بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Bigfoot ada di Johor


Semasa pulang kampung baru-baru ini, aku tertarik pada satu papan tanda (billboard) sempena pelancaran Kosmo Edisi Johor yang banyak dipasang di jalanraya utama di negeri ini. Papan tanda itu menggambarkan seekor mawas atau bigfood atau hantu jarang gigi dalam bahasa suku Jakun sedang menatap senaskah surat khabar (koran) dalam hutan. Simbolik dan bernas idea ini. Pandai Kosmo menggunakan haiwan itu sebagai maskotnya disaat kisah penemuan jejak bigfoot semakin lama semakin panas diperkatakan.

Menyentuh tentang bigfoot, aku juga ada cerita yang berkaitan dengannya. Dulu masa di kampung  ketika usia aku sekitar lapan tahun (sekitar tahun 80-an) heboh diperkatakan tentang penemuan bekas tapak kaki sebesar dua kali ganda tapak kaki manusia oleh Tok Uda (arwah) ketika menoreh getah di kebunnya di Bukit Keramoyang yang terletak kira-kira 5km dari kampungku. Ketika itu kawasan Bukit Keramoyang masih lagi banyak yang belum diterokai. Masih hutan.  

Ramai orang kampung yang tak ketinggalan menyaksikan sendiri tapak kaki gergasi tersebut termasuklah ibu dan ayahku. Masa tu aku pun belum pernah dengar istilah bigfoot. Apa yang diperkatakan hanyalah kewujudan bekas tapak kaki gergasi yang mana ceritanya berlegar setakat dikawasan Simpang Renggam sahaja. Tak sangka pulak jejak Bigfoot yang kononnya pernah dijumpai di Amerika Latin sebanarnya ada di sebuah kampung di negara yang tak terkenal namanya (masa itu). Lokasi penemuannya juga di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Keramoyang (kera + Moyang)

Dan kini cerita itu timbul lagi. Menariknya juga berlaku di Johor. Pandangan peribadi, aku percaya kewujudan bigfoot lebih-lebih lagi selepas media mendedahkan pengakuan Tengku Mahkota Johor mengenai pelepasan beberapa ekor Mawas (orang utan bersaiz besar) oleh almarhum nendenya di hutan negeri ini berpuluh tahun yang lalu.

Kewujudan bigfoot di Johor juga tidak dinafikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman seperti dalam petikan akhbar berikut:

11 Feb - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menegaskan, Bigfoot atau mawas memang wujud di dalam hutan negeri ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Menurut beliau, pengesahan itu dibuat berdasarkan kepada sumber maklumat yang diperolehi daripada Orang Asli. "Laporan tentang adanya Bigfoot di Johor memang betul. Ini berdasarkan sumber maklumat Orang Asli. Jadi laporan akhbar itu memang betul. "Bigfoot ada di Johor dan KOSMO! ada di Johor," katanya memulakan ucapan pelancaran akhbar Kosmo! edisi Johor terbitan Kumpulan Utusan di Danga Bay, di sini hari ini.

Akhbar kompak edisi Johor itu menggunakan maskot Bigfoot sebagai gimik pelancarannya. Menteri Besar berkata, beliau yakin dengan sumber Orang Asli itu memandangkan mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan binatang termasuk Bigfoot berdasarkan jejak dan bau. Kisah Bigfoot mula menjadi bahan percakapan umum apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow percaya haiwan yang selama ini dianggap mitos, benar-benar wujud ekoran beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu. Menurut beliau, antara kawasan hutan yang diyakini didiami binatang itu ialah di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, taman Negara Endau-Rompin dan Kota Tinggi. Ekoran pendedahan itu, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah mengadakan satu ekspedisi menjejaki haiwan gergasi itu di Hutan SimpanSungai Madik, Kahang tetapi gagal menemui sebarang kesan kewujudannya.

Sejak itu, kisah kewujudan Bigfoot di negeri ini mula mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan dan luar negara malahan menjadi salah satu topik paling tinggi pencariannya di Internet. Beberapa agensi berita asing mendakwa kerajaan Johor sengaja memperbesarkan isu kewujudan Bigfoot bagi menarik perhatian pelancong mengunjungi negeri itu dan mendakwa ia sebagai gimik ketika filem King Kong ditayangkan di seluruh dunia. Baru-baru ini, Abdul Ghani mengumumkan cadangan penubuhan pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar binatang tersebut untuk menjalankan penyelidikan, pengesahan dan penjejakan Bigfoot. "Pasukan tersebut bertujuan mencari lokasi sebenar Bigfoot berada dan kemudian menghantar satu lagi pasukan untuk mengesan dan menjejakinya, " kata beliau.

 

2 ulasan:

  1. kawan2 saya kat Kota Tinggi!, Ulu Tiram juga sebok citer pasal 'BigFoot' nih!....kalo betul2 ader apsal diaorang tak buat kajian dgn lebih terperinci dgn. bantuan badan2 berkenaan. Ini satu penemuan yg menakjubkan! jangan jadi macam kat barat tue! citer jer lebih!.....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan Salam Sejatra

    senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja, dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA, awalnya saya ragu dan tidak percaya, tapi setelah saya lihat pembuktian di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 700jt yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
    1.Pesugihan bank ghaib
    2.Ritual tembus togel/lottrey
    3.Transfer janin
    4.Pelaris usaha, jodoh DLL
    jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((0823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB

    BalasPadam