Aksara Khmer adalah modifikasi huruf
Palawa yang berasal dari India, seperti aksara Thai, Lao, Jawa, Melayu
dan Tagalog kuno. Persamaan ini dapat anda lihat pada beberapa huruf yang sama
bentuk dan lafalnya. Seperti huruf 'រ' (ra), 'ស' (sa) dan 'ម' (ma). Namun
ketika ini hanya aksara Khmer, Thai dan Lao saja yang masih dilestarikan.
Sedangkan bahasa Melayu, Jawa dan Tagalog beralih ke huruf jawi dan dan seterusnya ke huruf rumi dalam sistem penulisan masing-masing.
Semua bahasa bertulis yang menggunakan aksara Palawa ditulis dari kiri ke kanan tanpa langkau. Khusus aksara Khmer, ada 33 konsonen berhuruf, satu huruf
vokal 'ា' (bunyi: A) dan 23 simbul untuk bunyi vokal dan diftong. Setiap nama huruf berakhir dengan bunyi hidup,
contohnya huruf Gga, Kha, Ga, Ka dan Nya. Hal ini menyebabkan perkataan yang berakhir
dengan bunyi konsonan seperti kata 'Kla' (bererti suatu) dari gabungan huruf Ka (ខ) dan La
(ល) harus ditambah
simbul mati ':' menjadi 'kla(h)'.
Satu lagi ciri huruf Khmer ialah,
terdapat banyak bunyi yang seakan-akan sama. Di antara bunyi "d" dan
"t" ada empat lagi bunyi lain di tengah-tengah. Di antara bunyi
"b" dan "p" ada dua lagi bunyi lain tengah-tengah, di antara bunyi "g" dan "k" ada dua lagi bunyi lain di tengah-tengah dan di
celah-celah bunyi "c" dan "j" ada dua lagi bunyi lain di
tengah-tengah. Cuma pada pendengaran penutur bukan Khmer, bunyi itu kelihatan
sama.
Di bawah ini saya senaraikan
sebahagian konsonan dan simbul vokal Khmer yang sudah saya suaikan dengan telinga kita.
Gabungan konsonan dan simbul ini dapat diadun hingga membentuk sebuah teks
berbahasa Melayu. Malah saya dapati ia lebih mudah berbanding memakai huruf rumi, terutama bagi menjelaskan bunyi vokal. Kita boleh menulis teks Melayu tak kira apapun dialeknya. Contohnya, sebutan e dapat dibezakan bunyinya dengan memakai tiga simbol mewakili bunyi e-pepet, e-taling dan e-taling-tarung.
- istana cerita :)
tak pernah lah wujud aksara melayu... jangan berbohong dosa lah itu.. aksara jawa masih wujud sampai saat ini..
BalasPadamSayang
BalasPadamTerima kasih, sangat bermanfaat
BalasPadam