بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Bahasa Melayu turun tahta jadi bahasa ke-3 negara

Sama ada sedar atau tidak, bahasa Melayu bukan setakat telah tewas ditangan bahasa Inggeris, malah telah turun taraf menjadi bahasa ketiga di belakang bahasa Mandarin di Malaysia. Buktinya cukup jelas,

a. Lihatlah iklan jawatan kosong dalam surat khabar utama negara, Lebih banyak jawatan professional seperti akauntan dan jurutera menjadikan Mandarin (dan apa-apa dialek cina) sebagai syarat utama selain bahasa Inggeris. (persoalan: untuk siapa jawatan ini ?)

b. Risalah (brochure), papan iklan, banting, dll. terutama dalam bidang perumahan, bank, dan iklan telefon bimbit hanya ada dua bahasa. Inggeris dan Mandarin. Tidak ada kelaskah kalau menggunakan bahasa Melayu..?

c. Semakin banyak siaran berbahasa Cina di TV -TV Malaysia. Biarpun ada 8TV, siaran TV lain masih menyediakan program bahasa Cina termasuklah rancangan untuk kanak-kanak dan dokumentari.  Siaran bahasa Cina ini ada setiap hari di semua saluran TV. Kenapa perkara yang sama tidak terjadi kepada bahasa Tamil jikalau mahu adil kepada semua kaum.

d. Cubalah tinjau di toko-toko buku seluruh negara. Pernahkah kita nampak satu sudut khas yang menyediakan buku-buku berbahasa Melayu? Tidak sama sekali. Sebaliknya sudut buku berbahasa cina semakin membesar dari semasa ke semasa. Buku-buku dari Hongkong, China dan Taiwan bebas dibawa masuk tanpa pernah disekat paling tidakpun dialih bahasa  (persoalan: siapakah kaum yang mendapat banyak peluang untuk menimba ilmu)

e. Desakan untuk menjadikan Mandarin sebagai subjek pilihan di Sekolah Kebangsaan semakin kedengaran. Dari satu sudut, memang baik jika dapat menguasai banyak bahasa. Tapi di sudut lain, bahasa Mandarin akan semakin luas diterima dan kedudukannya semakin dilihat penting. (persoalan: kenapa mesti Mandarin yang perlu diajar, kenapa tidak bahasa lain di dunia yang jauh lebih penting seperti Jepun dan Sepanyol ataupun Arab (bahasa Al-Quran). Sekiranya pasaran bahasa Mandarin lebih luas kerana ramainya jumlah penduduk di China, apa kurangnya dengan bahasa Melayu sebagai bahasa keempat terbesar penuturnya di seluruh dunia.  Kawasan sendiripun belum diterokai, ada hati mahu ke tempat orang.

f. Ketika bahasa Inggeris digunakan untuk subjek sains dan metematik di Sekolah Kebangsaan dan Sekoleh Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Jenis Kebaangsaan (Cina) masih tetap dengan pendirian mereka untuk kekal mengajarnya dalam bahasa Mandarin. (persoalaan: Banyakkah ilmu yang dapat diserap ke dalam jiwa sedang ilmu itu bukan datangnya dari bahasa sendiri?

Aku hairan kenapa tiada siapa yang serius melihat perkara ini hatta pemimpin kerajaan sendiri. Masih Melayukah kita jika bahasa sebagai satu eleman penting dalam sesuatu bangsa itu telah hilang..?

"takkan Melayu hilang didunia"  Jangan harap kata-kata laksamana Hang Tuah ini terus relevan

8 ulasan:

  1. Wah...bisa jadi begini ya di Malaysia???
    Lagi saya lihat tuh..orang Cina Malaysia rata-rata tak dapat berbahasa Melayu ya?
    Kalau di Indonesia sih..jangan harap ada kaunter buku berbahasa cina...he-he-he... tak ada yang nak beli dah... Orang cina kat sini pun banyak yang tak ngerti bahasa cina lagi...
    Ikut prihatin deh.. apa mungkin karena demografis di Malaysia antara Malay v.s Cina yang hampir seimbang?
    Di Indonesia kan Malays hampir 90% dari 210 juta jadi ya..bahasanya pun gempita sangat (dominan), bahasa Cina hampir tak ada kesan....

    BalasPadam
  2. Betul tu. Sebagai seorang yang bertugas di bidang pemasaran, saya banyak berhadapan dengan semua kaum. antara-kaum-kaum yang ada di Malaysia ini, orang cina yang paling lemah bahasa Melayunya malah ada yang langsung tak faham sepatah kata. Persoalannya. apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara sedang rakyat sendiri tak memahaminya? Isu ini sebenarnya sensitif dibincangkan secara umum di Malaysia kerana kononnya berbau perkauman... entahlah. Sebenarnya banyak lagi isu lain yang menyentuh hak-hak bumiputra yang kononnya perkauman tapi tak pula dilihat perkauman bila isu itu berkaitan kepentingan kaum pendatang yang satu ini (cha ya nun alif)

    Penduduk cina hanya mewakili 26% populasi Malaysia sedangkan Bumiputera (islam & bukan islam) 65% dan India 8%.

    Siapa sebenarnya yang memimpin Malaysia...... bagai ada tangan-tangan lain di belakang mereka.

    BalasPadam
  3. Jadi bila awak bertegur sapa dengan jiran yang cina, bahasa apa dipakai?
    Cina di Jawa malah bertutur Jawa pulak (selain bahasa Indonesia), mereka bak kata pepatah "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"
    Tak berlaku agaknya di Semenanjung buat mereka ya?

    BalasPadam
  4. Di Malaysia, penduduknya lebih suka hidup berkelompok mengikut kaum. Cina dengan komuniti cina, Melayu sesama Melayu dan India dengan kaum mereka sendiri. Malah di dalam kawasan yang terlihat 'mix' seperti dalam rumah flat (rumah susun) juga sebenarnya tidak bersatu. ada kawasan Melayu, ada kawasan Cina dan ada kawasan India. saya tidak pernah berjiran dengan cina. Tapi bila ke pasar, bahasa yang digunakan sama ada bahasa Melayu slanga (yang mengikut cara pertuturan masyarakat cina) ataupun bahasa Inggeris. tapi sekarang ini semacam telah menjadi trand untuk bercakap Inggeris dalam hubungan antara kaum. satu tindakan biadap dan tak sihat untuk bahasa melayu.

    BalasPadam
  5. Jadi..(masih bingung nih ceritanya)..kalo pemerintah nak bagi maklumat 'bahasa' apa dipakai? Aneh bin ajaib juga kalo pakai Bahasa Inggris..katanya Tanah Melayu

    BalasPadam
  6. nggak usah bingung.... datanglah ke Malaysia & tinggal bersama masyarakat tempatan. (jangan tinggal dlm hotel. Itu tak natural). Hayati kehidupan masyarakat Malaysia & anda pasti mengerti permasalahannya.

    bahasa apa yang digunakan itu tergantung pada menteri. kalau menteri itu orang Melayu, biasanya guna BM. Kalau menteri India pun guna BM (kadang-kadang BI). Tapi kalau menteri itu Cina, selalunya guna BI. hanya seorang saja menteri India dalam kabinet Malaysia. Kalau maklumat itu dalam BM, ia akan disiarkan semula dalam liputan berita dalam bahasa-bahasa Inggeris, Manderin & Tamil. Begitulah sebaliknya.

    BalasPadam
  7. Wah, nggak lucu dong kalau Bahasa Melayu tersingkir

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan Salam Sejatra

    senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja, dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA, awalnya saya ragu dan tidak percaya, tapi setelah saya lihat pembuktian di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 700jt yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
    1.Pesugihan bank ghaib
    2.Ritual tembus togel/lottrey
    3.Transfer janin
    4.Pelaris usaha, jodoh DLL
    jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((0823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB

    BalasPadam