بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Tanjung Balai, Karimun

Baca ceritanya di sini
Inilah sebahagian panorama di Tanjung Balai dan beberapa kawasan di sekitar Pulau Karimun yang saya rakamkan ketika kunjungan saya ke sana bulan Jun 2012 yang lalu

Inilah Pulau Karimun

Melewati Jambatan Barelang, Batam; dalam perjalanan dari Bintan ke Karimun

Barang bawaan penumpang

Satu sisi di bandar Tanjung Balai, Karimun

Dominasi perniagaan kaum Cina di mana-mana

di pinggir bandar

rumah dan perahu tinggal

di sisi bandar Tanjung Balai yang lain

kelihatan sama seperti bandar-bandar di Malaysia

daerah perkampungan

penghuninya orang Melayu

bandar Tanjung Balai, Karimun dilihat dari puncak bukit

mirip binaan kedai-kedai cina di Malaysia dan Singapura

di tepi pantai, tempat riadah

masih dalam pembinaan

Senibina Melayu

kesan tambakan pantai

Keliling pulau

di balik pulau, jalan masih bertanah merah

hampir sampai semula ke bandar Tanjung Balai

jalan becak

Rumah Adat Melayu

tasik tinggalan lombong timah

senja di tasik lombong

Tanjung Balai, Karimun  jauh lebih maju dari kebanyakan bandar di Sumatera

tempat santai

Papantanda bertulis Kabupaten Karimun

Meninggalkan Tanjung Balai
Jarak antara kapal terlalu dekat
Laluan Kukup - Karimun antara laluan kapal yang sibuk
Tanjung Piai dilihat dari dalam kapal menuju Kukup
Pulau Karimun dilihat dari Kukup, Pontian - hanya 23km

3 ulasan:

  1. Salam. saya nak bertanya. kalau ikut peta, pulau karimun bertul2 berdepan dengan kukup. Tetapi dalam gambar saudara, saudara melalui perairan pulau batam. memanga laluan bat ke karimun akan ke batam terlebih dahulu ke?

    BalasPadam
  2. Salam En. Adam,

    Pulau karimun hanya 20km dari Kukup, jadi akses paling senang memang dari situ. Cuma waktu saya ke Karimun dulu, saya sengaja lalu jalan jauh. Saya masuk ke Bintan dan ambil ferri dari sana. Banyak pulau-pulau kecil yang boleh kita explore di situ. Dari Bintan, ferri akan lalui pulau batam dan menyeberang jambatan barelang seperti dalam gambar di atas. Baliknya saya ambil ferri langsung dari Tanjung Balai ke Kukup.

    BalasPadam
  3. abang jangan jere ke tanjung balai karimun ye.. jangan lupe makan lendot kalau ksini lagi.. hehe

    BalasPadam