بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Sejarah perkembangan Bahasa Melayu (dalam konteks Malaysia)

Menurut sejarah, Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai bermula dari sebuah kerajaan lama di tanah Andelas (lebih tepat, di Jambi). Sebuah catatan lama kerajaan Tiongkok (china) yang ditulis pada tahun 644 masihi, telah menyebut tentang satu utusan yang datanganya dari Kerajaan Mo-Lo-Yeu (‘Melayu’) pernah menghadiahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok ketika itu. Bangsa dari Kerajaan ‘Melayu’ ini dikatakan tinggal di hulu Sungai Batanghari.

 

Kerajaan ‘Melayu’ terus bertahan sehinggalah ia diserang oleh Kerajaan Sriwijaya pada abat ke 7 masihi. Biarpun dari segi pemerintahan, Kerajaan ‘Melayu’ telah tewas, tapi bahasa mereka terus berkembang dan digunakan bersama-sama dengan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Ketika itu, tulisan Palawa mula berkembang menggantikan huruf-huruf rencong yang pernah digunakan dalam penulisan puisi-puisi berbahasa Melayu ketika itu.

 

Penyebaran agama (hindu/budha) & perluasan wilayah juga turut membawa kepada penyebaran Bahasa Melayu hinggalah bahasa itu kekal digunakan sebagai bahasa rasmi di kerajaan-kerajaan lain yang muncul selepas era Sriwijaya. Beberapa batu bersurat yang dijumpai di Pulau Jawa juga memperlihatkan adanya pengaruh Melayu walaupun ditulis dalam tuilisan yang berbeza.

 

Selepas kedatangan Islam, tulisan huruf palawa ini diganti pula dengan tulisan Arab lebih-lebih lagi selepas munculnya beberapa kerajaan Islam di Tanah Melayu dan Sumatera. Maka bermulalah era tulisan yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi  untuk tempoh yang panjang sebelum Nusantara diceroboh emperial Barat. Pencerobohan kuasa Barat memberikan impak yang besar kepada bahasa melayu selepas mereka memperkenalkan huruf-huruf latin. Huruf Rumi. (Roman?)

 

Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga muncul sebagai empayar Melayu terakhir yang mahsyur sebelum era Kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Kekuasaan kerajaan ini tersebar luas merangkumi hampir separuh kawasan Semenanjung dan sebahagian kecil Pulau Sumatera. Bagaimanapun keterlibatan dalam perang tiga segi yang panjang dengan Acheh dan Portuguese di Melaka menyebabkan satu persatu jajahan takluknya melepaskan diri manakala satu kawasan di antara Sungai Segamat hingga Sungai Linggi diserahkan kepada pemerintahan kerabat Raja dari Pagaruyung. Kawasan tersebut akhirnya menerima budaya dan bahasa Minangkabau.

 

Biarpun empayar Johor-Riau semakin mengecil, pengaruhnya dialek Johor-Riau tetap digunakan dengan luas di setiap negeri-negeri yang pernah dikuasainya hinggalah ke zaman Kolonial Inggeris. Secara tidak langsung dialek ini menjadi dialek pemersatu anatara negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu hinggalah dimerdekakan.

 

Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukkan Bahasa Rasmi Negara pada akhir tahun 60-an (tahun 1967 kalau tak salah). Nama Bahasa Melayu juga digantikan dengan nama Bahasa Malaysia mengikut contoh bahasa Melayu di Indonesia yang telah ditukar nama menjadi Bahasa Indonesia. Sebagai memperingati hubungan serumpun yang erat, bentuk ejaan juga telah diseragamkan mengikut ejaan di Negara jiran itu yang jauh lebih maju dan bersistematik. Akhirnya lahirlah kata-kata yang mempunyai huruf akhiran ‘a’ tetapi berbunyi ‘ě’ dalam pertuturan seharian.

 

Pada tahun 1988, Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan memperkenalkan sebutan baku di sekolah-sekolah dan pada semua acara rasmi negara. Biarpun ramai pihak yang lebih gemar dengan bunyi ‘ě’ pada akhiran ‘a’, namun kempen bahasa baku berjalan dengan baik sehingga akhirnya menjadi sebati pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan generasi muda.

 

Pada tahun 1990, nama Bahasa Malaysia ditukar semula kepada nama asalnya, bahasa Melayu. Alasannya, bahasa Melayu turut digunakan di Singapura dan Brunei tanpa tidak diubah namanya mengikut nama negara masing-masing. Tinggallah Indonesia yang masih mengekalkan nama bahasa itu mengikut nama negaranya.

 

Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan rakyat Malaysia turut ditukar kembali menjadi sebutan asal selepas pengasasnya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat dari kabinet negara. Ada yang mengatakan ia ditukar kerana tidak mahu Bahasa Melayu Malaysia kelihatan seperti Bahasa Indonesia. Sebutan dialek Johor-Riau sekali lagi mengambil kedudukannya menjadi pengasas bahasa rasmi negara selepas penarikan itu.

13 ulasan:

  1. Sebenarnya itu tidak lepas dari sejarah, karena perbedaan sejarah itulah maka bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia terpisahkan.
    Nama bahasa Melayu diganti menjadi bahasa Indonesia semenjak Soempa Pemoeda tahun 1928, sedangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa pemersatu di tanah Papua (Irian Jaya) malah 2 tahun sebelumnya, sejak tahun 1926, yah...di Papua sebagai pemersatu dari 500-an suku disana.

    BalasPadam
  2. Wah, nampaknya bahasa Melayu jauh lebih berkembang di Bumi Indonesia. lebih senior. (1928)

    BalasPadam
  3. Ya, sebenarnya sih kalau bukan karena perdagangan pada masa ribuan tahun yang lalu, dan bukan karena Belanda datang buka mereka punya sekolah2 kristen disana, barangkali bahasa Melayu tidak akan berkembang disana.

    BalasPadam
  4. Noghori den lar tue!...dan bahasa yg dipertuturkan "Bahaso Noghori Sembilan"....agak berbeza dari yg aslinya (Minang)...agak sama dengan yg dipertuturkan di sekitar Jambi.......

    *HOBEN JANG HOBEN!

    BalasPadam
  5. Yo.... nogori ekau-lah tue.... Nogori 9. Oooo, patutlah eden dengo bahasa orang Minang Sumatera tu lain sikit bunyinya.... Mati-mati den ingat sama sblm nie.....

    BalasPadam
  6. Menurut aku sih nggak ya..
    Kalau dengo nan mp3 awak tu..den raso Loghat Negeri 9 malah mirip dek loghat suku-suku di sempadan antara Minang-Melayu dan Mandailing di Sumatra (Kampar, Kuantan, Rokan di Riau; Payakumbuh di Sumbar dan Sorkam/Barus serta Labuhan Batu di Sumut). Misal :
    Kerja (baku) --> Karajo (minang) --> Kojo
    Lelap(baku) --> Lalok (minang) --> Lolap
    Tenang (baku) --> Tanang (minang) --> Tonang
    atau Bonar (Benar/Bana), Lopeh (Lepas/Lapeh)

    Nanti deh saya kumpulin dulu...

    BalasPadam
  7. Ayuh kumpul..., Bongkar semuanya. biar dunia tahu siapa kita sebenarnya....

    BalasPadam
  8. wah...tersenyum saya pabila membaca comment2 masing2...terfikir pulak tentang bahasa melayu brunei..yang ada sedikit perbezaan dari segi penggunaan bahasa dan cara sebutan..dan lain2..hehe

    BalasPadam
  9. kalau gitu.... ceritakan sedikit tentang ciri-ciri bahasa melayu brunei... Kami tunggu.

    BalasPadam
  10. Bahasa Melayu Brunei mempunyai sedikit persamaan dengan bahasa Minang. Bahasa ini juga terpengaruh dengan bahasa Kadayan (suku kaum yg banyak terdapat di Brunei dan Sabah)

    Terdapat pengguguran huruf ‘h’ di tengah kata, contohnya ‘lihat’=liat, ‘pahit’=pait

    Sesetengah huruf ‘e’ dan ‘i’ di tengah kata digantikan dengan huruf ‘a’, misalnya ‘kena’=kana, ‘sebut’=sabut, 'kerbau'=kabau, ‘itu’=atu, ‘ini’=ani

    Selain itu, terdapat juga penggantian abjad ‘e’ sebelum akhir kata dengan abjad ‘i’, contohnya ‘boleh’=bulih. Seperti yang dapat kita lihat dalam perkataan ‘boleh’, huruf ‘o’ selepas awal kata turut digantikan dengan huruf ‘u’

    Ok, itulah penjelasan sedikit sebanyak mengenai bahasa Melayu Brunei...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dan Salam Sejatra

    senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja, dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA, awalnya saya ragu dan tidak percaya, tapi setelah saya lihat pembuktian di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 700jt yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
    1.Pesugihan bank ghaib
    2.Ritual tembus togel/lottrey
    3.Transfer janin
    4.Pelaris usaha, jodoh DLL
    jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((0823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB

    BalasPadam