بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





SEMINGGU DI PERKAMPUNGAN BAJAU


Kampung Bakau dilihat dari Teluk Sandakan
Sempena cuti Maulidur Rasul yang baru berlalu, saya sempat lakukan kunjungan ukhuwah ke sebuah perkampungan Bajau di Sandakan, Sabah. Ini kali pertama saya selami cara hidup masyarakat Bajau. Masyarakat yang tinggal di sekitar Laut Sulu, wilayah laut yang terletak antara hujung pantai timur Sabah hingga ke hujung barat Mindanau. Ini juga merupakan kunjungan pertama saya ke Sabah, sekaligus melihat Malaysia dari sisi yang lain.

Sebelum kenal Bajau seperti yang saya kenal pada hari ini, saya sering tersalah duga tentang mereka. Saya keliru antara Bajau Darat dan Bajau Laut, istilah Sama dan Samal, serta beza antara Bajau dan Suluk. Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah jelas.

Buat mereka yang belum kenal, Bajau dan Suluk ialah dua kumpulan etnik berbeza. Bukan sekadar beza cara hidup, kedua-duanya pun beza bahasa. Namun berkongsi wilayah yang sama. Cuma, orang Bajau lebih bergantung hidup pada laut dan berumah atas air atau dalam perahu, Suluk pula (Filipina: Tausug) lebih memilih tinggal di darat dan bertani. Menjelang pembentukan Malaysia, orang Bajau dan Suluk yang tinggal di wilayah Laut Sulu sekitar perairan Sabah dianggap pribumi Malaysia, sama seperti pribumi Sabah yang lain. Mereka yang tinggal di Pulau Tawi-Tawi hingga ke Semenanjung Zamboanga pula, jadi warga Filipina. Sebahagian kecil masyarakat Bajau yang tinggal di wilayah bahagian selatan, tepatnya di utara Sulawesi, jadi warga Indonesia.  


Peta ini menunjukkan lokasi Kepulauan Sulu. Wilayah lautan yang didiami masyarakat Bajau dan Suluk. Dapat dilihat betapa dekatnya hujung pesisir pantai timur Sabah dengan pulau-pulau yang sekarang termasuk dalam wilayah Filipina.

Selain menghuni wilayah ini, ada juga suku Bajau yang sudah pindah jauh ke darat dan amalkan cara hidup seperti masyarakat darat yang lain. Mereka ialah Bajau Kota Belud atau di Sabah dikenal sebagai Bajau Darat atau Bajau Pantai Barat. Pun begitu, kekerabatan dengan saudaranya di laut masih tak hilang. Masih dapat dijejak persamaan bahasa antara keduanya meski sudah saling tak faham.

Laut jadi permainan anak-anak

Dihuni Masyarakat Keturunan Filipina
Kunjungan saya ke Kampung Bakau mendedahkan banyak hal yang pada mulanya kelabu. Selain suku Bajau, kampung ini turut dihuni orang Suluk. Melihat pada sisi geografi, kampung ini mungkin tak layak dihuni. Letaknya di tepi laut tak berpantai membuat saya heran bagaimana ia boleh wujud. Tidak ada tanah datar atau tanah berpasir yang mampu menyokong penempatan. Tapi Kampung Bakau tetap muncul hasil penerokaan haram pendatang terdesak dari Filipina yang lari atas alasan ekonomi pada awal 1980an. Hingga ke hari ini, rata-rata penduduk kampung masih belum dapat kerakyatan Malaysia. Malang berterusan bila mereka beranak-pinak dan turunkan keturunan yang terus tak berdokumen. Lahirlah anak-anak mereka sebagai warga tanpa negara. Keadaan dipersulitkan lagi dengan penghijrahan berterusan pendatang dari Filipina yang saban tahun mendarat.

Ada juga orang kampung yang sudah diberi kerakyatan Malaysia. Mereka ialah segelintir penduduk yang dapat manfaat hasil hubungan mesra dengan wakil politik. Salah satunya ialah Pakcik Alihuddin, ketua keluarga di rumah yang saya huni ini. Pakcik Alihuddin ada lapan orang anak, tapi hanya dia dan tiga anaknya saja yang dianugerahi MyKad, manakala isteri dan seorang anak lelaki masih memegang kerakyatan Filipina. Empat lagi anak mereka yang terbawah, tak miliki kerakyatan mana-mana negara.

"Pendatang Haram Bah, Kami Ni"
Pada pengamatan saya, kesan nasionalisme Malaysia sudah tertanam perlahan-lahan tanpa sedar di kampung ini. Anak-anak mereka sudah bertutur bahasa Melayu dialek Sabah lebih fasih dari bahasa Bajau. Baju Melayu dan Baju Kurung pun dah jadi pakaian sehari-hari, sama seperti di kebanyakan daerah lain di Malaysia. Lenggok bahasa Bajau yang mereka tuturkan turut beza dengan bahasa Bajau yang dituturkan saudara mereka dari Filipina. Pemberian nama anak sudah terpengaruh nama Islam gaya Semenanjung. Ini mungkin petanda positif buat kita warga Malaysia yang tinggal di luar lingkungan mereka. Namun bagi mereka, ini semua tak lebih sekadar satu cara untuk kekal bertahan hidup. Mereka tetap perkenalkan diri sebagai 'pendatang haram' hasil dari ejekan yang telah melekat yang diterima saban hari.

Komuniti Bajau keturunan Filipina, bukan sekadar ada di kampung ini, malah tersebar luas hingga ke seluruh Sandakan. Setiap kali menyapa, mereka pasti bilang "pendatang haram bah, kami ni". Entah mungkin ini keluhan atau sindiran, saya pun tak tahu. Apa yang pasti, mereka dah tak tahan menyorok-nyorok depan penguasa seperti tikus dikejar kucing.

Hari Raya Gunting
Sambutan Maulidur Rasul di Bandar Sandakan
Waktu kunjungan saya ke sana, perayaan Maulidur Rasul sedang disambut meriah. Tak tahu budaya mana yang mereka bawa. Saya tak pernah lihat sambutan Maulidur Rasul semeriah ini. Di sini, Maulidur Rasul juga dipanggil Hari Raya Gunting. Dinamakan demikian sempena ritual khusus yang mereka amalkan sejak sekian lama, iaitu bercukur jambul untuk anak-anak. Jika majlis cukur jambul di Semenanjung dilangsungkan pada hari-hari biasa, di sini mereka laksanakan itu khusus pada hari ini. Hari besar ini juga mereka raikan dengan pelbagai juadah dan saling ziarah. Anak-anak juga sibuk mengutip 'duit raya' dari rumah ke rumah.

Kematian Disambut.
Kebetulan saat saya berkunjung ke sana ada kematian terjadi dalam komuniti mereka. Dan, ada yang aneh saya lihat dalam budaya mereka bila menyentuh urusan kematian. Masyarakat Bajau dan Suluk di sini 'meratapi' kematian itu selama 12jam, tujuh malam berturut-turut. Jika orang Melayu di Semenanjung laksanakan majlis tahlil dan kenduri arwah selepas Maghrib atau Isyak paling lama satu jam sepanjang tiga atau tujuh malam, masyarakat di kampung ini laksanakan 'kenduri' itu seluruh malam sampai ke subuh berturut-turut selama seminggu. Saya sempat ikut bacaan tahlil yang mereka anjurkan selepas maghrib yang kemudiannya diselingkan dengan upacara berasap kemenyan. Selesai bertahlil, rumah si mati berganti kunjungan oleh tetamu lain. Mereka ialah anak-anak muda perempuan dan lelaki yang hadir untuk 'menjaga' keluarga dari terganggu roh simati. Tapi pengisiannya kosong. Mereka hanya hadir untuk penuhkan ruang tamu, bukan untuk sambung bertahlil, baca yasin, mengaji Al-Quran atau upacara Islami yang lain. Mereka percaya, selama tempoh itu roh simati masih pulang ke rumah dan lakukan hal biasa sebagaimana hidupnya. Sepanjang tempoh itu, barangan peribadi simati juga tak boleh diusik.

Bagi mengisi masa, para tamu lelaki yang diundang 'menjaga', sering berjudi daun terup, nyanyi atau sekadar memetik gitar sambil hisap rokok (atau minum arak). Manakala anak-anak remaja perempuan ada yang menari atau dalam bahasa mereka 'mengalai'. Semua ini mungkin budaya yang mereka warisi, tapi saya lihat amalannya sudah jauh dari ajaran Islam. 

Budaya Masyarakat 
Selain dua amalan pelik di atas, penduduk Kampung Bakau juga suka berlaga ayam. Hampir setiap rumah ada pelihara ayam laga meski mereka tinggal di kampung atas air.  Jika selama ini kita tahu berlaga ayam itu menyiksa haiwan dan berjudi itu salah di sisi Islam, masyarakat di sini lakukan ini terang-terangan tanpa takut tertangkap penguasa. Ayam yang mati bertarung itu nanti 'disemadikan' dalam air di bawah rumah. Saya tak tahu di mana silapnya semua amalan yang bertentangan ini mereka lakukan dengan berani. Barangkali Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hanya ambil tahu hal ehwal Islam penduduk Sabah warga Malaysia saja, jadi penduduk Islam Filipina yang tinggal di Sabah dibiar fikirkan nasib sendiri. Atau mungkin MUIS tak cukup tangan mengawal urusan umat Islam di negeri yang cukup luas menyemai keluasan lima buah negeri di Semenanjung. 

Ruang dalam Kampung Bakau
Rumah di kampung ini, atau mungkin di semua kampung atas air yang lain, dibina sangat rapat. Ada jambatan penghubung selebar satu meter di dalamnya yang menyambungkan satu rumah dengan satu rumah yang lain. Memandangkan petempatan ini di atas air, rumah mereka saling bergantung pada kekuatan pelantar sesama rumah. Jika sedang berbaring, anda akan rasa gegar bila jambatan yang terhubungkan ke rumah yang anda huni itu dilalui orang. Begitulah kadaannya. Jujur saya nyatakan, selama seminggu di kampung ini, saya sukar tidur malam kerana terganggu dengan pergerakan lantai pelantar yang bergoyang-goyang

Sistem Kumbahan Yang Buruk
Kampung ini miliki sistem kumbahan yang amat buruk. Saya yakin beginilah keadaannya di setiap petempatan atas air seluruh Sabah, terutama petempatan yang di dirikan kaum pendatang. Semua sisa domestik dibuang di bawah rumah, perut ikan, bangkai ayam laga, bahan buangan rokok, botol arak, berkas-berkas makanan dan lain-lain perkakas yang tidak diperlukan lagi semuanya 'dihumban' ke situ. Bukan sekadar itu, sisa buangan manusia juga dilepas ke bawah tanpa diuraikan dengan baik atau sekurang-kurangnya dibendung. Jika anda ke sini, jangan cuba pandang ke bawah kalau anda tak tahan geli. 

Turun ke laut
Sisa domestik terkumpul di bawah rumah

Pengalaman saya, pada hari pertama lagi saya sudah berkira-kira mahu ke Bandar Sandakan semata-mata untuk buang air. Manakan tidak, jamban mereka hanya berupa lantai papan yang ditebuk bulat. Jika anda sakit perut, najis anda nanti akan jatuh ke dalam air bersama satu bunyi yang biasa kita dengar seperti bunyi barang jatuh dalam tempayan. Bunyinya glup, glup, glup sebelum hilang bila sampai di dasar laut yang cetek. Atau paling tidak, jika bahan buangan anda itu berjisim ringan, ia akan terapung-apung bersama sisa domistik jisim ringan yang lain. Hal ini sama juga jika anda sekadar kencing. Bunyi air kencing yang jatuh ke air tentu menyedarkan penghuni lain dan jiran-jiran terdekat.

Peliknya, anak-anak kampung ini gembira saja mandi-manda di bawah rumah tanpa fikirkan apa-apa.


Rata-rata penduduk Kampung Bakau jadi nelayan tradisional. Hasil tangkapan itu mereka bagikan rata sesama rakan yang ikut turun ke laut. Begitulah rutin harian mereka sehari-hari. Saya juga sempat ikut mereka memukat di Teluk Sandakan dan pulang bersama hasil yang tak seberapa. Tapi saya ditegah untuk cuba melabuh atau mengangkat pukat. Saya hanya disuruh pancing dengan umpan cacing laut sebesar lipan. 

Penulis ketika pertama kali 'jadi' nnelayan
Pukat dilabuh

Habis memukat
Ketika ini, menggantung hidup semata-mata pada laut sudah sangat tak memadai. Anak-anak muda sudah keluar hijrah ke KK (Kota Kinabalu) atau ke Semenanjung. Atau yang tidak hijrah ke mana-mana hanya duduk di kampung, main gitar dan berpelesiran di bandar Sandakan. Rata-rata penduduk Kampung Bakau tak dapat pendidikan yang baik. Anak-anak yang lahir tanpa dokumen tak berpeluang mendapat ilmu atau segala bantuan yang disumbangkan kerajaan. Mereka lahir sebagai generasi baru yang mudah rosak dan terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat akibat tak dapat bimbingan dan perhatian dari pihak berkuasa. Bilangan mereka pula sangat dominan. Mereka inilah virus yang meracuni fikiran anak-anak kampung yang sudah dapat taraf kerakyatan Malaysia. Kesannya, anak-anak berkerakyatan Malaysua itu pula yang terjangkit virus bila mereka ikut ponteng sekolah, melepak, merokok, minum arak dan berpelesiran.

Masalah anak-anak yang malas bersekolah ini, belum lagi dicampur bilangan anak-anak warganegara yang tercicir sekolah gara-gara kemiskinan. Selama di sini, saya belum temui walau seorang pun anak-anak remaja yang tak hisap rokok. Malah ada beberapa remaja semuda usia 15 tahun sudah biasa minum arak, mencacah tatu dan bersubang di hidung, lidah, telinga malah di kemaluan. Terlepas peluang pendidikan, samaada kerana tak diiktiraf warganegara, atau kerana pengaruh rakan sebaya atau kesempitan ekonomi menyebabkan mereka bukan saja tertinggal ilmu dunia, malah juga ilmu akhirat. Sekali lagi saya tertanya-tanya di mana peranan MUIS dan kerajaan negeri Sabah. Apakah kerana keluasan Sabah yang terlalu luas itu menjadi punca? Jika benar begini, saya setuju jika Sabah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil setaraf negeri.

Kekangan ini menjadikan anak-anak Bajau dan Suluk khasnya yang berketurunan Filipina, hilang banyak kelebihan yang disumbangkan kerajaan. Mereka sukar diterima berkerja kerana faktor rendah pendidikan dan stigma masyarakat Sabah lainnya yang berprasangka buruk. Akhirnya mereka terus jalani hidup tanpa dapat berbuat banyak lalu gagal meningkatkan ekonomi keluarga. Kini mereka tersepit, sudahlah tergadai di negara kelahiran, tanah seberang yang disangka menjanjikan ini pun masih terlalu banyak duri. Lalu mereka memandang iri pada saudaranya yang sudah peroleh kerakyatan, apalagi dihadiahkan pelbagai bantuan berjenama 1Malaysia dari kerajaan. Ada antara mereka yang 'masih kosong' walau sudah hampir dua puluh tahun tinggal di Sabah, ada pula saudara mereka yang belum pun cukup sepuluh tahun, tapi dah dapat taraf warganegara. Semua faktor ini menambah lagi rasa cemburu buat mereka yang terlantar, dibiarkan mengatur hidup sendiri di tengah masyarakat yang seluruhnya memandang serong.

Pernah saya tanya ke salah seorang dari mereka; kenapa tidak pulang saja ke Filipina?. Jawab mereka, di sana juga sama. Malah jauh lebih buruk dengan rasuah yang sudah berakar kukuh. "Di Filipina bukan pekerja yang dapat gaji tapi pekerjalah yang memberi gaji". Mungkin mereka fikir lebih baik berdepan risiko dibaham buaya dari pulang kampung lalu dibaham naga.

Selama seminggu di kampung ini, mungkin inilah cabaran petualang paling sukar pernah saya lalui. Melebihi tingkat kesukaran ketika melalui hidup di Kerinci, Pontianak, Semarang, Lingga dan Kemboja sebelum ini.

Biar apapun stigma masyarakat terhadap mereka, biar sekaras manapun cara hidup mereka, alhamdulillah saya terima layanan yang baik selama di sana. Terima kasih buat Pakcik Alihuddin dan Isterinya, anak-anaknya Maldin, Ismail, Abdul Wasah, Siti Alisha, Azwan, Azman, Azlan dan Mazlan. Tak lupa juga buat jiran-jiran sekitar rumah hunian saya yang cukup ramah dan benyak membantu. Semoga kita berjumpa lagi.

Keluarga Pakcik Alihuddin


Bersama jiran sediakan juadah untuk saya bawa pulang
 
Inilah juadahnya
Selepas seminggu pulang ke Semenanjung, saya terima satu panggilan. Mereka sudah dapat ahli keluarga yang baru. Menantu mereka baru melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mohd Fazli.

10 ulasan:

  1. nice articel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Padam
  2. Terima kasih atas ulasan berkenaan masyarakat Bajau dan suluk ini. Teruskan dengan perjalanan dan teruskan menyelami kehidupan masyarakat yang asing bagi kita di semenanjung.
    Aku begitu teruja membaca setiap coretan perjalananFazli ke destinasi2...

    BalasPadam
  3. Teruskan ikuti catatan saya sdra, Mohd Kamal. Saya dulukan dgn ucapan terima kasih

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...saya berterima kasih atas catatan anda yang saya fikir sangat berinfomatif.saya yang tinggal berhampiran dengan kampung tersebut kini tahu bahawa kawasan 'orang pulau" ini sangat luas.

    BalasPadam
  5. wahh,,, saya berbangga kerana saudara sudi datang ke bahagian batu sapi. semoga pengembaraan saudara ini dapat membuka mata semua pihak tentang kepelbagaian bangsa yang terdapat di sabah...terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam.Perkongsian yg sgt2 baik.Terima kasih sebab persoalan dalam minda ni terjawab. Kebetulan baru pulang dari Semporna minggu lepas. Sempat saya utarakan soalan pada dive master tentang masyarakat tanpa warganegara ni. InsyaAllah saya akan share di blog jika ada kesempatan :)

    BalasPadam
  7. Tahniah saudara.. saya sangat kagum dengan semangat anda untuk mendekati masyarakat di Sabah khususnya di Sandakan ini. Sebagai orang Sandakan dan berbangsa Suluk, tulisan anda sangat dekat dengan saya.. saya tidak pernah masuk pun Kg.Bakau ni.. anda memang hebat.. terima kasih ..

    www.jomsehatsekaki.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Saya mempunyai pengalaman yang sama. Perantau dari Perak ke Labuan sehingga kini. Pernah mendekati kehidupan masyarakat ini. Tulisan anda telah mengimbau kenangan.

    BalasPadam
  9. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam