بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Berkereta Ke Thailand

Melancong dengan kenderaan sendiri, mungkin jauh lebih menarik. Terinsprisi dari kenyataan itu, saya ambil keputusan menggagahkan diri pandu sendiri kereta saya ke utara. Melawan rasa ngatuk dan ketepikan rasa bimbang terhadap kemampuan kenderaan saya berjalan jauh. Malah saya melangkah lebih berani dengan melintas sempadan Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam dan Sadao.

Dengan rasa bangga dan bagaikan tak percaya, Saya berjaya menyeberangi sempadan itu. Meski perjalanan saya hanya setakat sampai di Hatyai, sekurang-kurangnya saya sudah melepasi satu tahap yang mendebarkan. 

ke utara Semenanjung Malaysia
Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur membelah Lebuhraya Utara-Selatan menuju pintu sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam sebelum menyeberang sempadan Thailand di Danok, Sadao, Perjalanan diteruskan hingga ke Hatyai sebelum balik semula melewati pintu sempadan yang sama.

Pertama kali bawa kereta ke sana, saya yakin hati siapapun akan berdebar. Tapi percayalah, debaran anda akan berakhhir bila tiba di Bukit kayu Hitam. Sebaik melepasi sempadan Thailand, anda bebas dan perjalanan yang jauh terasa dekat seolah-olah baru bermula. Bila mengunjungi sebuah daerah baru, anda pasti terpesona dan teruja menjelajah segenap pelosok ruang baru yang belum pernah anda tahu.

pastikan anda beli insuran terlebih dulu
Sedikit panduan kepada sesiapa yang bercadang pandu sendiri kenderaan peribadinya ke sana, pastikan kenderaan kita ada geran di atas nama kita sendiri, serta cukai jalan yang masih sah laku. Sebelum sampai sempadan, pastikan anda beli insuran perlindungan kenderaan anda selama 'menjelajah' negara itu. Tempoh sah laku insuran ini paling minimun ialah dua minggu dengan bayaran serendah THB140 (tergantung syarikat pengeluar) Jika anda masuk Thailand dari pintu Bukit Kayu Hitam, insuran ini boleh didapati di pekan Changlung. Sangat banyak agen yang menjualnya termasuklah di kedai-kedai kopi.

Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam
Keluar dari gerbang imigresen Malaysia, tidak terlalu banyak prosedur yang perlu anda ikuti. Hanya ada pegawai kastam yang memeriksa cukai jalan dan pegawai imegresen yang mengecop pasport. Selesai urusan, bergeraklah perlahan-lahan menuju gerbang Imigersen di sebelah Thailand pula. Nasihat saya, jangan langsung bawa masuk kenderaan kita ke pintu gerbang itu. letaklah kenderaan terlebih dulu di ruang parkir sisi kiri gerbang sebelum uruskan kemasukan kenderaan berjalan kaki. Serahkan geran dan insuran yang sudah anda beli di Malaysia itu ke kaunter yang bertulis 'CUSTOM'. Pastikan anda mendapat sesalinan surat kebenaran memandu sebelum beredar. Selesai urusan kastam, ambil kenderaan anda dan lakukan pemeriksaan pasport secara pandu-lalu di kaunter 'IMMIGRATION'. 

Susana di imigresen Malaysia
Imigresen Thailand betul-betul di luar pagar sempadan
Danok, pekan di penghujung selatan Thailand
Sedikit tips, selitkan wang kertas sekecil RM2 sebagai saguhati atas selesainya urusan anda atau anda bakal disulitkan dengan perilaku yang kurang mesra dari pegawai Thailand yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Mujur saya berurusan dengan pegawai muslim yang mampu berbahasa Melayu.

gambar penulis ketika melepasi pekan Danok, daerah Sadao

4 ulasan:

  1. X de picture waktu penat kat Masjid Mambang Satul bang? :D

    BalasPadam
  2. Siapa kata saya penat? taklah.... :p

    BalasPadam
  3. X penat lagi ya, tapi sudah tertidur... Hahaa.. :D
    Abang nak menjelajah kemana lagi nie? :)

    BalasPadam
  4. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    BalasPadam