesah di tempat kerjanya. Satu persatu masalah dihurai bagi menagih simpati rakannya dari ras Mongoliod. Perbicaraan makin rancak dengan adanya imbauan peristiwa yang telah mereka lalui sepanjang berkerja di negara ini. Meski bunyinya memperlekehkan Malaysia dan menyentap perasaan saya, ada satu hal yang membuat saya bangga. Komunikasi mereka berlangsung dalam Bahasa Melayu. Satu bahasa yang asing buat mereka sebelumnya.

Inilah satu komunikasi antara seorang pendatang Bangladesh dengan seorang pekerja Vietnam yang baru saya dengar tengahari tadi.

Bahasa yang sangat saya sayangi ini, meski semakin dilemaskan oleh bahasa-bahasa lain yang semakin dominan di negara sendiri, ia tetap mampu bertahan, tetap dituturkan tidak formal dalam urusan sehari-hari. Situasi ini memberi keyakinan kepada saya bahawa Bahasa Melayu tidak akan pupus hingga bertahun-tahun lamanya. Satu keyakinan yang berdasar.

Tidak asing di Malaysia, Bahasa Melayu mula berkembang di kalangan pekerja rendah warga asing. Menjadi bahasa pemersatu dan satu-satunya bahasa komunikasi silang antara bangsa-bangsa kelas bawah dari luar ini. Malah tidak keterlaluan, penguasaan Bahasa Melayu di kalangan beberapa pekerja warga Nepal, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Filipina dan India lebih baik dari Warga Malaysia sendiri, khasnya dikalangan warga keturunan Cina. Malah, pendatang Indonesia sendiri perlahan-lahan mengubah dielak bahasa mereka kepada dialek Melayu yang lazim dituturkan di sini.

Tuturan Bahasa Melayu di kalangan pekerja asing di Malaysia telah membentuk satu lagi varian Bahasa Melayu yang baru. Memperbanyak dialek Melayu dari sekian banyak dialek-dialek Melayu sedia ada. Dialek baru ini hanya berkembang dari lisan dan tanpa pembelajaran formal. Penuturnya hanya merakam tiap kosakata dalam ingatan, lalu mereka tuturkan mengikut pelat lidah masing-masing. Meski kedengaran aneh di telinga kita, mereka tetap saling memahami.

Inilah kekuatan bahasa Melayu. Saya percaya, jika pada situasi sukar seperti ini pun Bahasa Melayu mampu bertahan dan berkembang perlahan-lahan, apa lagi jika ia diajarkan secara konsisten dan tegas, memakai hukum bahasa yang betul dan formal. Jika itu berlaku, Bahasa Melayu pasti bangkit dan menguasai tiap bidang kehidupan moden di negara kita. Saya percaya.

Sepanjang perjalanan saya di Vietnam dan Myanmar, dan dari pengalaman rakan yang pernah ke Bangladesh dan Filipina, kerap kali kami temui manusia-manusia yang mampu berbahasa Melayu. Semuanya hasil dari pengalaman kerja bertahun-tahun di Malaysia.

10 ulasan:

  1. Mungkin nasibnya lebih baik di kelompok bahawan : )

    BalasPadam
  2. kelompok bahawan ini kelompok apa en.jim? Atau maksudnya kelompok bawahan?

    BalasPadam
  3. Aku aja gak mudeng maksudnya kelompok bahawan

    Bawahan kali yaaa

    BalasPadam
  4. taunya bakwan...sedap tu...kwkekkekekekekkeke

    BalasPadam
  5. hahahahha salah ketikk!!...bawah bukan bakwan gorengan!!

    BalasPadam
  6. nak fasih Bahasa Melayu...pendatang2 ni elok gi belajar dgn Samy Vellu..hahaha...

    BalasPadam